Wednesday, October 26, 2011

Re: RG2011... Asrama untuk gadis hamil

 

Salam,

Lihat yang terjerumus dalam kes yang begini,
bagaimana suasana dalam keluarga mereka?
sekarang ini kebanyakan yang bersikap anak
aku anak aku, ( tidak suka bila anak ditegur 
oleh jiran atau orang luar ) anak kau anak kau.
Yang lebih senang dengan " jangan jaga tepi
kain orang". 
p/s sekiranya parent ada rasa tanggung jawap 
mengapa sanggup menghalau?...mengapa 
tidak memperbaiki kesilapan?, hanya kerana
takut pada cemuhan masyarakat?...jadi ibu-
bapa begitu senang melepaskan tanggung-
jawap...

2011/10/18 <azizulilmi@yahoo.com>
 

Abis budak yg dh mengandung nk duduk mane kalau parent halau dia orang.duduk rmh u all yg byk membangkang,cuba pkir kebanyakan yg berlaku anak bangsa kita,benda yg dh jadi kita kena selamatkan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


From: Pak mat tempee Mat <fearman.tji488@yahoo.com>
Date: Mon, 17 Oct 2011 18:55:48 -0700 (PDT)
Cc: Pak Mat Tempee<respeks_group@yahoogroups.com>
Subject: Re: RG2011... Asrama untuk gadis hamil

 

Salam ...............pak mat juga rasa terpanggil untuk memberikan pendapat sesen pak mat , pada hemat pak mat bilaman gejala begini terjadi sepatutnya pihak kerajaan sepatutnya mencari kaedah dari mana datangnya segala berpunca ...... bukannya dengan menubuhkan "asrama utk gadis hamil " , sama juga dengan ketagihan dadah siap ada klinik yang membekalkan dengan harga sekian ( kalau tak salah pak mat la !! ) .......... dengan kebenaran kerajaan , bukannya membendung tapi nampak kearah menggalakkan...... !!!!
Kian lama negara kian hancur dengan segala mergaaaa .... tak payah dengan peperangan , hanya sekadar rakyat yang rosak akhlak ... di tambah dengan adanya pemimpin yang rosak dari segi akhlak dan akidah .........
Untuk berbalik kepada Islam jauh sekali , hanya pembanggunan , keduniaan , hiburan ........... itu yang menjadi bualan dan janji mulut yang tak bertulang ... !!!! Dan anak bangsa terus-menerus hanyut dan rosak ...........dan akhirnya bangsa melayu yang rugi ........ !!!
Peratusan bangsa melayu yang berjaya jika nak di bandingkan dengan peratusan yang rosak ...sangat jauh bagaikan  ,  tepuk dada tanya iman masing-masing ..!!
 
Ini cuma pada pandangan pak mat .... sebelum ianya terlajak jauh dan tak boleh di ubah ..... ada baiknya kita balik kepada ISLAM yang tidak akan membohongi kita hingga qiamat......... sebab Islam ianya adalah agama dari pencipta mahkluk dan alam .......
Yang menolak Islam di dunia lagi kita boleh kenal pasti , apatah lagi di akhirat kelak .... Allahuaqlambissawab  !!!!!!
 
pak mat tempee

From: para_jump101 airborne <air_strike101@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, October 17, 2011 4:05 PM
Subject: Re: RG2011... Asrama untuk gadis hamil
 
Betul. hantarlah remaja-remaja perempuan yang telah melakukan zina itu ke Sekolah Harapan di Melaka itu. Sekolah itu juga dikenali sebagai "SIHARAM" (Sekolah Ibu Hamil Ali Rustam Melaka).
 
para_jump101--- On Sun, 10/16/11, Kartina Idris <kartina.idris@gmail.com> wrote:

From: Kartina Idris <kartina.idris@gmail.com>
Subject: Re: RG2011... Asrama untuk gadis hamil
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Sunday, October 16, 2011, 8:46 PM

 
Benar. Fikir-fikirkanlah. Nak buang anak merata2 dalam tong sampah, dalam sungai, perigi buta, tandas, tangk air, semak samun atau di rumah sekolah harapan seperti yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri melaka?

Setakat ini sekolah harapan telah berjaya menyelamatkan bayi dari dibuang merata2. Anak gadis yang bersalin di sana mendapat didikan asas agama, kaunseling dan akhirnya diterima oleh keluarga dengan baik, bahkan anak2 yang dilahirkan juga telah diambil oleh keluarga sendiri. Bukankah ini suatu kejayaan yang dapat menutup maruah keluarga islam? Soal menggalakkan lagi perbuatan zina tidak timbul kerana tanpa sekolah harapan ini pun kejadian zina telah berlaku  sekian lama, bukan sahaja melibatkan gadis islam biasa, bahkan juga gadis2 islam yang sedang menuntut di sekolah2 agama!!!!!. Untuk makluman bilangan gadis2 melahirkan anak diluar nikah di sekolah harapan melaka ini adalah lebih ramai berasal dari kelantan berbanding dengan melaka sendiri!!!!!! Apa cerita?
2011/10/16 <wealthkeepcoming@yahoo.com>
 
Kena tengok sudut lain juga.. Ke mana arah tujuan mereka bila dah mengandung begitu??kena Mak bapak yg halau mereka keluar.. Arah mana?? Dah terlanjur, mengandung.. Memang kena ada tempat.. Dr dibiar diluar bersendirian.. Terjebak dlm dunia pelacuran.. Anak2 remaja ni perlu bimbingan, bantuan.. Moga dgn adanya asrama ini dgn tenaga pengajar dpt membimbing mereka ke jalan lurus..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
From: Umie Addy <umieaddy@yahoo.com>
Date: Mon, 15 Aug 2011 22:01:53 -0700 (PDT)
Subject: RG2011... Asrama untuk gadis hamil
 

Renungkanlah...ianya seperti menggalakkan lagi gadis-gadis ni semua galak melakukan maksiat sehingga terlahirnya anak-anak luar nikah seperti di negara2 Yahudi..akhirnya bumi Malaysia ini akan penuh dengan maksiat yang tiada penghujungnya...Kesian pada anak2 yang bakal lahir berstatuskan anak haram..

 

Asrama baharu untuk gadis hamil

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDINzulsham@kosmo.com.my

SEKOLAH Harapan di Melaka ketika ini hanya mampu menempatkan 30 orang remaja hamil luar nikah pada satu-satu masa.
JASIN – Sekolah Harapan yang dibuka bagi membantu remaja hamil di sini memerlukan kira-kira RM2 juta bagi membina asrama baharu sekali gus dapat menempatkan lebih ramai penghuni.
Pengerusinya, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim (gambar) berkata, dengan pembinaan asrama tersebut, sekolah itu akan berupaya menampung sehingga 60 remaja perempuan pada satu-satu masa berbanding 30 orang pada ketika ini.
Beliau berkata, pihaknya menerima banyak permohonan daripada remaja hamil untuk berlindung di sekolah itu namun kemasukan mereka terpaksa ditangguhkan kerana kemudahan asrama yang terhad.
"Sejak ditubuhkan oleh kerajaan negeri pada 17 September tahun lalu, ia telah memberi perlindungan kepada 80 remaja hamil luar nikah dan 59 bayi selamat dilahirkan.
"Berdasarkan peranannya yang amat besar untuk memberi pelindungan kepada remaja bermasalah, kita perlukan asrama baru untuk menempatkan mereka," katanya pada majlis penyampaian sumbangan hari raya kepada 30 penghuni sekolah itu Jalan Pegawai di sini semalam.
Ab. Rahaman berkata, pihaknya sedang menyiapkan permohonan bagi mendapatkan peruntukan itu sama ada daripada kerajaan negeri atau kerajaan Pusat.
Katanya, remaja bermasalah yang memasuki sekolah tersebut berjaya dibimbing apabila mereka menunjukkan keinsafan selepas menerima didikan agama dan bantuan kaunseling.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, 45 daripada 59 bayi yang dilahirkan di sekolah itu kini berada di bawah jagaan keluarga remaja yang hamil luar nikah.
"Lapan lagi bayi telah diserahkan kepada keluarga angkat dan lima lagi masih berada di sekolah tersebut bersama ibu masing-masing," katanya.




--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment