Wednesday, November 30, 2011

Re: RG2011... Fw: bagaimana dengan Aqidah mereka ini

ni set2 ygbakal berhimpun di padang masyhar blke ni,hk menentang hukum TUHAN,tahu r balasan dia nanti,azab ke
dok....


From: rbk_2020 <rbk_2020@yahoo.com.sg>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Cc: "pemudatj@yahoo.com.my" <pemudatj@yahoo.com.my>
Sent: Monday, 31 October 2011 5:25 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: bagaimana dengan Aqidah mereka ini

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (Surah An-Nuur Ayat 31)
 

From: Anak Melayu <pemudatj@yahoo.com.my>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Sunday, 30 October 2011 10:03 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: bagaimana dengan Aqidah mereka ini

Salam Ukhwah,
 
Bila bicara bab tudung ni, saya nak minta pandangan sahabat sekalian....Noridah atau Nor azlin mungkin boleh membantu...Saya ada menasihati anak saudara saya (berusia 13 tahun) supaya bertudung, pastu dia jawab "tgk kat tv tu isteri perdana menteri dan menteri-menteri wanita pun tak bertudung ok jer..yg pakcik sibuk2 apasal?...sy just ikut diorang jer?"
 
Jadi, apakah jawapan yg paling sesuai utk saya terangkan kepada dia? 

From: Noraida KL <noraida.kl@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, 28 October 2011 1:11 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: bagaimana dengan Aqidah mereka ini

 
Salam Ukhwah,

Saya setuju sgt dgn pandangan nor azlin .Kita x boleh menilai org dari luaran saje.Islam x ajar kita menghina org, berdosa kita mengata org wp perkara itu benar.Tkut anak n cucu kita kelak lagi teruk dari mereka.Kita patut berdakwah secara hikmah bukan aje pd org kafir tp lebih penting org yg Islam yg ramai dah rosak aqidah mereka. Pertama kene dakwah pd anak isteri kita dulu.Tu wajib, kalau tidak nak masuk syurga esk pun susah.Kemudian pd keluarga terdekat d sekelian umat Islam di sekeliling kita x kira saudara ataupun  tidak kerana kita ni semua adalah khalifah Allah di muka bumi ini.Kemudian pada pemimpin kalu mampu. Berdakwah yg paling baik dgn memberi contoh tauladan sbgai Practising Muslim sebaik mungkin, dari tingkahlaku, tutur kata kita d yg penting amalan d cara hidup kita yg melambangkan Islam sebagai Addin.Cara kedua mendidik , menegur sapa, melarang maksiat dgn lisan secara hikmah mcm yg dilakukan oleh Nabi kita Muhammad S.A.W.Yg ketiga kalau semua itu x jalan. Kita boleh mengangkat tangan selepas solat 5 waktu mohon Allah Memberi taufik d hidayah pd mereka yg masih belum sempurna Iman mereka termasuk anak isteri/suami dan juga pemimpim kita.

Jangan pasal x pakai tudung dah pandang hina.Ya, menutup aurat itu wajib, dia jwblah esok pd Allah Subhanahuwa taa'la. itu dosa dia pd Allah bila2 masa dia boleh minta ampun d hanya Allah yg boleh memberi dia taufik d hifayah. siapalah kita nak menghina d menuduh org mcm2. Takut2 esok kat padang mahsyar, kita ingat byklah pahala kita, tiba2 tgk muflis rupanya.Salah satu sebab kita boleh muflis kerana dosa mengata org x boleh diampun oleh Allah tp kita kena mintak ampun dgn tuan punya diri sama spt utang dgn org tp x bayar tub2 meninggal kita.

Jadi sy nasihatkan kurang2kanlah segala sifat2 d perbuatan yg akan merugikan kita di alam akhirat nanti.Hidup di dunia hanya sebagai jambatan kita menuju pd hidup yg kekal abadi di akhirat kelak.

Sy minta maaf kalau sy menyinggung perasaan sesiapa. sy x berniat nak melukakan hati sesiapa. Sekadar nak ingat megingati sesama saudara Islam yg sy cintai.Walau sejahat d seteruk mana hamba2 Allah yg sy temui sy cuba tidak menghukum sebaliknya sy cuba mendampingi d tunjuk contoh tauladan yg baik  disamping berdakwah secara x lansung d akhir sekali berdoa pd Ilahi.Hanya Dia mempunyai kuasa mutlak dlm isu hidayah ini.

Sy bukan org berilmu tinggi dlm hal agama. Tapi apa yg sy tahu sikit2 sy cuba amalkan secara istiqmah d alhamdulillah sy nampak kesannaya dr dlm keluarga, saudara mara terdekat d juga pembantu rumah sy yg bukan beragama Islam dah mula berjinak2 dgn Islam.

Harap maaf sekali lg kerana berleter untuk  kebaikan bersama.

Salam ukhwah dari hamba yg hina ini.


2011/10/27 nor azlin mohd nordin <azlin8@yahoo.com>
Jangan menghina dan mempersenda perempuan yang belum bertudung. Akidah dan iman dua perkara berbeza. Selagi bernama Islam, selagi itu kasih sayang Allah swt tetap ada. Bila-bila masa boleh mendapat petunjuk dan hidayah yang akan meningkatkan lagi keimanan. 

Juga tak semestinya yang bertudung itu kekal bertudung dan masuk syurga. Akidah masih boleh tergugat...nampak macam kuat iman tapi di sebalik tudung rupanya ada salib. Bukan perkara baru...

Lagipun siapa la kita untuk mengatakan orang yang ini lebih tinggi imannya, dan yang itu rendah imannya....kita tidak layak. Nilai keimanan seseorang manusia hanya Allah sahaja yang mampu menilai sebab ia himpunan pelbagai faktor luaran dan dalaman.  

From: rbk_2020 <rbk_2020@yahoo.com.sg>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, October 27, 2011 12:43 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: bagaimana dengan Aqidah mereka ini

Kena bagi tau kat puak2 umno baru... Pigidahhh!!!
 

From:
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, 25 October 2011 1:22 PM
Subject: RG2011... Fw: bagaimana dengan Aqidah mereka ini

 
----- Original Message -----

HIMPUN : bagaimana dengan Aqidah mereka ini !

MUSLIMEEN UNITED

Himpunan sejuta umat untuk memperbetulkan Aqidah, bagus, tapi jangan jadi saperti pepatah melayu ' kuman di seberang laut nampak, gajah depan mata buta'. apa kah mereka, gambar dibawah ini Aqidah nya sudah mantap. minta jawatankuasa HIMPUN jumpa mereka ini dan betulkan Aqidah mereka kerana mereka isteri pada pemimpin, contah dan tauladan.
shahrizat, jambul tersembul terkeluar

comel dengan rambut sejemput dan mengerbang

peserta HIMPUN, rambut tak ditutup

bagus kerana turut serta dlm HIMPUN, doakan supaya dia berubah dan bertudung.

cantik dan cute

tak tahu lah penulis nak katakan, hebat sungguh Aqidah anak pemimpin yg hampir runtuh .
 











No comments:

Post a Comment