Sunday, April 17, 2011

RG09... ARTIKEL : Hak isteri melawat ibu bapa tanpa izin suami

 

Hak isteri melawat ibu bapa tanpa izin suami



Assalamualaikum warahmatullah,

Anda masih ingat lagi entry Hubungan ibu, anak kekal selepas nikah? Sayugia diingatkan, perkahwinan seorang anak perempuan dengan seorang lelaki pula tidak memutuskan hubungannya dengan ibu bapa dan tidak pula menghilangkan tanggungjawab anak kepada ibu bapa.

Ramai yang lupa, perkahwinan adalah penambahan kepada tanggungjawab yang sedia ada bagi lelaki dan perempuan, dan bukan pengurangan. Yang kekal ialah prinsip menunaikan tanggungjawab ikut kemampuan kita. Islam tidak menuntut kita lakukan sesuatu lebih dari kemampuan. Bagi lelaki yang telah berkahwin, kebajikan ibu bapa mertua juga menjadi tanggungjawabnya sebab status ibu bapa mertua adalah sama dengan ibu bapa sendiri.

Entry kali ini pula mengupas lebih lanjut tentang hubungan anak perempuan dengan ibu bapa, setelah dia berkahwin. Sebenarnya, entry ini telah lama terperam dalam draft Laman-Seri. Baru hari ini saya teringat dan berpeluang untuk menitipkannya di sini kerana terlihat carian 'taat kepada suami atau Allah' dalam statistik belog.

Kita semua sedia maklum, apabila seorang wanita dinikahi maka keutamaan baginya ialah mentaati suaminya tanpa berbelah bagi selagi mana suaminya tidak menyuruhnya melakukan kemungkaran terhadap Allah SWT. Mentaati suami perlu diutamakan tanpa menafikan kewajipan mentaati kedua-dua ibu bapa. Tidak kira ibu bapa itu daripada pihak suami mahupun daripada pihak isteri. Berkahwin bukan sekadar mengikat tali hubungan antara seorang lelaki dan perempuan malah perkahwinan itu ialah jambatan bagi membina persaudaraan antara keluarga lelaki dan perempuan.

Perkahwinan dalam Islam tidak menghilangkan identiti perempuan kepada keluarga suami. Sesetengah agama/bangsa lain yang non-Muslim, apabila seorang perempuan itu berkahwin, dia tidak lagi dibenarkan mempunyai hubungan dengan keluarganya, malah namanya juga ditukarkan kepada nama keluarga suaminya. Perempuan muslim dalam perundangan Islam apabila dkahwinkan, tidak sekali-kali akan bertukar corak, khususnya namanya seperti yang berlaku dalam masyarakat Eropah yang ditiru oleh perempuan-perempuan Islam hari ini dengan menghilangkan namanya sendiri digantikan dengan menjadi Mrs (so and so). Perempuan Islam tetap dengan nama asalnya, dinasabkan ke atas bapanya, tanpa perlu digantikan dengan nama suami yang cuma mendatang dalam hidupnya.

Baca selanjutnya di hak isteri melawat ibu bapa tanpa izin suami.


--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself. – Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment