Friday, November 4, 2011

Re: RG2011... NAK LEPAS TENGKUK NAMPAK...

 

 
Terrsa nak terguling2 gelak kat pencacai2 ni...
KWSP tu duit simpanan daa... Yang tu memang kepentingan rakyat keseluruhan negara...
Ramai yang papa kedana sebab melabur kat BSKL tu nak salahkan siapa pula??? 
 
Kalau betul rugi pun kamu bukannya ahli PAS pun & satu sen pun duit kamu tak terlibat...
Yang kamu naik angin tu apa hal???  Kamu suruh menteri2 BN tu jawab lapuran Audit Negara tu dulu....
 
 =)) rolling on the floor
 
 

From: Sr Rizz.r <junior.rizz@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Cc: chainz_of_frenz@yahoogroups.com; IG <Idaman_Group@yahoogroups.co.uk>; "matrocke1@gmail.com" <matrocke1@gmail.com>
Sent: Friday, 4 November 2011 4:02 PM
Subject: RG2011... NAK LEPAS TENGKUK NAMPAK...

 
Jangankan nak merasa diveden... duit pokok pon lesap. ini satu kesalahan besar sbb duit pokok pon kena telan. kalau tk mampu bayo diveden pon takpe tapi pulangkan la duit pokok tu. contohnya mcm KWSP tiap2 bln duit kena potong ttba nk kuarkan duit takde. fuhh!!!!hanginn...    

Pada 4 November 2011 2:50 PG, ust <ustmdcd@gmail.com> menulis:
 
Ok MatRock kalau lu lebih cerdik dari menteri tolong le cara nak kembalikan semula duit ahli PAS dalam saham KOHILAL tu ..kepada pemiliknya tanpa diveden pun tak pa asalkan duit pokoknya dikembalikan semula....

MANA JANJI KOHILAL ?
PAS sudah songlap duit ahli PAS 
sebanyak RM45 juta.

"
Bekas ahli Kohilal mohon keprihatinan" Nooramaludin Mohamad, Bandar Jengka. 


Sehubungan itu, sehingga sekarang saya masih belum menerima apa-apa bayaran / pemulangan balik wang caruman saham kohilal yang berjumlah hampir RM4,000.00. Sudah hampir 4 kali surat saya utuskan, namun tiada jawapan dari Kohilal. 

Besarlah harapan saya agar Kohilal dapat memulangkan kembali wang saham yang saya laburkan itu dipulangkan segera. Saya amat memerlukan wang tersebut bagi urusan perbelanjaan persekolahan anak-anak saya. 

Sekian, semoga mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya dari pihak tuan.  Sudah empat kali Nooramaludin tulis surat minta balik duit dia, habuk pun tak dapat. 

Sila perhatikan bahawa Nooramaludin tidak minta bayaran dividen atau bonus. Beliau minta dipulangkan pelaburan asalnya saja RM4,000 untuk bayar perbelanjaan sekolah.

Jawapan kepada surat berkenaan....

Bekas pengarah: "Pelaburan Kohilal rugi kerana " tidak bernasib baik ". Seorang bekas pengarah Koperasi Al-Hilal (Kohilal) berkata, kegagalan pelaburan koperasi itu – yang dianggotai oleh ahli PAS – pada tahun 1990-an sehingga kerugian RM45 juta, bukanlah kerana kelemahan pihak pengurusannya, tetapi kerana 'tidak bernasib baik"."


Anda tahu apa itu KOHILAL yang cukup terkenal dengan slogannya yang berbunyi HILAL YANG HALAL?

Maka di sini diperturunkan apa yang dinamakan KOHILAL bagi anda yang tidak tahu...

PENUBUHAN KOHILAL
Ditubuhkan pada tahun 1986,digerakkan oleh Tokoh dan aktivis PAS yang berpengalaman disektor Koperat dan Pengkoperasiaan.Dianggotai oleh hampir 20 ribu orang seluruh negara.
AHLI MAJLIS PENGAWASAN SYARIAH KOHILAL 2007/2010
Pengerusi : Y.Bhg DATO' DR. MAHFODZ BIN MOHAMAD
Anggota : UST ABDUL GHANI BIN SHAMSUDDIN
Anggota : UST. HJ. SALLEH SANI BIN HJ. HARUN
Anggota : PROF.MADYA HJ. MD. SALLEH B AHMAD
ANGGOTA LEMBAGA KOHILAL SESI 2009/2010
Pengerusi :Hj. Mat Samsudin b. Abdullah - 013 9214 700
N. Pengerusi :Hj. Ahmad Othman b Maseri - 016 9070 999
Setiausaha :En. Md. Shukor bin Aziz -0196732 048
Bendahari :Dr. Hj. Md. Yusnan b. Yusof - 019 2668 022
Anggota Lembaga :-
Dr. Hj. Othman Sodikin 019 367 1819
Hj. Saidon bin Othman - 019 9880 914
En. Mohd. Hishamuddin b. Hamid - 013 3628 853
Hj. Ali bin Mahadi - 017 3068 168
Hj. Yahya Ghazali - 017 8893 004
Hj. Mohd. Kusrin b. Rahmad - 013 6606 962
Hj. Hasan Basri b. Mahmood - 019 9879 017
Kekosongan (Ustaz Dahlan letakjawatan)
JURU AUDIT DALAMAN 2009/10:
DAUT BIN DOLAH - 019-3681464
MAT ISA BIN YUSUF - 019-5588351
MAMAD BIN KHAMIS - 013-6315893
SENARAI NAMA KAKITANGAN DAN ALAMAT KOHILAL & KILANG:
Pengurus Koperasi : Kekosongan
Peng. Pentadbiran : Pn Rogayah binti Zakaria
Pegawai akaun : Pn Juliana binti Bistani
Pegawai Perniagaan : Mansor bin Md. Tahir
Pembantu Jualan :Muhamed Razaleigh bin Mohamed Hamzah
Penyelia Kilang :Khairil Anuar bin Mohammad
Pemandu Lori : Muhammad Azmi bin Abu Kassim
Operator Kilang : Samsuree bin Muhamad
: Kokosongan
Alamat
Pejabat : 34-4-1, Blok F, Jalan 4/50 Off Jalan Gombak, Diamond Square, Kuala Lumpur.
Pusat Jualan: 34, Blok F, Jalan 4/50 Off Jalan Gombak, Diamond Square, Kuala Lumpur.
Tel. Pejabat / JUTEKOH: 03 40241905 Fax: 03-40217618 emai : ekohilal@yahoo.com
Kilang : No. 2, Jalan SBC 5, Taman Seri Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor.
Tel. Kilang : 03-61876131
Waktu operasi
Pejabat dan Kilang
Isnin hingga Khamis - 9.00 pagi - 5.30 petang Rehat: 1.00 t/hari - 2.00 petang
Jumaat - 9.00 pagi - 5.30 petang Rehat: 12.15 t/hari hingga 2.45 petang
Pusat Jualan Terus KOHILAL (JUTEKOH)
Isnin hingga Khamis - 10.00 pagi - 6.30 petang Rehat: 1.30 t/hari - 2.30 petang
Jumaat - 10.00 pagi - 6.30 petang Rehat: 12.15 t/hari hingga 2.45 petang
Anda tidak tahu apa masalahnya KOHILAL ini dan mengapa ia cuba disapu ke bawah karpet oleh pengurusan PAS dengan menjerit-jerit, melalak-lalak tentang judi bola sepak?
Baca Sini seperti yang didedahkan oleh :

>Dialog Dewasa Kritik Berasa



Sampai sekarang, KOHILAL yang pernah dibangga-banggakan PAS senyap sunyi. Segala masalah yang berlaku dalam koperasi yang menggelapkan duit simpanan dan pelaburan ahli-ahli marhein PAS, disapu ke bawah karpet, seperti mana pengurusan Harakah Daily menyapu dan menyembunyikan masalah duit iklan yang tidak sampai ke jabatan akaun.

Beberapa pemimpin PAS cukup seronok dengan kenaikan harga barang makanan. Sebabnya, mereka boleh mengaitkan dengan kenaikan harga minyak. Sekalipun masalah kelapa, bawang, sayur-sayuran dan ikan, tepung, gula dan sebagainya tidak ada kena mengena dengan kenaikan harga minyak, pemimpin-pemimpin PAS tersebut tetap juga melihat itulah lubang dan senjata mereka yang dirasakan sangat berkesan.

Entah bodoh, entahkan buta huruf, namun hakikatnya para pemimpin PAS sebenarnya tidak banyak membaca apa-apa yang berlaku di luar daripada tempurung mereka. Media dan sumber maklumat mereka hanyalah Harakah, Harakah Daily, Rocket dan Suara Keadilan Online, selain Siasah dan mana-mana media yang berpihak kepada politik mereka. 

Selain daripada politik, mereka tidak berminat. Amat jarang melihat para pemimpin PAS membaca majalah Discoveries, akhbar Financial Times dan seangkatan dengannya. Kalau tidak, mereka tidak akan menyalahkan kenaikan harga minyak secara buta-buta.

Dan kebanyakan daripada mereka tidak tahu pun yang harga minyak di pasaran dunia telah pun meningkat. Negara-negara pengeluar minyak sendiri pun terpaksa menaikkan harga minyak runcit di negara masing-masing.

Itu tak mengapalah, tapi apabila mengaitkan bahan tanaman dan makanan dikaitkan dengan kos pengangkutan yang kononnya bertambah sekali ganda, sememangnya para pemimpin PAS yang menggunakan hujah tersebut, benaknya mengalahkan pengikut-pengikut PAS yang baru tahu, Al Quran itu tidak sahaja digelar al-Furqan, bahkan ada 3 nama lain.

Barangkali mereka tidak tahu, Malaysia tidak mengeluarkan bawang, kentang, gandum bahkan gula pun kebanyakannya diperolehi dari tebu-tebu Brazil. Dek kerana terlalu menumpukan kepada politik dan percaturan, mereka tidak sedar, kebanyakan kawasan pengeluaran makanan dunia terjejas akibat malapetaka seperti banjir, musim sejuk yang berpanjangan dan melampau. Apabila mereka cuba mengaitkan naiknya harga kelapa dengan peningkatan harga minyak dunia, mereka benar-benar katak bawah tempurung kerana tidak sedar kebanyakan kelapa di Semenanjung diperolehi dari Sumatera. Dan bekalan kelapa merosot saban tahun kerana kawasan penanaman kelapa telah digantikan dengan kelapa sawit - sama seperti di Semenanjung.

BACA HARAKAH DAILY

Sepatutnya inilah masanya untuk mereka membuktikan bahawa PAS bijak berniaga dan bijak menguruskan harga barang. Prinsip ekonomi mikro yang mudah ialah, apabila berlaku lebihan penawaran, maka permintaan juga akan menurun, sekaligus mendorong penurunan harga.

Buktikanlah KOHILAL bijak dan sangat efisyen. Setidak-tidaknya tak perlulah duk berbohong pasal penyebatan duit pelaburan ahli-ahli PAS yang sampai sekarang tak berjawab!!!

Berwaspadalah dengan Pas yang bertopengkan "Islam Cara Hidupku " -  Wallahualam.


2011/11/2 Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>
 
Pelik Kerajaan Selangor tidak tahu taja RM5 juta
Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 3, 2011
KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, mempersoalkan tindakan Kerajaan Selangor 'lepas tangan' dan menuding jari kepada kementeriannya dalam isu kehadiran petinju Israel, Ilya Grad dalam kejohanan Pencabar Muay Thai baru-baru ini.

Menurutnya, Kerajaan Selangor di bawah agensi pelancongan negeri, jelas menaja rancangan TV sebanyak RM5 juta tetapi pelik, bagaimana mereka mengatakan tidak tahu.

Katanya lagi, beliau tidak mempertikaikan penajaan tersebut, malah menggalakkan mana-mana kerajaan negeri dan syarikat swasta menaja aktiviti sukan, namun tidak bersetuju kesalahan ini hanya dituju kepada kementerian.

"Saya ada bukti Kerajaan Negeri menaja rancangan ini RM5 juta, malah logo agensi pelancongan negeri Selangor ada dalam setiap episod.

"Apa yang pelik mereka boleh berkata tidak tahu, sepatutnya jabatan audit datang menyiasat kerana jumlah ini adalah besar," katanya di lobi Parlimen semalam.

Mengulas mengenai dakwaan petinju Israel tersebut yang mengatakan dia masuk ke negara ini atas sokongan Menteri Belia dan Sukan, Shabery menegaskan beliau hanya berkata tiada halangan sekiranya semua peraturan dipenuhi.

"Seperti pasukan Chel­sea di mana ada seorang pemain Israel, kita tidak boleh menghalang beliau seorang atau keseluruhan pasukan, jadi ada pengecualian sesetengah kes," katanya.
 
PERSOALAN UTAMA SEKARANG.. MCM MANA KO BOLEH BENARKAN PETINJU ISRAEL TU MASUK MALAYSIA?
KO SBG MENTERI KENA JWB LA PERSOALAN TU! BUKANNYA NK LEPAS TENGKUK PASTU CARI SALAH ORG LAIN LAK!
ADOYAI.. TAK CERDIK SUNGGUH MENTERI NI?
WA INGAT SUATU KETIKA DULU DEBAT SECARA LANGSUNG ANTARA DIA DGN DSAI PASAL KENAIKAN HARGA MINYAK.. DSAI BAGI FAKTA KENAPA HARGA MINYAK TIDAK PATUT DINAIKKAN.. YG DIA LAK SIBUK USIK KEPERIBADIAN DSAI.. LARI DARI TAJUK!
PENYUDAHNYA.. TEPI MULUT DIA BERBUIH SBB SIBUK NK MENGATA ORG!
EEYAIKS!! GOLI DEN!
 
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan saufi matrock)




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment