Tuesday, September 27, 2011

Re: RG2011... Fw: RM57 Juta Lebur untuk FBC Media, RM1.5 Juta Iklan

Ya Allah...apalah niat sebenar nak naikkan mertabat Rosmah. Tolonglah khabarkan kepentingannya kepada negara supaya rakyat jelata tahu.

--- On Tue, 9/27/11, Arif Hafizam Hmzah <harif802@yahoo.com> wrote:

From: Arif Hafizam Hmzah <harif802@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... Fw: RM57 Juta Lebur untuk FBC Media, RM1.5 Juta Iklan
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Tuesday, September 27, 2011, 11:04 AM

Itulah....orang melayu ni dok adap dan pecaya kat Umno melayu ni.Nama melayu tapi hakikat nya tak der niat nak kongsi2 sama kekayaan malaysia tp simpan untuk anak bini mereka.duit rakyat buat macam duit opah dia.Usya2 lah saudara-mara,anak bini,mak bapak klo masih ada Pru 13 ni undi PAS,PAKATAN KE TAPI BUKAN UMNO.Tak lama pun kasi mereka peluang 5 tahun jer.Bagaimana nak lihat result kalau kita tak berani cuba yang baru.Rugi kita biarkan Umno ni lama2 atas muka bumi ni.


From:
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Monday, September 26, 2011 11:46 PM
Subject: RG2011... Fw: RM57 Juta Lebur untuk FBC Media, RM1.5 Juta Iklan

 
----- Original Message -----

RM57 Juta Lebur untuk FBC Media, RM1.5 Juta Iklan untuk Rosmah di Akhbar AS.
 
selatanonline
 
KUALA LUMPUR: Pakar perunding perhubungan awam mendakwa tindakan perdana menteri menggunakan FBC Media untuk menggilap imej Malaysia di luar negara, sebagai satu penipuan yang jelas dan pembaziran dana awam.
Simon Anholt, yang mempelopori asas penjenamaan negara sebagai satu kaedah mengukur, membina dan mengurus reputasi sebuah negara, berkata, meskipun perhubungan awam amat diperlukan dalam sektor swasta, ia amat dicurigai apabila sesebuah negara juga boleh menaikkan imejnya menggunakan cara sama.
 
"Adalah bukti yang cukup banyak di sekeliling kita yang menunjukkan ia merupakan pembaziran wang pembayar cukai," katanya kepada Radio BFM dalam satu temubual pagi semalam.

"Pertama sekali, negara-negara yang cenderung untuk menghabiskan banyak wang untuk kempen perhubungan awam bagi membaiki imej mereka cenderung bersikap seperti negara-negara penyangak.

"Jika anda melihat negara-negara yang telah membelanjakan paling banyak wang pada kempen perhubungan awam, mereka adalah tempat yang paling tidak disukai dan ia tidak boleh membaiki imej mereka langsung," kata beliau.

Pada pertengahan Ogos lalu, siasatan akhbar United Kingdom, The Independent mengesahkan kerajaan Malaysia memperuntukkan RM57 juta kepada FBC Media (UK) untuk "Kempen Strategi Komunikasi Global" pada 2008 dan 2009.

Satu rencana ditulis Ian Burrel dan Martin Hickman pada 17 Ogos lalu, mengupas isu penggantungan syarikat produksi berkenaan yang memperoleh keuntungan jutaan ringgit daripada kerajaan Malaysia bagi menghasikan dokumentari untuk tujuan penyiaran kepada British Broadcasting Corporation (BBC).

BBC telah menggantung semua program FBC, syarikat produksi berpusat di London itu, yang sejak 2009 telah menghasilkan sekurang-kurangnya 4 dokumentari untuk BBC yang berkaitan Malaysia.

Ia termasuk isu-isu kontroversi seperti industri minyak sawit dan pemuliharaan hutan serta isu orang asli.
Sebelum ini, KEADILAN mempersoalkan tindakan kerajaan membelanjakan sebanyak RM1.5 juta untuk menempah iklan yang memaparkan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah mansor dalam sebuah akhbar Amerika Syarikat, New York Times.

Iklan itu disahkan sendiri oleh Pengarah Eksekutif New York Times Dianne McNulty ditempah oleh sebuah agensi pengiklanan bagi pihak kerajaan Malaysia.

KEADILAN mempersoal bagaimana wang yang didakwa berjumlah sebanyak itu diperolehi untuk membiayai pengiklanan dua mukasurat penuh dalam akhbar itu, semata-mata bagi meningkatkan imej Rosmah.

Iklan tersebut memaparkan ucapan tahniah kepada Rosmah yang digelar "Wanita Pertama Malaysia"- yang dirampas dari gelaran Permaisuri Agong- sempena Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010
Posted by tok_aji


No comments:

Post a Comment