Wednesday, November 16, 2011

Re: RG2011... ISU LADANG BABI DI KUALA LANGAT.

 

Kenapa lah perlu ada ladang babi kat Malaysia ni...yang tak makan jauh lebih ramai dari yang makan...kalau diharamkan penternakan babi kan bagus...siapa nak makan beli je yang import atau yang dalam tin.   


From: Cucu Buluhbetong <cucu_buluhbetong@yahoo.com.my>
To: respeks groups <respeks_group@yahoogroups.com>; kelakar@yahoogroups.com; idaman groups <idaman_group@yahoogroups.co.uk>; chainz <Chainz_of_frenz@yahoogroups.com>; blalang_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, November 15, 2011 1:13 PM
Subject: RG2011... ISU LADANG BABI DI KUALA LANGAT.

 
 

Minta penjelasan dari YB selangor apa keputusan terkini kerajaan negeri??

 

Dilemma Pencemaran Babi kuala langat.

 
 
       Benarkah Kerajaan Selangor tidak lagi berminat dengan pembinaan ladang ternakan babi moden di Ladang Tumbuk, Kuala Langat, Selangor?

Menurut Exco Selangor, Xavier Jayakumar, projek berkenaan masih dalam perancangan.

Kos asalnya kini meningkat daripada 100 juta ringgit kepada 400 juta ringgit.

7 syarikat mengemuka bidaan projek berkenaan.

Namun, pemilihan belum lagi dilakukan.

Sebelum merungkai jawapan kerajaan Selangor dikatakan bersikap acuh tak acuh dalam menangani pencemaran babi di kampung Tanjung Layang.

Bagi Jabatan Alam Sekitar, peruntukan undang-undang tidak mencakupi perlepasan air kumbahan ladang ternakan.

Menurut Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterina Selangor dalam diam perundangan mengenai perlesenan dan kawal selian ternakan babi di Selangor dalam peringkat akhir,
Exco Selangor, Xavier Jayakumar turut memberi penjelasan.

Katanya kerajaan Selangor tidak mahu terburu-buru melaksana ladang ternakan moden berkenaan.

Jika terbina kelak, ia akan menjadi antara ladang moden terbesar di dunia berupaya menyembelih 33 ribu babi sehari untuk keperluan Selangor dan Kuala Lumpur.

"Titik tolaknya sekarang adalah pampasan. Sesetengah daripada mereka (penternak) mahu menyertai perladangan babi, ada sekumpulan mengatakan dia nak keluar terus dari industri.Buat penduduk Kampung Tajung Layang, mereka mahu pencemaran diselesaikan segera.
Terbaru, wartawan menerima emel daripada penduduk Kampung Tanjung Layang mengenainya.

Persoalan mereka, bila pusat ternakan babi moden di Ladang Tumbuk akan dibina?

Lapuran akhbar 3 tahun lalu mengumumkan pembinaan ladang ternakan babi moden di Ladang Tumbuk, Kuala Langat, Selangor dengan kos RM100 juta.
Ia kemudiannya reda berikutan bantahan pelbagai pihak.

Bagi pengadu, mereka adalah mangsa keadaan.
Sehingga kini masih berdepan dengan masalah pencemaran sungai dan bau busuk.

Kenderaan yang membawa babi di jalanraya dikatakan tidak menutup bahagian belakangnya.
 
Azam Hashim, Penduduk Kg Tanjung Layang: "Pada penduduk setempat menjadi masalah dengan bau dan kalau hari hujan nak pergi ke masjid, lekat bau tu dekat baju. Budak pergi sekolah dan selisih dengan lori lori bawa khinzir ini terlalu banyak la."

Selain itu, nada bosan penduduk terhadap penguatkuasaan ajensi kerajaan kedengaran.

Noridah Endot, Penduduk Kg Tanjung Layang: "Sekarang masalahnya pada penternak dan jabatan kerajaan yang bertanggungjawab untuk menangani masalah ini. Kalau tidak memang selesai dari dulu."

Penduduk Kg Tanjung Layang: "Lesen ada juga dikeluarkan. Pegawai ada juga datang bertudung tudung semua. Datang dalam reban. Kata janji buat loji. Loji tu semua topeng la. Penuh je loji tu datang bagi duit balik la. Lastnya pi mai pi mai tang tu. Penduduk juga kena tanggung. Kena tanggung la. Kita harap kerajaan punya kuasa, kalau boleh."

Abd. Razak Jaafar, YDP Majlis Daerah Kuala Langat: "Majlis dari segi undang-undang kita tak banyak kita boleh buat. Cuma sekarang ini kalau kita terima aduan daripada rakyat kita akan panggil jabatan yang ada kuasa, seperti jabatan perkhidmatan vetrerinar."

Sejauhmana kebenaran dakwaan terhadap sikap lepas tangan ajensi kerajaan di selangor dan apa tindakan kerajaan negeri dalam hal ini?
Oleh itu sebagai menjaga kepentingan rakyat dan kebaikan serta keharmonian rakyat negeri Selangor, saya cadangkan Kerajaan Selangor melaksanakan pendekatan berikut:
(a) Tempatkan tapak ladang babi moden yang dicadangkan jauh dari kawasan penempatan awam khususnya kawasan mereka yang beragama Islam;
(b) Kecilkan skala ladang babi hanya untuk memenuhi permintaan domestik sahaja khususnya di negeri Selangor. Jangan jadikan negeri Selangor sebagai negeri pengeksport daging babi;
(c) Jangan jadikan pembukaan ladang babi ini untuk meraih sokongan politik da- ripada satu kaum tertentu;
(d) Jalankan kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan buka hasil kajian kepada orang ramai;
(e) Semua keputusan yang berkaitan dengan ladang babi ini hendaklah dibuat secara telus khususnya pembiayaan pelaburan yang berjumlah RM100 juta, jumlah dan pemilihan penternak yang terlibat, taraf pemilikan tanah yang akan diberi kepada penternak dan keluasan kawasan serta jumlah daging babi yang akan dikeluarkan serta sasaran pasaran.
Cadangan untuk menggunakan pakar-pakar luar negeri untuk membuat kajian yang menyeluruh adalah dialu-alukan untuk menambah baik lagi pengurusan ladang babi yang dicadangkan ini. Kajian ini hendaklah juga mengambil kira faktor tempatan.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment