Tuesday, September 27, 2011

Re: RG2011... Fw: Terpaksa Curi Susu Demi Anak

 

Kalau cara Islam..ibu itu tidak didenda..malah kerajaan kena bantu lagi..dan bagi duit dan kerja supaya dapat mula berdikari..tapi ini tidak..susu dan pelbagai dah dipulangkan dan curi atas alasan terpaksa untuk anak..tapi masih didenda juga RM2000 apara...itulah cara Islam tak mahu ikut nak ikut juga cara lain...

2011/9/26 Wan Zailan <wanzailan@ajikl.com.my>
 

curi susu kena jel dua tahun,
curi banyak banyak tak per , komisen, heheheh
boleh lepas punya hehehe
----- Original Message -----
Sent: Saturday, September 24, 2011 6:44 PM
Subject: RG2011... Fw: Terpaksa Curi Susu Demi Anak

 

----- Original Message -----

Terpaksa Curi Susu Demi Anak

Posted by greenboc

 
Georgetown - Seorang ibu muda yang terpaksa mencuri susu kerana tiada wang dilepaskan dengan pengawasan selama dua tahun dengan jaminan RM2,000 tanpa cagaran dengan seorang penjamin oleh Mahkamah Majistret Georgetown, semalam.

Nur Izzati Syamimi Isa, 21, dari Jalan Thean Tek, Air Itam, dituduh mengambil barangan di pasar raya Tesco Tanjung Pinang, Tanjung Tokong, pada kira-kira jam 9 malam 17 September lalu.

Antara barangan yang dicuri ialah dua tin susu Gain Plus dan empat paket susu jenama Anlene Gold semuanya bernilai RM281.60.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan denda.

Mengikut fakta pertuduhan, seorang pengadu yang juga pelanggan di pasar raya yang sama ternampak dua wanita dalam keadaan mencurigakan, cuba memasukkan barangan dalam beg masing-masing.

Setibanya di kaunter bayaran, beg yang mengandungi susu berkenaan tidak diletakkan untuk membuat bayaran, tetapi Nur Izzati membawanya keluar sehingga ke tempat letak kereta.

Dia ditahan pengawal keselamatan dan dibawa ke bilik keselamatan untuk diperiksa dan semasa diperiksa dia gagal mengemukakan sebarang bukti pembayaran untuk dua tin susu serta empat paket susu.

Di mahkamah, Nur Izzati, yang tidak bekerja, mengaku bersalah dan merayu supaya hukuman diringankan kerana mempunyai anak berusia dua bulan.

Dia mengaku mencuri susu berkenaan kerana tidak mempunyai duit untuk membeli susu tin untuk anaknya itu.

Majistret, Siti Salwa Ja'far, melepaskan tertuduh atas faktor status ibu yang masih mempunyai anak kecil dan kesalahan pertama.

"Tertuduh didapati bersalah namun atas faktor itu kamu dilepaskan, tetapi kamu dilepaskan dengan pengawasan selama dua tahun selepas tarikh dilepaskan dengan wang jaminan RM2,000 tanpa cagaran dengan seorang penjamin," katanya.

Nur Izzati, yang ditemani suami dan bapanya, kelihatan tenang selepas mendengar hukumannya. -SH




--
Xstream-BOP

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment