Wednesday, April 27, 2011

RG09... Re: Nasi Lemak 50 sen

 

ASKUM..
 
Saya juga bersetuju... setakat nasi lemak di sekolah pepagi tu apalah sangat kalau di bandingkan dengan cara pemakanan murid2 di luar waktu persekolahan..
Bagi saya tabiat pemakanan dirumah yang banyak mempengaruhi kesihatan murid2 sekolah..
takkanlah hanya kerana nasi lemak bungkus boleh menyebabkan kesihatan terjejas.. cuba fikir secara logiknya antara nasi lemak dan minuman berkarbonat yg mana jauh lebih bahaya.....
jadi daripada nak sekat penjualan nasi lemak tu disekolah ada baiknya haramkan terus penjualan air berkabonat disekolah... apa apa aje... [lu pikir la sendiri hehehehe :p]
From: Azwan Muhamad <azwandengkil@yahoo.com>
To: Respeks <respeks_group@yahoogroups.com>
Cc: mahligai@yahoogroups.com; Idaman_Group@yahoogroups.co.uk
Sent: Wednesday, April 27, 2011 10:12 AM
Subject: Re: [Mahligai] Nasi Lemak 50 sen

 
Assalamualaikum WBT,

Kisah nasi lemak semakin hangat diperkatakan hingga mengheret Timbalan Perdana Menteri untuk mengulas isu berkenaan. Aduuuhai.. Jadi isu nasional lak nasi lemak ni. Sedangkan isu ini boleh bincang secara internal je. Hasil perbincangan terus je keluarkan pekeliling ke setiap sekolah yang akan mengeluarkan arahan kepada peniaga di kantin.

Secara peribadi aku berpendapat nasi lemak yang dijual di kantin sekolah tidak terlalu berbahaya sehingga menjejaskan kesihatan murid-murid. Setakat nasi lemak di kantin sekolah berapa banyak sangat la santan digunakan pun.

Sejak dari zaman nenek aku meniaga di kantin sekolah yang mana mak aku bersekolah pada waktu itu nasi lemak sudah ada dikantin (sekitar tahun 60-an) hingga la kini, dan nasi lemak itu sendiri sudah jadi trade-mark bagi Malaysia dan baru kini ke Kementerian Kesihatan perasan yang nasi lemak ni berbahaya. Eh, berbahaya ke? Selama dah berpuluh-puluh tahun tak sibuk pula pasal nasi lemak ni. Huh... Macam takde keje lain nampaknya.

Daripada sibuk membicarakan hal nasi lemak di kantin sekolah ada baiknya jika kita ulas isu perkataan Nasi Lemak 50 sen yang digunakan dalam filem tempatan yang dilakonkan oleh pelakon seperti gambar di atas yang mana segan silu dan sensitiviti masyarakat kita ni semakin hilang dan pudar. Hal-hal yang merujuk kepada anggota badan wanita pun dengan selamba je boleh dilepaskan tanpa ditapis. Open minded la sangat ye.. Hairan.. hairan..


Gambar yang dimaksudkan ada disini
 
 



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment