Tuesday, November 15, 2011

Re: RG2011... Gambar menceritakan segalanya

 

Bawa2lah mengucap & beristighfar wahai cinderella_832002@yahoo.co.uk 
Sebagai orang2 Islam yang beriman, jika kita berbalah2 memang kita wajib rujuk kepada alquran & hadis2... Memang wajiblah menegur jika kita mengetahui perkara tu salah & tidak betul.
Kadang2 memang kita menjadi marah & bagi yang kurang sabar tu, cara mereka melepaskan kemarahan itu agak keterlaluan. Ibubapa yang berniat mendidik anak pun kadang kala keterlaluan hingga memaki hamun & mencederakan anak2.  Tidak ramai ibubapa yang mampu berfikiran terbuka & bergurau dengan anak2 tanpa menghilangkan rasa hormat mereka kepada ibubapa.  Terpulanglah jika ada yang komen kata contoh bodoh pula lepas ni...
 
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah An-Nisaa' Ayat 59)
 
Masih tetap ada dari segolongan umatku yang menegakkan perintah Allah. Tidak menghambat dan tidak mengecewakan mereka orang-orang yang menentangnya sampai tiba keputusan Allah. Mereka masih tetap mantap& teguh, baik dalam sikap maupun pendiriannya. (HR. Bukhari dan Muslim)
 
Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami. (Surah As-Sajdah Ayat 24)
 
 

From: May <muzamer@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, 15 November 2011 10:45 AM
Subject: Re: RG2011... Gambar menceritakan segalanya
 
Saya pun setuju. asyik baca semua org suka complaint, jom kita pikir positif?
Semua orang tak perfect jadi mana yg boleh kita betulkan tu kita betulkanlah, pimpin org ke jalan yg betul.

2011/11/14 siti farihan <cinderella_832002@yahoo.co.uk>
 
sabar je la en.maharaja... sememangnya org dlm group ni mmg suka mengutuk, bahasa pun kasar... x hairan la kalo diorg ni suka mengata sana sini... konon nak memperjuangkan islam tp islam ke kalo suka mengutuk, menghina dgn kata2 kesat???? lebih baik wat x layan je.... lagi kita balas lg diorg keluarkan hujah2, dalil2, fatwa2, ayat quran dan segala ayat yg ntah apa2 ntah.... konon diorg tu 200% sempurna segala2nya.... kalo berckp kalah ustaz2 & ulamak2 yg ada ni...

From: maharaja kayyo <maharaja_kaiyo@yahoo.com.my>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Monday, 14 November 2011, 9:19

Subject: Re: RG2011... Gambar menceritakan segalanya

Salam,

Pak Mat tempe, sikit pun aku tak kata suruh pilih Najib jadi pemimpin, Malah kalau Nik Aziz tu lagi baik. Jadi ianya tiada kene mengena dengan kenyataan aku. Yang aku kata adalah sikap orang2 Pas. Sudahlah mendukong Parti Islam, tapi tidak menggambarkan islam langsung. Buat malu parti je. Macammna bro kata tak salah membuat berbandingan gambar tu tak salah? Pada aku memang salah yang besar. Memalukan orang je. TAK BOLEH KE TUNJUK GAMBAR YANG BELAH KANAN JE. (Aku tulis lagi takut kalau2 tak nampak). Sekalipun niat dia baik, tapi niat yang baik tak menghalalkan cara yang salah. Tapi aku pasti sangat tujuan orang susun gambar ni dengan niat supaya orang2 ni ditertawakan. Aku boleh bayangkan semasa di edit gambar2 ni. Dan dalam bayangan aku pun, orang2 ni bukan orang2 yang macam Harun Din, bukan macam Nik Aziz tapi bayangan aku, mamat ni memang takde keje. Takpe bayangkan sama2. Oh, kenapa aku tak email personal? Sebab diorang cabar aku katanya kenapa tak berani balas kat group? dan tuduh aku menyerang dia secara personal..Ek ele..

Oh ye..yang pasal kentut busuk tu, aku rasa yang terlalu banyakk mengutuk ni adalah dari orang2 PR, boleh semak kalau nak semak. sepatutnya, kita yang patut sedar. Kita ajak orang buat baik, tapi sudah lah tak tunjuk teladan baik, berputar belit malah tutur kata pun kesat seolah2 bercakap dengan haiwan. Kalau ada yang terperasan islamik tu, mula lah guna ayat2 hadis, alquran, tapi sikit pun tak menjawab sebarang persoalan yang dibincangkan.

Contohnya kalau pasal hudud. Sekiranya orang UMNO kata Pas punya hudud sesat. Terus orang2 Pas mengutuk orang tu, ada yang menuduh kafir, malah menggunakan ayat quran yang menyatakan menolak hudud tu menolak hukum allah dan orang yang menolak hukum allah adalah kafir. Masalahnya orang tu cakap Hudud yang dibawa oleh Pas adalah sesat. Sepatutnya orang2 pas menerangkan tentang hudud yang di bawa oleh Pas ni tak sesat, kemudian kemukakan dalilnya, ayat qurannya serta hadisnya. Itu jawapan yang sepatutnya. Barulah kene dan jawapan tu kelihatan islamik dan bijak. Bukannya mengutuk dan tuduh orang kafir atau tuduh orang tu tolak hukum tuhan. Kemudian menunjukkan diri tu baik dan islamik sangat dengan menyuruh orang tu mengucap dan lain2 lagi dan menytakan dirinya takut dengan hukuman tuhan. Apa semua ni? gelilah aku tengok..lepas ramai2 sokong dengan mengutuk2 orang tu. Bila aku mula masuk campur sikit, tuduh aku ni sebenarnya UMNO la, apalah..

Nak berjuang pasal hudud je. Memang lah bagus. Tapi cara tu buat orang menyampah. Kira dari satu segi, korang dapat pahala, tapi dari segi lain dapat dosa. Tapi kata takut kene kait masuk dalam neraka. Diri sendiri tu dah check dah sebelum menyokong banding2 gambar2 bodoh macam ni?. adakah pilih pemimpin yang baik ssahaja masuk syurga? Perangai tu patut kene tengok jugak. Maaflah kepada orang2 Pas yang terasa.
 

From: Pak mat tempee Mat <fearman.tji488@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Saturday, 12 November 2011 5:34 PM

Subject: Re: RG2011... Gambar menceritakan segalanya

Salam dan maaf lambat balas email sebab tak lambat buka email ..... sibuk sikit ..... 
Pak mat juga dulunya orang UMNO tapi UMNO lama.....tapi itu dululah macam juga Maharaja  cakap dia orang PAS " Aku sendiri menyokong Pas. Jadi aku benci orang Pas mengikut2 perangai orang UMNO" , pak mat copy paste ayat dari maharaja !!!
Bukannya pak mat cakap bergegar pagar-pagar..... rasanya ieedakk aeeaahhhhhhhhhh............. !!! Lainlah masa pak mat buat presentation atau ceramah , baru la gegar cikit ....... tu pun sikit je bro  .
Jika benar maharaja orang PAS , dan tak ingin mengaibkan parti mengapa pula pihak maharaja tak email secara personal kepada sahabat kita dan bukannya secara terus ke group ...jika benarlah pihak maharaja ingin menegur sahabat se-parti .....ianya juga menjatuhkan martabat maharaja sendiri  ..!! 
Bab pandai dalam agama tu ieedak leeeee sangat , cuma boleh la sikit-sikit ALIF BA , THA .... dan tengah mendalam Islam dengan penuh kesyumulan bagi menghadapi hari mendatang ......... bukannya Islam ikutan dan melayu suruhan .
Rasanya tidak salah kita memberi peringatan pada sesama kita supaya dengan membuat  perbezaan gambar atau pendapat ........... jika itu yang dapat menyelamatkan manusia dari kepura-puraan hidup , yang mana bagi sesetengah pihak mana mungkin dapat info-info ..........pada zahirnya nampak macam menjatuhkan seseorang tapi jika di fikirkan secara positif  , ada baiknya .........
Sebab dengan cara begini barulah pemimpin-pemimpin beringat bahawa mereka-mereka ini sedang di perhatikan oleh rakyat jelata dan yang paling penting mereka juga sedang di perhatikan oleh ALLAH subhanawataalla ............
Memilih pemimpin amat di titik beratkan dalam kehidupan apatah lagi dalam Islam yang memerlukan seorang pemimpin yang taat kepada perintah Allah amnya ......... pak mat takut jika pemimpin yang pangkah adalah pemimpin yang engkar pada perintah Allah ...sebab di akhirat kelak pak mat takut dengan dosa pemimpin di kait dengan pak mat di depan Allah kelak ...... lidah , tangan, kaki duit ringgit  tak dapat menolong lagi ........... takut pak mat di kalangan orang yang rugi .....Allahuaqlambissawab .
  "Tapi sebelum tu aku bagi penampar sedas dua dulu kat adik aku..Nasib baik ko bukan adik aku." ayat yang pak mat copy paste juga dari kata-kata maharaja terhadap sipolan yang jugasaudara kita di Rg ini .........adakah maharaja pasti niat , sahabat kita itu dan bangga untuk membuatkan orang benci kepada perbuatan seseorang ........... atau mungkin niat sahabat kita untuk menyedarkan kita supaya berhati-hati memilih pemimpin dan bagaimana mencari pemimpin ...... supaya kita tak rugi di dunia lagi apatah lagi di akhirat ............. jangan dosa pemimpin kita yang tanggung sebab kita yang memangkah , mana mungkin memangkah tidak tercatit di muka pengadilan allah kelak ..... sedangkan mengutip paku di tepi jalan supaya tidak di pijak orang memperoleh pahala ...apatah lagi mengundi / memangkah !!!!
 
Maaf jika kasar bahasa pak mat  .... sebab pak mat ni lelaki tulin  , bukannya AAuuuuaawwww 
 
Pak mat tempee   

From: Kartina Idris <kartina.idris@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, November 11, 2011 2:24 PM

Subject: Re: RG2011... Gambar menceritakan segalanya

 
Ana sangat setuju pendirian macam ante. Tidak taksub membuta tuli. Tunjukkan kekuatan diri sendiri bukan mencari kelemahan orang lain.

2011/11/11 maharaja kayyo <maharaja_kaiyo@yahoo.com.my>
 
Aku sendiri menyokong Pas. Jadi aku benci orang Pas mengikut2 perangai orang UMNO. Kalau dia burukkan kita, yang kita nak melatah sangat kenapa? tersinggung sangat ke? Orang pandai menilai. Jadi pada aku, gambar2 macam ni benda dah basi. Kalo tunjuk gambar belah kanan je tak boleh ke? Aku ni pulak tengok semua channel. Supaya otak aku terbuka. Aku jugak baca Harakah, aku jugak baca utusan. Aku jugak baca blog2 pro UMNO, Aku jugak baca blog2 pro Pas. Aku jugak bercampur dengan orang pelbagai parti. (Bukan sembang kedai kopi). Jadi minda aku terbuka. Aku jugak makan tempe. Bro, Jangan terasa kita terlebih islam/baik pada orang lain ok. Tengok keliling, orang yang macammana yang baik, jangan cakap je bergegar, tapi perangai sama je. Lepas tu kita sokong seolah2 benda tu baik. Aku ni, kawan ke lawan ke, tak betul aku tentang.

From: Pak mat tempee Mat <fearman.tji488@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, 10 November 2011 6:12 PM

Subject: Re: RG2011... Gambar menceritakan segalanya

Pak mat nasihatkan maharaja-kayu ....kalau boleh usah di tampar adik maharaja kalau dia buat benda yang sama ........................ rasa-rasa maharaja apa pula telahan buat utusan , beritahairan , TV3 , TV 1 , TV2 , NTV7 , TV 9 ......... yg boleh dikatakan tiap-tiap hari-hari mempromosi supaya rakyat membenci pihak PAS , DAP , KEADILAN  dan amnya PAKATAN Rakyat ........................ jika pak mat bukan setakat penampar yang patut di sedekahkan , kalau bahasa kasar PENARAJANG@PENENDANG lah jawabnya yang sesuai untuk media-media yang pro-pemerintah malaysia sekarang .............
 
hanya pendapat pak mat  , jangan kita cakap orang perburuk kita sedangkan kita lagi teruk memperburukkan orang .........umpama kentut orang kita cakap berbau busuk  , sedangkan kentut kita lagi busuk umpama bangkai ..........
 
Pak mat Tempee   

From: rbk_2020 <rbk_2020@yahoo.com.sg>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Cc: "maharaja_kaiyo@yahoo.com.my" <maharaja_kaiyo@yahoo.com.my>
Sent: Thursday, November 10, 2011 5:31 PM

Subject: Re: RG2011... Gambar menceritakan segalanya

 
Bukan nak mengaibkan tapi supaya rakyat dapat buat penilaian kerena mereka sendiri yang membuat propoganda kononnya mereka prihatin & mengerti kesusahan rakyat...
 

From: maharaja kayyo <maharaja_kaiyo@yahoo.com.my>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, 10 November 2011 3:30 PM

Subject: Re: RG2011... Gambar menceritakan segalanya

Aku rasa orang yang susun gambar ni takde keje la..buat malu parti lah ko ni...cuba lah buat sesuatu yang membangunkan parti daripada buat gambar2 bodoh ni..berdosa tau ko mengaibkan orang. Kita kan islam sejati. Kau ni apalah,. Kalo adik aku buat macam ni, aku suruh dia pergi cari keje yang boleh mendatangkan faedah. Tapi sebelum tu aku bagi penampar sedas dua dulu kat adik aku..Nasib baik ko bukan adik aku.  Aku jamin ko mesti bangga buat gambar ni dengan harapan orang boleh mmbenci orang yang dibandingkan tu.
 

From: MohdHanafi SHamid <mohdhanafi.shamid@seagate.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Cc: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, 9 November 2011 6:25 PM
Subject: Re: RG2011... Gambar menceritakan segalanya

 
huhu...
manusia berbeza-beza. yg baik kite ikut yg x baik kite jauhkan..
salah kite betolkan,
pendidikan agama itu penting, dari didikan yg betol lah lahir
anak yg berbudi perkerti, yg mengenal mana yg baik dan mana yg buruk.
hurm....



2011/11/6 ::-eSpAcE 9808-:: <rienacom@yahoo.com.sg>
 
----- Original Message -----




















__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment