kalau dah Mufti membuat teguran tu adalah baik dan tak kiralah siapa yang
nak menjawab bagi pihak PM atau siapa2. Tetapi Mufti tidak lah
melebih-lebih macam kamu , kamu ni mufti ka ? ustaz ka ?
Mufti2 berilmu dan berpengetahun , yang kamu ni dok lebih2 mengatakan Haji
mabrur seseorang itu atau tidak , kamu tu siapa ?, biarlah Mufti2 yang buat
teguran sebab mereka ini lebih ariff dalam tegur menegur ni dan serahkan
pada Allah SWT menentukan apa hukum pada mereka ,
Kamu yang berlebih-lebih ni tak kan tak tahu hukum2 berlebih-lebih ni ??
hinany Islam kerana orang yang macam kamu lah .....!
|------------>
| From: |
|------------>
>----------------------------------------------------------|
|rbk_2020 <rbk_2020@yahoo.com.sg> |
>----------------------------------------------------------|
|------------>
| To: |
|------------>
>----------------------------------------------------------|
|"respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com> |
>----------------------------------------------------------|
|------------>
| Date: |
|------------>
>----------------------------------------------------------|
|11/22/2011 01:55 PM |
>----------------------------------------------------------|
|------------>
| Subject: |
|------------>
>----------------------------------------------------------|
|Re: RG2011... Fwd: 3 TAHUN TELAH BERLALU..... |
>----------------------------------------------------------|
Prof Rio... Kamu mungkin bertaraf prof dalam bidang kamu tetapi dalam bab
keagamaan mufti memang lebih layak untuk menegur..!
Yang membangkit isu Haji Najib & Hajjah Rosmah adalah seorang ulamak @
mufti kerana PM adalah seorang Pemimpin Tertinggi Negara & beliau menegur
dengan ikhlas supaya ia tidak menjadi ikutan rakyat 1Malaysia. Beliau
menegur kerana memang beliau yakin ada perkara rukun yang telah
ditinggalkan.
Itu sebab aku berikan soalan mudah berkaitan rukun sebab solat ini kita
buat hari2 tetapi haji ini kita cuma perlukan sekali sahaja dalam seumur
hidup kita. Jadi kita kena pergi kursus dahulu sebelum kita pergi haji
supaya kita tidak tertinggal perkara yang rukun.
Jadi aku nak tanya kamu semula samada sah atau tidak sah solat kalau engkau
tinggal perkara2 rukun? Lepas solat terus sujud & tinggalkan pula duduk
antara dua sujud, terus baca tassyahud akhir & beri salam? Kita tidak perlu
mengampu untuk memperbetulkan perkara yang salah.
Haji Najib & Hajah Rosmah langsung tidak bersuara, cuma Jamil Khir yang
mengulas & ramai yang menganggap ianya adalah tindakan untuk 'cover line'.
Kepada orang yang mahu mengambil iktibar, orang2 yang hajinya mabrur bila
balik dari haji nampak perubahan mereka ke arah kebaikan, tapi kalau baru
cecah aje kaki lepas balik haji, mak haji buka semula tudung & pak haji
pergi resmi majlis deepavali, maka haji apa namanya tu.. Jom kita dengar
jawapannya yang diberikan oleh ustaz ini.... Dengarlah sampai habis...
Lebih kurang 3 minit aje...
http://www.youtube.com/watch?v=6vAODI29s9Y (3:10)
From: rio hirowati <riorhs@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Saturday, 19 November 2011, 12:12
Subject:, Re: RG2011... Fwd: 3 TAHUN TELAH BERLALU.....
Siapa kita untuk menghakimi ibadah seseorang?
Tentang DSAI, hanya dia sendiri yang tahu apa yang dia telah buat dan suatu
penganiyaan kepada individu yang telah diperlakukan serta tidak diredhai
oleh Allah dan juga saudara mara yang diperlakukan demikian. Jika benar,
tiada maaf sehingga dipadang masyar. Allah tidak akan mengampunkan bagi
pihak manusia.
rhirowati - rhirowati
From: rbk_2020 <rbk_2020@yahoo.com.sg>
To: nor azlin mohd nordin <azlin8@yahoo.com>
Cc: ""respeks_group@yahoogroups.com"" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, November 17, 2011 8:46 AM
Subject:, Re: RG2011... Fwd: 3 TAHUN TELAH BERLALU.....
Cik Nor Azlin... Berikut adalah ulasan saya mengenai kemusyikilan Cik Nor
Azlin..
Bab Ibadah Haji Najib
Dalam bab ibadah jika perkara rukun jika ditinggalkan memang tidak sah
ibadat itu...
Kita perlu tertib dalam melakukan perkara2 rukun.
Adakah sah solat jika kita meninggalkan rukuk atau duduk diantara 2
sujud???
Sebab itu selepas solat atau melakukan perkara kebaikan kita perlu berdoa,
memohon agar amalan kita diterima...
Jika ada unsur riak pun ibadat kita tidak diterima malah mendapat dosa
pula.
Bab Saiful & DSAI
Saiful pula menuduh DSAI melakukan liwat secara paksaan tetapi DSAI didakwa
di mahkamah melakukan liwat secara sukarela. Disini sahaja pun sudah
berlaku percanggahan yang ketara.. Jika secara sukarela kenapa pula hanya
DSAI sahaja yang didakwa??? Logik tak???
DSAI itu adalah orang Islam & tidak sempurna iman kita jika kita menyokong
perbuatan mereka hendak menganiayai beliau. Sebagai orang Islam yang
beriman kita perlu selalu rujuk kepada Al-Quran & Hadis sebagai panduan
kita.
Bab pembalasan, Allah SWT Maha Mengetahui & Maha Adil & Maha Segala2nya...
Bukan semua pembalasan akan diturunkan dengan cara yang kita inginkan. Jika
sesuatu kaum itu telah melampui batas nescaya Allah SWT akan menurunkan
balaNya dengan cara yang tidak kita ketahui.. Walllahuallam...
Kalau nak fikir ikut akal logik, luangkanlah sedikit masa & nilaikan......
http://www.youtube.com/watch?v=GCPPSV_JQHg&feature=related (6:30)
From: nor azlin mohd nordin <azlin8@yahoo.com>
To: rbk_2020 <rbk_2020@yahoo.com.sg>
Cc: ""respeks_group@yahoogroups.com"" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, 16 November 2011 5:09 PM
Subject: Re: RG2011... Fwd: 3 TAHUN TELAH BERLALU.....
Encik rbk,
Setuju dengan pandangan jangan menghukum dan membuat andaian kecuali ada
bukti2. Setuju juga dengan pandangan bahawa wujudnya golongan biseksual di
dunia ini, termasuk di kalangan orang Melayu tidak cukup untuk membuktikan
salahlaku seks DSAI.
Tapi sikap jangan menghukum berdasarkan andaian semata-mata patut juga di
amalkan sebelum menuduh haji DS Najib tidak sah dan menuduh Saiful itu
pemfitnah, makan rasuah dan pembohong, serta sedang menghidap penyakit
misteri gara2 sumpah laknatnya. Bukankah begitu?
Ramai yang memilih untuk percaya kepada DSAI, itu hak mereka, tapi tak
sepatutnya mereka mencaci-caci Saiful kerana kemungkinan Saiful di pihak
yang benar tetap ada. Wallahu alam. So, kalau tak ada bukti lebih baik
jangan buat andaian.
Saya pun sedang cuba untuk tidak pilih 'side'. Ada kalanya bagus untuk
duduk atas pagar dalam sesetengah perkara dan tidak mengiyakan saja
semata-mata kerana kita menyokong sesuatu parti.
Saya yakin kata-kata saya ini ada logiknya.
From: rbk_2020 <rbk_2020@yahoo.com.sg>
To:
Cc: "yoummohawk@yahoo.com" <yoummohawk@yahoo.com>; "azlin8@yahoo.com"
<azlin8@yahoo.com>; "maharaja_kaiyo@yahoo.com.my"
<maharaja_kaiyo@yahoo.com.my>
Sent: Wednesday, November 16, 2011 10:06 AM
Subject: Re: RG2011... Fwd: 3 TAHUN TELAH BERLALU.....;
Siapa yang sebenarnya pemecah belah umat???...;
Aku nasihatkan kamu2 yang suka menghukum dengan membuat ANDAIAN supaya
jangan berbuat demikian kerana dalam SYARIAT ISLAM perlu ada saksi2 &
syarat2nya.. Sebagai orang Islam kita wajib berpegang teguh kepada kitab2
Allah SWT & Rasul2Nya..
Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan
kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.
(Surah Al-Baqarah Ayat 42)
Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab
Allah dan Rasul-rasulnya), maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk;
dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar
iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan
permusuhan (dengan kamu); oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai
Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan
mereka; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Surah
Al-Baqarah Ayat 137)
yoummohawk@yahoo.com Adakah kerana wujudnya golongan seperti yang kamu
sebut itu cukup untuk mensabitkan bahawa DSAI juga berkelakuan demikian???
"kita kena terima mmg wujud manusia dua alam ni.. memang dia ade family
anak and isteri suma tapi dalam masa yang sama dia jugak suka kat kaum
sejenis.. manusia dua alam ni mmg wujud.. so benda ni tak heran kalau
berlaku... dalam kes ni kita tak tau sejauh mana kebenarannye.. sejauh mana
kepastiannye.. so jgn nak komen lebih2.. buat contoh budak lemas bodoh ko
tu.. baik tak payah..."
Janganlah disokong perkara yang mungkar.. Sesungguhnya umat Islam itu
adalah bersaudara & tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak
mengasihi saudara Islam yang lain seperti darah dagingnya sendiri…
Maksud Hadis Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.w.t. bersabda yang
bermaksud:
"Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan janganlah kamu bertipu-tipuan, dan
janganlah kamu berbenci-bencian, dan janganlah kamu berbelakang-belakangan,
dan janganlah setengah kamu menjual di atas penjualan setengah kamu dan
jadilah kamu hai hamba Allah bersaudara."
Orang Islam bersaudara orang Islam,tiada boleh ia menganiayanya, dan tiada
boleh membiarkannya (dalam kehinaan) dan tiada boleh mendustainya dan tiada
boleh menghinakannya.
Taqwa itu di sini sabda Nabi SAW, sambil menunjuk dadanya tiga kali. Sudah
cukup banyak kejahatan seseorang itu, bahawa ia merendahkan saudaranya
orang Islam. Sekalian orang Islam ke atas orang Islam haram darahnya dan
hartanya dan kehormatannya. Diriwayatkan oleh Muslim.
Buat azlin8@yahoo.com , Maharajo_kaiyo ada email kat aku secara peribadi
pada 13.11.2011. Aku 'copy & paste' bahagian atas sahaja sebab aku hormat
'privacy' beliau sebab dia tak forward kepada group…
From: maharaja kayyo <maharaja_kaiyo@yahoo.com.my>
To: "rbk_2020@yahoo.com.sg" <rbk_2020@yahoo.com.sg>
Sent: Sunday, 13 November 2011 7:28 PM
Subject: Fw: RG2011... Respons RG: HUDUD CIPTAAN PAS MEMBUKTIKAN PAS PARTI
SESAT MENYESATKAN
Assalammualaikum,
Terima kasih kerana memberi penerangan. Aku bukan bertujuan memandang
rendah kepada bro, kalo bro fikir begitu la. Tapi aku memang tau bro boleh
jawab sebaiknya berbeza dengan orang yang fanatik atau tabsub pada sesuatu
parti politik.
Bawa2lah mengucap & bertaubat…
Apabila aku minta bawa2 mengucap & bertaubat ramai juga yang melenting &
marah2 pada aku sedangkan sepatutnya mereka bersyukur kerana disedarkan
daripada terus melakukan dosa samada secara sedar atau secara tidak
disedari. Sedangkan para2 Nabi & Rasul pun memohon keampunan & bertaubat
apatah lagi kita yang begitu jauh darjatnya dari mereka di sisi Allah SWT…
Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata
pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya;
sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi
Maha Mengasihani. (Surah Al-Baqarah Ayat 37)
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan
binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa
dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami);
sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui; "Wahai
Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri)
kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah
diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat
kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima
taubat, lagi Maha Mengasihani; (Surah Al-Baqarah Ayat 127 hingga 128)
From: youm mohawk <yoummohawk@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com.
Sent: Tuesday, 15 November 2011 11:23 AM
Subject: Re: RG2011... Fwd: 3 TAHUN TELAH BERLALU.....
hahaha... betul tu nor azlin.. rbk_2020 tu merapu je... sendiri pun tak tau hujung pangkal, tapi kunun pandai nak berdebat... dia gunakan contoh
bodoh budak lemas pulak dalam citer ni... mangkuk punya rbk... nak bagi contoh tu biar lah yang same kes atau setara.. ini budak lemas dengan kes
liwat.. mmg tak patut langsung..
rbk_2020.. aku nasihat kan ko ni pegi belajar lagi lah... jgn nak tunjuk pandai kat sini.. org2 bodoh macam ko ni lah yang jadi pemecah belah
umat... biar lah org2 yg arif bela dia.. kalau betul dia salah.. dia akan terima hukuman.. kalau tak didunia tapi diakhirat.. ini ko pulak yg nak
lebih2..
kita kena terima mmg wujud manusia dua alam ni.. memang dia ade family anak and isteri suma tapi dalam masa yang sama dia jugak suka kat kaum
sejenis.. manusia dua alam ni mmg wujud.. so benda ni tak heran kalau berlaku... dalam kes ni kita tak tau sejauh mana kebenarannye.. sejauh mana
kepastiannye.. so jgn nak komen lebih2.. buat contoh budak lemas bodoh ko tu.. baik tak payah...
rbk_2020.. lepas ko baca email ni, pegi ambik wuduk dan sembahyang.. jgn nak mengata orang je..dah macam hakim dah aku tengok ko ni... mangkuk...
--- On Mon, 11/14/11, nor azlin mohd nordin <azlin8@yahoo.com> wrote:
From: nor azlin mohd nordin <azlin8@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... Fwd: 3 TAHUN TELAH BERLALU.....
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Monday, November 14, 2011, 9:52 PM
Hahaha. Tergelak-gelak saya membacanya. Tapi memang apa yang maharaja kayyo tulis tu sangat logik.
From: maharaja kayyo <maharaja_kaiyo@yahoo.com.my>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Friday, November 11, 2011 5:04 PM
Subject: Re: RG2011... Fwd: 3 TAHUN TELAH BERLALU.....
Tu lah pasal, cerita macam terlibat secara lansung je dengan kes tu. Ataupun pernah tinggal serumah je.
Tak tau kata tak tahu..dengar2 cerita orang sembang kedai kopi tak main la.
Bukan hati tak bersih, bagilah contoh lain. Budak kecik nak lemas kat sungai tu,
Semua orang tolong kalau nampak bro.. Tapi berbeza kalau seseorang individu itu dituduh melakukan sesuatu kejahatan,
sedangkan kita tak tahu betul ke dia buat atau tidak, kita boleh je nak bela. Tapi kalau dia memang salah macammana?
Oleh itu, biarlah peguam dia je yang bela. Kita tak payah la nak bela sangat macam kita ni pernah tido sebantal dengan dia.
Ntah dia kenal kita ke tak. Tau tak?, berbeza bro berbeza...
Bagi contoh yang logik sikit bro, Jangan berputar belit dengan contoh2 anak orang lemas la, kentut busuk la..takde kene mengena dengan komen
orang.
Jangan terperasan baik kerana membela orang tu, lepas tu, kata orang yang tegur ko pula hati tak bersih. Ingat, jangan putar belit. Jawab
soalan saje.
Sebab jawapan ko ni seolah2 macam ko manusia terlalu baik, contohnya, Orang bersikap begini hati tak bersih dan mengundang
bala..(Amboi2..macam best je. Mesti bersih hati orang yang kata begini). Masuk ayat kedua pulak..
Biarkan saja sebab 'tidak ada kena mengena' dengan diri sendiri. (Bagus boleh bagi aku duit belanja kerana kebetulan aku kekurangan wang
ni..takkan nak biarkan aku malam ni tak makan?)
Orang yang ada fitrah kemanusiaan sanggup membantu orang lain walaupun takde 'kena mengena' dengan diri dia..,(Orang, kalau nak bantu, biar
sahih dia betul2 susah dan bukannya kita sendiri pun tak tau dia tu betul ke salah. Bukan membuta tuli atau dengar cakap2 orang)
kemudian diiringi dengan contoh yang takde kene mengena, tapi best---------->contoh; kalau anak kamu jatuh dalam longkang & hanyut ketika
sedang bermain2 di tepi longkang, orang yang berhati mulia jika dia nampak kejadian tu, dia akan berhenti & 'kotorkan' pakaian dia untuk masuk
longkang bagi menyelamatkan nyawa anak kamu tu (Apa kene mengena2 dengan membela anwar dengan anak lemas? anak yang lemas tu cute, semua orang
sayang, takde orang yang tengok je budak tu lemas. berbeza dengan membela sesuatu yang tak pasti betul salahnya)...dan di akhir dengan
perkataan --------> Faham??? (amboi2 perasan bijak betul)
From: siti farihan <cinderella_832002@yahoo.co.uk>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, 10 November 2011 7:28 PM
Subject: Re: RG2011... Fwd: 3 TAHUN TELAH BERLALU.....
dia pun dh ada peguambela dia utk mempertahankan diri dia.... biarlah yg lebih org yg lebih arif membantu dia... kita ni bukan ada bukti pun
nk tentukan dia betul ke salah.... setakat mengikuti perkembangan berita je blh la x perlu la sampai nk emosi sgt sbb kita sendiri pun xtau
kedudukan sebenar bukan kita yg berada di tempat dan situasi berlaku....
From: rbk_2020 <rbk_2020@yahoo.com.sg>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Cc: "mohdhanafi.shamid@seagate.com" <mohdhanafi.shamid@seagate.com>
Sent: Thursday, 10 November 2011, 21:13
Subject: Re: RG2011... Fwd: 3 TAHUN TELAH BERLALU.....
Orang yang bersikap begini hati tak bersih & akan mengundang bala...
Biarkan saja sebab 'tidak ada kena mengena' dengan diri sendiri..
Orang yang ada fitrah kemanusiaan sanggup membantu orang lain walaupun takde 'kena mengena' dengan diri dia..,
contoh; kalau anak kamu jatuh dalam longkang & hanyut ketika sedang bermain2 di tepi longkang, orang yang berhati mulia jika dia nampak
kejadian tu, dia akan berhenti & 'kotorkan' pakaian dia untuk masuk longkang bagi menyelamatkan nyawa anak kamu tu... Faham???
From: MohdHanafi SHamid <mohdhanafi.shamid@seagate.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Cc: "kartina.idris@gmail.com" <kartina.idris@gmail.com>
Sent: Thursday, 10 November 2011 7:30 PM
Subject: Re: RG2011... Fwd: 3 TAHUN TELAH BERLALU.....
e..ehhhh.. kamu nie RBK_2020
org tu yg kene, nape yg awk nk melenting x pasal2? nie bukan org umno ke org bn ke, org pkr ke atau pas lah. bukan awk pun yg masuk penjara.
ape yg hang dok pertahankan die? ape yg awk dapat?
awk tahu, awak nie boleh memecah belahkan umat islam tau. Kalau betol die x buat, ok lah. kite kan ade undang2. biar undang2 yg tentukan, dan
kalau lah dia dijatuhkan hukuman yg bukan die buat. insyallah ade balasan nye pada org yg salah menjatuhkan hukuman itu.
p/s cube kite perbetulkan diri kite dahulu, baru pikirkan org lain, diri kite x betol sibuk hal org lain wat ape.
betol x kenkawan...
Best RgrdMohdHanafi S.HamidEngineering Specialist.Seagate International (Johor) Sdn. Bhd
2011/11/10 rbk_2020 <ナrbk_2020@yahoo.com.sg>
Berlarutan sebab kes pendakwaan amat lemah... Bukti tidak kukuh & banyak sangat yang boleh dipertikaikan...
Masih tak puas hati lagi puak2 UMNO Baru ni walaupun telah memenjarakan DSAI selama 6 tahun dalam kes LIWAT 1???
Cakap memang mudah, OKT DSAI telah dibebaskan sebelum ini kerana kes ada keraguan...
Tak payah 6 tahun... Cuba kamu duduk berkurung dalam bilik air selama 6 jam sahaja... Boleh tahan???
From: MohdHanafi SHamid <ナmohdhanafi.shamid@seagate.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thursday, 10 November 2011 10:21 AM
Subject: Re: RG2011... Fwd: 3 TAHUN TELAH BERLALU.....
Itu die. yg menyamakan seperrti b***.
tp jgn lah kite ikut. jage hati kite sendiri,
perkataan tu kan x bagus. jadi pada yg memberi comment tu, usahlah mcm kera kepanasan.
ambil yg baik sahaja. sesungguhnya kite nie manusia. Jage diri, jage setiap perkataan yg keluar.
kn tidak bagus mengeluarkan kata2 yg x berapa bagus untuk didengari..
betol x.
maaf sekali lagi kalau ade yg terasa.
2011/11/8 Kartina Idris <ナkartina.idris@gmail.com>
Carilah sebab2 kenapa ianya berlarutan. Konspirasi atau tidak itu mahkamah yang buat keputusan nanti. Jika ada sedikit keraguan
mahkamah akan bebaskan OKT seperti yang berlaku dalam kes pertama dulu.
2011/11/5 rbk_2020 <ナrbk_2020@yahoo.com.sg>
Allah SWT Maha Mengetahui & Maha Segala2nya....
1Dunia tahu betapa cacat & celanya konspirasi kes untuk menganiayai DSAI buat kali ke2 mengakibatkan perbicaraan kes yang
sepatutnya mudah berlarutan hingga bertahun2 lamanya...
From: suhaimi mohidin <ナsuhaimimohidin@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com Sent: Thursday, 3 November 2011 10:55 AM
Subject: Re: RG2011... Fwd: 3 TAHUN TELAH BERLALU.....
tunggu keputusan mahkamah~ akhirat
SUHAIMI
--- On Thu, 3/11/11, cengkonah <ナ.cengkonah@gmail.com> wrote:
From: cengkonah <ナ.cengkonah@gmail.com>
Subject: Re: RG2011... Fwd: 3 TAHUN TELAH BERLALU.....
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Thursday, 3 November, 2011, 7:17 AM
Selagi belum kiamat kita tak akan tahu apa2 hasil yg kita usahakn di dunia yg fana ini. Ada masa Allah kabul doa cepat ada masa lambat.
Beristigfarlah byk2. Nasib kita belum tentu lg macam mana kelak kita sibukkan hal orang.
CENGKONAHSent from my HTC
On Nov 2, 2011 10:33 AM, "Sr Rizz.r" <ナjunior.rizz@gmail.com> wrote:
Wallahi!! Itikad Saiful akan ke "AKUanya" adalah lebih MULIA dari SATU stadium PUAK yang PERASAN AKU lebih MULIA dari orang lain dan
lebih ISLAM dari orang lain BERSOLAT HAJAT dan MENDOA LAKNAT
Dalil? Mampukah Ulamak yang diangkat menghampiri wali mampu mempertahankan dan mendoakan keselamatan untuk Anuwar?
BERKAT solat hajat dan doa tuan-tuan sekelian Maha Suci Allah yang Maha Adil telah MENYINGKAP setiap perbuatan Anwar dan puak-puak yang
PERASAN lebih Islam dari orang lain. Ketahuilah Puak-puak PERASAN Islam. Allah tidak berpihak dan Allah maha adil hukumanyan dan amatlah
mudah bagi Allah MENDEDAHKAN Aib dan HAKIKAT seseorang walau sebesar mana pun SERBAN mereka, SEKUAT mana LAUNGAN "Takbir" yang mereka
TEMPIKAN dan SEPANJANG mana Doa LAKNAT ke atas orang Islam yang lain, maka akan DIDEDAHKAN kepada UMUM seapa diri mereka ini sebenarnya.
Kepada Puak Puak PERASAN Islam. Jika di dunia lagi Tok Guru PERASAN Wali dah KELIRU(kelabu) antara orang yang Hak dan Batil, mampukakah
Tok Guru tuan-tuan menjamin TIDAK kelabu diakhirat kelak?
Saiful Bukhari : Setelah 3 tahun melafazkan Sumpah Laknat
Bermunajat pada Allah di puncak Jabal Nur, Gua Hira'.
Musim Haji yang lepas, November 2010. Cahaya di hujung, Masjidil Haram
Assalammualaikum dan Salam Hormat buat semua
Kelmarin, pada tanggal 15hb Ogos 2011, genaplah tiga tahun saya melafazkan sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan. Semalam, saya
kembali semula ziarah masjid yang penuh bersejarah buat diri saya ini.
Saya merasa amat terharu apabila pulang semula ke masjid ini. Peristiwa yang penuh bersejarah itu masih segar dalam ingatan saya.
Pelbagai kisah yang berlaku sebelum, semasa dan selepas 3 tahun saya melafazkan sumpah laknat tersebut. Ada di antaranya diketahui umum,
ada juga yang tidak pernah saya kongsikan. Justeru, izinkan saya berkongsi sedikit sebanyak kisah-kisah tersebut.
Sebelum
Pada awalnya, ia sepatutnya diadakan dengan kehadiran kedua-dua pihak, iaitu saya dan juga yang dituduh pada ketika itu, DS Anwar
Ibrahim. Namun setelah dipelawa dan sering berdolak-dalih untuk berminggu-minggu lamanya, saya dan setelah mendapat persetujuan
keluarga, memutuskan untuk melafazkan sumpah tersebut bersendirian, iaitu sumpah laknat.
Untuk makluman, walaupun saya sendiri dengan rela hati untuk melafazkannya, tindakan saya ini tercetus apabila ia disarankan oleh bekas
Mufti Perlis Dr Asri pada dan disokong oleh Tuan Guru Nik Aziz pada awal Julai 2008. Boleh rujuk artikel ini
Justeru, selepas berfikir, berbincang dengan keluarga dan beberapa ahli agama, pada 7 Julai 2008, saya telah mempelawa beliau (DS Anwar)
untuk bermubahalah. Namun beliau tidak membuat apa tindakan untuk bermubahalah.
Selepas sumpah
Selepas saya melafazkan sumpah tersebut, ia telah menimbulkan pelbagai kontroversi, kecaman, kutukan, fitnah, penipuan dan cacian oleh
beberapa pihak. Sebagai contoh saya telah ditohmah sakit tenat, membuang air besar menggunakan tiub dan sebagainya. Walaubagaimanapun,
dakwaan tersebut ternyata sekali adalah tidak benar. Akhirnya, setelah 2 tahun, pihak yang memfitnah saya itu sudah pun memohon maaf
secara terbuka. Boleh rujukdisini
Bagaimana atasi cabaran
Dari awal hingga ke hari ini, saya tidak pernah putus mohon bantuan dari Allah. Saya buang sifat 'AKU' dalam diri kerana saya memang
tidak mempunyai apa-apa daya dan kekuatan, semuanya datang dari Allah SWT. Hanya Allah tempat saya berserah dan tempat saya bergantung.
Saya sentiasa berdoa, istiqamah dan sabar.
Selain itu, saya berpegang pada prinsip "Biarlah diri ini dihina oleh Jutaan manusia, hilang segala nikmat dunia, daripada ditarik
nikmat di akhirat dan dihina oleh Allah SWT, kerana tidak berani berkorban menegakkan Yang HAK."
Perjuangan dan kisah Rasulullah SAW juga sentiasa saya jadikan panduan dan iktibar dalam menempuhi apa jua rintangan dan halangan dalam
perjuangan menegakkan yang HAK.
Tidak dinafikan, memang banyak cabaran dan rintangan, namun saya bersyukur kerana saya dapat menghadapinya dengan tenang dan banyak
bantuan dari Allah yang saya terima. Alhamdulillah…
Prosiding Mahkamah
Walaupun proses prosiding berjalan agak perlahan atas sebab-sebab tertentu, saya berkeyakinan penuh terhadap sistem perundangan kita. Di
peringkat ini, saya bersyukur kerana saya telah memberi keterangan dan kes di pihak pendakwaan telah selesai dan kini adalah kes di
peringkat pembelaan. Lebih pada itu saya redha dan serah pada Allah.
Ternyata, ada hikmah di sebalik kelewatan dan penangguhan ini. Banyak permata yang saya kutip sepanjang perjalanan selama 3 tahun ini.
Antaranya, ia mendidik saya tentang ilmu sabar. Hatta, ia telah menjadikan saya seorang yang lebih kental dan berkeyakinan untuk tempuhi
apa jua rintangan dan cabaran di masa akan datang. Insyaallah..
Kenangan manis sepanjang 3 tahun
Antara kenangan manis yang saya perolehi setelah 3 tahun ini; Pertama, Pertolongan dan bantuan dari pelbagai pihak yang berdoa dan
benar-benar ikhlas membela saya, sebagai contoh para blogger yang dari awal hingga kini masih istiqamah membela saya. Mereka melakukan
ini dengan penuh ikhlas, tanpa meminta balasan. Begitu juga dengan rakan-rakan di alam maya yang lain seperti di Facebook, Twitter,
Forum-Forum online yang lain.
Kedua, saya telah selesai memberi keterangan dan dibebaskan sebagai saksi. Ketiga, Berkesempatan mengiringi nenek mengerjakan ibadah
Haji pada November 2010. Boleh baca di sini di sini.
Keempat, saya rasa bersyukur kerana keluarga dan pelbagai pihak terus mendoakan dan memberi sokongan, serta boleh menerima diri saya
seadanya walaupun aib dan maruah sudah hancur berkecai.
Akhir kalam, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada semua yang terus mendoakan, membela dan membantu saya selama ini. Doa untuk
kalian semua tidak pernah saya lupakan, hanya Allah SWT yang dapat membalas segala budi dan jasa anda sekalian.
Insyaallah, di bulan yang mulia ini, kebenaran akan bangkit. Sama-sama kita doakan.
Akan terus berdoa, istiqamah dan sabar
Kepada Allah saya berserah
SAIFUL BUKHARI AZLAN
p/s: Terima kasih pada pihak TV3, khasnya buat Unit Berita & Hal Ehwal Semasa kerana sudi menemuramah dan memberi ruangan Eksklusif
untuk saya di Buletin Utama semalam dan hari ini.
Aziz Hussain
B Braun Medical Industries Sdn Bhd (Co.Reg.No. 19051-M) - Aesculap Plant
Bayan Lepas Free Industrial Zone
P. O. Box 980, 11900 Penang, Malaysia
Tel : ++60-4-6323 608 Fax : ++60-4-6438 989
http://www.bbraun.com.my
********************************************************************************
The information contained in this communication is confidential, may be
attorney-client privileged, may constitute inside information, and is intended
only for the use of the addressee. It is the property of the company of the
sender of this e-mail. Unauthorized use, disclosure, or copying of this
communication or any part thereof is strictly prohibited and may be unlawful.
If you have received this communication in error, please notify us immediately
by return e-mail and destroy this communication and all copies thereof,
including all attachments.
********************************************************************************
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment