
Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafikan dakwaan bahawa beliau adalah lelaki dalam video seks yang sebahagian daripadanya telah disiarkan di internet semalam.
Isteri Anwar yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kata video itu merupakan "bukti paling jelas" bahawa suaminya bukanlah lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur itu.
Membaca satu kenyataan hari ini, wan Azizah berkata, keluarganya telah memutuskan untuk menonton video
yang disiarkan di Internet itu dan mendapati jelas bahawa susuk badan lelaki berkenaan terlalu berbeza dengan susuk badan Anwar.
Turut hadir di sidang akhbar tersebut ialah pengerusi DAP Karpal Singh, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bapa mertua Anwar, Datuk Wan Ismail Wan Mahmud serta anak sulung ketua umum PKR itu, Nurul Izzah.
Turut hadir dalam sidang media itu, bapa mertua Anwar, Datuk Wan Ismail Wan Mahmud.
Menurut Dr Wan Azizah lagi, keluarganya telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998 dan pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Anwar.
"Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Datuk Seri Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik," katanya.
Namun, tambah beliau, jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain.
"Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut.
"Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu.
"Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.
"Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang," tambahnya.
Oleh itu, kata Wan Azizah, mereka sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah dan menolak sekeras-kerasnya politik sedemikian.
sehubungan itu, beliau mengajak rakyat Malaysia untuk bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor.
"Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara," katanya sambil menambah bahawa dalam menghadapi dugaan ini, mereka yakin ada hikmah di sebaliknya.
"Pendedahan sedutan video ini dibuat pada 4 April 2011 – ulangtahun ke-12 Parti Keadilan Nasional yang lahir daripada kegawatan politik negara.
"Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya.
"Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina," katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap semua rakyat tidak terperangkap dengan permainan tersebut, dan sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran.
Ditanya mengapa beliau mengubah fikiran untuk menonton sedutan video tersebut, Wan Azizah berkata beliau diberitahu tidak ada unsur lucah dalam video itu.
Sementara itu, ketika bercakap dalam sidang akhbar tersebut, Wan Azizah berkata
"Tidak ada apa-apa (perkara lucah) berlaku...(Jadi saya) nak memuaskan hati.
(Individu) itu bukan Anwar Ibrahim dalam video tersebut," tegasnya ketika menjawab soalan wartawan mengenai identiti lelaki tersebut.
Ditanya sama ada penyebaran sedutan video itu mengganggu atau mempengaruhi ahli PKR, Wan Azizah berkata, ceramah di Subang Jaya dua hari lalu, membuktikan semangat mereka naik kerana menyifatkan video itu "tidak beretika, memalu dan mengaibkan".
Ditanya sama ada akan menyahut cabaran pihak yang meminta Anwar bersumpah cara Islam, Wan Azizah berkata: "Tangkap dulu (Datuk T)..."
Menurut Wan Azizah lagi, tidak timbul sama ada video itu tulen atau tidak, tetapi sebaliknya menegaskan sekali lagi bahawa lelaki dalam video tersebut bukan Anwar.
Sementara itu, Wan Ismail pula - ketika menjawab soalan wartawan - berkata video tersebut adalah tuduhan yang tidak bermoral terhadap menantunya.
"Ia satu tuduhan yang tidak ada asas sama sekali. Orang itu tidak ada cara lain dah (maka mereka) berusaha pelbagai cara untuk memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.
174 comments
-
Tajudin Supaat TjISTERINYA LEBIH MAKLUM SIAPA ANUAR, ANAK-ANAKNYA LEBIH TAHU SIAPA BAPANYA..APA PUN HANYA ANUAR DAN ALLAH SHJ YANG TAHU BETUl ATAU TIDAKNYA..YG PASTI JIKA BENAR ALLAH BERHAK MENDATANGKAN BALA UNTUKNYA,, secara warasnya saya berhangapan ianya FITNAH POLITIK semoga Allah berikan kebenarnya dan pada yang mefitnah moga ALLAH BERIKAN BALASAN YG SETIMPAL...INSYA ALLAH JIKA DIIZINKAN SAYA AKAN BERDOA UNTUK ANUAR DI RAUDAH DAN DI HADAPAN KAABAH sebagai seorg saudara se Islam, moha Allah berikan petujuk. -

Nur Atika Binti Atan ·
Top Commenter · Universiti Teknologi MalaysiaTabahnya seorang isteri...sabarlah. Allah menguji hambaNya yg benar2 layak. X kesahlah apa org nk kata..tp dgrlah apa yg Allah kata. Kat dunia ni memang tiada keadilan yg mutlak selagimana Islam itu tidak diletakkan ditempat yg tinggi n sepatutnya. Sebab tuh, akhirat adalah kemenangan yg besar di sisi seorang muslim. Allah maha MELIHAT.
Radzi Suhaimi ·
Top Commenter · Keluang, Johor, Malaysia
-
Shahrul Nizam ·
Top Commenter · Seri KembanganTak payah la buang masa suruhanjaya bagai.. hampir semua yang menonton klip di internet semalam yakin bukan DSAI walaupun Chegu Bard yang menonton keseluruhan klip asal memberitahu ada bahagian2 yang tidak disiarkan di internet semalam lebih jelas menunjukkan bukan Anwar. Selain susuk badan yg berbeza.. cerita Datuk Eskay juga banyak bercanggah dan meragukan kesahihannya.-
Iskandar Mohd Sallh · Pontian Kecil, Johor, MalaysiaQazaf.......Islam, AlQuran dan Hadis sahaja hakim. Kamu tak ada ilmu itu. Bawa saksi kamu. Kalau keluarga anwar dah kata bukan kamu kena terima dan dosa berbohong ditanggung mereka sekeluarga, tetapi kamu yang membuat tuduhan kamu bawa saksi ikut hukum Islam. Bukannya video, melainkan kamu tak percaya dan yakin dengan hukum Islam.
Azmi Mohd Isa ·
Top Commenter · Tentera laut
-
-
Mohamad Ashraf · Operations at Sime Darbysebenarnye wan azizah tu tau yg dalam video tu laki dia tapi paham je la yes.. malu oooo.... sape yg nk ngaku berak tgh jalan kan..haha lumrah... bertobatlah sebelum terlambat kalo yes pun nk jaga aib suami berpada2 la.. di dunia bole la cover lagi di akhirat nnti hmm jawab la sendiri... sampai dah jadi mcm ni pun masih xnk ngaku lagi pelik tul la.. rakyat sekeliling setiap ceruk kampung sendiri pun tau sape dalam video tu xyah nk nafikan lagi dah profesional la skit.. penafian yg wan azizah buat sebenarnya menampak kn kebodohan sendiri.. astagfiruulahalazim.. wan azizah oii dah terang lagi bersuluh.. taubat la sebelum terlambat..
Rhazes Marcus ·
Top Commenter · Johor Bahru
-
Jamil Bin Ismail ·
Top Commenter · Kuala Lumpur, MalaysiaJgan risau kak wan saya kenal rapat dengan keluarga kak wan sejak 1999 lagi. saya rapat dengan dsai sejak 2008 , saya mengenali keluarga kak wan dalam kesusasahan bukan waktu dalam kesenangan. hanya mereka yg kenal dsai sahaja yg tahu bagaimana rupa orangnya. dsai sebagai seorang public figure pasti orang selalu memandang beliau. malah saya selalu memandang dan melihat pegerakan dsai. dan kalau ada yg saya tengok tidak elok saya sendiri sms dekat dsai. tak percaya tanya dsai , saya tegur terus.
Ini bermakna kita mengenali beliau. saya menggangap dsai sebagai seorang pemimpin, ayah , sahabat yg rapat. tak perlu saya tengok seluruh video itu. yg 2 minit ini pun sudah cukup. hampir 20 kali saya reply untuk mencari dsaikah itu. tetapi saya HAMPA ia bukan dsai. jadi nasihat saya kepada rahim tamby chik dan eskay , kalau orang jepun mereka dah harakiri. jgn hidup seperti MUKA TAMPAL KULIT BABI. memalukan bangsa dna agama islam. kepada mana mana melayu nyg maish dok mengutuk dsai atau dswa. aku tak mahu nasihat ko orang dalam hal agama. tapi... aku pinta stau je. jgn mengaku diri islam kalau tak tahu hukum hakam, lebih elok ko ornag mengaku kafir supaya nama islam tidak tercemar.Lihat seterusnya..-
Ery Airi ·
Top Commenter · 26 years old
-

-
Azmi Mohd Isa ·
Top Commenter · Tentera laut
Nonstop Cash ·
Top Commenter
-
Harapan Rakyat ·
Top Commenter · Kuala Lumpur, MalaysiaTAHNIAH WAN AZIZAH! BERANI KERANA BENAR! LAWAN TTP LAWAN!
BE END!
http://www.facebook.com/#!/photo.php?fbid=152501228147273&set=o.189964174365722&theater
Muhd Imran Abd Razak · Works at University of MalayaBenar atau salah, keluarga ini memang telah n sedang melalui pelbagai ujian berat..bukan calang2 org yg mampu mghadapinya..semua kemelut ni sbb Malaysia xjalankan undg2 Syariah dgn smpurna, klu x ntu KEADILAN dapat ditegakkan baik utk pihak yg tertuduh atau yg menuduh..-
Mohd Ibrahim ·
Top Commenter · Universiti Malaya
Miswan Giman ·
Top Commenter · Works at JKR SELANGOR.Apa yg anda (MIAR) perkatakan ada betulnya, siapa kita nak menghukum benar atau salah, banyak perkara yg nmpk mengelirukan kita, saya rasa bukan anuar (seperti yg digembar-gemburkan) main pelacur ramai pemimpin2 negera yg terlibat sama, tp.. kerana tak berkepentingan taklh keluar cerita begini... Biarkan SiLuncai terjun dengan labu2nya.. biarkan3....
Mohd Ibrahim ·
Top Commenter · Universiti Malayani lah melayu sejati, tuduh anwar main pelacur haram, tp dlm masa yg sama tuduh pemimpin lain main pelacur, dalam kes anwar ni ada gak sikit bukti nk dijadikan sandaran hujah, yg MG sebut pemimpin lain langgan pelacur tu berdasarkan apa, kalau nk tuduh ikut suka jer, baik ko buang songkok tu dulu, buat malu jer
-
Nur Atika Binti Atan ·
Top Commenter · Universiti Teknologi MalaysiaHmm...manusia yg bergelar seorng muslim x rs bersalah atau takut langsung dgn menyebarkan fitnah. Islam ni bukan agama carba merba, senang2 nk tuduh org berzina. Islam ada hukumnya sendiri yg telah ditetapkan Allah. X rs malukah kamu menghukum tanpa menjalankan apa yg telah ditetapkan oleh Islam. Lebih hina jika ada di antara kita yg bukan ahlinya (pakar dlm ilmu agama) menjadi ejen fitnah tersebut.-
Mohd Ibrahim ·
Top Commenter · Universiti Malaya
Nur Atika Binti Atan ·
Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysiammg la bro...yg melambak2 kat lorong2 chow kit, pelacur2 kat lorong2 gelap, kelab2 mlm yg dh sah2 jd saluran zina tu krjn x bersungguh2 pon. artis dok terdedah sana sini, nampak tetek x ada segan silu, x pulak nk bwk ke kabinet. Segala aktiviti yg menyumbang kpd zina mcm hiburan melampau2 pon dok diam aje, mlh makin m'galakkan. Ni asyik sibuk nk intai seluar dlm si Anwar je apa kes. Naik muaklah. Kalau ilmu agama cuma sejengkal, jgn cuba2 nk tunjuk terer atau berani2 jd ejen pembawa fitnah ni. Azab Allah, ingat2lah. Kalu betol nk siasat, siasat betol2. Ikut hukum Islam yg telah Allah tetapkan. Bukan dgr tuduhan melulu org2 MUNAFIK trio 3 datuk nih. Syarat jd saksi pon dh x lepas. Bley plak la lu org percaya ckp dia org nih. Haiii..laaa donia.
Nur Atika Binti Atan ·
Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
-
Antimamak Mamak ·
Top Commenter · Kerala UniversityVideo seks in hanya untuk tontonan keturunan bangsa UMNO sahaja.
Kaum UMNo ini tidak dapat bezakan antara kaldai dengan kuda. dimana otak unta cap padang pasir selalu menjatuhkan hukuman keatas sesiapa yang melawaninya.
Kaum UMNO lakukan Fitnah dan tohmahan bagai minum air. Tak payah gigit dan kunyah. cukup senang tak ayah fikir banyak banyak. kah kah kah.
Ini kegemaran kaum UMNO: seks, pelacuran, jubur, anal , zina dijadikan unsur budaya UMNO...kah kah kah.
rasuah , merompak, merampas, zina, bunuh, kekejaman, kezaliman, nepotisma, kronisma sebagai budaya baru dalam masyaraka Melayu...kah kah kah.
Mohd Roszeli M ·
Top Commenter · Shah Alam, MalaysiaLakukanlah apa shj selagi kamu berkuasa tp kamu jangan lupa Tuhanku lebih berKUASA dari kamu & segala2nya..Tiada tuhan melainkan Allah..kepadaNYA kita serahkan...Tidak akan selamat kamu di dunia & akhirat kepada yg merancangkan fitnah..aku mohon Allah limpahkan semua kebaikan yg pernah aku lakukan di dunia ini sejak ujudnya diriku untuk diberikan kekuatan kepada DSAI dan ahli keluarganya...Yakinlah Allah sentiasa bersama orang-orang yg benar..InsyaAllah..
Nora Abdul Ghani ·
Top Commenter · Nursing college klang
Misni Bin Hahton · Works at Smt klang
Kelab Bekas Ahli Umno · Friends with Wan Zamzahidi Wan Zahid
Faizal Riduan · Presiden at Institut Faizal Riduan & Asosiasi (INFRA)"Ya Allah, jika benar ini adalah fitnah sebagaimana yang pernah diperbuat oleh Abdullah bin Ubai sehingga Baginda SAW merasa gesah gelisah maka Kau makbulkan doa Dr Wan Azizah sebagaimana doa Ummu Mukminin, Siti Aisyah yang Kau lepaskan dari azab fitnah zina melalui wahyumu dalam Surah An-Nur: 23, sebulan sesudah itu. Jangan Kau tangguhkan kebenaran itu kerana aku khuatir kelak menjadi sebahagian orang yang terpercaya dengan tipu daya seperti mana ditimpa oleh Mistan Athathah, Hassan Thabit dan Hammah Jahsh. Mereka adalah sahabat Baginda sendiri sedang aku adalah umatnya yang tidak pernah melihat Baginda SAW waima makamnya selepas 1,379 tahun Baginda SAW bersemadi. Amin. "
Reyjer LewisIni kerja UMNO-BN la siapa lagi...kan parti itu selalu suka menuduh dan memfitnah....hairan...bangsa dan agama sesama suka membuat fitnah...
Buat malu Malaysia saja....kalaulah perkara ini di usul dalam Dewan Rakyat....entah saya rasa Malaysia dapat satu tamparan dan kritikan daripada negara-negara Komenwel.....apa-apa pun saya rasa Tuhan tidak buta dalam semua hal fitnah ini.
Shaafiq Juhari · Universiti Tenaga Nasionalkalo wan azizah dan fmily ckp e2 bkn anwar... mereka lebih knal anwar sape....pokoknya skrg siapa yg dedahkn di internet....y polis x mncari siapa yg upload di youtube? adakah polis terlibat..... bnda mcm ni ptut polis selidik.... come on la.... jgn main politik kotor mcm ni.... dh berbelas thun anwar diaibkn.... ckup2 la 2.... fokus kpda kbjikan rakyat..... jgn jtuhkn sseorg dgn politik murah dan lucah mcm ni.... mmulukn negara....
Ali Abd Rahman ·
Top CommenterJangan bersedih. Allah Maha Adil. Bukan kecil dosa orang yang memfitnah. Kita hanya perlu ambil iktibar daripada Fitnah 1 1998. Di mana pengarang '40 Dalil' Khalid Jefri? Di mana Peguam Negara yang menegakkan Fitnah 1, Mokhtar Abdullah? Di mana Dr Rastina? Di mana Megat Junid? Kematian mendahului mereka, kerap secara begitu menghinakan. Di mana Rahim Noor Si-Gila tu? (Bandingkan dgn Hanif Omar yg masih tegap bersemayam di puncak Genting...) Yang Terlaknat Datuk T, BN, dan UMNO akan menerima padah. Malangnya Polis turut terpalit. Ayuh, bebaskan Polis dari jenayah BN: Tolak BN menjelang PRU13!
Zil Husham Ramli · Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star Kedahberbagai komen telah diluahkan oleh rakyat malaysia.....yang pro dan kontra......mudah je wahai sahabat semua....terutamanya yang percaya video tu DSAI pelakunya......SESIAPA YANG MENGAKU DIRINYA ISLAM, MARILAH SAMA-SAMA KITA MENYOKONG PIHAK YANG INGIN MENEGAKKAN ISLAM SEBAGAI TERAS HIDUP....sebab ALLAH jamin kebahagian hidup di dunia dan akhirat......AMIN...
Azmezan Yahya · Kampong Krubong, Melaka, MalaysiaBersabarlah wahai Datuk Seri Dr Wan Azizah dan keluarga....Insya-Allah, permasalahan yg sengaja ditumbulkan oleh balaci-balaci UMNO ini akan terbongkar juga kepalsuannya...dan akhirnya kebenaran, kejayaan dan kemenangan akan mengiringi tangisan doa drpd DSDWA sekeluarga dan pengikut-pengikut yang senantiasa setia dengan perjuangan ini....AMIN...
Zulkefli Yunus · Air bawah tanah,emas Malaysia,persempadanan Malysia saiz batuan/galian at KajibumiJam omega cerita datuk T pada dia..dah serah pada polis untuk siasatan, kata Jam omega pada simpanan nya..Yang seronok nya omega(jam)kata agendadailiy ada cop logo luar negara, yang disimpan mungkin ada dua jam omega....yang disimpan ALLAH sahaja yang tahu, selalu nya jam dipakai payah disimpan melainkan wang dan emas ini pada zahirnya.Kita lihat dan tunggu siapa yang kena.-
Kelab Bekas Ahli Umno · Friends with Wan Zamzahidi Wan Zahid
-
Mohd Zul-fattah Mohd Nor · Sekolah Dato Jaafarnak sibuk-sibuk buat apa hal video tu.....hukum ALLAH kan ada dan adil, qazaf.....itu dosa individu, antara dia dengan tuhan,, macamana pula dengan pemimpin yang rompak duit rakyat berbillion-billion dan tak menjaga kotrak sosial dengan betul...ha...ini ada dosa dengan manusia yang lain, tak kecoh pun.....taknak buat ulasan?<non-partisan>.
Tok Janggut ·
Top CommenterCuma rambut saja yang nampak macam Anwar. Rambut senang dibuat.
Sejak fitnah liwat 1998, pakatan pembangkang menjadi semakin kuat. Sekarang dengan fitnah liwat2 dan fitnah video seks, BN buat kesilapan lagi.Suatu kesilapan besar. Moral BN sudah jatuh teruk, Rakyat semakin benci BN dan Be-eNd di ambang kehancuran.
Muhamad Nor Abdul Hamid ·
Top Commenter · Ipoh, PerakShukur Alhamdulillah kak Wan sendiri mengesahkan dan beri pandangan. Saya rasa pengesahan pelaku dlm vidio itu bukan perkara pokok. Menceritakan keaiban orang lain itu adalah dosa. So, diharap semua commenters jangan lah menambah- nambah aib tsb dengan komen komen anda.
Mahadhir Mohamad · UttarKalau betulpun sapa nak mengaku, nak hadap muka depan masyarakat? Hanya Tuhan yg tahu kejujuran seseorang manusia, bukan Anwar, isteri dan anaknya juga bukan Datuk Trio. Tunggulah sehingga wanita dalam video itu buat penjelasan. Mengutuk org tanpa usul periksa lagi menambah dosa.
Yeop Zarul ·
Top Commenter · Uitm
Yeop Zarul ·
Top Commenter · Uitm
Yeop Zarul ·
Top Commenter · Uitm
Abe Hasnie ·
Top Commenter · Pendidik at Smk bum bum
Haji Rahim Mahmood ·
Top Commenter · Head of Department at IKM Lumut, seri manjung
Mohd Fauzi Sahat ·
Top Commenter
Shaifuddin Sulaiman ·
Top Commenter · SMBAS 82~86
Dzulkafli B Sharif Dzul ·
Top Commenter · UKM Bangi
Mohamad Sobri Abd Rahman · Uni. Keb. Malaysiajgn la masa ni baru ingat qazaf dan hudud. Masa dulu tentang habis-habisan. Kalau mau Islam , ambil keseluruhannya , jgn sana sikit , sini sikit. Kepada alim ulama sampaikankanlah ilmu agama secara keseluruhan kepada anakcucu kita supaya masyarakat akan datang dapat menghayatinya.Kebanyakan umat yg ada sekarang ni mungkin ilmunya celup2 sj sbb tu masyarakat berpecah-belah - Kita usahakan supaya umat skg mempunyai ilmu agama yg tinggi begitu jg dgn akal.
-
Muhamad Nor Abdul Hamid ·
Top Commenter · Ipoh, Perak
-
Syedizuddin Ali ·
Top Commenterkagum dengan ketabahan Wan Azizah ( Kak Wan ) yang terlalu banyak ujian dari Allah, adalah diharapkan Kak wan sabar dengan ujian dari Allah, percayalah tentu ada hikmah disebalik ujian itu, orang yg menfitnah pasti akan terima balasan dari Allah. Rakyat tidah mudah ditipu. rakyat semakin sayang dan hormat pada DS Anwar dan juga keluarga kak wan.
Saiful Bahri · Works at MPOB
Hisyam Abu Bakar · Multimedia Creative Director at Custommedia Sdn BhdSesungguh ujian untuk orang yang sabar adalah pelbagai musibah. Ketabahan dalam menghadapi ujian ini amat saya kagumi.....harap Kak Wan sekeluarga terus tabah dalam manghadapi ujian yang amat getir ini. Kami akan terus mendoakan semoga kebenar akan terserlah jua akhirnya......TAKBIR!
Hanisah Halim ·
Top Commenter · UITM
-
Nafsiatul Akmal · 20 years old
-
Din Idris · USM (92-96)skali tengok, mcm dia...2 kali tengok, mcm dia.....3 kali tengok, pun mcm dia.....soalnya betul ke 'dia'......moga2 pihak polis tangkap lelaki itu dan dedahkan identitinya......boleh jadi betul DSAI atau boleh jadi juga 'pelakon' upahan yg 'mirip' dgnnya.....ya allah tunjukkan lah kebenaran....
Mazlan Ghazali · Petronas
Shuib Hanafiah · Smk teluk cengaisekarang ni media2 telah menjadi hakim untuk membukti yang itu ada lah anuar sedangkan ia nya masih dalam siasatan polis wahai raayat jangan lah mendahlui dan percaya pada berita itu.takut2 di sambar api neraka.biar lah dengan umno itu lah kerja mereka.yang penting bagi mereka ialah KUASA DAN WANG.
Khairul Azhar Al-Khanaeni ·
Top Commenter
Fauzy SunseekerSudah terang lagi bersuluh masih lagi membuat penafian. Gentlementlah sikit
ikut macam Chua Soi Lek dia mengaku memang dia sendiri. Orang kata kalau taik pompuan pergi kemana pun akan cari juga. Contohnya di KL berapa banyak pelacur ada dan siapa yang melangannya bukankah orang Islam.
Siapa nak mengaku kalau berak ditengah jalan.-
Rhazes Marcus ·
Top Commenter · Johor Bahru
Luqman Hakim · Works at Wantokodoh Enterprise
-

Akiro Kiro ·
Top Commenter
Moktar Idris ·
Top Commenter · MMUAhmad - Kamu ni ketinggalan zaman betul la , camne boleh masuk UITM ni ?? Yang kamu tak pertikaikan pihak berwajib tntang simpan ,edar & tenguk gambar lucah boleh kenapa x komen , sdgkan terang 1 kslahan .Ini la undang2 1 Malaysia bila bab DSAI semua boleh wpun undang2 kata x boleh ! Vidio CSL (org BN kan ??) kenapa di halang ?? Guna otak bila berhujjah !

-
Rhazes Marcus ·
Top Commenter · Johor Bahru
Akiro Kiro ·
Top Commenter
Moktar Idris ·
Top Commenter · MMUCt Salwa - kamu ni pun salah sorang Pawang juga ke?? Jgn tambah dosa klu percaya ape yg di tunjukan dlm UM & paper ari ni . Guna otak bila berbicara . Hanya totok UMNO & musuh DSAI shj yg menerima bulat2 fitnah teragung ni . Biarkan pihak berkuasa siasat! Knape nak beri pahala kamu kpd DSAI . Kamu dah cukup amalan ker??
-
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com






























































No comments:
Post a Comment