Orang berjaya bukan orang yang mampu untuk menghasilkan sesuatu, tetapi juga
mampu memberi manfaat pada orang lain. Kebahagiaannya bukan hanya kerana
mampu memenuhi keperluan diri dan keluarga, tetapi juga mampu memberi
kebahagiaan pada orang lain. Ini adalah muslim yang baik. Kita tidak menjadi
muslim yang baik apabila kita kenyang sedangkan jiran-jiran kita kelaparan.
Ingatlah kejayaan yang diperolehi bukan usaha kita semata-mata. Kejayaan kita
adalah kerana bantuan orang lain. Contohnya guru yang mengajar kita. Ibu bapa
yang membimbing dari kecil sehingga dewasa. Rakan-rakan sekuliah dan rakan-
rakan sekerja yang selalu bersama kita. Dan semua kejayaan kita hakikatnya
adalah pertolongan daripada Allah swt.
Sekiranya kita mempunyai rezeki dan ilmu yang cukup, rangcanglah sesuatu
bagi menggabungkan keduanya bagi membantu orang lain. Bermula dengan adik
beradik dan saudara terdekat. Kemudian kita perlu membuat perancangan untuk
membantu jiran tetangga dan orang lain. Kita perlu mengetahui siapa jiran
tetangga dan orang lain. Memberi pertolongan pada yang memerlukan, sekiranya
mereka dibiarkan berarti kita membiarkan mereka terjerumus ke dalam kekufuran.
Ingatlah kemiskinan itu menyebabkan kekufuran.
Beruntunglah bagi mereka yang dikurniakan oleh Allah swt peluang berbakti
kepada orang lain. Orang lain adalah ladang amalan kita. Apabila kita mempunyai
potensi yang lebih daripada orang lain, kita mesti menanamkan niat memberi
manfaat sebanyak-banyaknya kepada orang lain. Kelebihan yang ada pada kita
hakikatnya adalah amanah yang diberikan oleh Allah swt dan akan dipertanggung
jawab di akhirat kelak.
Apabila Allah swt mengurniakan kelebihan kepada kita, pasti ada orang lain yang
memerlukannya. Seseorang yang memiliki kelebihan dan menganggap seolah-
olah kelebihan itu adalah miliknya sendiri, kemudian dia berlaku sombong,
merendahkan orang lain, menghina dan menyakiti orang lain. Kiranya sesama
umat Islam saling membantu pasti umat Islam membangun dan menjadi umat
yang hebat.
Allah berfirman yang bermaksud:
"Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama. Orang itu ialah yang
menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim. Dan ia tidak menggalakkan
untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin."
(Al-Maa'uun:1-3)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you.
Your choices are yours alone. They are as much
a part of you as every breath you will take,
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices,
and you will manage your life.
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment