Tuesday, November 29, 2011

RG2011... Fwd: Ada wakil rakyat PKR hidupnya lumayan--Anwar

 


PETALING JAYA: Kongres nasional PKR selama tiga hari yang berakhir semalam skripnya sama dengan tahun-tahun sebelumnya. Perbezaannya hanya tempatnya dan tarikh. Selama tiga hari – 25 hingga 27 November – kongres mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin agung dan bakal menjadi perdana menteri baru negara selepas pilihan raya umum ke 13.

Kesimpulannya kongres nasional PKR di Pulai, Johor negeri yang diwar-warkan akan ditawan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang tidak lebih dari memukul canang untuk menakut-nakutkan BN.
Bukan kali pertama PKR memalu gong bahawa parti reformasi ciptaan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan menghabiskan riwayat BN dan seterusnya merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.
Semakin hampir parlimen dibubarkan, bertambah kuat suara Anwar dan pucuk pimpinan lain menggertak BN.

Tetapi sesiapa yang waras tentu mempercayai laungan sedemikian rupa tidak lebih daripada sekadar mendabik dada untuk menarik perhatian kononnya Pakatan Rakyat sudah pasti akan merampas Putrajaya.

Menanam mimpi

Untuk merampas Johor, Melaka dan Negeri Sembilan seperti sasaran Anwar umpama menanam mimpi. Tidak perlu dihujahkan lagi mengapa PKR, PAS dan DAP akan gagal di negeri tersebut.

Jika pilihan raya umum 2008 dijadikan ukuran, PKR hanya boleh bertahan di Wilayah Persekutuan dan Selangor sahaja. Di Terengganu, Sabah dan Melaka PKR ditolak mentah-mentah oleh rakyat. PKR tidak menang sebarang kerusi.

PKR dilanda masalah, kemelut dan kontroversi yang tidak pernah menemui titik noktah. Elemen-elemen ini menjadikan parti semakin tidak relevan.
Kongres nasional ini sedikit sebanyak mendedahkan kelemahan parti. Sebahagian wakil rakyat dan pemimpin PKR sendiri bermasalah. Anwar mengakuinya dengan menganggap mereka lupa diri.

"Ada wakil rakyat yang kita tahu hidupnya lumayan sehingga lupa amanah dan kerja yang harus mereka lakukan dalam menaikkan lagi imej parti," katanya.

Justeru itu, katanya, wakil rakyat berkenaan tidak wajar diberi mandat untuk dicalonkan semula pada pilihan raya umum akan datang.

Telefon dan SMS

Lebih mengejutkan ada pemimpin berkenaan tidak menghadiri kongres ini sebagaimana diakui Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.
Wakil Kedah, Azman Ismail berkata wakil rakyat dan pemimpin parti tidak tahu berkomunikasi dengan rakyat menyebabkan rakyat tidak puas hati. Mereka, iaitu wakil rakyat dan pemimpin itu berkomukasi menggunakan telefon dan SMS sahaja.

Anwar sendiri sedang bergelut dengan perbicaraan kes liwat, selain dakwaan video seks yang menggemparkan negara beberapa bulan lalu.
Begitupun, aura Anwar dalam arus politik negara tidak pernah pudar tetapi sejak kebelakangan ini kelihatan seperti mula menurun.

Begitupun, kejayaan PKR dalam menghadapi pilihan raya umum ini bergantung kepada Anwar. Anwar adalah nyawa PKR. Itu nyata, Tetapi Anwar seorang diri tidak boleh melakukan semuanya.

Janji 16 September

BN juga sudah berubah. Datuk Seri Najib tidak sama dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Dengan tekad mengembalikan kecemerlangan lama, tidak mudah untuk Anwar dan PKR dalam pilihan raya umum akan datang.
Walaupun BN juga terlempar dengan beberapa skandal tetapi dengan penguasaan media dan jentera kerajaan, sukar untuk mempercayai kerajaan berusia lebih 50 tahun itu akan ditumbangkan.

Janji Anwar bahawa PKR dan Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan persekutuan baru selepas piiihan raya umum seolah mengulangi janji 16 September 2008.

Semakin dekat dengan tarikh itu, Anwar dengan yakin bahawa jumlah ahli parlimen BN yang menyertai bertambah setiap hari.

Malangnya tiba 16 September, Anwar gagal mengambilalih kerajaan persekutuan. Dan tidak ada seorang pun wakil rakyat BN melompat ke Pakatan Rakyat. Dan yang berlaku adalah sebaliknya. Lima ahli parlimen PKR meninggalkan Anwar.

Jadi bolehkah janji Anwar untuk merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang boleh dipercayai? Adakah ia akan menjadi kenyataan atau hanya mimpi di Pulai? Adakah kongres nasional PKR ini sekali lagi percubaan untuk menipu rakyat?


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment