Saturday, October 1, 2011

Re: RG2011... Perbezaan Hudud PAS dan Hudud sebenar..

 

Ok paham la sikit , mcm ni la bagi penerangan mcm ni kan baik, 

From: EiJa rAm <ijaram284@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, 30 September 2011 1:14 PM
Subject: RG2011... Perbezaan Hudud PAS dan Hudud sebenar..

Sy penah dgr 1 contoh mudah utk difahami...
Klo HUKUM HUDUD tuh kejam cuba anda pikirkan contoh yg dibawah:

Kt sini sy suka amik contoh ttg DOKTOR & PENYAKIT.
(DOKTOR = HUKUMAN, PESAKIT = PESALAH, PENYAKIT = KESALAHAN yg dibuat)

# situasi 1:
Seorg PESAKIT telah disahkan menghidap PENYAKIT kronik dan virus telah
merebak hingga ke bahagian kaki.
DOKTOR memberitahu satu2 cara utk elak PENYAKIT itu merebak adalah dgn
memotong bahagian kaki itu sblm PENYAKIT itu merebak ke bahagian lain.

==> JADI, adakah anda berpendapat DOKTOR itu kejam sbbkan PESAKIT itu
hilang sebelah kakinya??


#situasi 2:
SAMALAH halnye dgn Hukum ISLAM itu kenapa bagi seseorg yg mencuri
(bergantung pula jumlah curi) akan dikenakan HUKUMAN potong tangan.
Sekali PENCURI tuh dh mencuri, pasti dia akan mencuri lagi slps itu
kerana mencuri itu sbnrnye adalah satu PENYAKIT yg akan slalu merebak
(jrg la jumpe pencuri yg curik skali jek-xtau la klo ade??hehe)

==>JADI, HUKUMAN potong tangan itu pula sbg pengajaran/peringatan kpd
PENCURI itu sendiri.

Kalo hukuman PENCURI cuma denda penjara@ jaminan denda wang, xde mslh
la bg pencuri yg mmg dr golongan berada TAPI kita bleh menjamin kew
hukuman itu akan buat dia insaf & xmencuri lg??

????????
Susahla klo umat ISLAM sendiri menganggap HUKUM ALLAH itu kejam..
padahal yg KEJAM & PENYEBAB KEJAM itu adalah HUKUMAN CIPTAAN MANUSIA..
WallahuAlam


On 9/28/11, syed firdaus <deys_syed85@yahoo.com> wrote:
> salam semua,fahamilah ape tu hukum hudud..
> hudud dibuat supaya kite tidak lg buat maksiat di muka bumi Allah s.w.t
> ni...
> xkan la bro zielipan kite ni suke buat maksiat kan,smpai takut untuk untuk
> dilaksanakan hukum hudud ni...
> kite x menzalimi siape2 pun jika amal hudud,kite hukum hanye kepada siapa y
> melakukan maksiat...sekali lg saye kate kan hanye untuk sesiapa y melakukan
>
> maksiat@kerosakan d muka bumi..
>
> bile perangai org2 islam kite ni semua dh ok,org islam takut untuk melakukan
> maksiat,bagus untuk kite jugak...xkan la bro semua ske kan tgk org islam
> mnum arak,org islam berzina,berjudi..jadi bile hudud d laksanakan,sekurang
> kurangnye islam d malaysia lebih baik..bukan hanye d atah name sahaja..
> maafkan saye jika tersilap kate,kalo salah tolong perbetulkan..
> Islam itu mudah,hanye kite yang mnyukarkannye..
>
>
>
>
> ________________________________
> From: Ummu Waheedah <assakynah@yahoo.com>
> To: "Sharom.Musa@akersolutions.com" <Sharom.Musa@akersolutions.com>;
> "zahidi@technip.com" <zahidi@technip.com>; Zulkepli Abu Samah
> <zas62000@yahoo.com.sg>
> Cc: ingatan group <ingatan@yahoogroups.com>; respect
> <respeks_group@yahoogroups.com>
> Sent: Monday, September 26, 2011 7:03 PM
> Subject: RG2011... Re: Fw: [MalaysiaNews] Perbezaan Hudud PAS dan Hudud
> sebenar..
>
>
>
> Ingat pandai.. rupanya mcm parrot gak.
> Hudud dgn enekmen pun tak tau beza
> enekmentt, akta, undang2, rang undang2 semua pun ada beza weh..
> belajar dulu sampai khatam baru nak maki PAS.
> Muka tak malu sungguh!!
> --- On Mon, 26/9/11, Zulkepli Abu Samah <zas62000@yahoo.com.sg> wrote:
>
>
>>From: Zulkepli Abu Samah <zas62000@yahoo.com.sg>
>>Subject: Fw: [MalaysiaNews] Perbezaan Hudud PAS dan Hudud sebenar..
>>To: "Sharom.Musa@akersolutions.com" <Sharom.Musa@akersolutions.com>,
>> "zahidi@technip.com" <zahidi@technip.com>
>>Date: Monday, 26 September, 2011, 7:30 AM
>>
>>
>>
>>
>>Sent: Monday, 26 September 2011 4:19 AM
>>Subject: Re: [MalaysiaNews] Perbezaan Hudud PAS dan Hudud sebenar..
>>
>>
>>udah fitrah HAMpas cuma laku di ceramah2 umpat keji maki hamun di tepi
>> longkang serta menjadi peminta2 sedekah cara moden..nie yg depa boleh buat
>> serta banggakan!!!..tabung buluh semakin banyak di pasaran serta bertambah
>> harga...
>>
>>
>>
>>From: ñåzå <nazacomp@gmail.com>
>>To: MalaysiaNews@yahoogroups.com
>>Sent: Sunday, 25 September 2011 11:50 PM
>>Subject: Re: [MalaysiaNews] Perbezaan Hudud PAS dan Hudud sebenar..
>>
>>
>>RAMAI RAKYAT TAK TAHU DALAM PUTAR BELIT PAS  DALAM HAL HUDUD NIH.. MENGAPA
>> PAS TAK PERBETLKAN DAN BAIKI SUPAYA LEBIH TEPAT DENGAN KEHENDAK HUDUD ITU
>> SENDIRI  SELEPAS DI TEGUR????
>>
>>
>>INI TERUS PERSALAHKAN MAHADIR.. MACAM LAH MAHADIR BOLEH BAGI KEBENARAN
>>  HUDUD DILAKSANAKANS EKIRANYA TIDAK DIBAWAH KE PARLIMEN.. SEBUT PASAL
>> PARLIMEN.. SATU LAGI HAL.. ADE KE SELAMA NI PAS BAWAK USUSL HUDUD MASUK
>> PARLIMEN?? TAKDE LANGSUNG... SEBANG KEDAI KPOPI MENYALAHKAN BN JE
>> KERJANYA..
>>
>>
>>2011/9/25 ziee lipan <ziee_lipan@yahoo.com>
>>
>>
>>>
>>>Perbezaan Hudud PAS dan Hudud sebenar..
>>>Banyak persoalan berlegar-legar di pemikiran kita, kenapa Dr Mahathir
>>> sewaktu memegang jawatan Perdana Menteri menolak hukum Hudud. Sedangkan
>>> kita sudah jelas ianya hukum Allah dan termaktub di dalam Al-Quran. Jadi
>>> di sini kita rungkaikan sedikit persoalan tersebut.
>>>Undang-undang syariah terbahagi kepada tiga elemen iaitu:
>>>1. Hudud
>>>2. Qisas
>>>3. Ta'zir
>>>Dalam undang-undang syariah Malaysia, Qisas, Ta'zir dan Diat telah
>>> dilaksanakan kecuali Hudud. Mari kita lihat perbandingan antara Hudud,
>>> Qisas dan Ta'zir
>>>1. Hukum Hudud – Dari segi istilah Hudud ditakrifkan sebagai keseksaan
>>> yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah yang WAJIB
>>> dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh
>>> dipinda sama ada dikurang atau ditambah.
>>>2. Qisas – Dari segi syarak, Qisas bererti hukuman yang ditetapkan oleh
>>> syarak melalui nas-nas Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah S.A.W. kerana
>>> kesalahan­kesalahan yang melibatkan hak individu.
>>>Mengikut hukum Qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman
>>> yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh
>>> maka dia mesti dihukum bunuh.
>>>3. Diat – Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah
>>> sebagai ganti qisas.
>>>Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu Qisas atau
>>> Diat. Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika
>>> tidak, Qisas bunuh dikenakan.
>>>Hukuman bagi jenayah Pembunuhan separuh sengaja dan pembunuhan tidak
>>> sengaja adalah Diat sahaja. Qisas tidak dikenakan.
>>>4. Ta'zir – Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang
>>> yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan
>>> yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis
>>> atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang
>>> telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan
>>> keseksaan itu.
>>>Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategori ta'zir;
>>>(a) Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk
>>> dikenakan hukuman hudud atau qisas.
>>>(b) Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan
>>> sebagainya.
>>>(c) Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti
>>> menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.
>>>Kerajaan Kelantan telah memperuntukan RM 500,000 untuk menyediakan draf
>>> Hudud. Hudud juga telah diwartakan dan diluluskan di Kelantan. Namun,
>>> belum ada perlaksanaannya lagi. Walaupun begitu terdapat 3 versi Hudud yg
>>> berbeza dari segi fasal dan huraiannya. Hudud adalah milik Allah, dan
>>> telah ditetapkan oleh Allah. Tetapi mengapa pula boleh berbeza-beza
>>> mengikut negeri-negeri yang berlainan?
>>>Sehingga kini ada tiga versi hudud Pas yang masing-masing berbeza.
>>>Pertama hudud Pas Kelantan yang bernama Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II)
>>> 1993 mempunyai 72 fasal.
>>>Kedua hudud Pas Terengganu yang dibentang dalam seminar pada 12 Mei 2002
>>> bernama Draf Cadangan Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan
>>> Qisas) Terengganu mempunyai 74 fasal.
>>>Ketiga Rang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (EKJS) (Hudud dan Qisas)
>>> Terengganu 1423H/2002M yang mengandungi 67 fasal sahaja.
>>>Mana satukah hudud yang sebenar antara ketiga-tiga hudud Pas itu?
>>>Draf yang dibentangkan pada seminar di Kuala Terengganu 12 Mei 2002 ada
>>> Bughah (Fasal 23, 24 dan 25).
>>>Sedangkan dalam EKJS (II) 1993 Kelantan dan rang yang diluluskan dalam
>>> Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 7-9 Julai 2002 tidak ada
>>> Bughah.
>>>Mengapakah bughah diketepikan dalam kedua-dua undang-undang hudud itu?
>>> Draf Hudud oleh PAS didapati tidak memberi keadilan malah menzalimi
>>> rakyat.
>>>Ini kerana Hudud dikatakan terpakai untuk orang Islam sahaja, sebagaimana
>>> petikan dlm surat Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir) kepada Nik Aziz, yang
>>> menyatakan;
>>>1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan
>>> kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu
>>> "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan
>>> ramai (muslihat umum)".
>>>Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan,
>>> menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak
>>> menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang
>>> kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam
>>> sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW.
>>> dan para sahabat.
>>>3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat
>>> ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih
>>> banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman.
>>>Disamping itu Al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada
>>> terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada
>>> mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas
>>> terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di
>>> Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi
>>> mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang
>>> bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.
>>>4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal
>>> menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan
>>> menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja
>>> menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa
>>> kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan
>>> berikut:
>>>(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan
>>> orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan
>>> menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku.
>>>Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di
>>> bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab
>>> Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al
>>> Quran.
>>>Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman
>>> terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada
>>> perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau
>>> Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW.
>>>Tetapi terdapat perbezaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah
>>> undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang
>>> jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan.
>>>Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan
>>> amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama
>>> amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang
>>> PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka
>>> undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau
>>> secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam.
>>> Ia sebenarnya tertentangan dengan Agama Islam.
>>>5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak.
>>> Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas
>>> menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku.
>>>Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang
>>> yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang
>>> bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya
>>> menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman.
>>>Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan
>>> amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi
>>> politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan
>>> kepentingannya.
>>>6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan
>>> dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud
>>> Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang
>>> kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya.
>>>Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan
>>> menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang
>>> lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri
>>> daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam
>>> menolaknya.
>>>DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
>>>15 Julai 1994
>>>Permasalahan yang akan menjadi perkara pokok dalam hal hudud ini ialah
>>> perlantikan hakim. Dalam urusan pelantikan hakim terdapat dua
>>> percanggahan besar. Pertama tidak merujuk langsung kepada 15 syarat
>>> kelayakan menjadi hakim mengikut hukum syarak.
>>>Yang kedua rang EKJS (Hudud dan Qisas) Terengganu tidak ada peruntukan
>>> khusus mengenai syarat-syarat kelayakan menjadi hakim. Sebaliknya sekadar
>>> disentuh secara tumpang dalam fasal 66 (1) Mahkamah Bicara Syariah Khas
>>> yang berbunyi "…daripada hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau daripada
>>> seorang yang berkelulusan dan berkelayakan dilantik sebagai Hakim
>>> Mahkamah Tinggi Malaya."
>>>Yang peliknya apa yang dibentangkan dalam seminar 12 Mei 2002, bulat-bulat
>>> Pas Terengganu mencedok fasal 68 EKJS (II) 1993 Kelantan menjadi fasal 70
>>> dalam `Draf Cadangan' yang dibentang pada seminar di Kuala Terengganu.
>>> Tiba-tiba dalam rang yang diluluskan di DUN 7-9 Julai 2002 terus dibuang
>>> sahaja fasal berkenaan.
>>>Apakah peruntukan fasal 68 EKJS (II) 1993 Kelantan itu tidak diiktiraf
>>> oleh Pas Terengganu? Tetapi harus diingat, apabila tidak mengikut
>>> syarat-syarat kelayakan dalam Islam maka seseorang hakim itu tidak sah
>>> melakukan perbicaraan. Dengan itu seluruh proses Mahkamah Syariah Khas di
>>> bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu
>>> menjadi tidak sah.
>>>Jadi.., kesimpulannya di sini ialah, Hudud Allah dengan Hudud PAS berbeza.
>>> PAS mengubahsuai Hudud Allah supaya memberi manfaat kepada mereka dan
>>> mengatakan Hudud PAS adalah Hudud Allah. Mereka juga mendakwa, menolak
>>> Hukum Hudud PAS samalah seperti menolak Hudud Allah.
>>>Hukum Hudud Allah tak boleh dipinda atau dikurangkan. Jika hitam, maka
>>> hitamlah, tidak boleh dicat putih ataupun kelabu. Jelaslah PAS
>>> memperalatkan Agama Islam demi kepentingan politik. Kemudian menuduh UMNO
>>> kafir semata-mata kerana Tun Mahathir menolak Hudud PAS.
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>


------------------------------------

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    respeks_group-digest@yahoogroups.com
    respeks_group-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    respeks_group-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment