Parti politik orang Islam mempunyai banyak musuh dan lawan sebaik sahaja mereka istihar diri sebagai parti pembangkang.Permusuhan adalah berpunca dari sikap permusuhan mereka terhadap parti pemerintah (yang juga parti orang Islam) kerana tersangat ingin merebut kuasa.Namun sudah lebih setengah abad mereka berjuang tetapi hingga kini perjuangan melalui parti politik pilihanraya belum lagi dapat menyakinkan umat Islam bahawa Islam yang mereka bawa itu cantik dan indah.Peribadi pejuang pejuang Islam dalam parti politik bersikap keras, kasar dan tidak sopan dalam berpolitik, terutama dalam ceramah ceramah mereka (baik di atas pentas politik atau masjid masjid), yang rata rata hanya menjatuhkan hukum lebih dari memperbaiki keadaan kepada orang yang tak sealiran dengan mereka.Mereka sebenarnya gagal menyakinkan umat Islam kerana keindahan Islam itu tidak ada atau tidak menonjol di dalam kehidupan mereka (terutama dari sudut pertuturan mereka dalam berceramah).
Sekarang kita lihat parti pemerintah sudah sangat lemah.Tetapi parti pembangkang yang bercita cita Islam pun lagi lemah dan masih tidak dapat menjatuhkan musuhnya yang amat lemah itu.Kelemahan mereka menonjol apabila kita lihat mereka terpaksa bergabung dengan parti musyrikin kononnya untuk mendapat kekuatan.(Saya pernah menulis tentang bahaya berkerjasama dengan kaum kafir.Sesiapa yang terlepas pandang tulisan ini sila baca di sini KLIK) Namun walaupun demikian, parti pemerintah yang lemah masih merasa selesa sahaja berhadapan dengan parti pembangkang ini.Dalam isu semasa contohnya, dalam hal menegakkan hukum hudud,mereka masih berdolak dalik untuk melaksanakan nya walaupun mereka di benarkan melaksanakan di negeri bawah pemerintahan mereka di Kelantan.Jangan jangan mereka belum bersiap sedia dengan jentera jentera untuk melaksanakannya.Mungkin mereka belum bersedia dan tidak mempunyai cukup Pentadbir, Kewangan,Mahkamah Syariah, kaki tangan saperti Hakim dan Peguam Syariah, tukang sebat, tukang potong tangan,anggota Polis yang memahami hukum hudud dan sebagainya.
Amat dikesali dan mengecewakan sekiranya apa yang saya nyatakan ini benar.Sudah berpuluh puluh tahun berjuang melaungkan hudud, tak kan tak ada persiapan untuk melaksanakan nya? Jangan pula jadi macam orang nak buat rumah.Rumah belum siap dah nak masukkan perabot dan segala macam peralatan didalamnya.
Wallahu'alam.

Salaam & Regards
Amri el Wahab
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment