aduzzz...cam ni punya orang pun ada kaaa... ada akai fikirla....
penat la layan.... dah tau open house... satu malaysia lak... tentunya
berpuluh ribu yang datang.. kalu belum jadi VIP, nak makan cam VIP pergilah
bayau sendiri kat hotel... aduzzz.... Pemimpin Dihormati, Rakyat di
rahmati..
2011/9/19 ♥*¨*☆Fairlady Shania♥*¨*☆ <
fairladyshania@gmail.com>
Salam semua,
Tentu rakan-rakan yang lain juga sekarang ini sebok dengan
menghadhiri
rumah terbuka. Seperti aku juga setelah bercuti raya selama dua
minggu
dan syukur alhamdulillah telah kembali ke tanah air dengan selamat.
Bila
tiba telah menunggu undangan ke majlis rumah terbuka, pada hari sabtu
ada beberapa undangan, bemula jam 12 hingga ke malam.
Entry kali ini cuma ingin aku berkongsi pengalaman sewaktu
menghadhiri
majlis rumah terbuka. Selepas menghadhiri rumah terbuka yang kedua,
aku telah di ajak oleh dua orang sahabat yang salah seorang mengajak
kami berdua menghadhiri rumah terbuka ke rumah uncle/aunty beliau.
Yang mana menurut beliau malu hendak pergi seorang diri kerana ramai
vip disana, malu konon...hu..hu..hu...
Rupanya kami telah dibawa ke ICT, dari tepi jalan aku dah nampak
poster
Najib/Rosmah besar tersergam. Kami tiba jam 4.10 pm, aku dapati arus
kenderaan seperti biasa cuma berpuluh buah bus serta kenderaan umno
diperkarangan ict. Terdapat ramai yang berpusu-pusu menaiki anak-anak
tangga. Selepas parking kereta kami bertiga terus menuju ke tempat
jamuan kebetulan aku membawa camera. Tika itu pula cuaca mendung.
Emmm...sampai juga kita kesini kata Qis rakan aku, ooo...inilah open
hause uncle u balas aku sambil ketawa. Balas Qis sekiranya i bagi
tahu u
all yang hendak kesini tentu u all xnak datang.
Semua orang kena menaiki anak-anak tangga, apa yang aku dapati wanita
yang berumur bertudung merah yang banyak, mereka datang dengan
rombongan 'cik kiah'' dengan menaiki bus. Kesian aku lihat macik yang
telah berusia memanjat anak-anak tanga, yang ada masalah lutut agak
payah menaiki anak-anak tangga.
Bila tiba di tempat majlis, aku dapati ditempat mengambil makanan dah
sesak dan beratur panjang. Kerusi yang disediakan telah penuh dan
ramai
yang makan berdiri dan duduk dilantai apatah lagi yang bawa family
anak-
anak kecil. Mungkin kebanyakan sangka tempat yang disediakan selesa.
Aku pandang pun dah merimaskan. Aku perhatikan makanan yang mereka
dapat aku lihat ada yang hanya makan roti, ada juga nasi tapi tempat
mengambil makan padat.
Mak! jom kita balik makan kat umah lah, aku mendengar dan terlihat
se-
orang remaja lelaki bersama keluarga, air muka yang dah tak ceria,
sabar
lah...pujuk ibunya. Aku pun mengajak dua rakan untuk mengambil
gambar.
Apa yang aku dapati tempat rakyat jelata hanya diletakan kerusi
seperti di
pawagam mengadap pentas, disitulah tempat makan. Memang sukar untuk
makan dan minum dalam keadaan begitu. Aku terus kedepan. Dihadapan
pentas terdapat meja-meja vip yang masih kosong ( pic seperti di
bawah)
Sebenarnya aku tak nak komen apa-apa anda semua dapat berfikir.
Aku pun tak sanggup nak tunggu lama-lama, kesian melihat ada warga
tua
yang duduk dilantai semen, dan kanak-kanak yang merengek dahaga
dan lapar sementara nak tunggu giliran untuk mendapatkan makanan.
semasa aku buat tinjauan ada di setengah tempat hanya ada beberapa
mangkuk
makanan sedangkan yang beratur masih panjang. Sepatutnya yang
menyiapkan
makanan perlu cekap. Kalau beginilah rakyat jelata dilayan, sedangkan
tempat
vip begitu selesa, ruang makan vip dah separuh tempat, sedangkan
tempat
rakyat jelata hanya disusun kerusi, ada yang makan berdiri dan duduk
di mana
saja yang dapat pandai-pandailah sendiri, rakyat didahulukan.
Aku tidak lama di situ, apa yang aku dengar dari rakan aku yang mana
banyak
makanan yang istemewa disediakan...aku kira sesiapa yang kesana akan
dapat
melihat hakikatnya...dan aku sempat melihat news semasa berada di
rumah rakan
yang juga ada majlis open house, dalam news tiada pun disiarkan pics
tentang
rakyat jelata ...
p/s harap maaf sekiranya ada yang terguris apa yang aku nukilkan
semasa aku berada
di sana, Bagi aku apa salahnya sekiranya menyediakan tempat yang
selesa untuk
rayat jelata, Cuma aku tidak pasti dari mana wang yang digunakan
untuk majlis ini.
samada duit rakyat atau dari vvip yang sponser....
No comments:
Post a Comment