Mengejutkan apabila membaca sisipan Harian Metro Online. Kisah yang benar-benar menyayat hati. Kemana hilangnya kasih sayang anak-anak kepada seorang ibu? Kegemilangan dan keghairahan warga FELDA Lyndon B Johnson di Labu meninggalkan pelbagai cerita.
Jika difikirkan dahulunya, jika seorang perempuan tua menerima RM1.5juta pastikan tidak dapat dihabiskan sehingga akhir usianya. Namun, semua itu menjadi sebaliknya. Apabila anak-anak pula menjadi petualang dalam menghabiskan harta ibu bapa. Ikuti kisah dari sisipan akhbar harian tersebut, kisah jutawan yang menjadi papa angkara si anak.
"Benarlah kata pepatah, seorang ibu mampu menjaga 10 anak, namun anak yang ramai belum tentu boleh menjaga ibu seorang. Itulah yang dialami bekas peneroka Felda Lyndon B Johnson (LBJ) di Labu, dekat sini, Bedah Ahmad (bukan nama sebenar), 80, yang ditinggalkan bersendirian di hujung usianya.
Biarpun dikurniakan lapan anak, 50 cucu dan 28 cicit, ia tidak menjamin kebahagiaan Bedah kerana tiada siapa sanggup menemaninya kecuali menantu sulung yang menjenguknya sekali-sekala.
Bedah yang tinggal bersendirian di rumah tinggalan arwah suami di Kampung LBJ, Labu, di sini, berkata, dia hanya mengharapkan belas ihsan jiran dan penduduk kampung terutama ketika sakit peningnya.
"Walaupun menantu sulung ada mengajak tinggal sekali, nenek tidak sanggup duduk sebumbung dengan anak yang tidak mempedulikan ibunya. Mereka tidak pernah datang menjenguk kecuali jika perlukan duit.
"Ketika baru menerima pampasan RM1.5 juta daripada kerajaan 13 tahun lalu, semua anak pasti pulang setiap hujung minggu dan berkumpul tapi itu semua hanya tinggal kenangan sebaik duit dibahagikan sesama mereka," katanya ketika dikunjungi Harian Metro di rumahnya.
Sumber: MyMetro"

--
Dicatat Oleh IlyTrolak ke ::::: Aku Budak Trolak ::::: di 9/02/2011 08:49:00 AM
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment