Posted by Dhandhanggula Padang PKNS – Harta Rampasan Perang Terbaru PKR!Istilah "menghabiskan harta rampasan perang" telah menjadi sinonim dengan kerajaan negeri Selangor yang dikuasai oleh DAP, yang cukup senang dengan tindakan terbaru PKNS. Keputusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk menghapuskan Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya di sini dengan menjadikannya tapak tujuh blok pangsapuri 35 tingkat dan sebuah kompleks perniagaan 15 tingkat menyerlahkan kebenaran kata-kata diatas. Padang yang telah berusia lebih 30 tahun ini menjadi tumpuan orang ramai yang menjadikan ia sebagai pusat rekreasi dan sukan oleh penduduk setempat. Bukan itu sahaja, padang ini sebenarnya sangat nostalgik kepada pasukan Merah Kuning, skuad bolasepak negeri Selangor yang menjadi kebanggaan anak negeri. Rampasan terhadap padang rakyat ini bakal menyaksikan penduduk sekitar tidak mempunyai padang alternatif bagi tujuan sukan dan rekreasi. Sungguh pun pihak MBPJ telah menjelaskan bahawa ianya sekadar baru di peringkat pembentangan cadangan, ia tidak menjanjikan apa-apa kepada rakyat kerana kuasa-kuasa ghaib yang rakus sedang bermaharajalela di dalam pentadbiran kerajaan negeri. Seperti yang kita maklum, PKNS adalah anak syarikat negeri yang dipertanggungjawabkan membangunkan dan menguruskan aset-aset negeri yang kebanyakkannya dipersediakan untuk rakyat. Dari rumah kos rendah sehinggalah projek mega, PKNS tidak pernah meminggirkan kepentingan rakyat selama ini. Penulis teringat kembali, bagaimana Asrama Tun Dr. Ismail dan Toh Puan Norasyikin milik Yayasan Selangor yang dimuktamadkan untuk dirobohkan walaupun mendapat tentangan dari pelbagai pihak termasuk ibubapa pelajar. Terletak di kawasan yang mempunyai harga hartanah yang tinggi, ianya sangat mencerminkan sikap pentingkan keuntungan oleh kerajaan Khalid Ibrahim, sekaligus menafikan penubuhan yayasan yang seharusnya menjaga kebajikan anak negeri. Tidak sukar untuk menduga nasib padang PKNS, seandainya apa yang berlaku kepada asrama Yayasan Selangor dijadikan bukti. Demonstrasi, bantahan atau apa juga cara tidak akan mengubah keputusan yang dibuat oleh Khalid Ibrahim. Sekiranya sewaktu BN memerintah dahulu dikritik hebat akibat kerja-kerja pembangunan berhampiran dengan Taman Cahaya Seri Alam, bagaimana pula pendapat rakyat dalam isu yang bakal merampas secara total hak rakyat ini? PRU semakin hampir, janji-janji manifesto 2008 masih banyak belum tertunai. Itu belum diambil kira dari bajet 2012 negeri Selangor yang sekali lagi menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat. Menjual hartanah yang tinggi harganya adalah solusi terbaik untuk mengumpul dana, samada untuk memenuhi janji-janji mereka kepada rakyat sebelum ini, mahupun mempersiapkan kewangan bagi menghadapi PRU yang akan datang. Selangor Berduka. |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment