"BELANJAWAN PAKATAN" TERBUKTI TIDAK RELEVAN
Dalam cubaan untuk memanfaatkan setiap peluang yang ada, pakatan
pembangkang turut tidak ketinggalan membentangkan apa yang dipanggil
sebagai "belanjawan memastikan kesejahteraan untuk semua".
Namun disebalik pelbagai janji manis dan angka-angka besar, apa yang
dikenali sebagai belanjawan bayangan itu, sekiranya dilaksanakan,
bakal mendatangkan lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan kepada
rakyat biasa Malaysia.
Tidak sepertimana Belanjawan 2012 komprehensif yang dibentangkan
Perdana Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, yang memilih pendekatan
perbelanjaan lebih besar bagi memastikan pertumbuhan mampan ekonomi,
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengambil pendirian
lebih berhati-hati.
Di bawah belanjawan Najib, ekonomi diunjurkan tumbuh pada kadar 5.0
hingga 6.0 peratus. Di bawah perancangan pakatan, aliran pertumbuhan
diunjurkan naik secara perlahan daripada 4.0 kepada 4.5 peratus,
berbanding 5.0 kepada 5.5 peratus pada 2011.
Malahan, menurut penganalisis politik, dokumen belanjawan pembangkang
mengandungi preskripsi ortodoks Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)
untuk Malaysia ketika Anwar menjadi menteri kewangan semasa krisis
kewangan Asia 1997-98 sebelum beliau dipecat.
Cadangan pemulihan itu termasuk mengenakan kadar faedah tinggi,
memperketatkan pinjaman bank, meningkatkan duti import dan melakukan
pemotongan besar-besaran terhadap perbelanjaan infrastruktur awam,
yang sekaligus menyekat pertumbuhan ekonomi.
Rakyat Malaysia yang mengharungi krisis itu selama lebih satu dekad
sukar untuk melupakan penderitaan yang mereka terpaksa lalui.
Pakatan Rakyat, gabungan parti-parti pembangkang, memperuntukkan
belanjawan RM220 bilion bagi 2012, lebih kecil daripada belanjawan
kerajaan sebanyak RM232.8 bilion.
Bagaimanapun, ia meramalkan pendapatan kerajaan sebanyak RM181 bilion
mustahil boleh dicapai. Kerajaan menyatakan bahawa pendapatannya boleh
mencecah RM187 bilion tahun depan. Najib memilih untuk berbelanja
lebih pada 2012 (lebih tinggi daripada RM212 bilion tahun ini) untuk
merangsang permintaan domestik dan pelaburan.
Lagipun, asas ekonomi negara kekal kukuh dan mantap. Aliran masuk
pelaburan langsung asing (FDI) telah meningkat enam kali ganda kepada
RM29 bilion pada 2010, pertumbuhan tertinggi di Asia. Pada separuh
pertama 2011, FDI mencatatkan peningkatan ketara sebanyak 75 peratus
kepada RM21.2 bilion berbanding RM12.1 bilion bagi tempoh yang sama
pada 2010.
Bagaimanapun, Najib memberikan jaminan bahawa kerajaan akan memastikan
fiskal tidak terjejas dan akan berusaha mengekang defisit fiskal.
Terdapat beberapa contoh lain bagaimana kehidupan akan berdepan
kesukaran di bawah cadangan belanjawan pembangkang. Pertamanya ialah
peruntukan subsidi yang amat kecil iaitu RM22 bilion berbanding
subsidi kerajaan sebanyak RM33.2 bilion dan ini bermakna lebih ramai
orang, khususnya golongan miskin, akan berdepan kesukaran untuk
menyara kehidupan berikutan kos hidup yang semakin meningkat.
Dalam "Belanjawan Rakyat", Perdana Menteri secara terperinci
menggariskan setiap barangan perlu yang akan terus disubsidi oleh
kerajaan. Bukan sesuatu yang luar biasa jika rakyat Malaysia, termasuk
golongan kaya, sering meremehkan pemberian subsidi itu. Subsidi
berkenaan termasuk petrol, diesel, gas memasak, gas asli, gula, beras,
tepung dan bil elektrik.
Cadangan pakatan untuk memotong sejumlah besar peruntukan Jabatan
Perdana Menteri (JPM) tahun depan iaitu RM10 bilion, pastinya akan
menjejaskan bayaran gaji untuk ribuan warga kerja JPM. JPM merupakan
tunjang ekonomi negara dan badan pembuat keputusan kerajaan dan badan
pelaksana.
Mungkin cadangan belanjawan pakatan yang paling kontroversi ialah
penetapan gaji minimum RM1,100 untuk mengatasi masalah kebergantungan
kepada pekerja asing. Bagaimanapun, banyak penganalisis politik
berpendapat cadangan itu tidak praktikal dan memudaratkan daripada
segi sosio-ekonomi.
Gaji yang dicadangkan itu jauh lebih tinggi berbanding kadar pasaran
semasa bagi buruh tidak mahir. Adalah tidak masuk akal untuk
menjangkakan kenaikan gaji yang begitu tinggi untuk pekerja tidak
mahir tanpa mempertimbangkan kesan langsung dan tidak langsung
terhadap permintaan buruh, inflasi dan produktiviti.
Pendekatan lebih baik ialah kenaikan secara berperingkat dalam tempoh
tiga tahun bagi kadar gaji minimum. Menariknya, gaji minimum RM1,100
itu juga akan memberi manfaat kepada kira-kira 300,000 pekerja sektor
awam yang berada dalam kumpulan berpendapatan rendah. Cadangan itu dan
perancangan pembayaran bantuan khas untuk kanak-kanak, warga tua dan
wanita, semuanya akan dibayar setiap tahun, telah menimbulkan
kebimbangan terhadap kekukuhan kewangan negara di bawah pentadbiran
pakatan.
"Kita hanya boleh mengagihkan wang apabila kita mempunyai lebihan
fiskal atau ia mungkin akan membebankan lagi negara," tulis kolumnis
Lim Sue Goan dalam MySinChew.com column.
Tumpuan khas yang diberikan kepada penjawat awam membabitkan
peruntukan sebanyak RM5.9 bilion turut menimbulkan tanda tanya ekoran
sejak awal lagi pakatan menegaskan perkhidmatan awam sudah terlalu
besar dan perlu dikecilkan.
Mungkin orang akan mempersoalkan bahawa motif pakatan dalam mengambil
pendekatan populis itu sebenarnya bertujuan untuk memancing semula
sokongan penjawat awam.
Natijahnya ialah pakatan membelanjakan wang yang tidak dimiliknya dan
belanjawannya kekal dibayangi oleh pelan induk sosio-ekonomi kerajaan
Barisan Nasional yang pragmatik.
KESIMPULAN : -
BAJET BAYANGAN PR 2012 ADALAH BAJET KERAJAAN PR YANG TIDAK RELEVAN
SUKAHATI MEREKA SAHAJA BUAT DRAF BAJET 2012 TANPA MENGGUNAKAN FAKTA
SUMBER KEMAMPUAN KEWANGAN NEGARA TERKINI.
----------------------------------------------------------
TAN SRI MUHYIDDIN TEMPELAK ANWAR !!!
LUMUT 27 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menempelak Ketua Pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa kononnya Laporan Ketua Audit
Negara 2011 yang diumumkan baru-baru ini adalah gambaran kegagalan
program transformasi yang dilaksanakan kerajaan.
Timbalan Perdana Menteri menegaskan, sebagai pemimpin yang pernah
menerajui agensi serta kementerian ketika berada dalam kerajaan, Anwar
sepatutnya mengetahui matlamat laporan tersebut dibuat.
Malah katanya, laporan itu bukan sahaja menyentuh agensi, kementerian
atau kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN), tetapi turut
merangkumi teguran-teguran ke atas pentadbiran negeri yang dikuasai
pakatan pembangkang.
''Laporan mencakupi semua kementerian, agensi dan kerajaan negeri,
tidak terkecuali negeri di bawah pembangkang kerana ada juga
perkara-perkara yang mereka perlu jawab.
''Saya tidak fikir Ketua Pembangkang yang pernah berada dalam kerajaan
dan menerajui kementerian tidak tahu perkara ini," katanya kepada
pemberita selepas merasmikan program School Times di Sekolah Menengah
Kebangsaan Batu Sepuloh, Lekir di sini, hari ini.
Muhyddin diminta mengulas kenyataan Anwar dalam laporan portal
Malaysiakini.com semalam yang memetik Penasihat Parti Keadilan Rakyat
(PKR) itu sebagai berkata, perkara yang didedahkan dalam laporan
tersebut membuktikan kegagalan program transformasi kerajaan.
Timbalan Perdana Menteri berkata, semua pihak perlu memahami bahawa
laporan tersebut amat penting dalam usaha kerajaan untuk memastikan
setiap masalah atau kelemahan yang timbul di peringkat pelaksanaan
belanjawan negara dapat diatasi dari semasa ke semasa.
''Kerajaan faham laporan audit ini penting kerana kita mahu supaya
prinsip-prinsip seperti ketelusan dan akauntabiliti dijadikan sebagai
asas paling penting dalam kita menguruskan belanjawan negara,"
jelasnya.
Sehubungan itu, beliau mahu semua pihak yang berkenaan mengambil
serius segala teguran yang terkandung dalam laporan tersebut dengan
mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah yang timbul.
Timbalan Perdana Menteri berkata, sekiranya terdapat bukti berlaku
elemen penyalahgunaan kuasa dalam perkara yang dibangkitkan melalui
laporan itu, tindakan disiplin juga boleh diambil.
''Tetapi yang penting bagaimana teguran itu dijadikan panduan untuk
tentukan supaya belanjawan negara melalui kementerian atau agensi
terbabit dimanfaatkan sebaik mungkin untuk rakyat jelata," ujarnya.
On 10/9/11, ::-eSpAcE 9808-:: <rienacom@yahoo.com.sg> wrote:
> ----- Original Message -----
> From: ::-eSpAcE 9808-::
>
>
> Tu dia aihh.. Tanah Kg Baru cuma di jual RM200 sekaki persegi.. Sedangkan
> harga pasaran RM2000 sekaki persegi...!!!
> Posted by KedahLaNie
>
>
>
>
> Taktik Kotor BN rupa-rupanya tak ramai MP Pakatan semasa mengundi RUU Kg
> Baru tempohari..
> Posted by KedahLaNie
>
> Zul Hazmi
> Agak kecewa membaca serangan ke atas MP2 PR yg tidak hadir di Dewan Rakyat
> semsa RUU PPKB 2011 dibahas & diluluskan.... Memang mereka tidak hadir itu
> satu kekecewaan tetapi hakikatnya ini hanyalah permainan/strategi Kerajaan
> yg sengaja menyebabkan kejadian ini berlaku.... Saya saksi di Dewan Rakyat
> pada hari tersebut.... — with Tukar Tiub.
>
> Incik Mohd Eborg Ghazali
> permainan dan strategi apa tuh bro??
>
> Wan Zainuddin
> tolong explain sikit apa maksud strategi kerajaan tu?apa justifikasi
> ketidakhadiran sebegitu ramai MP PR?
>
> Zul Hazmi
> Ini sebenarnya lebih kpd perancangan JAHAT pihak KERAJAAN..... mula2
> Kerajaan tarikbalik RUU PPKB 2010 kemudian sejam setengah slps tu
> dibentangkan yg baru RUU PPKB 2011... kebiasaannya RUU yg baru akan ambil
> masa seminggu dua utk dibahaskan Bacaan Kali Kedua.... atas dasar itulah pd
> Isnin 3/10/2011 YB salahuddin Ayub dlm PCnya mengatakan MP PR memerlukan
> masa sekurang2nya seminggu utk meneliti RUU PPKB 2011 yg baru..... tiba2 RUU
> PPKB 2011 tu trs dimasukkan untuk dibahaskan pd hari Rabu 5/10/2011... ada
> di antara MP PR yg lain telah mempunyai komitmen lain yg jgk penting spt
> pembentangan Bajet PR kpd rakyat yg tlh ditetapkan lbh awal.... mereka jgk
> tidak jangka RUU tu akan dibahaskan secara tergesa2 mcm tu... ada jgk di
> antara MP PR yg ada semasa perbahasa & turut berbahas tetapi oleh krn
> komitmen lain terpaksa meninggalkan dewan sblm mengundi..... manakala pihak
> KERAJAAN dgn JAHAT telah mengerahkan seluruh MP mereka termasuk Menteri &
> Timbalan Menteri hadir ke Dewan untuk mengundi..... MP PR yg lain walaupun
> dimaklumkan untuk hadir mengundi tetapi ada yg tidak sempat sampai tepat
> waktu mengundi krn berada jauh dr Parlimen atas komitmen yg tlh ditetapkan
> terlebih dahulu.... bkn MP PR yg lain tidak ambil kisah @ tak ambil tahu
> tetapi perkara ini berlaku lebih kpd KEJAHATAN KERAJAAN merencana supaya ini
> berlaku..... saya cakap mcm nie sbb saya memang berada di Dewan Rakyat sejak
> mula RUU PPKB 2011 dibahaskan sehingga selesai undian dibuat.... Harap dpt
> terima dgn hati terbuka ... perlu akui juga ada kesilapan di pihak MP PR
> tetapi perencanaan KERAJAN lebih jahat sebenarnya...... ini yg
> sebenarnya.....
>
> Zulqarnain Lukman
> agaknya TT ni ada di parlimen tak, atau sembang dan gebang jarak jauh jer
>
> Wan Zainuddin
> org jahat memangla jahat tapi...ahhhh memang tak patut MP tak hadir!komitmen
> lain?apa yg lbh penting pada masa kritikal begini?menyedihkan!!!
>
> Zul Hazmi
> TT tu ada jgk betulnya dr segi pasai pa ramai MP PR yg tak ada tp kena tau
> sebab asal sbb apa kejadian mcm tu berlaku....... mmg TT tak dak di
> Parlimen...... aku ada sejak dr pukul 1130 pagi sehingga lah RUU PPKB 2011
> tu selesai diundi...... apa2 pun masih ada ruang utk kita lawan RUU ni
> insyaallah..cuma la ni apa yg perlu dibuat..kena kembali bersatu tentang
> kejahatan & kezaliman... itu perlu lebih difokuskan....
>
> Zulqarnain Lukman
> wan z - cuba tanya raja nong chik, pasal apa kemarin bagi RUU 2011, ari ni
> bahas, tak sampai sehari bahas terus lulus. berbanding RUU 2010 ada masa utk
> orang awam teliti. satu lagi, mu dah tengok ke RUU 2011 ni ?
>
> Zul Hazmi
> setuju dgn Zulqarnain Lukman..... sbb tu aku kata ini perancangan JAHAT Nong
> Chik nak bulldoze RUU PPKB 2011 ni.....
>
> Wan Zainuddin
> Srategi dia org tu tak dinafikanlah!yg aku pertikaikan knp MP tak hadir masa
> Parlimen baru bersidang sejak sekian lama berehat!komitmen lain knp tak plan
> tarikh sblm ni???
>
> Zul Hazmi
> memang dah plan sebelum tu lg tp kena faham.... disebabkan perancangan JAHAT
> tu la maka ada dikalangan MP PR yg tak hadir tu tak menjangkakan bhw RUU
> PPKB 2011 tu akan dibahaskan pada Rabu (5/10/2011) tu...... RUU PPKB 2011
> baru dibentang Bacaan Pertama pada Isnin (3/10/2011) kemudian terus pada
> Rabu (5/10/2011) dibentangkan Bacaan Kedua sdgkan sebelum2 ni selalunya akan
> ambil masa jgk untuk Bacaan Kedua bkn hanya selang 2-3 hari...... kebanyak
> MP jangkakan RUU PPKB 2011 akan dibahaskan selepas Belanjawan 2012 dibahas
> sbb tu ada antara mereka yg menetapkan program lain lebih awal & tak boleh
> nak dibatalkan.... ada jgk yg batalkan apabila mendapat tahu perkara tu tp
> tak sempat sampai ke Parlimen untuk undi krn terlalu singkat masa....... ada
> jgk yg mmg tak ambik tau... itu kena terima la.... tp bkn semua... drpd
> salahkan pihak sendiri lebih baik fokuskan bagaimana nak pertahankan Kg.
> Bharu pasca Akta ini.... masih ada masa......
>
>
> RUU Kg. Baru: PR Kalah Di Parlimen Kerana Ramai MP Pakatan Yang Ponteng.
> Suweh!
> Posted by greenboc
>
>
>
> Pakatan gagal sekat rang undang-undang Kg Baru
>
> Ahli Parlimen Pakatan Rakyat gagal menyekat Rang Undang-Undang Perbadanan
> Pembangunan Kampong Bharu 2011 apabila rang undang-undang itu diluluskan
> menerusi undi belah bahagian.
>
> Undian itu yang diminta sendiri oleh pihak pembangkang menyaksikan 72 ahli
> parlimen menyokong manakala hanya 28 yang tidak bersetuju rang undang-undang
> itu dibacakan untuk kali kedua.
>
> Undian belah bahagian dibuat selepas Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai)
> mengemukakan usul itu kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar
> Amin Mulia (kiri), yang kemudiannya membenarkan undian itu selepas berpuas
> hati usul itu memenuhi syarat Peraturan Mesyuarat yang memerlukan
> persetujuan 15 anggota parlimen.
>
> Suasana agak kecoh sebaik loceng dibunyikan apabila ahli parlimen Pakatan
> yang kelihatan 'terlalu yakin' akan dapat menggagalkan rang undang-undang
> itu mengejek wakil kerajaan yang mula berlari masuk untuk memenuhkan korum.
>
> Bagaimanapun, sebaik sahaja keputusan diumumkan Pandikar Amin, beberapa
> anggota pembangkang yang kecewa terus meninggalkan dewan.
>
> Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja
> Nong Chik Raja Zainal Abidin ketika menggulung rang undang-undang itu
> berusaha keras mempertahankan peruntukan dalam rang undang-undang itu bagi
> penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu.
>
> Beliau menegaskan bahawa penubuhan perbadanan itu tidak sesekali berniat
> untuk mengambil tanah sesiapa di kawasan tersebut.
>
> Katanya dengan nada penuh emosi berkata, penubuhan perbadanan itu sebaliknya
> hanya sebagai pemudah cara untuk membangun dan memajukan orang Melayu di
> kawasan itu.
>
> Menurutnya kerajaan sudah meluluskan empat syarikat berkaitan kerajaan (GLC)
> yang semuanya berkepentingan bumiputera iaitu Permodalan Nasional Berhad
> (PNB), Lembaga Tabung Haji (TH), Perbadanan Putrajaya dan Permodalan
> Hartanah Berhad untuk membangunkan Kampong Bharu dan mempastikan kepentingan
> Bumiputera terpelihara.
>
> "Kita tidak memberi ruang syarikat swasta untuk ambil alih tanah orang
> Melayu di Kampong Bharu kecuali dengan persetujuan mereka.
>
> "Kalau tak ada perbadanan, bagaimana hendak bantu mereka yang tidak mampu
> untuk membangunkan sendiri tanah masing-masing," tegasnya.
>
> Rang undang-undang itu yang dikemukakan untuk bacaan kali pertama pada Isnin
> antara lain bertujuan menubuhkan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu dengan
> tanggungjawab melaksanakan dasar, arahan dan strategi berhubung pembangunan
> dalam kawasan Kampong Bharu.
>
> Perbadanan itu juga berperanan untuk menggalak, merangsang, meningkat,
> memudah dan menyelaras pembangunan dalam kawasan Kampong Bharu.
>
> Semasa sesi perbahasan sebelum itu, dakwaan 'jual Melayu' yang dilontarkan
> seorang anggota Parlimen kerajaan kepada wakil rakyat PAS mencetuskan
> pertikaman lidah dan menjadikan sesi perbahasan rang undang-undang itu yang
> 'panas'.
>
> Keadaan itu berpunca apabila Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang
> mencelah perbahasan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), mendakwa
> perbentangan rang undang-undang itu sebagai cubaan Barisan Nasional (BN) dan
> Umno untuk menggadaikan orang Melayu.
>
> Ekoran itu, Bung Moktar membalas dakwaan tersebut dengan mengatakan bahawa
> PAS yang sebenarnya menjual orang Melayu kerana parti itu mendewa-dewakan
> komunis sebagai pejuang.
>
> "Yang menjual orang Melayu ialah PAS...dalam dewan ini Melayu pun kena
> jual...Batu (Tian Chua) jual. Hasrat murni kerajaan diputar belit.
>
> "Kita (Barisan Nasional) tidak akan aniaya Melayu, Cina, India. Kita bangun
> bersama-sama untuk masa depan negara kita," katanya.
>
> Dakwaan Bung Mokhtar itu menyebabkan beberapa ahli parlimen Pakatan bangun
> untuk membantah dan mendesak ahli parlimen Kinabatangan itu menarik balik
> kenyataannya menyebabkan keadaan menjadi hingar-bingar.
>
> Pertikaman lidah antara ahli parlimen kerajaan dan pembangkang berterusan
> kira-kira lima minit sebelum Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk
> Ronald Kiandee bertindak mengetuk penukul keadilan sebanyak tiga kali dan
> meminta semua ahli parlimen bertenang.
>
> Bagaimanpun cubaan Ronald gagal mententeramkan keadaan apabila masih ada
> ahli parlimen yang terus bertikam lidah, termasuk Khalid Abdul Samad
> (PAS-Shah Alam) yang mengemukakan Peraturan Mesyuarat dan meminta Bung
> menarik balik kenyataannya kerana mendakwa Bung Mokhtar telah mengeluarkan
> banyak kenyataan yang menghina.
>
> "Sepanjang perbahasan, Kinabatangan tuduh kita dijual sedangkan perbahasan
> berhubung Kampong Bharu. Yang hendak dijual ialah orang Kampong Bharu oleh
> Umno.
>
> "Dia keluarkan banyak perkataan menghina, saya rasa ia satu cara perbahasan
> yang tak Parlimentarian," katanya.
>
> Keadaan itu menyebabkan Ronald terpaksa mengambil ketetapan bahawa tidak ada
> sebarang pelanggaran Peraturan Mesyuarat berlaku, kerana berpendapat Bung
> Mokhtar tidak bermaksud menjual sesiapa, sebaliknya menyifatkan ahli
> parlimen Shah Alam itu membuat terjemahan secara literal.
>
> - Bernama
>
> Sementara itu, bercakap di lobi Parlimen malam tadi, Mahfuz berkata PAS
> sekali lagi menegaskan, pembangunan Kampung Baru perlu dibuat dengan cara
> yang telus supaya tidak ada mana-mana pihak khasnya pemilik tanah yang
> terasa mereka dizalimi.
>
> Sehubungan itu, katanya yang dipetik Harakahdaily, PAS mempertikaikan
> kewujudan tiba-tiba empat GLC yang akan menguruskan pembangunan Kampung Baru
> malam tadi sedangkan rang undang-undangnya baru semalam diluluskan.
>
> Empat GLC berkenaan adalah Lembaga Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad,
> Putrajaya Holding dan Permodalan Hartanah Berhad dan satu lagi akan
> dinamakan dalam masa terdekat.
>
> "Bagaimana sudah ada senarai GLC yang akan terlibat dalam perbadanan ini
> sedangkan Rang Undang-undang baru diluluskan sekejap tadi," katanya.
>
> Mahfuz berkata, Pakatan Rakyat tidak menolak pembangunan namun mahu ianya
> diuruskan secara telus dan melibatkan wakil penduduk sendiri.
>
> "Beberapa kali kita tegaskan, kita tidak menolak pembangunan di kawasan
> Melayu tapi kita tidak mahu pembangunan itu akhirnya meminggirkan orang
> Melayu sendiri.
>
> "Esok media arus perdana akan mainkan Pakatan Rakyat tolak pembangunan dan
> tak mahu Melayu maju.Kita nafikan perkara itu dan kita minta kerajaan
> benar-benar ikhlas nak majukan kawasan Melayu, bukan komersil semata-mata,"
> katanya.
>
> Ulasan GB
>
> Undian itu yang diminta sendiri oleh pihak pembangkang menyaksikan 72 ahli
> parlimen menyokong manakala hanya 28 yang tidak bersetuju rang undang-undang
> itu dibacakan untuk kali kedua.
>
> Hanya 28 sahaja ahli parlimen Pakatan Rakyat yang menentang RUU Kg. Baru? GB
> tertanya-tanya kemana perginya ahli-ahli parlimen PR yang lain yang
> kesemuanya berjumlah 75 orang?
>
> Banyak kali kejadian di dalam undi belah-bagi, PR kalah di dalam Dewan
> Rakyat yang sepatutnya tidak berlaku jika kesemua ahli parlimen PR komited
> dan tidak ponteng.
>
> Contoh yang nyata ialah kelulusan Akta DNA, penggantungan Gobind dari Dewan
> Rakyat, penolakan Bajet 2010 dan kini Akta Kg. Baru.
>
> Cakapnya berdegar-degar tetapi tidak berakhlak/berdisiplin. Mutu kerjanya
> tahap mediocre. Itulah hakikat yang ada pada ahli parlimen Pakatan Rakyat!
>
> Rakyat pilih kamu sebagai wakilnya untuk bekerja melawan BN di Parlimen,
> bukan untuk ponteng atau tidur. Diberi gaji dan elaun beribu-ribu, buat
> kerja kamu tak mahu. Teruk punya ahli parlimen. Ramai YB yang ponteng ini
> yang kena maki dengan rakyat sebab kamu-kamu telah menghampakan rakyat yang
> memilih dan mengundi kamu, para blogger yang tak dikenang oleh PR juga hampa
> dan kecewa kerana bersusah payah para blogger PR berkempen dan "berjuang"
> setiap hari setiap malam sepanjang tahun melawan BN untuk memenangkan kamu.
> Bukankah tahap binatang apabila kamu menang tapi kini tiba-tiba kamu
> khianat? Sama tahapnya kamu dengan wakil rakyat katak yang melompat itu.
> Sesen tak guna.
>
> Mereka ini perlu bertanggungjawab menjelaskan kepada para penyokong mereka
> sebelum mereka dihumban keluar dari parlimen di dalam pilihanraya akan
> datang. GB bagi amaran: jangan main-main dengan dengan rakyat!
>
> GB sudah ulas dulu di dalam kes Akta DNA. Petikan:
> Sikap sambil lewa serta tidak bertanggungjawab ahli parlimen Pakatan
> Rakyat amat diksalkan apatah lagi apabila terdapatnya kes-kes yang
> memerlukan penglibatan mereka seperti undian belah bagi seperti di atas.
>
> Akta DNA tersebut mampu ditolak oleh Parlimen seandainya pihak ahli
> parlimen Pakatan Rakyat hadir kesemuanya sewaktu pengundian dijalankan
> tetapi hampir separuh dari mereka mengabaikan peranan dan tanggungjawab
> mereka kepada rakyat dan negara.
>
> Kita kesal dan kita meminta agar wakil rakyat yang tidak hadir tanpa sebab
> yang menasabah itu didedahkan supaya mereka meletakkan jawatan lantaran
> pengkhianatan mereka kepada pengundi Pakatan Rakyat, atau setidak-tidaknya
> mereka tidak perlu lagi di pilih di dalam pilihanraya akan datang.
>
> Firman Allah s.w.t.
>
> يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَخُونُواْ اللّهَ وَالرَّسُولَ
> وَتَخُونُواْ أَمَانَاتِكُمْ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
>
> Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan
> Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu
> mengetahui (salahnya). Al-Anfal :27
>
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment