Tuesday, November 15, 2011

Re: RG2011... Fwd: 3 TAHUN TELAH BERLALU.....

 


 
Bro, ko nak sound rbk_2020 pun agak2 la bro..gunakan ayat2 yang elok skit..rbk_2020 ni lagi senior pada kita..mungkin dia lemah dari segi ni, tapi hebat dari segi lain yang baik2...hormat bro hormat...dia ada pendirian dia, kita ada pendirian kita. Aku cuma tegur agar kita bersama2 dapat menjawab soalan dengan tepat tanpa berputar belit meninggalkan jawapan yang tak relavan. Mungkin bro rbk_2020 ada jawapan lain yang bernas, cuma dia lupa mau menulisnya. Yang penting hormat bro..walaupun aku sering tak sependapat dengan beliau, tapi ada dalam satu segi, aku respect pada beliau k...


From: youm mohawk <yoummohawk@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, 14 November 2011 7:23 PM
Subject: Re: RG2011... Fwd: 3 TAHUN TELAH BERLALU.....

 
hahaha... betul tu nor azlin.. rbk_2020 tu merapu je... sendiri pun tak tau hujung pangkal, tapi kunun pandai nak berdebat... dia gunakan contoh bodoh budak lemas pulak dalam citer ni... mangkuk punya rbk... nak bagi contoh tu biar lah yang same kes atau setara.. ini budak lemas dengan kes liwat.. mmg tak patut langsung..
 
rbk_2020.. aku nasihat kan ko ni pegi belajar lagi lah... jgn nak tunjuk pandai kat sini.. org2 bodoh macam ko ni lah yang jadi pemecah belah umat... biar lah org2 yg arif bela dia.. kalau betul dia salah.. dia akan terima hukuman.. kalau tak didunia tapi diakhirat.. ini ko pulak yg nak lebih2..
 
kita kena terima mmg wujud manusia dua alam ni.. memang dia ade family anak and isteri suma tapi dalam masa yang sama dia jugak suka kat kaum sejenis.. manusia dua alam ni mmg wujud.. so benda ni tak heran kalau berlaku... dalam kes ni kita tak tau sejauh mana kebenarannye.. sejauh mana kepastiannye.. so jgn nak komen lebih2.. buat contoh budak lemas bodoh ko tu.. baik tak payah...
 
rbk_2020.. lepas ko baca email ni, pegi ambik wuduk dan sembahyang.. jgn nak mengata orang je..dah macam hakim dah aku tengok ko ni... mangkuk...

--- On Mon, 11/14/11, nor azlin mohd nordin <azlin8@yahoo.com> wrote:

From: nor azlin mohd nordin <azlin8@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... Fwd: 3 TAHUN TELAH BERLALU.....
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Monday, November 14, 2011, 9:52 PM

 
Hahaha. Tergelak-gelak saya membacanya. Tapi memang apa yang maharaja kayyo tulis tu sangat logik. 


From: maharaja kayyo <maharaja_kaiyo@yahoo.com.my>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Friday, November 11, 2011 5:04 PM
Subject: Re: RG2011... Fwd: 3 TAHUN TELAH BERLALU.....

 

 
Tu lah pasal, cerita macam terlibat secara lansung je dengan kes tu. Ataupun pernah tinggal serumah je.
Tak tau kata tak tahu..dengar2 cerita orang sembang kedai kopi tak main la.

Bukan hati tak bersih, bagilah contoh lain. Budak kecik nak lemas kat sungai tu,
Semua orang tolong kalau nampak bro.. Tapi berbeza kalau seseorang individu itu dituduh melakukan sesuatu kejahatan,
sedangkan kita tak tahu betul ke dia buat atau tidak, kita boleh je nak bela. Tapi kalau dia memang salah macammana?
Oleh itu, biarlah peguam dia je yang bela. Kita tak payah la nak bela sangat macam kita ni pernah tido sebantal dengan dia.
Ntah dia kenal kita ke tak. Tau tak?, berbeza bro berbeza...

Bagi contoh yang logik sikit bro, Jangan berputar belit dengan contoh2 anak orang lemas la, kentut busuk la..takde kene mengena dengan komen orang.
Jangan terperasan baik kerana membela orang tu, lepas tu,  kata  orang yang tegur ko pula hati tak bersih. Ingat, jangan putar belit. Jawab soalan saje.

Sebab jawapan ko ni seolah2 macam ko manusia terlalu baik, contohnya, Orang bersikap begini hati tak bersih dan mengundang bala..(Amboi2..macam best je. Mesti bersih hati orang yang kata begini). Masuk ayat kedua pulak..

Biarkan saja sebab 'tidak ada kena mengena' dengan diri sendiri. (Bagus boleh bagi aku duit belanja kerana kebetulan aku kekurangan wang ni..takkan nak biarkan aku malam ni tak makan?)

Orang yang ada fitrah kemanusiaan sanggup membantu orang lain walaupun takde 'kena mengena' dengan diri dia..,(Orang, kalau nak bantu, biar sahih dia betul2 susah dan bukannya kita sendiri pun tak tau dia tu betul ke salah. Bukan membuta tuli atau dengar cakap2 orang)

kemudian diiringi dengan contoh yang takde kene mengena, tapi best---------->contoh; kalau anak kamu jatuh dalam longkang & hanyut ketika sedang bermain2 di tepi longkang, orang yang berhati mulia jika dia nampak kejadian tu, dia akan berhenti & 'kotorkan' pakaian dia untuk masuk longkang bagi menyelamatkan nyawa anak kamu tu (Apa kene mengena2 dengan membela anwar dengan anak lemas? anak yang lemas tu cute, semua orang sayang, takde orang yang tengok je budak tu lemas. berbeza dengan membela sesuatu yang tak pasti betul salahnya)...dan di akhir dengan perkataan --------> Faham??? (amboi2 perasan bijak betul)



From: siti farihan <cinderella_832002@yahoo.co.uk>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, 10 November 2011 7:28 PM
Subject: Re: RG2011... Fwd: 3 TAHUN TELAH BERLALU.....

 
dia pun dh ada peguambela dia utk mempertahankan diri dia.... biarlah yg lebih org yg lebih arif membantu dia... kita ni bukan ada bukti pun nk tentukan dia betul ke salah.... setakat mengikuti perkembangan berita je blh la x perlu la sampai nk emosi sgt sbb kita sendiri pun xtau kedudukan sebenar bukan kita yg berada di tempat dan situasi berlaku....

From: rbk_2020 <rbk_2020@yahoo.com.sg>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Cc: "mohdhanafi.shamid@seagate.com" <mohdhanafi.shamid@seagate.com>
Sent: Thursday, 10 November 2011, 21:13
Subject: Re: RG2011... Fwd: 3 TAHUN TELAH BERLALU.....
 
Orang yang bersikap begini hati tak bersih & akan mengundang bala...
Biarkan saja sebab 'tidak ada kena mengena' dengan diri sendiri..
Orang yang ada fitrah kemanusiaan sanggup membantu orang lain walaupun takde 'kena mengena' dengan diri dia..,
contoh; kalau anak kamu jatuh dalam longkang & hanyut ketika sedang bermain2 di tepi longkang, orang yang berhati mulia jika dia nampak kejadian tu, dia akan berhenti & 'kotorkan' pakaian dia untuk masuk longkang bagi menyelamatkan nyawa anak kamu tu... Faham???
 
 

From: MohdHanafi SHamid <mohdhanafi.shamid@seagate.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Cc: "kartina.idris@gmail.com" <kartina.idris@gmail.com>
Sent: Thursday, 10 November 2011 7:30 PM
Subject: Re: RG2011... Fwd: 3 TAHUN TELAH BERLALU.....
 
e..ehhhh.. kamu nie RBK_2020
org tu yg kene, nape yg awk nk melenting x pasal2? nie bukan org umno ke org bn ke, org pkr ke atau pas lah. bukan awk pun yg masuk penjara.
ape yg hang dok pertahankan die? ape yg awk dapat?
awk tahu, awak nie boleh memecah belahkan umat islam tau. Kalau betol die x buat, ok lah. kite kan ade undang2. biar undang2 yg tentukan, dan kalau lah dia dijatuhkan hukuman yg bukan die buat. insyallah ade balasan nye pada org yg salah menjatuhkan hukuman itu.

p/s cube kite perbetulkan diri kite dahulu, baru pikirkan org lain, diri kite x betol sibuk hal org lain wat ape.

betol x kenkawan...

Best RgrdMohdHanafi S.HamidEngineering Specialist.Seagate International (Johor) Sdn. Bhd  
2011/11/10 rbk_2020 <rbk_2020@yahoo.com.sg>
 

Berlarutan sebab kes pendakwaan amat lemah... Bukti tidak kukuh & banyak sangat yang boleh dipertikaikan...
Masih tak puas hati lagi puak2 UMNO Baru ni walaupun telah memenjarakan DSAI selama 6 tahun dalam kes LIWAT 1???
Cakap memang mudah, OKT DSAI telah dibebaskan sebelum ini kerana kes ada keraguan...
Tak payah 6 tahun... Cuba kamu duduk berkurung dalam bilik air selama 6 jam sahaja... Boleh tahan???
 
 
From: MohdHanafi SHamid <mohdhanafi.shamid@seagate.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thursday, 10 November 2011 10:21 AM
Subject: Re: RG2011... Fwd: 3 TAHUN TELAH BERLALU.....
 

Itu die. yg menyamakan seperrti b***.
tp jgn lah kite ikut. jage hati kite sendiri,
perkataan tu kan x bagus. jadi pada yg memberi comment tu, usahlah mcm kera kepanasan.
ambil yg baik sahaja. sesungguhnya kite nie manusia. Jage diri, jage setiap perkataan yg keluar.
kn tidak bagus mengeluarkan kata2 yg x berapa bagus untuk didengari..
betol x.

maaf sekali lagi kalau ade yg terasa.

2011/11/8 Kartina Idris <kartina.idris@gmail.com>
 
Carilah sebab2 kenapa ianya berlarutan. Konspirasi atau tidak itu mahkamah yang buat keputusan nanti. Jika ada sedikit keraguan mahkamah akan bebaskan OKT seperti yang berlaku dalam kes pertama dulu.
2011/11/5 rbk_2020 <rbk_2020@yahoo.com.sg>
 
 
Allah SWT Maha Mengetahui & Maha Segala2nya....
1Dunia tahu betapa cacat & celanya konspirasi kes untuk menganiayai DSAI buat kali ke2 mengakibatkan perbicaraan kes yang sepatutnya mudah berlarutan hingga bertahun2 lamanya...
 
 

From: suhaimi mohidin <suhaimimohidin@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thursday, 3 November 2011 10:55 AM
Subject: Re: RG2011... Fwd: 3 TAHUN TELAH BERLALU.....
 
tunggu keputusan mahkamah~ akhirat

SUHAIMI


--- On Thu, 3/11/11, cengkonah <cengkonah@gmail.com> wrote:

From: cengkonah <cengkonah@gmail.com>
Subject: Re: RG2011... Fwd: 3 TAHUN TELAH BERLALU.....
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Thursday, 3 November, 2011, 7:17 AM

 
Selagi belum kiamat kita tak akan tahu apa2 hasil yg kita usahakn di dunia yg fana ini. Ada masa Allah kabul doa cepat ada masa lambat.   Beristigfarlah byk2. Nasib kita belum tentu lg macam mana kelak kita sibukkan hal orang.
CENGKONAHSent from my HTC
On Nov 2, 2011 10:33 AM, "Sr Rizz.r" <junior.rizz@gmail.com> wrote:

 

 
Wallahi!! Itikad Saiful akan ke "AKUanya" adalah lebih MULIA dari SATU stadium PUAK yang PERASAN AKU lebih MULIA dari orang lain dan lebih ISLAM dari orang lain BERSOLAT HAJAT dan MENDOA LAKNAT
Dalil? Mampukah Ulamak yang diangkat menghampiri wali mampu mempertahankan dan mendoakan keselamatan untuk Anuwar?
BERKAT solat hajat dan doa tuan-tuan sekelian Maha Suci Allah yang Maha Adil telah MENYINGKAP setiap perbuatan Anwar dan puak-puak yang PERASAN lebih Islam dari orang lain. Ketahuilah Puak-puak PERASAN Islam. Allah tidak berpihak dan Allah maha adil hukumanyan dan amatlah mudah bagi Allah MENDEDAHKAN Aib dan HAKIKAT seseorang walau sebesar mana pun SERBAN mereka, SEKUAT mana LAUNGAN "Takbir" yang mereka TEMPIKAN dan SEPANJANG mana Doa LAKNAT ke atas orang Islam yang lain, maka akan DIDEDAHKAN kepada UMUM seapa diri mereka ini sebenarnya.
Kepada Puak Puak PERASAN Islam. Jika di dunia lagi Tok Guru PERASAN Wali dah KELIRU(kelabu) antara orang yang Hak dan Batil, mampukakah Tok Guru tuan-tuan menjamin TIDAK kelabu diakhirat kelak?

Saiful Bukhari : Setelah 3 tahun melafazkan Sumpah Laknat

 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjWWq2BFKL63u3l31-PF5SHR6-9ZgnbybyHJO53JJ_VIpD3H9pmL7RJ1ac_XdWFsfjtXalwWHIiSWKiOTFGMLQvaU0R2fB7In-8Bh4j6LuE0Cgj-pGHLbuI42k329lpQzGzSnpLoZWXt0JS/s320/10042010547.jpg
Bermunajat pada Allah di puncak Jabal Nur, Gua Hira'.
Musim Haji yang lepas, November 2010. Cahaya di hujung, Masjidil Haram

Assalammualaikum dan Salam Hormat buat semua
Kelmarin, pada tanggal 15hb Ogos 2011, genaplah tiga tahun saya melafazkan sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan. Semalam, saya kembali semula ziarah masjid yang penuh bersejarah buat diri saya ini.
Saya merasa amat terharu apabila pulang semula ke masjid ini. Peristiwa yang penuh bersejarah itu masih segar dalam ingatan saya. Pelbagai kisah yang berlaku sebelum, semasa dan selepas 3 tahun saya melafazkan sumpah laknat tersebut. Ada di antaranya diketahui umum, ada juga yang tidak pernah saya kongsikan. Justeru, izinkan saya berkongsi sedikit sebanyak kisah-kisah tersebut.
Sebelum
Pada awalnya, ia sepatutnya diadakan dengan kehadiran kedua-dua pihak, iaitu saya dan juga yang dituduh pada ketika itu, DS Anwar Ibrahim. Namun setelah dipelawa dan sering berdolak-dalih untuk berminggu-minggu lamanya, saya dan setelah mendapat persetujuan keluarga, memutuskan untuk melafazkan sumpah tersebut bersendirian, iaitu sumpah laknat.
Untuk makluman, walaupun saya sendiri dengan rela hati untuk melafazkannya, tindakan saya ini tercetus apabila ia disarankan oleh bekas Mufti Perlis Dr Asri pada dan disokong oleh Tuan Guru Nik Aziz pada awal Julai 2008. Boleh rujuk artikel ini
Justeru, selepas berfikir, berbincang dengan keluarga dan beberapa ahli agama, pada 7 Julai 2008, saya telah mempelawa beliau (DS Anwar) untuk bermubahalah. Namun beliau tidak membuat apa tindakan untuk bermubahalah.
Selepas sumpah
Selepas saya melafazkan sumpah tersebut, ia telah menimbulkan pelbagai kontroversi, kecaman, kutukan, fitnah, penipuan dan cacian oleh beberapa pihak. Sebagai contoh saya telah ditohmah sakit tenat, membuang air besar menggunakan tiub dan sebagainya. Walaubagaimanapun, dakwaan tersebut ternyata sekali adalah tidak benar. Akhirnya, setelah 2 tahun, pihak yang memfitnah saya itu sudah pun memohon maaf secara terbuka. Boleh rujukdisini
Bagaimana atasi cabaran
Dari awal hingga ke hari ini, saya tidak pernah putus mohon bantuan dari Allah. Saya buang sifat 'AKU' dalam diri kerana saya memang tidak mempunyai apa-apa daya dan kekuatan, semuanya datang dari Allah SWT. Hanya Allah tempat saya berserah dan tempat saya bergantung. Saya sentiasa berdoa, istiqamah dan sabar.
Selain itu, saya berpegang pada prinsip "Biarlah diri ini dihina oleh Jutaan manusia, hilang segala nikmat dunia, daripada  ditarik nikmat di akhirat dan dihina oleh Allah SWT, kerana tidak berani berkorban menegakkan Yang HAK."
Perjuangan dan kisah Rasulullah SAW juga sentiasa saya jadikan panduan dan iktibar dalam menempuhi apa jua rintangan dan halangan dalam perjuangan menegakkan yang HAK.
Tidak dinafikan, memang banyak cabaran dan rintangan, namun saya bersyukur kerana saya dapat menghadapinya dengan tenang dan banyak bantuan dari Allah yang saya terima. Alhamdulillah…
Prosiding Mahkamah
Walaupun proses prosiding berjalan agak perlahan atas sebab-sebab tertentu, saya berkeyakinan penuh terhadap sistem perundangan kita. Di peringkat ini, saya bersyukur kerana saya telah memberi keterangan dan kes di pihak pendakwaan telah selesai dan kini adalah kes di peringkat pembelaan. Lebih pada itu saya redha dan serah pada Allah.
Ternyata, ada hikmah di sebalik kelewatan dan penangguhan ini. Banyak permata yang saya kutip sepanjang perjalanan selama 3 tahun ini. Antaranya, ia mendidik saya tentang ilmu sabar. Hatta, ia telah menjadikan saya seorang yang lebih kental dan berkeyakinan untuk tempuhi apa jua rintangan dan cabaran di masa akan datang. Insyaallah..
Kenangan manis sepanjang 3 tahun
Antara kenangan manis yang saya perolehi setelah 3 tahun ini; Pertama, Pertolongan dan bantuan dari pelbagai pihak yang berdoa dan benar-benar ikhlas membela saya, sebagai contoh para blogger yang dari awal hingga kini masih istiqamah membela saya. Mereka melakukan ini dengan penuh ikhlas, tanpa meminta balasan. Begitu juga dengan rakan-rakan di alam maya yang lain seperti di Facebook, Twitter, Forum-Forum online yang lain.
Kedua, saya telah selesai memberi keterangan dan dibebaskan sebagai saksi. Ketiga,  Berkesempatan mengiringi nenek mengerjakan ibadah Haji pada November 2010. Boleh baca di sini  di sini.
Keempat, saya rasa bersyukur kerana keluarga dan pelbagai pihak terus mendoakan dan memberi sokongan, serta boleh menerima diri saya seadanya walaupun aib dan maruah sudah hancur berkecai.
Akhir kalam, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada semua yang terus mendoakan, membela dan membantu saya selama ini. Doa untuk kalian semua tidak pernah saya lupakan, hanya Allah SWT yang dapat membalas segala budi dan jasa anda sekalian.
Insyaallah, di bulan yang mulia ini, kebenaran akan bangkit. Sama-sama kita doakan.
Akan terus berdoa, istiqamah dan sabar
Kepada Allah saya berserah
SAIFUL BUKHARI AZLAN
 
p/s: Terima kasih  pada pihak TV3, khasnya buat Unit Berita & Hal Ehwal Semasa kerana sudi menemuramah dan memberi ruangan Eksklusif untuk saya di Buletin Utama semalam dan hari ini.






__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment