Wednesday, November 16, 2011

Re: RG2011... FW: keja kontrak

 

Pertahankan hak pekerja M'sia!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: JUNHAIRI BIN ABD JALIL <e_belang@yahoo.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Wed, 16 Nov 2011 00:36:13
To: <Invalid address>
Reply-To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG2011... FW: keja kontrak




Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain
(Hadis riwayat Al-Qudhi)
 
Facebooking             : e_belang@yahoo.com
Blogging                    : http://pakmod.com
Taman perumahan     : http://groups.yahoo.com/group/pakbelang.













Ribuan pekerja piket seluruh negara, bantah pindaan Akta



Mantan Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali turut serta dalam piket.






KUALA LUMPUR 3 Nov: Piket besar-besaran anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), berjaya diadakan dengan ribuan pekerja berhimpun di semua 18 lokasi  seluruh negara.
Ia diadakan bagi membantah pindaan Akta Kerja 1955 yang diluluskan parlimen Oktober lalu.
Meskipun tidak mendapat permit polis, Piket berkenaan yang dijadual bermula dari pukul 5 petang hingga 6.30 petang tetap diteruskan dengan pekerja membanjiri lokasi-lokasi yang ditetapkan.
Di Jalan Barat, Petaling Jaya, piket berkenaan dihadiri kira-kira 500 hingga 600 pekerja.
Ia turut dihadiri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) antaranya Naib Presiden KEADILAN, N. Surendran, Ahli Biro Politik KEADILAN, Syed Husin Ali, Latheefa Koya,  Ahli Parlimen Selayang, Wiliam Leong dan Exco Selangor, Elizabeth Wong.
Di Shah Alam Selangor pula, ia dihadiri oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Exco Selangor, Xavier Jeyakumar dan bekas Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mahmud.
Di Tasek,Ipoh, Perak kira-kira 500 orang menyertai piket berkenaan.
Turut hadir  ialah Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin, Adun Teja Chang Lih Kang, Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail dan juga pimpinan Pakatan Rakyat  yang lain.

Sementara di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur pula dilaporkan sekurang-kurangnya 200 hingga 300 pekerja berhimpun sepanjang jalan.
Pekerja-pekerja yang berpiket di seluruh negara hari ini membawa kain rentang dan plakad yang bertulis tuntutan dan bantahan mereka.
Antaranya, 'Jangan Perkosa Hak Pekerja', 'Menteri Tipu Pekerja' dan 'Jangan gadai Hak Pekerja'.
Mereka juga dilaporkan turut melaungkan slogan "Tarik balik"  "Henti Pindaan", "Turun Menteri",  dan "Hidup MTUC" beberapa kali.
Mantan Timbalan Presiden KEADILAN, Dr Syed Husin Ali turut serta dalam piket.
Tindakan itu turut mendapat perhatian kenderaan  lalu-lalang yang membunyikan hon kenderaan mereka sebagai tanda sokongan.
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) sebelum ini menyokong secara terbuka tuntutan MTUC membantah pindaan undang-undang tersebut yang dianggap menekan dan menindas golongan pekerja.
MTUC mempunyai 800,000 ahli berdaftar dengan 5.7 juta pekerja berdiri teguh di belakangnya.
Pada 6 Oktober lalu, Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011 diluluskan Dewan Rakyat selepas dibacakan untuk kali kedua oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam.
MTUC membantah pindaan akta itu kerana ia mengembalikan sistem kontrak yang telah dihapuskan oleh penjajah British apabila Akta Kerja digubal pada 1955.
Sistem pekerja kontrak ini wujud sejak 15 tahun lalu, dan berjalan di luar kerangka undang-undang. Disebabkan itu pindaan ini dilakukan kerajaan demi menghalalkan sistem tersebut.
Kontraktor tenaga kerja ini akan menjadi pihak ketiga yang mengambi alih fungsi majikan utama  dan menyebabkan pekerja tidak mempunyai jaminan pekerjaan.
Selain itu, pekerja akan mendapat kadar gaji yang sama sepanjang hayat bekerja tanpa kenaikan gaji dan bonus serta faedah lain.
Sistem itu juga menyebabkan majikan tidak mempunyai tanggungjawab secara terus kepada kebajikan pekerja terutamanya melibatkan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
MTUC: Piket untuk beri mesej kepada kerajaan
(Oleh: Sidiqin Omar)
 
KUALA LUMPUR 3 Nov: Piket anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang diadakan petang tadi bertujuan untuk menghantar mesej kepada kerajaan supaya menarik balik pindaan Akta Kerja 1955.
"Piket seumpama ini dapat menyampaikan satu mesej kepada kerajaan bahawa pindaan Akta Sekerja yang telah digubal adalah Undang-undang yang menjurus kepada impak negatif kepada kaum pekerja," kata Presidennya Mohd Khalid Atan.
Menyifatkan piket di 18 lokasi seluruh negara itu sebagai satu kejayaan, Khalid berkata MTUC akan terus memberi tekanan meski pun sedia berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia.
"Kami bersedia untuk bertemu, selagi masih ada ruang untuk berbincang. Kami akan bawa apa sahaja bantahan pindaan Akta Sekerja 1955.
"Yang paling dibantah ialah kontraktor buruh. Mengapa sistem itu dibawa sehingga ke hari ini yang hanya menjurus kepada eksploitasi melampau kepada pekerja?
"Selama ini sistem ini terbukti menindas dan seolah-olah perkara ini dihalalkan oleh kerajaan (melaui pindaan Rang Undang-Undang Akta Sekerja 2011),"  tegas beliau di hadapan kira-kira 500 pekerja yang mengadakan piket di bangunan KWSP, Kuala Lumpur hari ini.
Beliau dalam pada itu menganggap kehadiran pemimpin Pakatan Rakyat pada piket anjuran MTUC sebagai menyokong bantahan terhadap pindaan akta berkenaanyang dilulus di parlimen Oktober lalu.
"Mungkin rasanya mereka menjalankan sebahagian daripada tanggungjawab, sekurang-kurangnya memberi sokongan. Mereka datang atas kapasiti tanggungjawab," kata nya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah yang turut hadir memberi sokongan berkata, pindaan ini membawa kembali konsep kontrak buruh yang diperkenalkan penjajah Britsh.
"British mula dengan sistem 'Kangani' melalui buruh-buruh yang dibawa dari India dan China sebagai bahan komoditi.
"Buruh ini kemudiannya dijual kepada satu majikan. Pindaan Akta Pekerja ini seolah-olah mengulangi sistem lama melalui keabsahan undang-undang,"  kata beliau.
Katanya, sistem itu  akan melemahkan rundingan antara kesatuan sekerja dengan majikan yang menyebabkan hak pekerja ditindas dan tidak lagi dilindungi.
"Sebelum ini konsep kontrak hanya tertakluk kepada sektor tertentu dalam industri pekerjaan. Tetapi sekarang sudah merebak. Bermula dari sektor pertanian, pembinaan dan sekarang kepada pekerja tempatan dalam sektor pembuatan," katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=22632
Akta Kerja: Kerajaan terus bermusuh dengan MTUC?




Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar (LPAS) Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta kerajaan mendengar keluhan serta pandangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang membantah pindaan Akta Kerja 1955. Pengerusinya, Mohd Firdaus Jaafar berkata, MTUC mempunyai asas yang kukuh membantah Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 yang telah dibentang dan diluluskan di Parlimen baru-baru ini."LPAS berpendapat kerajaan sepatutnya berbincang dahulu dengan pelbagai peringkat terutama golongan pekerja serta kesatuan sekerja bagi mendapatkan pandangan sebelum membentangkan Rang Undang-Undang Akta Kerja. Ini kerana ia melibatkan hak dan kepentingan golongan ini," katanya kepada Harakahdaily.Beliau yang juga ahli Parlimen Jerai berkata, jika benar kerajaan prihatin terhadap rakyat, golongan pekerja mestilah antara keutamaan yang perlu diberikan perhatian.MTUC dalam satu kenyataannya menegaskan pihak mereka menentang Rang Undang-Undang Akta Kerja 1955
kerana ia menghapuskan sistem perlindungan, yang secara langsung akan menjadikan sistem 'hamba'.Mereka menentang sistem kontraktor tenaga buruh pihak ketiga kerana kesannya akan menjadikan soal kebajikan pekerja tidak dipedulikan.Katanya, kesan jangka panjang pula adalah menjadikan jurang pendapatan semakin meningkat dan tekanan ke atas hak-hak pekerja yang boleh menyebabkan kesan buruk ke atas sistem ekonomi, sosial dan politik di negara ini.Dalam hal ini, ujarnya LPAS mempersoalkan bagaimanakah khidmat nasihat yang diterima oleh kerajaan sehingga pindaan Rang Undang-Undang ini menimbulkan kemarahan banyak pihak, khususnya golongan kesatuan sekerja."Mungkinkah kerajaan mendapat nasihat yang salah, atau maklumat yang tidak tepat sehingga sanggup menegepikan golongan pekerja?" soalnya.Tambahnya, LPAS mengingatkan kerajaan betapa banyak keputusan kerajaan yang dibuat dalam keadaan terburu-buru dan tidak tepat.Katanya lagi, orang Melayu baru
kehilangan Kampung Baru ekoran Rang Undnag-Undang Perbadanan Kampung Baru 2011 yang dibentang dan diluluskan baru-baru ini dalam keadaan yang sangat tergesa-gesa.Kata beliau lagi, kerajaan pula sengaja mahu mencari permusuhan berpanjangan dengan MTUC dan kesatuan sekerja yang lain kerana sanggup membentangkan akta itu dan diluluskan pula beberapa jam kemudiannya.Justeru, katanya LPAS juga meminta kerajaan melayan tuntutan MTUC dengan baik dalam piket yang akan mereka anjurkan nanti.Tambahnya, negara demokrasi seperti Malaysia membenarkan hak berhimpun dan menyatakan suara hati mereka, justeru LPAS meminta jaminan kerajaan agar jangan mengambil tindakan terhadap mereka selama mana piket berlangsung dengan aman.
 
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment