Wednesday, November 30, 2011

Re: RG2011... Fw: Siapakah Wajah Misteri Suami Syella Kamarudin?

Dia seorang yang selalu beringat, menabung sejak zaman usia muda. Hasilnya dapatlah pulangan yang lumayan. Walaupun tak dapat beli cincin dengan duit tu tapi dia dapat yang lebih baek punya barang..jangan jeles..

From: wakkam <naim_222@yahoo.com>
To: Respeks <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, November 30, 2011 1:42 PM
Subject: Fw: RG2011... Fw: Siapakah Wajah Misteri Suami Syella Kamarudin?

mungkin famili dia ada tanah pusaka tuh yg kaya raya.....kalao curiga suruh SPRM jalankan tugas....

kalo le gaji kita 50k sebln

tolak tax....kete²....umah²....anak² dan bini²....hutang².....makan minum.....jln sana sini....bagi org itu ini sedekah sana sini......balance mungkin tinggal 10K.....

kalo 10K sebln simpan setahun jadi 120K.....sepuloh thn jadi 1.2K tambah dividen jadi 1.3k katakan

20 thn keje dpt simpan 3 juta termasuk dividen
40 thn keje ada le dlm 6.2 juta termasuk dividen tambah lai 6 juta duit kwsp.....

fffuuuhhhh pakcik kayoooooo.....wow seronot nyer.....

tapi hakikat nyer kalo aku keje lagi 20thn pon simpanan tak cecah pon 200K....mmuuahahahaa



Jangan terkejut kerana majlis perkahwinan Syella menelan belanja RM15 juta termasuk nilai barang hantaran yang diberikan oleh kedua-dua belah pihak. Sebagai tanda kasih suaminya, pada hari berbahagia itu Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih.



----- Forwarded Message -----
From: PieLan <phoqlae09@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, November 30, 2011 10:44 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: Siapakah Wajah Misteri Suami Syella Kamarudin?


Betul ke Musa Hassan laki minah ni?
Perghhh hebat jugak org tua ni..huhuhu
Tapi byk gile duit dia smpi kawen habis juta2!



From:
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, 29 November 2011 10:03 PM
Subject: RG2011... Fw: Siapakah Wajah Misteri Suami Syella Kamarudin?

 
----- Original Message -----

Siapakah Wajah Misteri Suami Syella Kamarudin?
 
selatanonline
ulasan oleh : siasahkini
 
cerita terdahulu : Majlis perkahwinan RM15 juta (cerita kat bawah).

Kenapa agaknya si suami tidak mahu dikenali? Benda yang elok dan baik, tak salah kalau disebarkan.. lagipun kalau dah sah apa nak ditakutkan lagi? Inilah satu-satunya gambar suaminya yang jelas dan terang!.

Rasa-rasanya sesiapa pun kenal dengan wajah suaminya .. mukanya mcam...err,yang dah bersara dari kerajaan beberapa tahun lalu... Yang menjadi persoalannya.. adakah kerana beliau telah bersara dan secara tiba-tiba menjadi kaya raya dan boleh menyediakan hantaran perkahwinan yang mewah seperti ini tanpa ditaja sesiapapun? namun lelaki ini masih disiasat betul atau tidak kesasihannya...Hehehe
Dan Dibawah nieh gambar yang telah disembunyikan muka suami pompuan nieeh!!Apasal disembunyikan pon Sk tak tahu...
Foto dibawah menunjukkan gambar Syella Kamaruddin dan juga suaminya yang tercinta

Posted by kelanajiwa
 
 
 
 

PERKAHWINAN TAN SRI MUSA HASSAN? BENARKAH ARTIS INI ISTERINYA

 
Woooo.... ini lagi dasyat dari kisah Tok Imam kahwin budak umuq 26 tahun kat bawah ni :-

Sapa laki pompuan yang nampak buah dada tu? Kononnya laki pompuan tu orang tua jahat ni:-
 
Pasai gambaq kat bawah ni muka macam dia :-
 
Bagiuh la kalau kahwin tak kira la nak kahwin dengan sapa pun, kahwin dengan orang muda ka ,kahwin dengan artis ka itu dia punya pasallah.

Dengaq cerita orang tua ni anak al ulamak, tiap2 hari ajaq budak2 baca quran dalam TV. Tapi bukan salah bapak memayung hingga ibu mengandung. Raihan kata "iman tak dapat di warisi dari seorang ayah yang bertakwa."

Kalau betul yang dalam gambaq tu orang tua jahat yang kerja polis dulu maka memang layak lah orang tua jahat ni dapat bini macam ni, tunjuk tetek kat orang sana sini sebab dia pun memang orang jahat. Orang tua ni banyak bikin dosa pada rakyat Malaysia.

Kalau dia dapat bini baik nanti, bini dia nasihat dia jadi baik. Kalau dia sudah jadi baik nanti dia mampus pun dalam kebaikan la jugak. Lagipun kalau dapat bini baik, kesian la kat bini dia sebab kawin dengan orang jahat. Dah la tua jahat pulak tu.

Ini macam mana boleh jadi, hidup jahat mampus baik. Rugilah kita semua nak tengok orang tua ni nak kena siksa dalam kuboq.

Bila tetek bini dia tayang kat orang sana sini itu tandanya hari hari tua orang tua ini penuh dengan penghinaan. Belanja kahwin pun habis juta juta tapi tetek bini orang lain yang tengok dulu.

Sama ada betul atau tidak dalam gambaq ni adalah orang tua jahat tunggu sajalah nanti jawapan dari mulutnya sendiri.
 
 

Montdweller Pun Tertanya-Tanya Juga

 

Semalam saya dan isteri ke rumah aduka taruna melawat putranya yang baru lahir. Sembang punya sembang terkisahlah alkisah bekas Ketua Polis Negara berbini baru dengan menghabiskan berjuta-juta!


Kami bukanlah penyibuk tetapi tertanya-tanya juga dari mana dia dapat duit begitu jutaan sedagkan dia hanya pencen sebagai IGP? Bukannya usahawan yang jutawan!


Kahwin RM15 Juta: Dari Mana Datangnya Wang Musa Hassan??

 

 

Kah kah kah...
kah kah kah...

Belum habis kondo lembu Shahrizat Jalil One Menerung tiba-tiba ada pulak yang kahwin belanja sampai RM15 juta kah kah kah...

Hoi SPRM mangkuk, gaji Ketua Polis Negara sebulan berapa kah kah kah...

Berapa puluh tahun malaon ni kerja jadi pencacai Umno-APCO sampai boleh simpan RM15 juta kah kah kah...

Berapa banyak malaon ni tibai duit kongsi gelap dengan dadah kah kah kah...

Takkan bila dah pencen pun tak berani nak siasat kah kah kah...

Kang panggil ICAC Hong Kong datang sini bukan setakat siasat malaon ni tapi dengan satu SPRM dengan Haji Najib Altantuya terkencing kah kah kah...

Memang ICAC makan babi minum arak tapi diorang tak makan rasuah kah kah kah...

Tapi malaon ni yang tak makan babi macam mana boleh dapat kumpul RM15 juta belanja kahwin kah kah kah...

Kah kah kah...

Syella Kahwin Rahsia

 


Negara menyaksikan perkahwinan selebriti yang bernilai jutaan ringgit.

Terbaru, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan melangsungkan perkahwinan dengan artis Syella Kamaruddin dalam satu upacara "Wedding of The Year"

Perkahwinan ini adalah yang termahal dianggarkan menelan belanja perkahwinan dan hantaran sehingga khabarnya mencecah RM 15 juta.

Syella menerima hantaran mewah berupa sebuah banglo bernilai RM5 juta yang terletak di sebuah lokasi di ibu negara. Dia turut menerima sebuah kereta rekaan British, iaitu Mini Cooper.

Baju perkahwinannya menerima sentuhan pereka terkenal tanah air, iaitu Hatta Dolmat.

Syella yang juga pemilik butik D'Syella Place menjalankan perkahwinannya tanpa pengetahuan media kerana menghormati permintaan suaminya.

Penyanyi yang pernah merakamkan lagu 'Menangis dalam Hujan' ini agak popular dikalangan peminat hiburan tanah air.

Namun, tahun berganti tahun apatah lagi dengan kemunculan penyanyi baru secara tidak langsung menenggelamkan namanya.

Kiranya selepas ini, Syell tidak perlu lagi menangis hatta di dalam hujan sekalipun.

Kehidupan yang ternyata sangat mewah disamping bekas penjawat awam yang cukup terkenal, sememangnya menjadi idaman ramai anak gadis diluar sana.

Semoga perkahwinan termahal dalam sejarah Malaysia ini kekal abadi ke akhir hayat.

 

Oleh kerana sudah ada yang bertanya, maka saya cnp saja dari sini. Terima kasih JALAN PULANG.
 
Majlis perkahwinan RM15 juta
 
selatanonline
 
SELEPAS puas mencari cinta sejati, akhirnya Nur Shid'la Ahmad Kamarudin (Syella), 26, bertemu jodoh dengan ahli perniagaan. Cinta mereka berputik tanpa dirancang kerana sebelum itu Syella menyulam kasih dengan orang lain.

Menurut Syella yang pernah popular dengan lagu Menangis Dalam Hujan, dia berkenalan dengan suaminya pada 2006 yang mana ketika membuat persembahan pada suatu majlis amal. "Perkenalan saya dengannya bermula selepas selesai majlis amal itu apabila dia antara penganjur program itu ingin membayar duit persembahan.

"Selain mengusahakan butik dan kedai makan, saya juga terbabit dalam perniagaan pembinaan, teknologi maklumat, gas dan minyak serta beberapa cabang perniagaan lain. Lalu kami bekerjasama dan dalam melicinkan urusan perniagaan itu, saya lebih menganggap dia sebagai bos saya.

"Saya banyak kali putus cinta kerana kebanyakan lelaki yang saya temui tidak jujur mencintai saya. Pada masa sama, ramai yang masuk meminang sehingga membuatkan emak risau kerana semua pinangan itu saya tolak. "Emak kata, kalau saya terus menolak pinangan yang datang, dia bimbang saya terus tak kahwin. Jadi emak mahu carikan sendiri calon suami untuk saya kerana dia mahu saya dapat suami yang baik selepas banyak kali ditipu lelaki.

"Sudah tentu saya tak mahu. Perkara itu amat merunsingkan saya lalu pada April lalu saya mengerjakan umrah. Ketika berada di Tanah Suci itu setiap hari saya berdoa semoga dapat suami yang baik, beriman, boleh menjaga saya dan keluarga saya. Di samping itu saya juga mengerjakan solat hajat dan istiqarah. Setiap kali saya solat istiqarah, wajah suami saya sekarang yang sering muncul dalam mimpi.

"Untuk menguatkan lagi jodoh dengannya, sekembalinya dari umrah, saya dapat tahu teman lelaki saya curang. Suami pula meluahkan isi hatinya yang dia sukakan saya," katanya yang meminta media menghormati permintaannya supaya gambar, status dan siapa suaminya itu dirahsiakan daripada umum.

Menurut Syella, dia boleh dapat rasakan yang orang itu sukakan dia atau tidak termasuklah perasaan suaminya terhadapnya. "Saya bukanlah bodoh sangat untuk menilai orang tetapi saya tak mahu terlalu memikirkannya kerana sibuk dengan kerja. Tetapi kalau sudah jodoh, ia akan bertemu juga. Sebab itu saya tak rasa pelik ketika wajah suami muncul dalam mimpi ketika di Makkah kerana saya tahu dia sukakan saya. "Emak pun merestui niat baik suami kerana emak tahu dia lelaki yang baik. Emak kasihankan saya yang bekerja keras untuk menyara keluarga. Lantaran dengan restu keluarga, kami diijabkabulkan pada September lalu. Majlis resepsi baru saja diadakan pada 11 hingga 13 November lalu di rumah emak di Cheras.

"Dia lelaki yang baik dan sangat menjaga solat. Kami selalu solat berjemaah dan mengaji bersama-sama. Saya rasa sangat bahagia kerana mendapat suami sepertinya. Dia juga mahu saya duduk di rumah saja, biar adik-beradik yang menguruskan perniagaan butik dan kedai makan yang saya usahakan selama ini," katanya.

Selepas bernikah, mereka terus berbulan madu selama dua minggu di Eropah dan selepas majlis resepsi ini, Syella mahu mengerjakan umrah sekali lagi bersama suami dan membawa ibu bapanya bersama.

"Saya bersyukur kerana doa saya dimakbulkan Allah SWT. Selepas balik umrah juga rezeki saya semakin murah. Dalam mencari calon suami, saya bukan cari yang berharta, yang penting adalah hati budi dan agamanya.

"Sebelum ini ramai yang kata saya berkawan dengan VIP, Tan Sri dan Datuk. Memanglah dalam urusan perniagaan saya berjumpa dengan golongan macam itu tetapi saya tidak pernah 'berkawan' dengan mereka.

"Orang kata setiap apa yang orang cakap itu adalah doa dan akhirnya memang betul saya ditemukan dengan suami saya ini," katanya.

Jangan terkejut kerana majlis perkahwinan Syella menelan belanja RM15 juta termasuk nilai barang hantaran yang diberikan oleh kedua-dua belah pihak. Sebagai tanda kasih suaminya, pada hari berbahagia itu Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih.

Tambah Syella, semua barang mewah dan mahal itu bukan dia minta tetapi atas kerelaan suaminya sendiri sebagai bukti cinta buatnya.

"Semua persediaan perkahwinan, saya dan suami sediakan sendiri tanpa tajaan mana-mana pihak. Saya sendiri keluarkan belanja RM800,000 dan selebihnya daripada suami. Saya tak kisah berhabis kerana perkahwinan ini adalah sekali seumur hidup," katanya. Pada majlis resepsi itu Syella mengenakan dua pasang gaun rekaan Hatta Dolmat yang setiap satunya berharga RM60,000. Ditanya mengapa dia seolah-olah menyembunyikan perkahwinannya itu, Syella berkata, dia tidak pernah berniat untuk berbuat begitu. Jelasnya, memang majlis pernikahannya diadakan dalam majlis tertutup, tetapi majlis resepsinya baru-baru ini dihadiri hampir 3,000 tetamu.

"Saya bukan tidak mahu maklumkan kepada pihak media tetapi rasa saya serba-salah. Saya ini bukannya penyanyi popular, tiba-tiba mahu jemput wartawan datang ke majlis perkahwinan saya, seganlah.

"Sebab itulah saya jemput saudara-mara, rakan-rakan dan jiran-jiran saja. Lagipun majlis itu bukan untuk untuk saya seorang, tetapi turut meraikan perkahwinan dua adik saya ,Efa dan Ijam yang bernikah Oktober lalu," katanya.
 
Posted by kelanajiwa






No comments:

Post a Comment