Sunday, April 17, 2011

RG09... ARTIKEL : Tidak dilayan isteri bukan alasan untuk curang

 

Tidak dilayan isteri bukan alasan untuk curang



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kita baru saja reda dengan komen seksis Bung Mokthar Radin terhadap pemandu wanita yang entah ada entah tidak akan statistik yang menyokong komennya. Rujuk Kecoh dicuit Bung. Kita percaya Bung Mokhtar pasti mempunyai alasan kukuh mengeluarkan kenyataan sensitif seperti itu. Isu ini mengundang kontroversi kerana membabitkan jantina di mana kaum wanita mula mempertahankan hak mereka dengan menyatakan ia kenyataan tidak berasas.

Namun bila diteliti sehalusnya, ternyata Bung Mukhtar sesedap rasa mengeluarkan komen yang boleh Laman-Seri kategorikan sebagai 'cakap ikut emosi', kerana statistik kemalangan jalan raya yang melibatkan kaum lelaki TERNYATA jauh lebih tinggi dibandingkan kaum wanita. Saya cuba bersangka baik dan beranggapan Bung Mokthar dihimpit oleh seorang pemandu wanita ketika dalam perjalanan ke Parlimen, sebab itulah beliau sungguh marah dan sanggup melontarkan komen tidak berasas. Ha ha ha...

Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menunjukkan bilangan pemandu lelaki yang terbabit dalam nahas jalan raya 2.4 kali lebih tinggi berbanding wanita. Menurut Ketua Pengarah MIROS, Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah, lelaki mempunyai purata kadar nahas jalan raya 1,351.74 bagi setiap 100,000 penduduk berbanding 537.97 bagi wanita, dan ini membuktikan lelaki 2.5 kali lebih berisiko berbanding wanita. Pada masa sama, jumlah pemandu wanita yang terbabit dalam kemalangan bertambah daripada 26.4% pada 2006 (berbanding lelaki 73.6%) dan meningkat 29.7% pada 2009.

Hah, tang mana pula dikatakan wanita memandu sambil lewa di jalan raya dan membahayakan orang lain serta menyumbang peningkatan kadar kemalangan?

Baru-baru ini, komen seksis Ibrahim Ali pula telah mencetuskan kemarahan kaum wanita di seluruh negara. Ketua Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO), Ivy Josiah berkata komen tersebut tidak wajar datangnya dari seorang ahli parlimen. Katanya, adalah mengejutkan apabila ahli parlimen Bebas Pasir Mas itu menyamakan wanita sebagai bahan mainan seks. Menurut Ivy, Ibrahim Ali menggunakan agama untuk menjustifikasikan pendiriannya itu kerana daripada komen itu, ia menunjukkan Ibrahim menjunjung ketuanan lelaki.

Menurut Tenaganita pula, sentimen sedemikianlah yang menjadi salah satu punca berlakunya penyeludupan manusia di negara itu. Memetik kata penyelaras kanan Tenaganita, Aegile Fernandez, jika setiap lelaki percaya, adalah hak mereka untuk melakukan seks dengan isteri pada bila-bila masa, atau jika tidak, mereka cari di tempat lain, maka itulah sebabnya mengapa industri seks berkembang dan berlakunya kes-kes penyeludupan manusia.

Teruskan bacaan di sini --> tidak dilayan isteri bukan alasan untuk curang.


--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself. – Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment