Sunday, April 17, 2011

RG09... Re: [Idaman_Group] Fw : Fitnah ibarat api

 

Apa-apapun yang berlaku dewasa ini merupakan kebenaran kepada tanda-tanda kiamat... sejak zaman dahulu fitnah berlegar dikalangan ahlinya sahaja dan kini fitnah melangkah lebih jauh dari jangkauan si pembuat fitnah sendiri. Itulah yang mungkin dimaksudkan oleh Nabi Muhammad SAW bila fitnah berluas-luasa.. (bukan didengar oleh orang sekeliling sahaja tapi orang yang tidak berkaitan dan berada nun beribu batu pun boleh mendengar fitnah ini)
Setiap tanda-tanda hari kiamat itu sudah muncul dan tak hairanlah jika benda-benda diluar batasan semakin menjadi perkara biasa..apa-apa yang berlaku di dunia ini semuanya semakin menjurus kepada kewujudan tanda-tand kiamat iut sendiri. 


From: Maya Erdina <mayaerdina@yahoo.com.my>
To: Idaman_Group@yahoogroups.co.uk; idaman_lelaki@yahoogroups.com; ibu_tunggal@yahoogroups.com; kelakar@yahoogroups.com; UiTM-melaka@yahoogroups.com; darul-khusus@yahoogroups.com
Sent: Sunday, 17 April 2011 16:34:16
Subject: [Idaman_Group] Fw : Fitnah ibarat api

 


Fitnah ibarat api




Assalamualaikum warahmatullah,

Kemajuan teknologi menyenangkan kita semua tetapi ada segelintir yang menyalah-gunakannya sehingga membawa kepada penyebaran fitnah. Penyebaran berita yang tidak benar melalui SMS dan laman sesawang umpamanya banyak sekali berlaku sehingga mencetuskan kegusaran masyarakat.

Walaupun nampak mudah tetapi ini sebenarnya adalah suatu bentuk fitnah yang berbahaya. Mengenai fitnah, Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan."(QS al-Baqarah [002], ayat 191)

Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud, "Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah." (Hadis riwayat Muslim)

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi mempastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Sebagai muslim dan muslimah, kita wajib menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah.

Ini selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud, "Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya dengan teliti, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu musibah kepada kaum dengan perkara tidak diingini (tanpa mengetahui keadaannya), dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan." (QS al-Hujuraat [049], ayat 6)

Jangan anggap menyebarkan berita tidak benar itu sekadar kesalahan kecil. Hakikatnya, fitnah itu ibarat api dan dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Renung-renungkan!

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment