Tuesday, November 15, 2011

Re: RG2011... Ghani Patail cuba nak kona….

 

Timbangan zaman kati & tahil...
Tu yang BN dacing suka guna dia tu...
 

From: Sr Rizz.r <junior.rizz@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, 15 November 2011 3:58 PM
Subject: Re: RG2011... Ghani Patail cuba nak kona….

 
Ghani patail cuba nak buat kona, penulis ni pulak buat kona baring....lagi dasyat loh!!!

Pada 14 November 2011 11:21 PTG, ::-eSpAcE 9808-:: <rienacom@yahoo.com.sg> menulis:
 

----- Original Message -----

Ghani Patail cuba nak kona….

naruto
Posted by KedahLaNie
Baca cerita pasai Peguam Negara kata kita kena ubah Perlembagaan kalau nak pakai dakwat kekal dalam pilihanraya, rasa nak gelakpun ada. Nak menangispun ada. Yang nak gelak dan nak menangis tu sebab tak terfikir pulak sampai ke tahap tu Ghani Patail punya nak kona....
Sayapun bukannya pandai macam Prof Azizi Bari. Tapi kalau setakat nak bersembang macam dengan MP Kulim Bandar Baru tu, rasa-rasa steady...
Dalam isu ini, Ghani Patail kata kalau nak pakai dakwat kekal, Fasal 119 kena ubah dulu. Baru boleh. Kalau tidak, nanti orang boleh cabar keputusan pilihanraya yang SPR selia.
Seingat saya masa belajar dulu, Prof saya ada kata, "dalam setiap keputusan kerajaan, kalau ada pihak yang merasakan dirinya teraniaya dengan keputusan tersebut, dia boleh cabar keputusan kerajaan tu". Kalau dah lagu tu, nak heran apa. Sapa nak saman, saman la. Nak kalah atau nak menang, pasanglah loyer canggih-canggih dan berhujahlah dalam mahkamah. Dalam erti kata yang lain, setiap keputusan kerajaan, mana ada yang sah-sah orang ramai boleh terima 100 peratus.
Berbalik kepada Fasal 119 ni, Fasal ini menggariskan syarat-syarat kelayakan untuk menjadi seorang pengundi.
Perkara 119. Kelayakan pemilih.
(1) Tiap-tiap warganegara yang—
(a) telah mencapai umur dua puluh satu tahun pada tarikh kelayakan;
(b) bermastautin di dalam sesuatu bahagian pilihan raya pada tarikh kelayakan yang sedemikian atau, jika tidak bermastautin sedemikian, ialah seorang pengundi tidak hadir; dan
(c) didaftarkan, di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pilihan raya, dalam daftar pemilih sebagai pemilih dalam bahagian pilihan raya tempat dia bermastautin pada tarikh kelayakan,
berhak mengundi di dalam bahagian pilihan raya itu dalam mana-mana pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan melainkan jika dia hilang kelayakan di bawah Fasal (3) atau di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan kesalahan yang dilakukan berkaitan dengan pilihan raya; tetapi tiada seorang pun boleh mengundi dalam pilihan raya yang sama di dalam lebih daripada satu bahagian pilihan raya.
Kita kena faham elok syarat-syarat (a), (b) dan (c) yang dinyatakan dalam Fasal 119(1) ni. Syarat-syarat ni hilang apabila:
(1) dia dia melakukan sesuatu yang dinyatakan di bawah Fasal 119(3), atau
(2) melakukan sesuatu kesalahan yang berkaitan dengan undang-undang pilihanraya, dan,
(3) seseorang itu tidak boleh mengundi lebih daripada satu kawasan mengundi dalam satu pilihanraya yang sama.
Kita tengok pulak apa Fasal 119(3) kata:
(3) Seseorang hilang kelayakan untuk menjadi pemilih dalam mana-mana pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan jika—
(a) pada tarikh kelayakan dia ditahan sebagai orang yang tidak sempurna akal atau sedang menjalani hukuman pemenjaraan; atau
(b) sebelum tarikh kelayakan dia telah disabitkan atas suatu kesalahan di dalam mana-mana bahagian Komanwel dan dihukum dengan hukuman mati atau pemenjaraan selama tempoh melebihi dua belas bulan dan pada tarikh kelayakan itu dia masih kena menjalani apa-apa hukuman bagi kesalahan itu.
Maksudnya, sub-Fasal ni menyatakan kalau ada orang yang tidak sempurna akal atau sedang menjalani hukuman, dia tak layak mengundi. Perkara ini adalah otomatik untuk seseorang itu hilang kelayakan untuk mengundi dalam sesuatu pilihanraya.
Fasal 119(2) cerita pasai orang yang sakit mental. Untuk itu, orang sebegini "disifatkan tidak bermastautin di dalam bahagian pilihan raya itu." Fasal 119(4) pula cerita cerita pasai definisi. Kedua-dua sub-Fasal ni kita letak ketepi sat dalam cerita ni. Baru senang faham.
Oleh itu, kalau kita ambil faham maksud Fasal 119(1) dan Fasal 119(3), ianya menceritakan kelayakan seseorang untuk menjadi pengundi dan orang yang macam mana tak layak jadi pengundi. Ini adalah kehendak asas (general rules) dalam isu syarat untuk jadi pengundi dalam sesuatu pilihanraya.
Namun begitu, bagi setiap kehendak asas, ada pengecualiannya. Saya berpendapat, cerita dakwat kekal adalah cerita prosidur mengundi dan ianya adalah pengecualian kepada kehendak asas itu tadi.
Kalau guna dakwat kekal sebagai salah satu prosidur dalam pengundian dan jika didapati jari seseorang bakal pengundi itu dah ada dakwat kekal, maka dia akan dikira sebagai telahpun mengundi. Oleh itu, dia tak layak lagi untuk mengundi sebab mana boleh orang mengundi dua kali. Kat dalam Perlembagaan, perkara ini dikira jatuh dalam klausa Fasal 119(1) iaitu "di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan kesalahan yang dilakukan berkaitan dengan pilihan raya".
Perkara ini bukannya cerita seseorang itu terus tak layak mengundi disebabkan kelayakannya tidak kira oleh Perlembagaan. Ini cerita seseorang tu dah dianggap mengundi sebab dia dah mempunyai tanda yang dia telah melalui prosidur pengundian. Kalau dia tak undi lagi, dia kenalah bukti perkara tersebut. Macam saya cerita awal-awal tadi, kalau seseorang itu terasa teraniaya, dia samanlah SPR. Tapi yang kena buktikan adalah orang tersebut. Bukannya SPR. Apa nak susahnya. Kalau mahkamah kata belum, belumlah. Bukan SPR nak rugi apapun. Cuma ubah jumlah undi saja kat sesuatu kawasan tu kalau mahkamah membenarkan orang tersebut untuk mengundi.
Saya rasa perkara ni bukannya complicated sangat sampai nak kena ubah Perlembagaan. Tu pun tak taulah sebab yang buat statement bahawa Perlembagaan kena ubah adalah Peguam Negara. Sama ada dia dah masuk tahap gaban sebab dah lama sangat kat kerusi tu ataupun dah lebih terlebih bodek, tak tau ler pulak saya. Tapi saya rasa dia dah terlebih kona....
 



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment