Wednesday, October 26, 2011

Re: RG2011... BATAL Konsert Elton John Atau Remaja Makin Hancur!

 

yang aku perasan...sejak gov wat transfomasi ekonomi, semakin banyak konsert2 yang ada di malaysia ni...aneh kan??? camne wat konsert leh tambah pendapatan...yang merana ialah remaja2 yang sanggup kuar duit sbb nk tgk artis kegemaran mereka...pastu kemaksiatan pun tersebar dgn sbb lelaki n perempuan bercampur sambil terkinja2 pada konsert itu...lepastu tercapai lah hasrat kerajaan nak menjadikan malaysia sebuah negara yg maju dunia tetapi mundur akhirat...hehehehe

seronok ke jdi negara maju acuan barat???? renung2kan...


From: Mohammad zahid <mzahid.ag@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, October 25, 2011 11:49 PM
Subject: Re: RG2011... BATAL Konsert Elton John Atau Remaja Makin Hancur!

 
Ada artis mana tah cakap.... kalau kita bantah konsert maca ni macamana nak capai negara maju..........kah kah kah .....
apa punya bengong punya artis .....

On Tue, Oct 25, 2011 at 11:49 AM, TopengPerak® Unmasked <poji2ya@gmail.com> wrote:
 
Oooooo... agaknya ini la hasil yang dicapai dari Perhimpunan Sejuta Umat yang nak Daulatkan Islam di Malaysia tu ya..?

Hebat hebat...


2011/10/25 halawah shop <mrespeks@gmail.com>
 
BATAL Konsert Elton John Atau Remaja Makin Hancur!
Posted on Monday, October 24 @ 18:14:35 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Respon Oleh: ustaznik

"elton john kaum LutSebuah akhbar harian melaporkan Elton John akan mengadakan konsert sulungnya di Malaysia 22 November ini di Genting Highlands. Elton John 'berkahwin' (ptuih!) dengan David Furnish pada Disember 2005 selepas kerajaan negara mereka membenarkan perkahwinan sejenis. Tahun sebelumnya mereka merancang mengambil seorang anak angkat yang dikatakan mengidap penyakit HIV dari Ukraine, tetapi hasrat mereka tidak kesampaian apabila kerajaan Ukraine tidak membenarkan perkahwinan sejenis dan juga atas faktor umur Elton John.

Pada tahun 2010, mereka mendapat 'anak' (uweek!) hasil dari bayi yang dikandungkan oleh seorang ibu tumpang kepada bayi tersebut yang diberikan nama Zachary Jackson Levon Furnish-John. Menurut sebuah majalah, Elton John dan pasangannya itu rasa amat gembira dengan kehadiran 'anak' mereka itu: "We are overwhelmed with happiness and joy at this very special moment. Zachary is healthy and doing really well, and we are very proud and happy parents", katanya.
Apa yang dipaparkan ialah kehidupan teramat songsang bagi manusia yang sihat fitrah kemanusiaannya. Artis yang cukup rosak seperti ini mahu dibawa ke negara Malaysia? Ketua negaranya beragama Islam, agama Persekutuannya agama Islam dan sebahagian rakyatnya beragama Islam dan rakyat lain beragama lain yang juga tidak boleh menerima cara hidup yang sangat songsang ini.
Mungkin ada yang berhujah kami bukan mahu ikut cara hidupnya yang songsang itu tetapi kami minat lagunya sahaja. Ya! Mungkin begitu untuk sebahagian orang yang tak kisah dengan seks rambang atau hidup secara songsang, tetapi bagi mereka yang berfikir tentang kehidupan yang lebih harmoni termasuk masadepan remaja, maka kepentingan nilai dan budaya itu lebih penting dari hanya semata-mata lagunya.
Ada juga yang beralaskan dengan hak asasi manusia. Hak untuk bercakap ok. Hak untuk menyuarakan pandangan ok. Hak untuk sesuatu yang menjadi fitrah semulajadi manusia mesti diraikan tetapi hak berhibur dan kemudian terpengaruh dengan kehidupan 'bersuami isteri' secara songsang menyalahi fitrah semulajdi manusia itu sendiri dan ia sangat merosakkan.
Remaja di Malaysia dilaporkan mengalami krisis identiti seramai 6 juta orang. Itu tak termasuk lelaki jadi perempuan, perempuan jadi lelaki, jenayah seks dan pelbagai kehancuran nilai. Pergi ke enjin pencari di internet dan taip 'gay' atau yang sepertinya, anda akan terkejut dengan budaya gay di Malaysia.
Kerajaan dan agensi terlibat mesti sensitif dengan isu-isu nilai yang terhakis dengan dahsyatnya sekarang. Batalkan konsert Elton John itu atau bersedia menghadapi murka Allah dan makin hancurnya remaja Malaysia sendiri.


--





__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment