Wednesday, November 30, 2011

RG2011... Kerana mahu jadi juara Melayu, pemimpin UMNO main api perkauman

 

http://roketkini.com/wp-content/uploads/2011/10/utusan-raja1.jpg

 Semata-mata kerana mahu menjadi hero dalam Perhimpunan Agung UMNO yang sedang berlangsung sekarang, para pemimpin parti itu telah berlumba-lumba membangkitkan api perkauman.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, kenyataan perkauman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dilihat tidak jauh bezanya dengan taktik digunakan pemimpin Nazi Adolf Hitler.

Katanya, Hitler yang mahu mengekalkan kuasa mutlak dengan menggunakan alasan perkauman tebal pada tahun-tahun 1930-an dan 1940-an, telah membawa kepada pemansuhan etnik atau pembunuhan besar-besaran.

"Adalah tidak berperikemanusiaan bagi pemimpin UMNO untuk menggunakan penipuan dan fitnah yang serupa (seperti Hitler) hanya untuk memenangi sokongan Melayu.

"Iklim ketakutan, permusuhan dan kebencian yang digalakkan UMNO bukan sahaja bertentangan dengan slogan 1Malaysia, malah membinasakan perpaduan negara dan keharmonian kaum.

"Oleh itu, rakyat Malaysia hendaklah bersatu dalam pilihan raya umum yang akan datang untuk menghalang UMNO daripada melakukan kerosakan yang sama kepada negara Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, DAP tidak pernah lari dari landasan perdamaian kebangsaan dan kerjasama antara semua lapisan masyarakat Malaysia.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Muhyiddin dan Ahmad Maslan yang mencerca dan memfitnah DAP menggunakan hujah tidak berasas.

Ahmad yang menggunakan logik cacat minda politik, telah menuduh DAP tidak menghormati institusi raja kerana tidak mahu meminta atau menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran-gelaran seperti Datuk.

Justeru Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan menjelaskan pemimpin DAP tidak mengejar gelaran berbanding pemimpin-pemimpin UMNO tertentu yang terhegeh-hegeh mengejar kedudukan.

"Adakah ini bermakna kami tidak menghormati institusi Raja?

"Jika begitu, adakah mantan Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba juga seorang yang tidak menghormati institusi diraja kerana Allahyarham juga enggan menerima apa-apa gelaran semasa aktif berpolitik?" soalnya.

Dalam pada itu Guan Eng turut menjelaskan bahawa DAP selama ini tidak pernah mengambil pendirian anti-Melayu atau anti-Islam.

Beliau memberi contoh kenaikan berkali-kali ganda peruntukan hal-ehwal agama Islam Pulau Pinang yang diberikan oleh kerajaan Pakatan di negeri itu.

Jelasnya, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak pernah langsung mengusir walau sebuah rumah kampung Melayu.

Tambahnya, satu-satunya rumah kampung Melayu yang pernah dirobohkan di Pulau Pinang telah dirobohkan oleh pemaju yang mempunyai kaitan dengan UMNO, dan bukannya oleh kerajaan negeri.



TS Muhyiddin! kalau panik pun janganlah tunjukan sangat - malu kat orang

Oleh Aspan Alias

Muhyiddin Yassin semasa meresmikan perhimpunan 3 sayap UMNO, Wanita, Pemuda dan Putri semalam menggunakan isu sensitif yang tidak masuk akal semata-mata kerana desperate mendapat sokongan orang Melayu yang tidak mungkin mahu bersatu lagi di bawah payung UMNO.

Ramai yang menghubungi saya bertanyakan kenapa Timbalan Presiden UMNO itu menunjukkan sangat rasa desperado beliau dengan membidas parti-parti lawan dan individu yang tidak sealiran dengan UMNO dengan tuduhan yang bukan-bukan.

Orang ramai tahu yang UMNO sedang desperate tetapi sebagai pemimpin besar kepada parti yang buat sementara ini masih memerintah, elok jangan tunjukan rasa tertekan itu terang-terangan. Jika rakyat nampak serta membuat penilaian terhadap roh ucapan Muhyiddin itu ia tidak lari dari rasa desperate untuk terus berkuasa dan boleh di kira sebagai ucapan yang tidak setimpal dengan jawatan besar yang beliau pegang itu.

Apa yang di katakan oleh Muhyiddin itu boleh di baca dengan tepat. Kita boleh 'menyelam air dalam tunggak' tentang apa sebenarnya dirasakan oleh Timbalan Presiden UMNO itu. Agaknya sudah puas memendam rasa desperate itu, maka ianya terluah semasa ucapan perasmian pergerakan wanita, pemuda dan putri semalam.

Isu yang paling besar ialah tuduhan beliau terhadap DAP yang beliau katakan tidak menghormati institusi raja-raja. Bila pula DAP menolak dan tidak menghormati institusi raja. Yang kita semua tahu UMNOlah yang telah menelanjangkan Raja-Raja Melayu semasa krisis perlembagaan pada tahun 1993 dahulu. DAP mengakui kedaulatan raja-raja kerana mereka tahu mereka perlu perlindungan raja-raja Melayu untuk keselamatan mereka.

Raja-Raja di hina oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang Muhyiddin menjadi ahli dan sekarang menjadi Timbalan Presidennya. Akhirnya di pinda perlembagaan untuk menyekat kuasa Raja-Raja dalam banyak hal secara biadap dan tidak bertemaddun. Saya ulangi, DYMM Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan Almarhum Tuanku Jaafar di fitnah kononnya telah menyewakan tanah baginda di Port Dickson untuk memelihara khinzir.

Kalau dahulu orang Melayu ibarat duduk di dalam peti besi yang mempunyai 9 kunci untuk mempertahankan bangsa kita itu tetapi semua sembilan kunci itu di buang dan orang Melayu terdedah dengan segala ancaman. Ini semua perbuatan pemimpin besar UMNO yang saya sudah malas untuk menyebut nama mereka. DAP tidak pernah menghina raja-raja Melayu. UMNO lah parti yang terbukti menghina raja-raja Melayu dan institusi raja itu.

Orang seperti saya masih hidup untuk melihat dan menjadi saksi terhadap segala kecelakaan yang di cipta UMNO yang baru ini. PAS tidak pernah menghina raja-raja Melayu seperti yang di lakukan oleh UMNO. Muhyiddin sepatutnya ada sedikit kesiluan untuk menuduh orang lain yang tidak menghormati raja-raja itu.

Jika dahulu mereka pernah hina raja-raja apa yang boleh menghalang mereka untuk menghina baginda raja-raja Melayu jika raja Melayu bertindak untuk membetulkan keadaan buruk ciptaan UMNO ini. UMNO berkemampuan untuk melakukan apa sahaja waimma menghina raja Melayu sendiri apabila berada di dalam kesempitan seperti pernah berlaku hampir 20 tahun dahulu.

Muhyiddin seterusnya menuduh DAP akan menubuhkan negara Republik dan ini merupakan satu tuduhan yang sangat gila. DAP telah menyatakan dengan jelas yang mereka tidak akan menjadi PM kerana mereka tahu mereka tidak boleh menungkah arus kerana orang Melayu merupakan rakyat majoriti dalam negara ini.

DAP juga telah jelas menyatakan yang parti itu tidak mungkin menghantar wakilnya menjadi PM kerana parti itu tidak mempunyai cukup kerusi jika menang semua kerusi yang di tandingi mereka. Kalau hendak mengira pun tidak tahu bagaimana rakyat hendak meningkatkan keyakinan terhadap kepimpinan kita khususnya terhadap Muhyiddin?

Dalam isu DAP ini Muhyiddin nyata bercakap bersalah-salahan dalam satu rangkap kata-katanya. Muhyiddin menyatakan yang DAP itu sebagai sebuah parti multiracial yang di dominasi oleh kaum cina. Tetapi apa bila DAP bergerak untuk meminta orang Melayu menyertainya orang-orang Melayu itu di anggap sebagai pengkhianat kepada negara pula.

Muhyiddin tidak langsung mahu mengaku bahawa pemimpin-pemimpin yang mencuri harta rakyat itu adalah pengkhianat negara yang sebenarnya. Apakah bezanya perasuah-perasuah dalam pimpinan UMNO itu dengan perompak Botak Chin yang dibunuh oleh polis dalam siri tembak-menembak dengannya pada pertengahan lapan puluhan dahulu?

"Pembangkang itu anti Islam, dan tidak memperjuangkan Islam" kata Muhyiddin. Jika itu kata beliau persoalannya adakah UMNO itu benar-benar memperjuangkan Islam seperti yang di war-warkan. Jika benar UMNO itu memperjuangkan Islam kenapa rakyat mempunyai persepsi yang pemimpin UMNO kebanyakannya ada pemimpin rasuah?

Adakah persepsi buruk ini ciptaan pembangkang. Bagaimana pembangkang hendak memfitnah pemimpin UMNO itu rasuah kalau tidak ada bukti yang jelas yang UMNO itu benar-benar rasuah? Kalau pemimpin parti itu rasuah, adakah layak parti itu di anggap sebagai parti yang memperjuangkan Islam? Bukankah rasuah dan UMNO itu seperti aur dengan tebing; saling menyandar di antara saty dengan lain. kalau tidak ada UMNO rasuah tidak kekal dan kalau tidak ada rasuah UMNO tidak kekal.

Rasuah berlaku di setiap peringkat dalam kerajaan BN ini, kenapa tidak malu untuk mengaku yang kerajaan BN itu memperjuangkan Islam? Takkanlah mengambil rasuah itu perjuangan Islam. Islam apa itu?

Saya ingin bertanya, adakah pemimpin utama negara yang menggunakan kuasa dengan mengambil lebih dari satu billion wang rakyat bagi menyelamatkan perniagaan anaknya yang kerugian besar? Islamkah itu?. Berniaga apa itu?

Sebenarnya yang ramai dalam UMNO ini ialah orang Muslim tetapi Islamnya sudah pupus. Kalau di negara maju di barat, muslimnya tidak ramai tetapi Islamnya banyak. Seorang ahli kabinet Britain telah hilang jawatannya hanya kerana mempercepatkan proses memberikan permit pekerjaan kepada pembantu rumah kawannya.

Itu pun di anggap salah kerana di sana etika kepimpinannya amat tinggi seperti etika kepimpinan Islam yang tulin. Itu sebabnya saya katakan walaupun mereka bukan Muslim tetap nilai yang dipakai dalam kepimpinannya adalah nilai-nilai Islam. Itulah sebabnya saya selalu mengatakan yang di sini Muslimnya ramai Islamnya sudah hampir lupus sedangkan di sana Muslimnya kurang sangat tetapi Islamnya di mana-mana.

Ucapan Muhyiddin benar-benar menanamkan sifat benci membenci di antara kita. Adakah itu tuntutan Islam yang dikatakan Muhyiddin sebagai perjuangan Islam UMNO? Sikap Muhyiddin ini bertepatan dengan perbilangan, 'sayang bertompok-tompok, benci merata-rata'.

Apa yang diucapkan Muhyiddin itu menampakan yang UMNO itu sebagai parti yang 'unIslamic' dan jauh sekali sebagai parti kebangsaan orang Melayu serta sebagai sebuah badan politik yang boleh menyatukan rakyat. Orang Melayu sendiri pun sudah tidak mahu lagi bernaung di bawahnya.

Apa yang UMNO mampu meningkatkan ialah gerombolan yang sentiasa terintai-intai peluang untuk mendapatkan keuntungan peribadi dan kekayaan keluarga dan kelompok mereka sendiri.

Hakikatnya UMNO sudah lama tiada. UMNO itu hanyalah tinggal sebagai satu bahan sejarah perjuangan orang Melayu. UMNO hanyalah satu nama…sama seperti nama-nama yang diberikan kepada jalan-jalan raya dengan nama-nama mereka yang sudah tiada lagi hidup di dunia ini lagi seperti Jalan P Ramlee, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Siamang Gagap, Jalan Burhanuddin Helmi, Jalan Loke Yew dan sebagainya.

Rakyat tahu yang parti UMNO ini hanyalah sebuah parti asing yang meminjam nama UMNO itu sahaja. Seperti seorang kawan saya, Haji Arshad, yang memberi nama anaknya Sudirman. Walaupun anaknya bernama Sudirman Haji Arshad, Sudirman ini tidak pandai menyanyi.

Haji Arshad ini menamakan anaknya Sudirman kerana minat beliau kepada Sudirman seorang penyanyi yang telah lama meninggalkan kita. Begitu jugalah UMNO ini. Ia hanya nama kepada parti yang telah mati lebih dari dua dekad yang lalu.

Itu sebabnya UMNO yang ada ini susah hendak di fahami orang kerana hakikatnya ia adalah parti lain yang hendak berlagak seperti UMNO. Serba serbi tidak menjadi.

 

 21 Comments

Close this window Jump to comment form
Blogger maie1958 said...

apa yang dihirankan pada ucapan my itu sebab pendengar2nya ialah lembu2 pawah yang kekenyangan dan malas dan terus dibodohkan!

30 November 2011 08:40:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

AA, as usual, a truly masterpiece from you. Syabas!

30 November 2011 09:23:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Sdara Aspan,

UMNO sebenarnya telah lama berubah kepada "United Mamak National Organization". Inilah dia UMNO Baru yang ditubuhkan olih Mahadeer.


Jadi Muhyideen tak patut anggap Organizasi ini adalah Organizasi Melayu Tulin.



BonJourno

30 November 2011 09:39:00 GMT+08:00

Anonymous ATAIHPAGAQ said...

ASPAN aspan KAU NI TAH HABIH HABIH NAK CARI SILAP ORANG AJE.kaU YG TERLALU PIKIAQN SGT MCM TU KAMI KAT BAWAH DAN ORANG2 KPG SETUJU DGN APA YG DI CAKAP. RATA2 ORANG YG TAK TAU POLITIK SETUJU...RAMAUI GAK TANYA NGAN SAYA PASAL UCAPAN TU TAPI MEREKA SEMUA POSITIF BUKAN MCM KAU aSPAN....TAK TAU LA KAU NI JENIS YG NAK TONJOL YG BURUK AJE...MMG SIFAT PEMBANGKANG.

30 November 2011 09:53:00 GMT+08:00

Anonymous Busuk Punya Olang! said...

Saya menonton ucapan Muhyiddin (bekas MB negeri kelahiran saya) semalam melalui Mobtv.my. Sampai ke peringkat dia sebut tentang DAP, PKR & PAS, selepas itu terus saya tukar ke bahan tontonan lain.

Menyampah menonton seorang yang dikatakan pemimpin berucap dengan nada begitu rupa. Tak ubah macam kumpulan White Power di Amerika! Jijik!

30 November 2011 10:32:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

saudara Aspan,
Memang tepat saranan saudara mengenai ucapan yang rasis, yang tidak sepatutnya datang dari seorang TPM. Ini menggambarkan kurang telitinya seorang pemimpin dalam berfikir dan menganalisis keadaan dan kedudukannya sebagai seorang negarawan.

Saya lebih suka mendengar seorang pejuang kearah membangunkan nilai-nilai murni dikalangan pengikut-pengikut daripada menunjukkan sikap yang angkuh, sifat pembohong(memutar belit kebenaran),mempertahan kejahatan dan rasuah semuanya dalam satu ucapan rasmi.

Kita mesti menunjukkan sifat yang islamik dalam semua keadaan.Kita harus mempunyai pendirian bahawa mulianya bangsa melayu adalah kerana berpegang kepada islam. Tanpa islam melayu tak kemanapun.

30 November 2011 10:59:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Asal UMNO semuabetul,semua boleh dan yg lain semuanya bodoh macam lembu tapi mereka lupa ahli UMNO diperlembukan.ABU in the next election.

30 November 2011 12:01:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Saudara AA.

Tim.Presiden UMNO/TPM Muhyiddin buat silap lagi, tidak habis-habis buat silap. Besar lagi silapnya berucap didepan perwakilan UMNO. Saya fikir ada orang sabotage dia kerana menyediakan ucapan itu mengutuk Pakatan Rakyat. Kasihan Tim. Presiden/TPM itu, dia tidak semak fakta yang dibacanya.

