Tuesday, November 29, 2011

RG2011... DAP smakin bengang apabila keda ikan 1Malaysia wujud

 

DAP Semakin Bengang Apabila Kedai Ikan 1Malaysia Pula Wujud

Harga ikan yang melonjak tinggi di pasaran, sebenarnya bukanlah disebabkan oleh para nelayan, sebaliknya yang melonjakkan harga tersebut adalah orang tengah, pemborong dan penjual. Dengan ikan-ikan yang dihasilkan oleh nelayan-nelayan tempatan dijual pada harga yang lebih tinggi, pihak yang mendapat AP bagi memenuhi permintaan dalam negeri, telah berjaya mengaut keuntungan yang beribu-ribu kali ganda.

Hasilnya ialah, tekanan dan beban ditanggung sepenuhnya oleh rakyat. Rakyat pula menyalahkan kerajaan kerana gagal mengawal harga ikan dan hasil laut.

Perintisan Kedai Ikan 1Malaysia di Plaza Sentrum, Setiawangsa, oleh Restoran Ikan Bakar Sekinchan (RSIB) yang akan menjual ikan-ikan segar pada harga 30 hingga 40 peratus lebih rendah harga pasaran, akan membuatkan pihak-pihak yang selama ini hidup kenyang dengan menghisap darah rakyat Malaysia melenting.

Kuasa yang menentukan turun naiknya harga ikan di pasaran Malaysia, adalah MILIK MUTLAK puak-puak ini. Kerajaan bagaikan tidak ada kuasa langsung untuk mengawal keadaan berkenaan. DAP yang sedar, kelebihan berpihak kepada mereka memandangkan puak-puak ini adalah penyokong serta penyumber dana mereka yang utama, mengapi-apikan rakyat Malaysia dengan kenaikan harga, manakala Anwar Ibrahim pula menyatakan kalau Pakatan Rakyat berkuasa, harga barangan makanan, khususnya ikan akan diturunkan dalam tempoh 24 jam.

Bila wujud Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia, DAP akan memulakan projek untuk menggagalkannya sebagaimana mereka telah lakukan terhadap Kedai Rakyat 1Malaysia. DAP tidak mahu ada harga lain yang lebih rendah berbanding harga yang ditawarkan oleh kroni-kroni dan penyokong-penyokong mereka. DAP tidak mahu, hemegoni dan kuasa yang dinikmati oleh kroni-kroni mereka selama ini akan tercabar sebagaimana yang dilakukan oleh Mydin Mohamed, seorang ahli perniagaan Bumiputera yang berasal dari Kelantan dengan pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia.

Kempen DAP dan PKR untuk memburuk-burukkan Kedai Rakyat 1Malaysia sudah sampai ke peringkat yang tidak masuk akal. Di sana sini, DAP dan PKR menunjukkan perbandingan harga antara Kedai Rakyat 1Malaysia dengan CARREFOUR, gergasi pemasaran borong di Malaysia yang modalnya, bukan setakat di Malaysia, bahkan di seluruh dunia. Pun begitu, terlalu banyak barangan yang dijual, berharga lebih rendah daripada yang dijual oleh CARREFOUR.

Ada perkara aneh tentang kempen DAP dan PKR ini. Apakan tidak, Kedai Rakyat 1Malaysia dibandingkan dengan Carrefour sedangkan taraf Kedai Rakyat 1Malaysia sama dengan rangkaian kedai-kedai komuniti yang lain. Mengapa DAP TIDAK BERANI LANGSUNG membandingkan harga barangan di Kedai Rakyat 1Malaysia dengan Rangkaian Kedai KK atau Speed99 dan sebagainya yang diketahui memang mempunyai hubungan dengan DAP.

Nasib Kedai Rakyat 1Malaysia cuba dijadikan setaraf dengan SAVE MORE yang berjaya disabotaj oleh kroni-kroni DAP. Beberapa unit SAVE MORE seperti di Taman Pandan Mewah, telah berjaya ditutup dan dimatikan operasinya bagi mengurangkan saingan terhadap SPEED99.

Rangkaian Kedai Komuniti SAVE MORE dimiliki oleh Syed Mokhtar Al-Bukhary dan menawarkan beras pada harga yang lebih murah untuk pelanggan. Sebahagian besar barangan keperluan yang dijual di Save More juga jauh lebih murah.

Kejayaan penembusan kawasan yang dikuasai oleh peniaga-peniaga Cina, menyebabkan Mydin sangat-sangat dibenci. Itu yang berlaku di Ipoh apabila cubaan Mydin untuk masuk dan mengambilalih bangunan yang suatu ketika dahulu dikuasai oleh Super Kinta, digagalkan oleh persatuan-persatuan peniaga Cina.

Itu jugalah yang berlaku apabila PNB ingin membina Menara Warisan di tapak miliknya di tengah-tengah pusat perniagaan di Kuala Lumpur dan menyaingi Berjaya Times Square, milik Vincent Tan. Tentangan besar-besaran dibuat kononnya PNB membazirkan duit rakyat, dilakukan dan mendapat sambutan daripada para penyokong Pakatan.

RM40 juta yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu Mydin mengembangkan Kedai Rakyat 1Malaysia, dipandang serong dan dianggap membazir. Sebabnya sangat mudah, lebih banyak Kedai Rakyat 1Malaysia, akan menyebabkan rangkaian kedai mini milik para penyokong DAP kurang mendapat keuntungan seperti yang dinikmati sekarang.

Justeru, Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia juga bakal menerima nasib yang hampir sama. Penguasaan taukeh-taukeh ikan yang membawa masuk ikan-ikan dari Thailand akan menukarkan perang penguasaan itu menjadi sesuatu yang bersifat peribadi dan akhirnya bercambah sebagai isu perkauman yang berat.

Dan bayangkanlah kalau di setiap tempat terdapat Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia yang menawarkan harga 30 sehingga 40 peratus lebih rendah daripada yang ditawarkan oleh penguasa-penguasa ikan yang selama ini bermaharajalela….

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment