----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::
----- Original Message -----
From: JUNHAIRI BIN ABD JALIL
Tentang Dhia
Posted by pakmod - Aku bukan Blogger tapi Penulis tak bergaji
Dewasa ni, asalkan menonton telenovela Melayu kat tv, Pak Mod pastinya tak terlepas dari nak mengomen. Bukannya anti cerita keluaran Malaysia khususnya Melayu tapi Pak Mod rasa seperti ada kekurangan dalam cite-cite sebegini. Seperti tajuk kita kali ni, Pak Mod nak berbual mengenai telenovela bertajuk Tentang Dhia yang sedang hangat ditayangkan sekarang ni kat TV3.
Oleh kerana umah Pak Mod masih belum ada tv, jadi Pak Mod pun tak tahu mengenai kewujudan Tentang Dhia. Semasa cuti awal Muharam, Pak Mod bersama-sama ngan orang umah bergegas ke Kluang, Johor untuk bercuti. Ketika itulah Pak Mod menonton telenovela berkenaan buat kali pertama. Tontonan pertama kali berkenaan membuatkan otak Pak Mod ligat menuturkan kata-kata yang perlu diterjemahkan melalui ketukan jemari di atas papan kekunci komputer.
Mengikut perbualan orang umah Pak Mod dengan kakaknya, Tentang Dhia ni berkisar mengenai kisah cinta bersegi-segi antara beberapa orang wataknya. Plot sebegini sebenarnya sudah basi memandangkan sebelum ini telah banyak filem, telenovela mahu pun drama swasta mengetengahkannya. Itu adalah perkara pertama yang membuatkan Pak Mod panas bontot menahan seksa menonton Tentang Dhia.
Perkara kedua adalah ia meniru bulat-bulat formula telenovela dari seberang iaitu menampilkan watak penjahat yang mahir menggunakan tipu helah, watak nenek yang berkuasa veto dalam hierarki sebuah keluarga dan watak utama yang suci dari dosa namun mempunyai IQ rendah. Satu ketika dahulu Pak Mod dah cukup terseksa menonton telenovela dari seberang yang menggunakan formula sebegini sebagai jalan cerita mereka. Adakah sekarang ini Pak Mod perlu menyeksa diri lagi semata-mata mahu menyokong telenovela-telenovela keluaran tempatan? (Nota: Sebenarnya sebelum ini pun, ada satu telenovela Malaysia yang pernah Pak Mod tonton yang meniru formula sedemikian iaitu Qalesya yang disiarkan sekitar Ramadhan 1432).
Perkara ketiga, bilamana watak lakonan Ako Mustafa yang berkata kepada ibunya bahawa beliau telah menyuruh isterinya bersolat namun tidak berjaya. Aduh, suami jenis apa sebegini? Even hanya sekadar lakonan, tiada suami boleh mendakwa sebagai gagal untuk mendidik dan menyuruh isterinya solat. Dalam Islam, terdapat cara bagi menangani isteri yang tak bersolat. Bagaimana jikalau si suami pula yang tak bersolat?
Perkara ke empat yang sekali gus membuatkan Pak Mod meninggalkan kotak tv tanpa sempat menghabiskan tontonan telenovela ini ialah bilamana watak Ako Mustafa menerjah masuk ke umah orang tua Dhia sambil mendakwa isterinya sekarang mengandungkan anak lelaki lain, bukan anaknya sendiri. Dengan dakwaan itu Ako Mustafa berharap supaya Dhia dapat membatalkan perkahwinan ngan bakal suaminya. Boleh jadi Ako Mustafa juga berharap supaya Dhia kembali ke pangkuannya, itu Pak Mod tak pasti pula. Bagaimana pun, secara logiknya, apa seorang lelaki patut buat jika mengetahui anak dalam kandungan isterinya sekarang adalah hasil dari persenyawaan benih dari lelaki lain?
Tanpa sempat menghabiskan walau satu episod pun, Pak Mod sewenang-wenangnya mengomen mengenai Tentang Dhia. Tapi, sebagai seorang yang pernah menonton drama-drama swasta dan filem 80an yang dikira lebih bermutu, Pak Mod berhak melontarkan pandangan. Tak boleh ke pembuat telenovela-telenovela ini meletakkan diri mereka kat tempat penonton?
Apa pula pendapat anda?
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
MARKETPLACE
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment