Thursday, April 7, 2011

RG09... JANGAN JADI KHAWARIJ

 

Ini adalah tajuk yang sangat penting akan tidak ada lagi golongan yang mudah tersasul dan melatah tanpa panduan ilmu. Para pendokong kebangkitan Islam hendaklah benar-benar tepat dalam meletakkan status terhadap golongan yang tidak melaksanakan syariat Islam. Ini agar kita tidak menjadi khawarij yang mudah mengkafir sesiapa sahaja di kalangan ahli maksiat dan tidak juga kita menjadi murjiah yang membiarkan sesiapa sahaja melakukan maksiat.


Hendaklah diingat, bahawa adalah menjadi manhaj ahli as-Sunnah wa al-Jamaah, bahawa membezakan antara jenis dan peribadi. Walaupun disebut tentang pegangan, atau perbuatan atau perkataan yang boleh membawa kepada kufur, namun apabila tiba kepada persoalan mengkafir seseorang hendak dilihat dengan lebih teliti. 


Walaupun Ahli as-Sunnah menyatakan kufur pada perbuatan, perkataan atau iktikad tertentu namun ahli sunnah tidak terus menghukum pelakunya kafir. Ini kerana seseorang yang melakukan perkara-perkara yang menyebabkan kufur boleh jadi dalam keadaan jahil, atau disalah fahami maksudnya atau tidak sengaja atau tersasul. Tidak boleh dikafirkan seseorang melainkan benar-benar jelas dan tidak boleh ditafsirkan si pelakunya melainkan kufur.


As-Syeikh Yusuf al-Qaradawi menyebut perkara ini dengan katanya: "Suatu perkara yang mesti diberi perhatian iaitu apa yang telah diputuskan oleh para `ulama muhaqqiqun mengenai wajibnya dibezakan antara peribadi dan jenis dalam isu takfir (mengkafirkan). Ini bermaksud, contohnya kita katakan "Golongan komunis itu kafir, atau para pemerintah sekular yang menolak hukum syarak itu kafir, atau sesiapa yang menyatakan sebegini atau menyeru kepada ini maka dia kafir. Ini semua adalah hukum pada jenis. Adapun apabila perkara ini berkait dengan peribadi seseorang, yang disandar kepada mereka itu dan ini, maka wajiblah diambil masa untuk dibuat kepastian dan kesabitan mengenai hakikat sebenar pendiriannya. Ini dengan cara menyoal atau berbincang dengannya sehingga ditegakkan hujjah, tiada lagi syubhat dan juga tiada lagi keuzuran untuknya.


 Perkara ini pernah disebut oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah: Sesungguhnya  perkataan boleh menyebabkan kufur. Secara umumnya dikafirkan penyucapnya.  Dikatakan "Sesiapa yang mengucap begini maka dia kafir". Tetapi peribadi berkenaan yang mengucapkannya tidak dihukum dengan kafir sehingga ditegakkan hujjah yang menjadi kuffur sesiapa yang meninggalkannya (meninggalkan berpegang dengan hujjah yang jelas-pen)," (rujukan: Zahirah al-Ghuluu fi Takfir , m.s. 26-27, ctk. Maktabah Wahbah, Mesir.


Al-Imam Hasan Al-Banna juga menjelaskan perkara ini dengan katanya: "Kita tidak mengkafirkan seseorang muslim yang mengucapkan dua kalimah syahadah dan beramal dengan tuntutannya, hanya disebabkan pandangan peribadi atau sesuatu maksiat (yang dilakukan), kecuali dia mengakui kalimah kufur, atau menginkari perkara yang maklum di dalam agama ataupun mendustai sesuatu yang jelas dari al-Quran atau menafsirkan al-Quran dalam bentuk yang tidak dapat diterima pada uslub bahasa `arab sama sekali ataupun melakukan sesuatu perkara yang tidak boleh ditafsirkan melainkan kufur" (rujukan: Majmu' ar-Rasail, Hasan al-Banna, m.s. 393, ctk. Dar ad-Da'wah, Mesir)


Golongan Islam yang berjuang di atas landasan `aqidah yang diajar oleh Ahl as-Sunnah hendak tidak tergopoh-gapah dalam mengkafirkan individu tertentu tanpa melalui kaedah yang telah ditentukan oleh manhaj yang benar ini. Bukan senang dan mudah untuk dikafirkan seseorang melainkan setelah begitu jelas kufurnya dan tidak boleh dibuat sebarang andaian lagi melainkan kafir. 



(Di petik dari: Blog Hembusan Amal4u)


===================================

Salaam & Regards

Amri el Wahab

My Online Shop: http://amri-shoppe.blogspot.com

My Blog: http://hembusan-amal.blogspot.com

=====================================

Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment