Apapun, keputusan yang dibuat oleh Najib ini setidak-tidaknya boleh melegakan para mahasiswa malahan rakyat am nya. Namun Najib adalah satu-satunya Perdana Menteri Malaysia yang berani membuat banyak perubahan dari segi sosio politik, ekonomi dan pelbagai lagi yang mana rakyat sudah ketahui hari ini. ini adalah terjemahan dari program NKRA .1) Mengurangkan Kadar Jenayah 2) Memerangi rasuah 3) Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan 4) Meningkat Taraf Hidup Rakyat Yang Berpendapatan Rendah 5) Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan Pedalaman 6)Menambah Baik Pengangkutan Awam dalam jangka masa sederhana dan ETP Economic Transformation Programme yang beliau buat sama ada ia popular atau tidak bukan masalahnya. Apa yang penting rakyat secara majoriti sudah pasti akan melihat Najib bukan sekadar cakap kosong semata-mata. Memang benar ada beberapa perkara yang masih gagal dilaksanakan sekarang ini, namun sebagai rakyat yang bijak berfikir kita harus sedar bahawa ada kalanya apa yang kerajaan buat itu boleh memberi kelebihan kepada rakyat. Maka itu, tidak perlulah kita terlalu melenting dan terus membangkang tidak tentu hala. Semoga perubahan ini akan dapat dinikmati oleh generasi akan datang hendaknya. Teruskan perjuangan DS Najib!.
Transformasi politik baru, Seksyen 15, Akta Universiti dan Kolej Universiti akan dipinda bagi membolehkan pelajar berusia 21 tahun ke atas menganggotai parti-parti politik.
Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, hari ini.
"Ini bagi membolehkan pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti politik dan menjadi ahli," kata Najib semasa membentangkan usul bagi menarik balik tiga perisytiharan darurat yang berusia lebih 40 tahun, pagi ini.
Namun tegasnya, kebenaran itu hanya terhad kepada mereka yang berumur 21 tahun dan ke atas sahaja.
Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. berkata Mahasiswa yang diberi kebebasan untuk menceburi bidang politik diyakini tidak akan mengabaikan pengajian mereka.
Beliau berkata ini kerana mahasiswa yang berpolitik mempunyai pandangan yang luas dan terbuka serta mempunyai sikap yang sihat.
"Saya aktif dalam bidang di luar akademik ketika di universiti tetapi saya juga beri tumpuan pada akademik malah ia bantu saya untuk berfikiran lebih kreatif dan kritis.
"Kalau beri kebebasan pun majoriti pelajar universiti tidak minat politik, ia sebahagian kecil sahaja. Kita boleh beri nasihat supaya kalau mereka nak terlibat dalam politik keutamaan adalah pengajian mereka," katanya.
Menurut Khairy lagi, ramai mahasiswa yang ingin menyertai perjuangan Umno tetapi disebabkan kekangan undang-undang di negara ini mereka tidak dapat merealisasikan hasrat itu.
"Kita jangan fikir bila beri mereka peluang untuk berpolitik mereka akan terus anti-kerajaan atau menentang kerajaan. Mereka ada sikap sihat untuk soal dasar kerajaan tetapi ini tidak bermakna mereka menentang kerajaan, ramai yang punyai fikiran kritis tetapi sokong kerajaan," katanya.
No comments:
Post a Comment