Saya berumur 25 tahun dan telah mendirikan rumah tangga. Saya ingin bertanya adakah normal sekiranya selepas bersama suami, air mani suami keluar semula dari faraj?
Tetapi saya tidak pasti berapa banyak dan adakah saya boleh hamil jika perkara ini kerap benar berlaku. Bagaimanakah cara untuk saya mengetahui sama ada suami saya ada sperma atau tidak di dalam air maninya?
Fenomena pengeluaran air mani dari faraj sejurus selepas selesai persetubuhan atau istilah perubatannya, Effluvium feminis, ialah fenomena biasa dan bukan satu masalah.
Sperma yang aktif pasti akan berupaya memasuki rahim melalui lendir yang dihasilkan pangkal rahim ketika wanita berada di dalam waktu subur.
Apa yang boleh menjejas peluang untuk hamil ialah apabila anda mencuci faraj sejurus selapas menjalin hubungan seks atau penggunaan jeli pelicin setiap kali melakukan persetubuhan.
Bagaimanapun, anda masih boleh mengurangkan pengaliran air mani dari faraj itu jika anda tidak mengemut sejurus selepas menjalin hubungan intim. Ini kerana perbuatan demikian akan hanya membuat faraj 'menolak' keluar air mani tersebut.
Di samping itu, anda juga boleh berusaha untuk mengubah posisi semasa persetubuhan. Caranya ialah apabila suami datang dari arah belakang sementara anda pula dalam kedudukan seperti bersujud. Dengan demikian, ia dapat mengekalkan takungan air mani di dalam faraj untuk memberi kesempatan bagi sperma yang aktif agar mara ke dalam rahim.
Berhubung soalan sama ada air mani suami subur atau tidak, anda tidak akan tahu dengan melihat keadaan atau coraknya.
Untuk menguji mutu air mani, ujian perlu dilakukan di makmal di mana suami akan mengeluarkan air mani melalui urutan zakar dan contoh air mani itu dibawa ke makmal secepat mungkin iaitu tidak melebihi sejam. Daripada hasil ujian, doktor akan menjelaskan keadaan suami berdasarkan laporan air mani.
DR ISMAIL TAMBI
Pakar kesuburan dan andrologi
KLINIK CINTA
Damai Service Hospital,
109-119 Jalan Ipoh,
Kuala Lumpur, Malaysia
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment