Duit rakyat hangus SEWENANG-WENANGNYA
Bandingkan harga kontrak dengan harga pasaran. Berapa banyak bezanya.?
Berapa banyak duit rakyat melayang?
Berapa banyak pembaziran?
Berapa ramai yang menjadi kaya sekelip mata?
Berapa ramai orang yang sepatutnya mendapat manfaat dari duit itu dinafikan hak?
HANYA PETI UNDI DAPAT MENGATASI KEDURJANAAN SEPERTI INI.
Laporan Ketua Audit Negara : Bukti Umno/BN korup, boros dan keras kepala
Saban tahun Laporan Ketua Audit Negara (KAN) dikeluarkan dan diumumkan kepada rakyat. Ternyata ianya penuh dengan penyelewengan, rasuah dan data yang meragukan. \
Laporan Audit : Cerdik tak boleh diikut BODOH tak boleh DIAJAR
Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan penemuan yang memeranjatkan apabila mengesan pihak kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam telah terlebih membayar RM4.66 juta sebagai pencen kepada pesara dan waris mereka di antara 2007 dan 2010.
Ini suatu penemuan yang memalukan negara kita yang membuktikan kecuaian mereka yang terlibat disamping menimbulkan keraguan kepada sistem kewangan negara.
Daripada jumlah itu media juga mendedahkan bahawa RM2.57 juta telah terlebih bayar kepada 1,975 kakitangan awam yang telah meninggal dunia. Hanya RM850,000 berjaya dikutip semula daripada 965 waris mereka.
Siapa yang harus dipertanggungjawabkan terhadapa kehilangan wang rakyat ini????? Sudah tentu waris-waris tersebut enggan membayar balik kerana mungkin sebahagian besarnya telah digunakan oleh mereka.
Baki, RM1.72 juta, yang perlu dituntut daripada 1,010 yang lain, masih belum dituntut sepenuhnya. Seramai 206 individu lagi membayar balik secara ansuran bulanan bagi jumlah RM390,000.
Bagi baki pencen terlebih bayar seterusnya berjumlah RM1.33 juta, wang itu tidak dapat dituntut kerana waris berkenaan tidak dapat dikesan, telah meninggal dunia atau memilih untuk tidak mengendahkan notis yang dihantar kepada mereka.
Antara lain, laporan audit mendapati bahawa pencen yang terlebih bayar itu adalah akibat rekod kematian yang ketinggalan zaman.
Ini berlakuwalaupun terdapat sistem komputer bersepadu yang dikenali sistem Power - Pensions Online Workflow Environment - untuk mengemas kini rekod kematian yang diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Sekiranya, maklumat kematian yang diterima daripada JPN tidak sepadan dengan maklumat dalam sistem Power, satu laporan tidak sepadan dikeluarkan.
"Berdasarkan laporan ini bagi tempoh tahun 2007 sehingga September 2010, didapati data kematian 2,262 pesara/penerima pencen tidak dapat dikemaskini kerana maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan dan tarikh lahir tidak sepadan dengan maklumat dalam sistem Power," kata Laporan Ketua Audit Negara itu.
Kita menuntut suatu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat perkara ini dan sesiapa yang terlibat dengan kecuaian ini termasuk menteri, pegawai tertinggi kerajaan dan sebagainya mesti diambil tindakan.
Bagaimanapun lawatan audit ke tapak berkenaan mendapati hanya terdapat sebuah unit rumah di kampung itu.
Dalam penjelasannya, TNB mendakwa ketika projek itu diluluskan, 17 rumah sedang dalam proses dibina tetapi akhirnya hanya sebuah yang disiapkan.
"Pada pendapat audit kelulusan projek BELB di kawasan ini tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu jenis rumah di kawasan berkenaan hendaklah merupakan rumah kekal dan didiami serta sesuai dibuat pendawaian elektrik.
Laporan Audit 2010 juga mendedahkan bahawa TNB meluluskan projek bernilai RM65,193 bagi membekalkan elektrik kepada lima buah rumah terbengkalai di sebuah kampung di Bera, Pahang.
Sehubungan itu, laporan berkenaan menilaikan prestasi projek BELB sebagai tidak memuaskan dengan hanya 43.2 peratus atau 16 daripada 37 projek yang disiapkan pada tahun lalu.
Apa Kejadah RM4 Juta Beli Kuda Tapi Tak Boleh Berlumba, Beli Teropong Harga 29 Kali Ganda?
Hanya lima ekor kuda layak untuk bersaing dalam kejohanan tersebut.
Kesemua 23 kuda itu dibeli dengan kos RM5.66 juta.
Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyebut "pihak Audit dimaklumkan 18 ekor kuda dengan kos perolehan berjumlah RM3.94 juta tidak layak bertanding kerana tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Persekutuan Equestrian Antarabangsa."
"Ini disebabkan kuda yang dibeli tidak mendapat latihan yang mencukupi memandangkan peroleh kuda dibuat dua bulan sebelum kejohanan.
"Di samping itu beberapa ekor kuda juga mengalami kecederaan sebelum kejohanan bermula," kata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.
Pada Februari 2007, MSN telah diminta untuk membeli enam ekor kuda bagi tujuan WEC 2008 dengan mendahulukan peruntukan sedia ada dan agensi itu telah membelanjakan RM1.98 juta bagi tujuan itu.
Pada Jun tahun yang sama, Kementerian Belia dan Sukan telah menetapkan spesifikasi dan bilangan kuda untuk ditambah sebanyak 17 ekor lagi menjadi 23 ekor untuk pertandingan tersebut.
Kata beliau, pada pandangan Audit perancangan perolehan kuda hendaklah dibuat secara teliti dengan mengambil kira tahap kesihatan dan kebolehan kuda untuk bertanding.
"ISN (Institut Sukan Negara) sepatutnya merancang perolehan dengan mengambil kira tempoh latihan yang diperlukan bagi setiap kuda untuk memenuhi syarat kelayakan FEI.
"Ini menyebabkan sebahagian besar kuda yang diberi tidak dapat menyertai (World Endurance Championship) WEC 2008," katanya.
Kata laporan, walaupun usaha dilakukan untuk memastikan kuda tersebut sihat, kesihatan kuda tidak dapat dijamin sempurna sepanjang masa.
Laporan Audit berkata pihaknya mendapati ISN perlu memastikan perolehan kuda digunakan untuk menyertai kejohanan peringkat antarabangsa dan pembangunan sukan berkuda bagi tempoh tertentu sebelum diserahkan kepada agensi kerajaan yang lain. -TMI
Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan RM56,350 bagi sepasang 'binocular marine' atau teropong visi malam, 29 kali lebih tinggi daripada harga pasaran bernilai RM1,940, dedah Laporan Ketua Audit 2010.
Jabatan itu juga membayar jumlah yang sama bagi sepasang binocular visi malam jenama Bushnell, atau 1,893 peratus lebih tinggi daripada harga sebenar RM2,827.
Ia juga didapati 'terlebih bayar' RM38,470 dan RM13,918 bagi set radar Colour Marine berharga RM8,255 dan sebuah TV LCD dengan pemain cakera DVD bernilai RM16,100 dan RM2,182 masing-masing.
Barangan lain termasuk:
Komputer riba dan pencetak warna berharga RM3,428 pada harga RM11,845 (lebihan 246 peratus)
Hand-held portable VHF Transceiver berharga RM1,561 pada harga RM4,324 (lebihan 177 peratus)
"Semakan Audit mendapati tiada bukti JTLM telah membuat kajian pasaran sewajarnya. Bagaimanapun pihak JTLM mempunyai anggaran harga jabatan yang tidak dapat dikenal pasti asas perkiraannya.
"Analisis Audit mendapati perbezaan harga yang ketara antara 177 peratus hingga 2,805 peratus terhadap kadar harga yang ditetapkan dalam kontrak berbanding anggara harga pasaran," petik laporan itu.
Mara ditegur beli peralatan pada harga tinggi
Di sebalik membelanjakan peruntukan RM54 juta untuk menyediakan kursus latihan bagi golongan miskin tegar, Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan wang untuk mendapatkan peralatan tertentu - seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.
Laporan Audit 2010, yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, menyatakan bahawa dana yang disediakan di bawah program rangsangan ekonomi kedua untuk membantu golongan miskin meningkatkan pendapatan mereka.
Berikut beberapa barang yang dilaporkan dalam laporan berkenaan:# Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419, untuk membuat roti dan pastri bagi kursus di Kelantan
# Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100
Dapur gas dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya RM59.90
# Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, dan bukannya RM79
# Pengisar pada RM140 dan bukannya sebanyak RM60
Katil boleh lipat itu digunakan untuk kursus urutan secara tradisional bagi ibu selepas bersalin dan mesin gunting rambut digunakan untuk kursus menggunting rambut.
Laporan tersebut mencatatkan bahawa sebahagian besar pembelian dibuat melalui rundingan terus, tidak melalui tender terbuka - dan tanpa kelulusan daripada Kementerian Kewangan.
Prosedur operasi standard tidak dibentangkan sebelum lembaga pengarah MARA meluluskannya, kata laporan itu.
Laporan itu juga memberi komen bahawa Giatmara perlu menyatakan prosedur operasi standard secara mendalam dan terperinci bagi program yang hendak dijalankan di seluruh negara.
Beli peralatan, bekalan eletrik tiada
Laporan itu turut mencatatkan pembelian beberapa peralatan untuk peserta kursus yang dibuat tanpa mengambil kira keperluan yang betul.
Sebagai contoh, di Kapit, Sarawak, ketuhar dan mesin jahit disediakan tetapi tiada bekalan elektrik di pusat latihan tersebut.
Laporan itu juga mencatatkan beberapa peralatan termasuk pengadun dan pengisar yang dibeli di bawah tahap keupayaan sebenar untuk digunakan mengadun kek dan oleh itu, ia tidak boleh digunakan.
Giatmara juga membeli pengisar untuk mencampur makanan ikan dengan spesifikasi yang rendah dan peserta kursus boleh secara mudah mendapat makanan ikan di Perak.
Laporan Audit Negara mencadangkan Giatmara membuat penilaian sesuatu peralatan yang hendak dibeli mengikut kapasiti dan kesesuaian bagi mencapai hasratnya. -mk
Ulasan GB
Sudah nyata ada ketirisan yang besar di dalam pelbagai Jabatan di pelbagai Kementerian kerajaan pusat untuk menghabiskan dan menjahanamkan wang rakyat.
Berlaku salahlaku dan rasuah yang ketara. Memberi erti NKRA (untuk mengurangkan rasuah) kepunyaan Najib tercampak ke tong najis.
Siasat dan tangkap segera mereka yang terlibat.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
Bajet 2012 Najib adalah Bajet Negara Bangkrap.
Apa nak dipersoalkan sangat. Bukankah peruntukan kewangan adalah harta mak bapak mereka????
Penyelewengan2 dalam Laporan Audit 2009 tidak diambil tindakan apa-apa pun. Jadi laporan untuk apa? Jadi tujuan laporan audit 2010 sekadar memenuhi prosedur saja.
haha...1 brg shj da bnyk tiris,klau total up ksmuenye kompem x lme lgi bngkrap la Malaysia jwbnye...
Biasanya orang melihat pegawai/kakitangan kerajaan yang terlibat sebagai punca kepada pembaziran yang berlaku. Tetapi jarang orang melihat tekanan yang dihadapi oleh pegawai/kakitangan kerajaan tersebut. Kita lihat Kelantan sebelum dan semasa pemerintahan PAS, pegawai/kakitangan kerajaan cukup tenang berkerja di bawah pemerintahan PAS, tanpa gangguan dalam membuat keputusan mengikut garis panduan yang sepatutnya. Rakyat perlu disedarkan bahawa apa yang berlaku ini kerana tangan-tangan yang ghaib yang tidak bertulis mengarahkan keputusan tersebut dibuat.
"Anonymous said...
Biasanya orang melihat pegawai/kakitangan kerajaan yang terlibat sebagai punca kepada pembaziran yang berla.."
terus terang aku x bersetuju dengan kenyataan ko ni....ada sorang member aku kontraktor pernah kena dgn pegawai kerajaan sendiri yg minta dinaikkan harga.. amount supply x byk, bawah RM10k jer, so impossible tangan ghaib nak layan benda2 bawah RM10K nie....
dia org ni layan yg juta2 jer...tapi dah sebab org atas buat...yg bawah pun apa lagi..bapak borek anak rintik lah....
pernah hantar floppy disc untuk Jabatan Muzium di Kuala Muda Kedah..
harga pasaran masa tu RM28..harga kerajaan beli RM320.00!!!
aku boleh cerita sebab aku sendiri pergi hantar barang ke situ..
KERAJAAN MEMANG BUANG DUIT RAKYAT MELALUI PEGAWAI YANG TIDAK AMANAH/BERTANGGUNGJAWAB...
"Anonymous said...
....ada sorang member aku kontraktor pernah kena dgn pegawai kerajaan sendiri yg minta dinaikkan harga.. amount supply x byk, bawah RM10k jer, so impossible tangan ghaib nak layan benda2 bawah RM10K nie...."
Itulah diantara tangan-tangan ghaib (mereka yang memberi arahan tak bertulis ataupun berminit, tak kiralah kakitangan kerajaan ataupun orang lain) yang terdidik dari sistem pendidikan hari ini... Tangan ghaib ini bukannya sahaja orang luar, malah di dalam organisasi sendiri... ada segelintir yang mungkin akan berkata 'eh.. dia orang yang di atas berjuta-juta ambil takkan akupun tak boleh, bukannya banyak pun...'
Kita tak nafikan ramai yang baik dan jujur tetapi adajuga yang sebaliknya. Yang lebih penting adalah didikan agama itu, tak kiralah kakitangan kerajaan ke ataupun orang luar perlu didikan agama yang sebenar, persoalan syariat juga perlu diutamakan.
Dimanakah solat kita jika ianya tidak dapat membantu mengelakkan perbuatan yang bercanggah dengan agama. Sesungguhnya solat itu mencegah diri daripada perbuatan keji dan mungkar. Renungkanlah...