Kalau melihat video TV3 masa Tim. Presiden UMNO/TPM berucap, fokus kepada muka-muka perwakilan, mereka seperti tidak percaya apa yang boss no. 2 UMNO perkatakan. Apa yang mereka baca/tahu/dengar/bincang selama ini berkaitan penyelwengan UMNO/BN jauh terjerumus dan terhina dari apa yang Tim. Presiden gambarkan berkenaan parti Pakatan Rakyat.

Selamat tinggal UMNO/BN.

30 November 2011 12:14:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

"...semua tahu UMNOlah yang telah menelanjangkan Raja-Raja Melayu semasa krisis perlembagaan..."

Bukankah pemimpin UMNO sudah jelaskan bahawa Raja-Raja Melayu ditelanjangkan demi menjaga masa depan institusi itu sendiri...?
Yang lebih menghairankan, Raja-Raja Melayu sendiri sudah kembali taat setia kepada UMNO.

Orang Melayu khasnya sudah tak ada perlindungan. Mereka hanya ada satu undi ditangan masing-masing untuk cuba melindungi hak serta maruah mereka.

30 November 2011 12:14:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Muhyiddin hendak ambil isu rasis untuk memperkokohkan sokongan Melayu. Tetapi malangnya Melayu sudah beralih kepada PAS dan PKR serta DAP.

Akhirnya UMNO ini tak dapat semua. Undi cina hilang undi Melayu merosot.

Kesian jugak kat Muhyiddin ni ya? Pergi kelantan ajak PAS berundig, pergi kedah kata pula orang kedah dah buat kesilapan mengundi PAS.

Lidah berbelit-belit. macam biaw......

30 November 2011 12:19:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Muhyiddin hendak ambil isu rasis untuk memperkokohkan sokongan Melayu. Tetapi malangnya Melayu sudah beralih kepada PAS dan PKR serta DAP.

Akhirnya UMNO ini tak dapat semua. Undi cina hilang undi Melayu merosot.

Kesian jugak kat Muhyiddin ni ya? Pergi kelantan ajak PAS berundig, pergi kedah kata pula orang kedah dah buat kesilapan mengundi PAS.

Lidah berbelit-belit. macam biaw......

30 November 2011 12:19:00 GMT+08:00

Anonymous amran, muar said...

Kalau parti tu dah nak jatuh, pemimpinnya akan bercakap merepek di sana sini.

AA, itu biasa. Sementara itu kita sabar sajalah sementara menunggu parti itu jatuh tersungkur.

Dah jatuh nanti diamlah dia!!!!!

30 November 2011 12:24:00 GMT+08:00

Blogger Cahaya Terang said...

saya mengikuti, bersetuju dan menghormati pandangan Pak Aspan,
cuma saya hairan kenapa:
1. umno parti Melayu tapi namanya United Malay National Organization?
2. umno melalak tentang Gaza dan Palestin tetapi kerajaan Malaysia berdagang dengan Israel, dan lebih memalukan dlm membincangkan isu ini di parlimen MP Bakri, seorang cina kafir Er Teck Hwa yg dihalau keluar parlimen kerana membawakan isu ini di parlimen?

30 November 2011 12:55:00 GMT+08:00

Anonymous ambia said...

AA,

Sepertia biasa AA akan mengeluarkan perbilangan yang menyengat.

Kali ini sdr AA menatakan, 'rasuah dan UMNO itu ibarat aur dgn tebing, saling menyandar di antara satu dengan lain'.

Perbilangan ini adalah tepat dengan keadaan sebenar.

Syabaslah AA. Saya akan terus mengikuti oemikiran sdr.

30 November 2011 14:23:00 GMT+08:00

Anonymous albert magic said...

saya suka membaca blog malaysia today dan tukar tiub.Di MT gantinama untuk TPM ialah moooohidin dan di TT malikul sembab. Memang bertepatan gelaran itu.

30 November 2011 14:46:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

The speech as expected was full of hatred.. it shows how racist and desperate UMNO is. Enough said!

30 November 2011 15:30:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

AA,

Muhyiddin ini sekarang sudah off balance pemikirannya. Kenapa?

Katanya kalau Melayu masuk DAP Melayu itu adalah pengkhianat. Kalau Melayu menyertai DAP itu pengkhianat tentulah parti itu pengkhianat.

Kaklau gitu di haramkan sahaja parti itu.

Tetapi boleh kah Muhyiddin hapuskan parti itu kerana parti itu adalah parti yang sah.

Bodoh punya TPM. Lembah macam tanah paya aje

30 November 2011 15:32:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Perhimpunan UMNO dah jd medan utk mengutuk2 pembangkang.. Bknnya nak bercakap pasal parti depa yg nak mampoih tuh..

30 November 2011 16:15:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Sdr Aspan,

Secara kebetulan saya menuntun petikan Shahrizat berucap di Persidangan Wanita UMNO dalam ruangan Beita Astro Awani. Dari demeanournya dan dari biji butir yang diluahkannya, seolah-olah dia kehilangan akal. Statusnya sebagai Ketua Wanita UMNO Kebangsaan langsung tidak terserlah. Dan seperti lain-lain pemimpin UMNO, dia juga kelihatan desperate.

Oleh kerana Ketua Wanita PKR mendesak dia (Shahrizat) meletak jawatan kerana skandal NFC, dia (Sharizat) juga mencabar Ketua Wanita PKR itu mendesak Dr Azizah letak jawatan kerana masalah Anwar. Masakan dia tidak tahu 'cicumstances' kedua-dua isu itu jauh berbeza seperti bumi dengan langit.

Shahrizat juga menuduh Rafizi yang membongkar skandal NFC sebagai durhaka kerana kononya kesempatan dan kejayaan Rafizi memperolihi pendidikan tinggi adalah hasil perjuangan ibu-ibu seperti Wanita UMNO. Di sini terserlah kedangkalan pemikirannya yang boleh disamakan dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang memaksa orang Melayu terus-menerus berterima kasih kepada parti itu. Mereka mesti masuk dan sokong UMNO. Kalau ada sebarang salah laku seperti skanadal NFC, diamkan sahaja. Inikah perjuangan sebenar UMNO?

Orang N9

30 November 2011 17:48:00 GMT+08:00

Blogger Unggal said...

Well said Pan...!!.. Malu aku nak admit yg dia ni org kampong aku jugak. Dia dah meroyan mcm acah sergah kera, org kampong dah kata porraaahh....!!!..

30 November 2011 18:11:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Pak AA, minta TPM beristighfar banyak-banyak. Berdosa mengumpat dan menghina orang keterlaluan . Akhirnya diri sendiri nampak lebih teruk daripada orang yang dihina umpat tu. Kecewa dan bosan . Persidangan dah jadi makin teruk. Kak Ijat macam meroyan cakap tak tentu hujung pangkal. Dia jadi pemimpin UMNO masa susah ..tapi masa bila dia senang, dia kongsi ke dengan wanita.

30 November 2011 20:53:00 GMT+08:00



Rasis: Terima Kasih Umno
Penulis Tamu

Oleh Firdaus Jaafar

Jika diikutkan apa yang diucapkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Ahmad Maslhttp://2.bp.blogspot.com/_2NdbcEkwej4/SRRX6ACD6NI/AAAAAAAACcs/Z5B71LunNGE/s400/muhyiddin-yasin-4.jpgan, jelas UMNO/BN sudah tidak 'ketahuan' lagi. Sejak kebelakangan ini, UMNO sudah menunjukkan betapa parti yang kononnya perjuangkan nasib bangsa melayu ini sudah berada diambang 'sakaratul maut'.



Umum mengetahui bahawa UMNO selama ini menang di dalam pilihanraya bukanlah bergantung sepenuhnya kepada kekuatan undi melayu namun memerlukan 'tongkat' kaum lain terutamanya kaum Cina untuk menampung hayat mereka. Mengimbau kembali sejarah pilihanraya umum 1999 ketika mana bangsa melayu bangkit menolak UMNO/BN akibat 'buah tangan' isu Dato' Seri Anwar Ibrahim, parti melayu ini di'selamat'kan oleh undi kaum lain selain daripada memanupulasi undi pos. Jadi apakah Mahyuddin dan Ahmad Maslan tidak belajar daripada peristiwa tersebut?

Ucapan Muhyiddin ketika merasmikan persidangan tiga sayap UMNO di Kuala Lumpur adalah dengan berniat jahat kononnya DAP parti yang paling 'rasis', mahu mewujudkan negara republik dengan mengenepikan nilai, sejarah dan jati diri negara bangsa berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam adalah tidak benar sama sekali. Bagaimana seorang yang bergelar Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran boleh mengeluarkan kenyataan yang sedemikian rupa. Jadi amat malanglah bagi para guru mempunyai menteri yang bersikap sebegini.

Begitu juga dengan Datuk Ahmad Maslan yang berkata bahawa Bahasa Melayu akan hilang (kedudukan), ucapkan 'selamat tinggal' kepada Kesultanan Melayu, malah pembangkang DAP tidak akan hormati institusi diraja. Seterusnya beliau menambah lagi dengan mengatakan juga 'Selamat tinggal' kepada Islam sebab mereka (DAP) adalah ejen Kristian (merujuk kepada usahasama PAS di dalam Pakatan Rakyat). Bukankah ucapan-ucapan ini boleh mencetuskan rasa kurang senang dan tidak puas hati dikalangan orang melayu yang boleh membawa kepada rusuhan kaum? Apakah mereka lupa apa yang terjadi kepada tulisan jawi? DAP yang yang mengharamkannya? Bagaimana pula nasib yang menimpa Dewan Bahasa Dan Pustaka? Kemana perginya Saham Bumiputera yang bernilai puluhan bilion ringgit? Bukankah PPSMI diluluskan oleh UMNO/BN yang menyebabkan ramai pelajar melayu terutamanya di yang tinggal dipendalaman ketinggalan? Mengapa Undang-undang Murtad tidak digubal sedangkan sebelum ini berapa ramai melayu UMNO yang mengaku perjuangkan bangsa dan agama menjadi ahli parlimen?

Atas dasar inilah, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyeru kepada kaum lain terutama Kaum Cina agar bertindak 'mengajar' UMNO/BN di dalam pilihanraya yang akan datang kerana sudah jelas dan nyata punca kepada perpecahan kaum yang berlaku adalah kerana selagi wujudnya parti yang berteraskan bangsa ini. Mereka bukannya menghentam DAP secara khusus akan tetapi yang tersiratnya adalah menghina Kaum Cina keseluruhannya setelah mereka menemui jalan buntu untuk mendapatkan kembali sokongan dan undi kaum tersebut. DAP yang bertindak memperjuangkan keadilan sehingga sanggup memecat mana-mana ahlinya yang didapati menyalahguna kuasa dituduh dengan bermacam-macam tuduhan dan tohmahan. Tidak sepertimana UMNO/BN yang bertindak membela Shahrizat yang dituduh menyelewengkan RM250juta tanpa dibawa kemuka pengadilan. Rekod pemerintahan DAP di Pulau Pinang yang dipuji oleh Audit Negara tidak diendahkan. Begitu juga nasib rakyat Pulau Pinang lebih terbela tanpa mengira bangsa dan parti berbanding di zaman pemerintahan BN dahulu juga di'gelap'kan oleh mereka.

Ayuhlah bersama di dalam Pakatan Rakyat demi untuk menjamin kesejahteraan antara kaum dan agama supaya hidup akan lebih harmoni dan tenteram daripada pemikiran politik sempit UMNO/BN. Terima kasih diucapkan kepada UMNO kerana dengan ucapan-ucapan sebegini akan menyebabkan rakyat semakin muak dengan perangai dan tingkahlaku mereka. Sudah sampai masanya mereka di'didik' dengan 'bahasa' undi kerana hanya itu sahaja 'jalan' yang paling sesuai dan mudah difahami oleh UMNO/BN.

**Mohd. Firdaus Jaafar adalah Ahli Parlimen Jerai merangkap Exco Dewan Pemuda PAS Pusat

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment