Hazayani Zakaria |
PUTRAJAYA, 30 Sept: Setelah laporan polis terhadap Felda berhubung pinjaman RM6 bilion yang dibuat daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak diendahkan, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini memanjangkan laporan tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula. Laporan tersebut menuntut SPRM menyiasat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selain tiga lagi "orang kuat" Felda iaitu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab. Menurut Presiden Anak, Mazlan Aliman, keraguan timbul apabila pinjaman dalam jumlah yang besar itu tidak pernah dibentangkan di Parlimen malah tiada sebarang penjelasan dibuat oleh Ahmad Maslan meskipun didesak berkali-kali oleh Anak dan banyak pihak lagi. Beliau berkata, Anak mahu SPRM menyiasat ke mana wang tersebut disalurkan dan siapakah yang mengarahkan pinjaman itu dibuat. "Apabila ditanya, Ahmad Maslan tidak pernah memberikan penjelasan yang memuaskan hati mengenai pinjaman itu. "Sebaliknya Tan Sri Isa Samad memberikan jawapan yang boleh ditertawakan apabila menganggap Felda diiktiraf sehingga ada pihak yang sanggup memberikan pinjaman dalam jumlah yang besar," kata beliau kepada pemberita di hadapan pejabat SPRM, dekat sini, petang tadi. Mazlan turut mempertikai motif pinjaman itu dibuat dalam pada Ahmad Maslan bermati-matian mempertahankan dakwaan Felda stabil dan mempunyai aset RM19 bilion. "Kalau dah banyak aset, apa perlunya pinjaman dibuat? "Dan apa terma yang dikenakan KWSP terhadap Felda setelah memebrikan pinjaman itu?" soalnya. Tegasnya, perkara itu harus dijelaskan kerana ianya melibatkan kepentingan rakyat khususnya peneroka Felda dan pencarum KWSP. Jun lalu, Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya di Parlimen mendedahkan sejumlah RM3 bilion daripada pinjaman tersebut dipinjamkan kepada Felda Global Ventures. Felda Global Ventures mempunyai masalah pelaburan di luar negara menerusi Felda Iffico Sdn Bhd, Twin Rivers Technologies US, TRT Etgo Canada, Felda Global Ventures Middle East dan Felda Global Ventures Arabia. Kerugian terkumpul daripada pelaburan sekitar RM1.7 bilion daripada 1997 hingga 2010 hampir 500 juta. Ketua Pegawai Strategi Kumpulan Felda, Suzana Wati Idayu Othman dan Lembaga Pengarah didapati bersalah dalam membuat keputusan yang menyebabkan kerugian dalam semua pelaburan di luar negara. |
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan saufi matrock)
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment