Tuesday, November 29, 2011

Re: RG2011... Sifat Terpuji Dipandang mulia.....Anda Bagaimana...

 

Bagi yang beragama Islam, sekiranya mereka takut pada Allah,

mereka tidak akan melakukan yang terlarang. Dan orang yang
bukan Islam ada yang berhati mulia dan jujur, semua agama
melarang melakukan perkara yang tidak baik...

2011/11/21 Muhammad Rais <metadevoche_1@yahoo.com.my>
        Sifat 'Terpuji' Rakyat …… ???


TOKYO- Beberapa penduduk Jepun menyerahkan kepada pihak berkuasa wang tunai yang ditemui mereka berjumlah
£50 juta (RM246.41 juta), lapor sebuah akbar semalam. Wang itu ditemui oleh beberapa penduduk selepas gempa bumi
dan tsunami melanda timur laut negara itu pada 11 Mac lalu. Sifat jujur rakyat Jepun itu didedahkan oleh media Britain .

Lebih 5,700 peti simpanan yang terdampar di pesisiran pantai telah diserahkan ke balai-balai polis oleh sukarelawan dan
petugas penyelamat. Di dalam peti-peti berkenaan, polis menemui sekitar £20 juta (RM98.49 juta) dalam bentuk wang tunai.
Polis juga menemui wang tunai berjumlah £600,000 (RM2.95 juta) dalam sebuah peti simpanan tersebut. Menurut polis,
hampir semua wang tunai yang ditemui di kawasan-kawasan yang paling teruk terjejas akibat tsunami itu telah dipulangkan
kepada pemilknya. Ramai yang menyimpan buku akaun dan dokumen hak tanah bersama nama serta alamat mereka dalam
peti simpanan tersebut. - Agensi



Sebelum ini sejumlah golongan muda didakwa di mahkamah-mahkamah di Britain ekoran kes kecurian yang
berleluasa semasa beberapa bandar utama di negara itu dilanda rusuhan baru- baru ini.


Ulasan :


Di Jepun, rakyatnya begitu jujur sekali. Sanggup berbaris memulangkan duit yg dijumpai masa Tsunami lepas..


Di London, pesalah yg mencuri di premis² telah diheret ke mahkamah utk didakwa..


Tapi di Malaysia.. arrr hmmm urmmm.. tgklah gambar kt bawah ni sendiri..


 

Ini kes lori bawak beras eksiden, ramai yg dtg 'bantu' kutip beras berterabur atas jalan raya..
Ramai yg mengaut keuntungan makan beras percuma stok sebulan.


 
Atas ni pulak kes jip eksiden bawak duit syiling berterabur atas jalan raya.. Lagi ramai dtg 'bantu' kutip duit dari membantu mangsa.. MELAYU RAMAI tapi yang peliknya kat bawah ni...


 
PASAL APA TAK DA SAPA NAK KUTIP??
Sedangkan keenam² gambar di atas HARAM..

Fikir2kan…..








--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment