Thursday, November 3, 2011

Re: RG2011... PANAS!!!...PANAS!!!....

SALAM..
sy nk tny anda..
Secara ikhlas, anda komen berdasarkan pendapat peribadi ke @ atas sbb
fahaman politik yg berbeza ke @ atas sbb ISLAM?

Kalo ikhlas kerana ISLAM, yg patut kita lakukan adalah sokongan utk
menerima HUDUD,hukum yg ditetapkan ALLAH yg SESUAI sepanjang zaman
inilah yg patut kita PERJUANGkan bukan HUKUM MANUSIA yg menyebabkan
perkara2 mungkar yg terjadi, terus berleluasa & hukuman yg dikenakan
tidak setimpal.

Kita kene ingt ISLAM itu xkira status fahaman politik/ keturunan/
kekayaan. ISLAM itu MENYELURUH utk kebaikan semua...
Sebagai peringatan bersama.


On 11/3/11, Kanang Yoree <gempurpetualang@yahoo.com.my> wrote:
>
>
>
>
> Tuesday, November 1, 2011
> KELANTAN !! HUKUMAN BERZINA DGN ANAK SENDIRI RM 2000 SAHAJA?!! HASIL ZINA :
> DAPAT 3 ANAK !!!
> HIASE
>
>
> KOTA BHARU: "Dalam rayuan, tertuduh pertama (ayah) nak bertaubat, tetapi
> taubat kerana ditangkap, dikira 'taubat terpaksa' dan mahkamah tidak
> dapat terima taubat itu. Jika kamu nak bertaubat, taubat betul-betul
> (taubat nasuha).
>
> "Bagi tertuduh kedua (anak),
> sebagai pelajar, kamu perlu menjaga diri dan jika ada situasi
> mencurigakan, kamu boleh keluar rumah atau memberitahu ibu kamu, tetapi
> kamu gagal dalam situasi itu," kata Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah
> Kutty di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.
>
> Abu Bakar berkata demikian
> ketika menjatuhkan hukuman penjara dan denda terhadap ayah dan anak
> selepas mengaku salah berkelakuan sumbang dan bersekedudukan hingga
> melahirkan tiga anak masing-masing berusia enam, lima dan tiga tahun
> bermula dari 2004 sehingga ditahan kira-kira jam 1.30 pagi, semalam.
>
> Dalam penghakimannya, Abu Bakar
> menjatuhkan hukuman penjara setahun dan enam bulan serta denda RM2,500,
> terhadap tertuduh pertama berusia 45 tahun, yang juga seorang mekanik
> dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.
>
> Bagaimanapun, tertuduh kedua,
> berusia 25 tahun yang juga anak tertuduh pertama bernasib baik kerana
> dikenakan hukuman denda RM2,000 dan berdepan hukuman penjara enam bulan
> jika gagal membayar denda. Kedua-dua tertuduh juga dilarang tinggal
> serumah untuk selama-lamanya.
>
> Hukuman berkenaan tidak diduga
> anak dan ayah itu kerana kedua-duanya tinggal bersama (bersekedudukan)
> sejak 2004 sehingga ditahan pada pagi semalam oleh anggota penguat kuasa
> agama Tumpat dalam operasi di rumah mereka di Jalan Palekbang, Wakaf
> Bharu, Tumpat.
>
> Dengan tangan bergari,
> anak-beranak terbabit ditahan di lokap sebelum dihadapkan ke Mahkamah
> Tinggi Syariah dekat sini, kira-kira jam 3 petang, semalam, untuk
> berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor
> 2/85 Negeri Kelantan.
>
> Sejurus kertas pertuduhan
> dibacakan jurubahasa mahkamah, kedua-dua tertuduh mengaku salah
> bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak serta mengaku salah di atas
> sebab dan akibat daripada pengakuan salah berkenaan.
>
> Pengakuan kedua-dua tertuduh,
> menyebabkan Abu Bakar yang mendengar kes berkenaan memberi peluang
> kepada anak beranak terbabit mengemukakan rayuan sebelum hukuman
> mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan
> diputuskan mahkamah.
>
> "Saya minta hukuman denda
> dikurangkan kerana masih mempunyai tanggungjawab terhadap anak-anak,
> selain mahu memberi didikan sempurna kepada mereka. Kalau boleh tidak
> terjadi macam saya kerana saya bertaubat dan tidak akan melakukan zina
> dan dosa besar.
>
> "Saya sudah berkahwin dengan dua isteri dan bercerai dengan mempunyai lima
> anak termasuk tertuduh kedua
> yang juga anak kedua dari isteri pertama. Saya sudah bercerai dengan
> isteri sejak tujuh tahun lalu," kata si bapa ketika mengemukakan rayuan.
>
> Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Zaini Sulaiman dalam hujahan pemberatan
> hukuman sempat menyifatkan
> perbuatan dilakukan mereka keji kerana ketika anak-anak menyambut hari
> bapa, tiga anak pasangan berkenaan tidak kenal ayah mereka.
>
> Zaini yang mencadangkan pasangan berkenaan dipisahkan dan tidak tinggal
> bersama turut memohon supaya
> mahkamah tidak memberi belas kasihan kepada pasangan berkenaan bagi
> memberi pengajaran kepada masyarakat.
>
> komen aku: ni lah
> akibatnya banyak sangat baca harakah yang banyak iklan ubat kuat seks
> akhirnya anak kandung sendiri menjadi mangsa... kelantan negeri serambi
> mekah pun ada kes macam ni, maknanya nik ajis dan pas gagal tarbiah
> rakyat kelantan.
> TQdet
> Posted by AAKJ at 11:36 PM


------------------------------------

" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/

<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
respeks_group-digest@yahoogroups.com
respeks_group-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
respeks_group-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

No comments:

Post a Comment