Thursday, October 27, 2011

Re: RG2011... Kursus Pengubatan Islam DARUSSYIFA' (Pendaftaran)

 

Terima kasih atas makluman. macam berminat. hehe... Perwira ikut ke???

2011/10/28 Perwira bin Osman <perwira.osman@gmail.com>
 

 

PERMOHONAN UNTUK MENGIKUTI
KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA'
BANDAR BARU BANGI UNTUK KUMPULAN KE-24 SESSI 2012
 
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 13 NOVEMBER 2011 @ 12:00 MALAM
TARIKH TEMUDUGA: 27 NOVEMBER 2011
 
CARA PERMOHONAN:
Sila isi borang yang boleh dimuat turun di link berikut:
 
 
PERHATIAN:
Bagi yang telah menyerahkan borang permohonan, sila hadir temuduga seperti berikut;
 
Tarikh: 27 November 2011 (Ahad)
Waktu Pendaftaran Untuk Temuduga : 8:30 pagi hingga 11:00 pagi
Bagi yang hadir mendaftar untuk temuduga selepas 11:00 pagi, akan tidak dipertimbangkan.
 
 
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:
 
(a) Permohonan untuk mengikuti kursus pengubatan ini hendaklah menggunakan borang yang disediakan. Borang permohonan ini mestilah diisi dengan lengkap.
 
(b) Pemohon mestilah beragama Islam dan berumur 18 tahun dan ke atas.
 
(c) Pemohon yang bukan warganegara Malaysia boleh juga diterima untuk mengikuti kursus ini dengan syarat boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.
 
(d) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping  gambar berukuran pasport dan salinan Kad Pengenalan.
 
(e) Borang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
 
(f) Setelah permohonan diproses, satu sesi temuduga akan diadakan untuk memilih calon-calon yang benar-benar layak sahaja.
 
(g) Pemohon yang gagal hadir untuk temuduga, maka dengan sendirinya permohonan akan ditolak. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan dan anda boleh membuat permohonan semula ditahun-tahun yang akan datang.
 
(h) Pemohon yang telah berjaya diterima dan lulus temuduga, hendaklah sanggup dan mampu membayar yuran sejumlah RM500 setahun (bayaran pendaftaran, buku teks, yuran ahli seumur hidup dan yuran pengajian). Pada hari pendaftaran bayaran ialah RM 250.00.
 
(i) Pemohon yang telah berjaya diterima juga dimestikan untuk menghadiri sepenuhnya kuliah pengubatan setiap hari Isnin malam Selasa selama setahun di Bangunan Darussyifa' Bandar Baru Bangi. Jika sekiranya pemohon didapati lemah dalam ilmu bacaan al-Quran, pemohon dimestikan untuk menghadiri kelas Tajwid dan kelas-kelas lain yang ditentukan kemudian.
 
 
Sebarang pertanyaan sila emailkan ke alsyifa@streamyx.com  atau telepon pejabat
Darussyifa': 03-89250443, Ustaz Hisham 012-3292792 atau  Ustaz Jufry: 019-3634124
 
Sila layari laman web Darussyifa' http://www.darussyifa.org untuk maklumat dan pengumuman terkini.





--

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment