Monday, November 7, 2011

Re: RG2011... Re: HUDUD CIPTAAN PAS MEMBUKTIKAN PAS PARTI SESAT MENYESATKAN -

 

Diantara Syariat Islam dan hukum hudud

Penegakkan Syariat Islam yang jauh lebih luas dan menyeluruh tidak perlu menunggu atau berbicara mengenai Hudud secara terpencil. (Foto Hiasan).
Semasa saya belajar di University of Queensland 1984-1987 dulu, apabila pokok Jacaranda yang meranting kering dimusim sejuk mula berbunga lebat berwarna unggu hampir disetiap jalan di University, disebalik kecantikannya, jiwa para mahasiswa/i mula gundah gelana kerana ia menandakan peperiksaan hampir tiba (just around the corner, kata mereka). Begitu juga di Malaysia, disetiap penghujung 4 tahun apabila isu hukum hudud mula dilemparkan melalui media massa ketengah-tengah para pengundi, ia menandakan musim Pilihanraya Umum Malaysia hampir tiba, hanya menunggu bila tarikhnya ditetapkan, bergantung respon para pengundi dibandar dan kampung, tua dan muda, kafir dan Islam. Bagi golongan masyarakat yang faham dan beriman, mereka melihat dan menilai isu ini dengan pandangan Syarak dan pertimangan realiti. Namun mereka adalah hanya segelintir dari masyarakat umum yang jauh lebih ramai dan tersebar diseluruh negara. Adapun pada umum masyarakat, mereka kebingungan kerana sekali lagi isu ini diketengahkan dalam keadaan ilmu dan jiwa mereka yang tidak mampu memahaminya, dan ramai dari kalangan mereka yang akhirnya membuat pertimbangan dari neraca yang tidak Islamik lalu mengambil pendirian yang tidak tepat.
Pokok Jacaranda yang sangat cantik dengan bunganya berwarna ungu di musim bunga (September). Tapi ia menandakan peperiksaan akhir Semester ke 2 setiap tahun bagi pelajar-pelajar di Australia dan New Zealand (Hemisper Selatan).
Syariat Islam dan hukuman Hudud mempunyai perbezaan yang sangat jauh. Syariat Islam adalah satu sistem hidup rabbani, keseluruhannya berasaskan Al-Quran, kitab Allah dan petunjuk peninggalan dari Sunnah RasulNya, Muhammad saw, bermula dari membina ilmu dan akidah, melahirkan ibadah dan akhlak pada diri dan masyarakat dalam sesebuah negara, kemudian mereka meluaskan Dakwah Islam kenegara-negara jiran sehingga Islam memimpin dan membimbing seluruh dunia, tanpa meninggalkan seinci pun bumi yang tidak diperintah oleh Syariat Islam. Dengan ini Syariat Islam sifatnya membangunkan manusia dan dunia, lahir dan batin, manakala hukum menghukum seperti hudud, takzir dan seumpamanya boleh kita nisbahkan sebagai hanya 5% sahaja dari Syariat Islam yang sifat umumnya adalah membangun. Sebab itu Al-Quran yang mempunyai lebih 6000 ayat hanya mempunyai sekitar 500 ayat sahaja mengenai hukum hakam atau dipanggil "Ayat-ayat Ahkam". Dari sekitar 500 syat-ayat ahkam, hanya sebahagian kecil sahaja yang menyentuh hukum hudud dan selainnya menggarap isu-siu ekonomi, muamalat, munakahat, hubungan antarabangsa dan sebagainya.
Adapun hukuman yang digelar "hudud", ia adalah 7 hukuman yang telah ditentukan Allah dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Bagi mereka yang suka penerangan dengan angka, saya gambarkan disini (sekadar mengemukakan angka yang tidak semestinya tepat, tetapi boleh memberi kefahaman yang lebih jelas), hukuman Hudud yang Tujuh itu adalah seperti sekitar 5% dari undang-undang Islam yang 95% lagi adalah Takzir (denda) yang diserahkan kepada Dewan Rakyat di Parlimen menggubalnya dan hakim di kamar mahkamah menentukannya. Oleh kerana 7 hukuman tersebut (1bunuh,2 zina, 3menuduh zina/qazaf, 4curi, 5minum arak, 6samun/qat' tariq, 7bughoh – menentang pemerintah dengan kekerasan) telah ditentukan Allah, dan tidak boleh diolah lagi oleh parlimen atau hakim, maka ia disebut Hudud, didalam English bermakna "already defined".
Islam yang diturunkan Allah swt melalui RasulNya kepada umat manusia adalah Syariat Islam yang bersifat membangun, iaitu aspek rohani (akidah dan akhlak) dan material (kekayaan dan pembangunan). Ia sama seperti Engineering bersifat membangunkan walaupun jika sebuah bangunan telah usang dan rosak teruk Engineering akan mengambil keputusan untuk meruntuhkannya (demolition), tetapi demolition bukanlah segala-galanya dalam ilmu dan dunia Engineering, sebaliknya ia adalah sebahagian kecil darinya. Hudud, seperti demolition, hanya sebahagian kecil dari Syariat Islam. Kerajaan adalah dituntut untuk melaksanakan Syariat Islam secara keseluruhannya meliputi berbagai bidang kehidupan rakyat, ditunjukkan dalam peraturan dan perjalanan harian negara, dan bukan sekadar berbicara kosong mengenai hudud.
Kalau begitu, hukuman dan denda (termasuk Hudud) hanyalah 5% dari ajaran Islam yang bersifat membina umat dan negara, bukan meruntuh dan menghukum, manakala hukuman Hudud hanya 5% dari Undang-undang Islam dalam sesebuah negara yang lengkap dan membangun, maka disegi matematiknya Hudud hanya 5%x5%=0.25% dari keseluruhan Ajaran dan Syariat Islam sebenarnya. Ia bukan segala-galanya maupun juzuk besar dari ajaran Islam yang sangat luas, membangun dan membahagiakan umat manusia.
Begitu juga yang kita maksudkan dengan Rumahtangga Islam adalah ibu bapa yang berkeperibadian Islam, mendidik anak-anak dengan ajaran Islam, menjaga adab-adab Islam dalam rumah, suami isteri yang saling menghormati perjuangan Islam masing-masing, berdakwah kepada jiran-jiran, dan sebagainya, bukan semata-mata si ayah merotan anak (hukuman). Begitu juga apabila kita maksudkan dengan sebuah Negara Islam, ia adalah negara yanag tertegaknya Syariat Islam dalam setiap bidang kehidupan rakyatnya, dan bukan semata-mata melaksanakan hukuman Hudud dan cuai berbagai aspek Syariat Islam yang lain.
Konsert Sunburst di KL pada tahun 2009.
Konsert Sunburst di KL 2009. Membenteras kerosakan akhlak di premis-premis awam tidak ada kaitan dengan undang-undang hudud, tetapi ia adalah sebahagian dari Syariat Islam yang bertujuan memupuk akhlak mulia dan terpuji, serta menutup pintu musuh-musuh Islam untuk merosak dan megalahkan Umat Islam. Ia boleh dan mesti dilaksanakan sekarang, serta merta tanpa perlu berbicara tentang hudud. Kenapa ia tidak dibenteras, bahkan semakin subur atau disuburkan ? Adakah ibu bapa Islam suka anak-anak mereka jadi sebegini ? Kalau tidak suka, kebenaran program sedemikian adalah agenda umat di negara ini atau agenda pihak asing ?
Ringkasnya, apa yang kita sebagai rakyat Islam di Malaysia mahu adalah penegakkan Syariat Islam dalam semua bidang media massa terutamanya disiaran televisyen, pendidikan, pengurusan negara, kementerian dan jabatan, membebaskan rakyat dari belenggu Budaya Barat, membina umat yang berjihad dan punya kekuatan dirantau, menguatkan kesatuan umat dan membenteras perpecahan, menguatkan hubungan diantara negara-negara Islam, menyebarkan ruh Islam ke dalam jabatan dan sektor kerajaan dan swasta, membenteras rasuah, membenteas pelacuran, arak, judi, dadah, kelucahan, pergaulan bebas, bidah, khurafat, syirik, mendorong hafazan Al-Quran dan bahasa Arab terutama kepada generasi baru dengan berbagai insentif, kesihatan, ekonomi, akhlak, berjimat dengan wang rakyat dan menyuburkannya, meneroka kekayaan dan hasil bagi negara dan mengelakkan pemborosan dan perlaksanaan Undang-undang Islam termasuk Hudud.
Oleh kerana itu kita adalah rakyat yang lebih bijak dari terheret membincangkan isu Hudud menjelang Pilihanraya, sedang selama tempoh tenang 4-5 tahun diantara dua musim pilihanraya media massa merosakkan umat dengan memaparkan Budaya Barat yang negatif kepada anak bangsa kita, pelacuran, arak, judi, kelucahan, rasuah tersebar ketahap yang sukar dibendung dan telah menghakis banyak tunggak-tunggak negara terutamanya akhlak dan jiwa rakyat serta  wang dan kekayaan negara. Semangat ruh jihad dikalangan belia dan bebas dari pengaruh dominasi Kuasa Barat merupakan tunggak penting yang masih didalam keadaan yang minimum. Apa yang kita tuntut adalah Malaysia menjadi sebuah Negara Islam yang didefinasikan oleh Imam Hasan Al-Banna iaitu فلا تقوم الدولة الإسلامية إلا على أساس الدعوة ، حتى تكون دولة رسالة لا تشكيل إدارة ، ولا حكومة مادة جامدة صماء لا روح فيها , كما لا تقوم الدعوة إلا في حماية تحفظها وتنشرها وتبلغها وتقويها   bermaksud "tidak akan tertegak Ad-Daulah Al-Islamiyah (Negara Islam) melainkan diatas asas Dakwah, sehingga ia menjadi Negara Risalah (negara yang mempunyai visi dan misi menyebarkan Islam keseluruh dunia), bukan (semata-mata) ia berbentuk pentadbiran, atau kerajaan material beku pekak yang tidak mempunyai ruh. Seperti mana juga Dakwah tidak (dapat) tertegak melainkan didalam satu perlindungan (iaitu Negara) yang menjaga, menyebar, menyampai dan menguatkan Dakwah tersebut)".
Sepatutnya Syariat Islam ditegakkan disetiap bidang pembangunan didalam negara, diaspek akhlak dan teknologi, dan bukan sebaliknya dimana hudud menjadi ulam-ulam bicara menjelang Pilihanraya.
Para muslimat Melayu yang sepatutnya menjadi pewaris perjuangan Khadijah bt Khuwailid ra, Aisyah bt Abu Bakar ra dan Fatimah Az-Zahra' sedang berkempen pilihanraya menayangkan punggung kearah pihak lawan tanda "liwat". Umat telah hilang pedoman, jatidiri dan identiti sebagai pejuang Risalah Islam kepada sekelian manusia seluruh dunia.
Pilihanraya : Tsen Thau Lin lawan Ansari Abdullah, seorang peguam Melayu Islam. Datin Linda Tsen Thau Lin, isteri kepada mendiang wakil rakyat yang mati terbunuh kemalangan, Datuk Edmund Chong Ket Wah yang juga Timbalan Ketua Wanita PBS Elopura diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) . Apabila PBS pimpinan Joseph Pairin Kitingan, seorang Kristian, memerintah Sabah 1985 – 1994, semasa saya belajar di Mesir, wang sewa Rumah Sabah di Kaherah untuk asrama pelajar-pelajar Universiti Al-Azhar di Sabah ditamatkan.
Lee Kuan Yiew, pengasas negara Singapura yang diambil dari sebahagian tanahair Islam, Semenanjung Tanah Melayu, Malaya. Projek Singapura oleh Penjajah British di tengah-tengah Rantau Melayu Islam adalah sama dengan projek Israel di tengah-tengah Rantau Arab Islam oleh penjajah yang sama. Selepas tanahair Temasik, Tanah Melayu kehilangan Pulau Batu Putih, Tanjong Pagar dan lain-lain yang belum diketahui oleh umum tetapi boleh terdapat dalam senarai perancangan orang.
Satu persoalan yang sering dibicara oleh golongan terpelajar. Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Kerajaan Negeri mempunyai kuasa kebanyakannya dalam hal ehwal tanah, adat resam dan hal ehwal agama Islam manakala Parlimen dan Kerajaan Pusat mempunyai kuasa dalam bidang jenayah berat lebih-lebih lagi yang membabitkan hukuman mati. Malah dikatakan sebarang penggubalan hukuman jenayah berat di DUN seperti hudud yang bertentangan dengan Parlimen, maka ia terbatal dengan sendirinya dan tidak boleh dilaksanakan oleh pihak negeri. Wacana ilmiah mengenainya perlu dianjurkan lebih meluas untuk memberi pengetahuan dan kesedaran kepada umat.
Jika yang dikehendakki dengan Wataniah (Patriotik) ialah menguatkan ikatan diantara individu-individu dalam sesebuaah negara, membimbing meeka menggunakan kekuatan ini untuk kepentingan mereka, maka kita bersetuju dengan mereka tentang petriotik seperti itu. Adapunjika yang dikehendaakki dengan Patriotik itu adalah memecahbelahkan umat kepada puak-puak yang saling bercakaran, saling melemparkan kutukan dan tohmahan, merancang jahat terhadap satu sama lain, berkumpul mendokong manhaj yang digubal oleh hawa nafsu, tujuan dan kepentingan dunia semata-mata, sedang musuh mengambil peluang semua diatas untuk mencapai strateginya, menambahkan lagi minyak kedalam api, memecahbelahkaan umat dalam kebenaran dan menghimpunkan mereka dalam kebatilan, menghalang mereka dari berhubung dan bekerjasama sesama mereka, menjadi tembok penghalang dari berlaku hubungan tersebut .. maka itu adalah patriotik palsu yang tiada kebaikan pada pejuangnya maupun pada masyarakat. [Hasan Al-Banna]
Mereka yang benar-benar ikhlas bercakap mengenai Hudud yang belum terjadi, seharusnya menegakkan Syariat Islam dalam bidang-bidang yang disebutkan diatas dalam masa yang sama yang sepatutnya telah lama terjadi dan mudah untuk dilaksanakan. Adapun berbicara mengenai Hudud yang berkait dengan penggubalan dan sebagainya, tetapi membiarkan banyak perkara yang bertentangan dengan Syariat Islam didalam pentadbiran dalam negara dan penghayatan dalam masyarakat adalah sebenarnya merupakan permainan kata-kata untuk mengeliru dan meraih sesuatu dari masyarakat awam yang kurang mengerti apa yang sebenarnya sedang dan akan berlaku. Adalah lebih baik membuktikan keikhlasan dengan perbuatan dari cuba meyakinkan dengan perkataan.
Artikel-artikel berkaitan :
Pulau Batu Putih : Ku Tangisi Perpisahan Ini (artikel paling awal ditulis sebaik pengumuman oleh Mahkamah Antarabangsa, ICJ)
Ustaz Halim  www.inijalanku.wp.com


From: EiJa rAm <ijaram284@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, November 7, 2011 7:54 AM
Subject: Re: RG2011... Re: HUDUD CIPTAAN PAS MEMBUKTIKAN PAS PARTI SESAT MENYESATKAN -

 
Salam..
CIk kartina, sy musykil la dgn ayat cik "Hudud hanya sebahagain kecil
hukum. Ikut priority lah."

Sy mmg jahil..Sy takot stiap yg ditulis oleh saudara/i ISLAM scr xlgsg
memesongkan akidah kita yg lain..mintak bg penjelasan..
Sape yg thu psl hukum HUDUD neh terangkan sket..
Adakah ianya hny sbhgn kecil hukum?? bkn menyeluruh ke? & apakah mksd
ikut priority?

On 10/21/11, Kartina Idris <kartina.idris@gmail.com> wrote:
> Jangan sempitkan islam sebagai hukum hudud semata2. Hukum islam itu luas
> merangkumi kehidupan kita. Hudud hanya sebahagain kecil hukum. Ikut priority
> lah. Ramai yang masih jahil mengenai hudud. Belajolah dulu.
>
> 2011/10/19 Pak mat tempee Mat <fearman.tji488@yahoo.com>
>
>> **
>>
>>
>> *Laaaaaa ni lagi satu masaalah pemikiran yang karat
>> ..................memang la UMNO tak pernah janji nak buat Hudud !!!
>> sebab
>> UMNO bukan parti untuk orang Islam , mana mungkin UMNO mahukan Islam ,
>> tentang Islam ada la ......*
>> *Yang di maksudkan oleh saudara Wan kalau tak salah saya ......... jika di
>> tolak Hudud yang nak di laksanakan PAS , di tuduh Hudud PAS ....jadi di
>> mana
>> Hudud UMNO yang benar dan tak sesat tu ............... *
>> *Pak mat cukup kesian ngan sesetengah melayu yang mengaku Islam ..... tapi
>> tak sayang dengan Islam dan undang-undang Islam ..........*
>> *Tak rugi pun jika kita melayu sokong Hudud sebab yang tak sokong
>> hanyalah oarng kafir , perompak , penjenayah , perogol dan yang suka di
>> rogol ......*
>>
>> *pak mat tempee*
>>
>> *From:* Kartina Idris <kartina.idris@gmail.com>
>> *To:* respeks_group@yahoogroups.com
>> *Sent:* Wednesday, October 19, 2011 12:12 PM
>>
>> *Subject:* Re: RG2011... Re: HUDUD CIPTAAN PAS MEMBUKTIKAN PAS PARTI SESAT
>> MENYESATKAN -
>>
>>
>> Hahahahahaha.... pernahkah awak dengar umno janji nak buat hudud? Bior
>> bebenor.
>>
>> 2011/10/17 Wan Zailan <wanzailan@ajikl.com.my>
>>
>> **
>>
>> **
>> hahahah mana hudud umno,
>> united myanmar nepal organisation, umno bn dgn kerjasama jab pendaftaran,
>> kdn galak beri mykad pada pendatang asing utk jadi pengundi, memang patut
>> tukar nama hahahahah
>> bersedia ke jalan raya , nagara dah rosak sebab bn nak kekal berkuasa
>>
>> ----- Original Message -----
>> *From:* Ae One <aku_hebat80@yahoo.co.uk>
>> *To:* respeks_group@yahoogroups.com
>> *Sent:* Monday, October 17, 2011 10:45 AM
>> *Subject:* Re: RG2011... Re: HUDUD CIPTAAN PAS MEMBUKTIKAN PAS PARTI SESAT
>> MENYESATKAN -
>>
>>
>> dah lama dah Tuan Guru tanya kat Umno... kalau ini hudud PAS.. hudud Umno
>> mana? ataupun hudud yg sebenar mana? Umno memang penentang hukum Allah...
>>
>> *From:* Hizamri Johari <hizamri@yahoo.com>
>> *To:* YG1 - Aku Anak Malaysia <akuanakmalaysia@yahoogroups.com>; YG1 - Aku
>> Jelita <akujelita@yahoogroups.com>; YG1 - Al-Falaah <
>> al-falaah@yahoogroups.com>; YG1 - Ampang Mewah <
>> ampangmewah@yahoogroups.com>; YG1 - Apa Apa Saja <
>> apaapaaje@yahoogroups.com>; YG1 - Baiduri Group <
>> baidurigroup@yahoogroups.com>; YG1 - Blalang Group <
>> blalang_group@yahoogroups.com>; YG1 - Bukuku Kekasihku <
>> bukukukekasihku@yahoogroups.com>; YG1 - Bunga Melur Putih <
>> bungamelur_putih@yahoogroups.com>; YG1 - Chainz of Frenz <
>> chainz_of_frenz@yahoogroups.com>; YG1 - Dang Anum <
>> dang_anum@yahoogroups.com>; YG1 - Darul Khusus <
>> darul-khusus@yahoogroups.com>; YG1 - Fewett Komuniti <
>> Fewett_Komuniti@yahoogroups.com>; YG1 - Hasriezam Group <
>> hasriezam@yahoogroups.com>; YG1 - Hizamri List <
>> hizamri_list@yahoogroups.com>; YG1 - Ibu Tunggal <
>> ibu_tunggal@yahoogroups.com>; YG1 - Idaman Group <
>> Idaman_Group@yahoogroups.co.uk>; YG1 - Idaman Ielaki <
>> idaman_lelaki@yahoogroups.com>; YG1- Bersamamu Chat <
>> Bersamamu-Chat@yahoogroups.com>; YG2 - Ingatan <ingatan@yahoogroups.com>;
>> YG2 - IT Malaysia <it_malaysia@yahoogroups.com>; YG2 - Kelakar <
>> Kelakar@yahoogroups.com>; YG2 - Kenalan Abadi <
>> KENALAN-ABADI@yahoogroups.com>; YG2 - KL Menjerit <
>> KLmenjerit@yahoogroups.com>; YG2 - Mahligai <mahligai@yahoogroups.com>;
>> YG2 - Malaysia News <MalaysiaNews@yahoogroups.com>; YG2 - Malaysia Ria <
>> malaysiaria@yahoogroups.com>; YG2 - Mangkuk Hayun <
>> mangkukhayun@yahoogroups.com>; YG2 - Mat Rempit STVC <
>> Mat_Rempit_Snatch_Thieves_Violent_Crimes@yahoogroups.com>; YG2 - Melayu
>> Bogel <melayu_bogel@yahoogroups.com>; YG2 - Melayu Cyber <
>> melayucyber@yahoogroups.com>; YG2 - Pak Belang
>> <pakbelang@yahoogroups.com>;
>> YG2 - Penawar Ku <penawarku@yahoogroups.com>; YG2 - Pro Letar <
>> proletar@yahoogroups.com>; YG2 - Promo Akbar <PromoAkbar@yahoogroups.com>;
>> YG2 - Promo Bisnis <Promo-Bisnis@yahoogroups.com>; YG4 - Krj Taqwa <
>> krj-taqwa@yahoogroups.com>; YG4 - Perisik Rakyat <
>> PerisikRakyat@yahoogroups.com>; YG4 - Romance Relationship <
>> romance_relationship_online@yahoogroups.com>; YG4 - Sahabat Interaktif <
>> sahabatinteraktif@yahoogroups.com>; YG4 - Srip Shah Alam <
>> sripbj-sig@yahoogroups.com>; YG4 - Taman-Taman Syurga <
>> Taman2Syurga@yahoogroups.com>; YG4 - Teman Hidup <
>> TemanHidup@yahoogroups.com>; YG4 - Tipah Groups <tipah@yahoogroups.com>;
>> YG4 - UiTM Community <UiTM_Community@yahoogroups.com>; YG4 - UiTM Melaka <
>> UiTM-melaka@yahoogroups.com>; YG4 - University Of Arizona <
>> uofa-my@yahoogroups.com>; YG4 - Warung Net <Warung_net@yahoogroups.com>;
>> YG4 - Warung_Kopi <Warung_Kopi@yahoogroups.com>; YG4 - Wawasan Baru <
>> WawasanBaru@yahoogroups.com>; YG4 - Zaza Groups <
>> zazagroups@yahoogroups.com>; YG4- Respeks Group <
>> respeks_group@yahoogroups.com>
>> *Cc:* "mrlabiu@yahoo.com" <mrlabiu@yahoo.com>
>> *Sent:* Sunday, 16 October 2011, 17:47
>> *Subject:* RG2011... Re: HUDUD CIPTAAN PAS MEMBUKTIKAN PAS PARTI SESAT
>> MENYESATKAN -
>>
>>
>> Salam
>>
>> Yang pasti sesat.. Mereka yang menetang hukum Allah SWT...
>>
>> HR Termizi :
>> Umar ra berkata :
>> Rasul SAW merejam, Abu Bakar merejam, aku pun merejam.
>> Kalau tidak kerana tidak mahu menambah kitab Allah, tentulah aku sudah
>> menulisnya dalam mushaf.
>> Sesungguhnya, aku takut kaum selepasku akan menjadi KAFIR kerana tidak
>> mendapatinya dalam kitab Allah.
>> (Himpunan Hadith Hukum Hudud - ms 85)
>>
>> Yang pasti menyesatkan.. Fatwa dari mereka yang bodoh/jahil..
>>
>> *Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah
>> saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan
>> ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt.
>> menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah
>> ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil
>> sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya,
>> mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan
>> orang lain."*
>>
>> H.R. Muslim
>>
>>
>> Jelas tercatit untuk kes rogol :
>>
>> Hadis ini dengan jelas menunjukkan bahawa Nabi melayani dan menerima aduan
>> mangsa, menyiasat kebenarannya dan seterusnya menjatuhkan hukuman,
>> meskipun
>> aduan mangsa yang mendakwa dirinya dirogol seseorang, dilakukan tanpa
>> mengemukakan empat saksi.
>>
>> Adalah jelas, Nabi tidak terus mensabitkan kesalahan qazaf ke atas wanita
>> itu disebabkan beliau mengadu seseorang merogolnya tanpa mengemukakan
>> empat
>> saksi.
>>
>>
>> WAllahua3lam
>> Wassalam
>> Hizamri
>>
>>
>> *From:* zulfahmi zainal <zulfahmihafiz@yahoo.com.my>
>> **
>>
>>
>> assalammualaikum sahabat, banyak2 istighfar.....
>>
>> ISLAM DULU KINI DAN SELAMANYA
>> *From:* hamden yahaya <mrlabiu@yahoo.com>
>> ***Subject:* Re: [Idaman_Group] HUDUD CIPTAAN PAS MEMBUKTIKAN PAS PARTI
>> SESAT MENYESATKAN
>>
>>
>> ertinya, HUKUM HUDUD ciptaan PAS tidak merujuk jumhur ulama
>> Malaysia/Dunia Muslim.
>> Apakah HUKUM HUDUD ciptaan PAS itu cuma MANIPFESTO untuk memikat pengundi
>> pilihanraya sahaja
>> *From:* nizam penang <nizam_bgchik@yahoo.com>
>> *****Subject:* [Idaman_Group] HUDUD CIPTAAN PAS MEMBUKTIKAN PAS PARTI
>> SESAT MENYESATKAN
>>
>>
>>
>> *
>> *<https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi2amjHdCwnCxVCFqX-DvEx6mr_Ljd8AtbsGvB2FzdSI41OlDwdzaamLBTyn3oiuSwwJsdw-M8u-EW1ubvGb37TNoTKQ39rM5v59Gs-Yx274bY0X-WkxxmemSNxe6xmAOI060KPULhbv7Ib/s1600/Utusan.jpg>
>>
>> "Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan
>> orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. (Al-Baqarah 2:269)
>>
>> Berikut ini di nukilkan sebahagian dari Enakmen Undang-undang Kanun
>> Jenayah
>> Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud):
>>
>> BAHAGIAN III
>>
>> Keterangan
>>
>> 39. Bagaimana membukti kesalahan. En. 2/91.
>>
>> (1) Kecuali jika ada percanggahan dengan peruntukan yang ada dalam Enakmen
>> ini, maka Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah 1991 hendaklah dipakai untuk
>> membuktikan kesalahan-kesalahan di baawah Enakmen ini.
>>
>> (2) Semua kesalahan di bawah Enakmen ini samada kesalahan hudud atau
>> kesalahan qisos, atau kesalahan ta'zir, hendaklah dibuktikan dengan
>> keterangan lisan atau iqrar yang dibuat oleh tertuduh.
>>
>> 40. Bilangan saksi
>>
>> (1) Bilangan saksi-saksi yang dikehendaki untuk membuktikan semua
>> kesalahan
>> di bawah Enakmen ini melainkan zina, hendaklah sekurang-kurangnya dua
>> orang.
>>
>> (2) Bilangan saksi-saksi yang dikehendaki untuk membuktikan kesalahan zina
>> hendaklah tidak kurang daripada empat orang.
>>
>> 41. Syarat-syarat menjadi saksi
>>
>> (1) Tiap-tiap orang saksi hendaklah terdiri daripada seorang lelaki Islam
>> yang akil baligh dan hendaklah seorang yang adil.
>>
>> (2) Seseorang itu adalah dianggap adil jika ia menunaikan apa-apa yang
>> disuruh oleh Islam dan menjauhi daripada dosa-dosa besar serta tidak
>> mengekalkan dosa-dosa kecil dan juga mempunyai isti'mal al-muru'ah,
>> (perasaan dan pendirian menghormati diri).
>>
>> (3) Seseorang itu adalah dianggap adil, sehingga sebaliknya dibuktikan.
>>
>> 42. Keadaan keterangan
>>
>> (1) Untuk membuktikan tuduhan terhadap tertuduh dan menyebabkan dia boleh
>> dihukum dengan hukuman hudud atau qisos, keterangan yang diberi hendaklah
>> benar-benar terang dan tidak ada apa-apa kesamaran dan keraguan.
>>
>> (2) Tiap-tiap saksi hendaklah dengan terang menyatakan bahawa dia
>> benar-benar melihat perbuatan yang didakwakan itu dan dalam kes zina pula
>> keempat-empat orang saksi itu hendaklah menyatakan bahawa mereka
>> benar-benar
>> melihat kemasukan zakar ke dalam faraj perempuan pasangan yang bersetubuh
>> itu dengan juga hendaklah jangan ada perselisihan dan pertelingkahan di
>> antara saksi-saksi di dalam keterangan itu.
>>
>> 43. Menarik balik keterangan
>>
>> (1) Untuk menyebabkan hukuman hudud dikenakan kepada tertuduh setiap saksi
>> itu hendaklah berdiri teguh di atas keterangan terhadap tertuduh itu,
>> bukan
>> sahaja dalam masa perbicaraan dan selepasnya, tetapi juga ketika hukuman
>> itu
>> dilaksanakan, kerana jika keterangan itu ditarik balik sebelum hukuman itu
>> dilaksanakan, maka tertuduh itu tidak lagi boleh dikenakan hukuman hudud,
>> dan jika keterangan itu ditarik balik ketika tertuduh sedang menjalani
>> hukuman, maka hukuman itu hendaklah dengan serta merta diberhentikan.
>>
>> (2) Dalam kes zina jika seseorang saksi itu enggan memberi keterangan,
>> atau
>> memberi keterangan yang berlawanan dengan tuduhan, atau memberi keterangan
>> menyokong tuduhan itu tetapi kemudiannya menarik balik keterangan itu,
>> yang
>> mana dengan sebab itu bilangan saksi yang menyokong tuduhan itu menjadi
>> kurang daripada empat orang, maka tuduhan zina terhadap tertuduh itu
>> tidaklah terbukti, dan yang demikian tertuduh itu adalah terlepas daripada
>> dikenakan hukuman hudud; tetapi saksi-saksi yang telah memberi keterangan
>> menyokong tuduhan itu adalah bersalah kerana melakukan kesalahan qazaf.
>>
>> 44. Iqrar
>>
>> (1) Sebaik-baik keterangan untuk menyabitkan tertuduh dan menyebabkan dia
>> boleh dihukum dengan hukuman hudud ialah iqrarnya sendiri.
>>
>> (2) Iqrar itu hendaklah dibuat dengan sukarela dan tanpa apa-apa paksaan
>> di
>> hadapan seorang pegawai kehakiman dan kemudiannya diulangi di hadapan
>> hakim
>> pada masa perbicaraan dijalankan; dan jika perbicaraan itu mengenai kes
>> zina
>> maka iqrar itu hendaklah diulangi sebanyak empat kali di hadapan hakim
>> pada
>> masa perbicaraan dijalankan:
>>
>> Dengan syarat bahawa iqrar itu hendaklah dibuat dan diulangi dengan tidak
>> ada apa-apa ugutan, janji atau dorongan; dan hendaklah dengan nyatanya
>> membuktikan secara terperinci bahawa tertuduh itu benar-benar telah
>> melakukan kesalahan yang dengannya dia telah dituduh, dan dia faham bahawa
>> dia akan dihukum kerana membuat iqrar.
>>
>> (3) Iqrar itu hanyalah boleh diterima sebagai keterangan terhadap tertuduh
>> yang membuat iqrar itu sahaja, dan tidak boleh digunakan terhadap orang
>> lain; dan untuk menjadikannya sah maka iqrar itu hendaklah bukan satu
>> iqrar
>> yang ditarik balik.
>>
>> 45. Menarik balik iqrar
>>
>> (1) Sesuatu iqrar itu boleh ditarik balik oleh tertuduh yang membuatnya
>> pada bila-bila masa sahaja; meskipun pada ketika dia sedang menjalani
>> hukuman.
>>
>> (2) Jika sesuatu iqrar itu ditarik balik sebelum dilaksanakan hukuman ke
>> atasnya maka tertuduh itu tidaklah lagi boleh dikenakan hukuman itu, dan
>> jika dia menarik balik iqrar itu pada ketika dia sedang menjalani hukuman,
>> maka hukuman itu hendaklah dengan serta merta diberhentikan.
>>
>> (3) Jika pada bila-bila masa sebelum atau pada ketika hukuman
>> dilaksanakan,
>> tertuduh itu dapat melarikan diri daripada pihak yang berkuasa, maka dia
>> hendaklah dianggap sebagai telah menarik balik iqrar itu; dan yang
>> demikian
>> peruntukan subsekseyn (2) hendaklah terpakai.
>>
>> 46. Keterangan qarinah
>>
>> (1) Kecuali seperti yang diperuntukkan dalam subseksyen (2) dan (3)
>> keterangan qarinah walaupun berkaitan hendaklah tidak boleh dijadikan satu
>> cara yang sah untuk membuktikan kesalahan hudud.
>>
>> (2) Dalam perkara zina, kehamilan atau kelahiran anak oleh seseorang
>> perempuan yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi keterangan yang
>> boleh
>> mendapatinya bersalah melakukan zina dan yang demikian hukuman hudud ke
>> atasnya hendaklah dikenakan melainkan jika dapat membuktikan sebaliknya.
>>
>> (3) Dalam perkara minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, bau
>> minuman yang didapati dalam nafas tertuduh itu atau muntahnya yang
>> mengeluarkan arak atau sebarang minuman yang memabukkan atau apa-apa kesan
>> darinya, atau pemerhatian Mahkamah kepada keadaan tertuduh itu bahawa dia
>> sedang berada di dalam keadaan mabuk, hendaklah boleh diterima sebagai
>> keterangan untuk membuktikan bahawa dia telah melakukan kesalahan syurb,
>> melainkan jika ia dapat membuktikan sebaliknya.
>>
>> 47. Apabila seseorang tertuduh itu tidak boleh dihukum dengan hukuman
>> hudud
>> kerana saksi-saksi telah menarik balik keterangan mereka sebagaimana yang
>> diperuntukkan di bawah seksyen 43 atau kerana tertuduh itu telah menarik
>> balik iqrarnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 45 atau
>> kerana keterangan saksi yang ada tidak memenuhi syarat-syarat yang
>> dikehendaki untuk membuktikan kesalahan hudud, maka tertuduh bolehlah
>> dihukum dengan hukuman ta'zir, dan mahkamah hendaklah mengambil tindakan
>> untuk menjatuhkan hukuman itu sekiranya ada keterangan yang cukup bagi
>> maksud itu.
>>
>> (Pelaksanaan Hukum Hudud Di Kelantan, halaman 120-125)
>>
>>
>> Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Alqamah bin Wail al-Kindi daripada
>> ayahnya itu, diceritakan kisah seorang wanita dirogol semasa beliau dalam
>> perjalanan menuju ke masjid untuk menunaikan solat.
>>
>> Wanita yang dirogol secara bersendirian itu telah bertindak memaklumkan
>> kepada orang ramai yang ditemuinya bahawa seseorang telah merogolnya.
>>
>> Bertindak di atas perkhabaran wanita malang itu, orang ramai telah berjaya
>> menangkap suspek dan menyerahkannya kepada Nabi, setelah disahkan oleh
>> mangsa sendiri bahawa suspek itulah orang yang telah merogolnya.
>>
>> Perbicaraan yang dilakukan oleh Nabi akhirnya memutuskan bahawa suspek
>> dikenakan hukuman rejam, kerana telah disabitkan merogol mangsa (akan
>> dinyatakan selepas ini bahawa menurut pandangan yang kuat, beliau tidak
>> direjam).
>>
>> Namun, sebelum hukuman dilaksanakan, bangun seorang lelaki lain membuat
>> pengakuan bahawa beliaulah sebenarnya yang merogol mangsa, bukannya suspek
>> tadi yang telah disahkan sendiri oleh mangsa.
>>
>> Hukuman akhirnya dijatuhkan ke atas lelaki yang mengaku merogol mangsa,
>> manakala suspek dan mangsa rogol yang telah tersilap menuduhnya (suspek)
>> merogol, dibebaskan.
>>
>> Hadis ini dengan jelas menunjukkan bahawa Nabi melayani dan menerima aduan
>> mangsa, menyiasat kebenarannya dan seterusnya menjatuhkan hukuman,
>> meskipun
>> aduan mangsa yang mendakwa dirinya dirogol seseorang, dilakukan tanpa
>> mengemukakan empat saksi.
>>
>> Adalah jelas, Nabi tidak terus mensabitkan kesalahan qazaf ke atas wanita
>> itu disebabkan beliau mengadu seseorang merogolnya tanpa mengemukakan
>> empat
>> saksi.
>>
>> Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi dalam Sunannya dalam Kitab
>> al-Hudud, bab Ma Ja'a Fi al-Mar'ah Iza Ustukrihat 'Ala al-Zina (Bab
>> berkenaan wanita yang dipaksa berzina), hadis bernombor 1454.
>>
>> Terjemahan hadis yang diriwayatkan oleh 'Alqamah bin Wa'il al-Kindi
>> daripada ayahnya itu, seperti berikut :
>>
>> "Sesungguhnya [terdapat] seorang wanita telah keluar [dari rumahnya] pada
>> zaman Nabi s.a.w [kerana] mahu [mengerjakan] solat [di masjid]. Lalu
>> seorang
>> lelaki menemuinya [di tengah jalan] lantas menindih dan merogolnya serta
>> melempiaskan hajat [nafsu] nya.
>>
>> Lantas wanita tersebut bertempik lalu perogolnya melarikan diri. [Selepas
>> itu] seorang lelaki menemui wanita tersebut, lalu beliau berkata,
>> "sesungguhnya lelaki itu telah melakukan ke atas ku [perkara] demikian
>> [yakni merogolnya]".
>>
>> Kemudian wanita itu bertemu pula sekumpulan orang-orang Muhajirin lantas
>> berkata,"sesungguhnya lelaki itu telah melakukan ke atasku [perkara]
>> demikian [yakni merogolnya].
>>
>> Memperkosanya
>>
>> Lalu mereka terus beredar dan menangkap lelaki yang disangka oleh wanita
>> itu bahawa dia yang telah memperkosanya, lantas mereka membawanya kepada
>> wanita itu seraya dia berkata, "ya, dialah orangnya [yang telah
>> merogolku]".
>>
>> Mereka terus membawa lelaki tadi kepada Rasulullah s.a.w. Tatkala Baginda
>> s.a.w memerintahkan supaya lelaki itu direjam, bangun seorang lelaki yang
>> [sebenarnya] telah merogol wanita itu sambil berkata, "wahai Rasulullah,
>> akulah orangnya [yang merogol wanita itu].
>>
>> Lantas Baginda bersabda kepada wanita itu, "Pergilah, sesungguhnya Allah
>> telah mengampunkanmu". Baginda [seterusnya] berkata kepada lelaki [yang
>> didakwa oleh wanita itu sebagai orang yang merogolnya] dengan kata-kata
>> yang
>> baik.
>>
>> Seterusnya Baginda bersabda kepada lelaki yang [mengaku] merogolnya,
>> "rejamlah dia" sambil bersabda, "sesungguhnya dia telah bertaubat [kepada
>> Allah] dengan taubat yang jika seluruh penduduk Madinah bertaubat seperti
>> itu, nescaya diterima [Allah] daripada mereka [taubat itu]".
>>
>> Berkenaan kedudukan hadis ini, Imam Tirmizi berkata, "[hadis] ini hasan
>> gharib sahih" (Sunan Tirmizi, jil.6, hlm.35).
>>
>> Menurut al-Albani, hadis ini adalah hadis sahih dalam kategori hasan
>> (baik)
>> kecuali sabda Baginda s.a.w yang berbunyi, "rejamlah dia".
>>
>> Menurut al-Albani, berdasarkan pendapat yang kuat, lelaki yang mengaku
>> merogol itu tidak direjam (Lihat al-Jami' al-Sahih Sunan al-Tirmizi,
>> jil.4,
>> hlm.56).
>>
>> Ringkasnya, hadis ini adalah hadis yang sahih yang boleh dijadikan hujjah.
>> KUPASAN SEKSYEN 41 DAN 42
>>
>> Seksyen 41 dan 42 menerangkan mengenai syarat-syarat menjadi saksi dan
>> keadaan keterangan yang boleh dikira sebagai sah dari saksi-saksi.
>> Di sini, Dr. Mahathir menerangkan lagi:
>>
>> Untuk mengesahkan bahawa wanita itu benar-benar telah dirogol dan bukan
>> ianya dengan rela hati berzina, empat orang saksi yang terdiri daripada
>> orang yang tidak berdosa besar dan tidak melakukan dosa-dosa kecil
>> berulangkali diperlukan.
>> Saksi seperti ini sudah tentu sukar didapati. Yang pertamanya, perogol
>> tidak merogol di hadapan saksi. Ia sudah tentu tidak ingin mendedahkan
>> dirinya kepada hukuman yang berat yang akan dikenakan ke atasnya. Jika
>> hukuman tidak berat sekalipun ia tidak akan mendedahkan dirinya.
>>
>> Saksi yang mulia tidak akan berdiam diri melihat perbuatan merogol berlaku
>> di hadapan mereka. Tentulah mereka tidak bertanggungjawab jika mereka
>> melihat jenayah yang begitu dasyat berlaku di hadapan mereka tanpa memberi
>> pertolongan. Jika mereka tidak cuba menolong maka mereka akan menjadi
>> orang
>> yang bersubahat dengan perogol. Ini bermakna mereka turut berdosa dan
>> tidak
>> layak lagi untuk menjadi saksi yang boleh diterima.
>>
>> Hanya jika mereka dipaksa menyaksi dan diugut oleh perogol atau
>> rakan-rakannya mungkin saksi terpaksa menyaksi tanpa membuat apa-apa.
>> Keadaan ini tidak mungkin berlaku melainkan dalam peperangan umpamanya, di
>> waktu mana rogol berlaku tanpa apa-apa sekatan seperti di Bosnia, di mana
>> orang Serb yang bukan Islam sering merogol. Tetapi mereka bukan Islam dan
>> mengikut undang-undang PAS mereka tidak akan dikenakan hukum hudud.
>>
>> Yang jelas ialah mangsa rogol yang membuat pengaduan tidak mungkin
>> mendapat
>> saksi-saksi yang boleh diterima di bawah undang-undang PAS. Dengan itu
>> perogol tidak boleh didakwa di bawah undang-undang PAS.
>>
>> Undang-undang PAS juga tidak akan menerima 'circumstantial evidence' iaitu
>> tanda-tanda pada mangsa yang membuktikan ia telah dirogol. Undang-undang
>> PAS
>> tidak menerima kesan atau cedera luka di tempat-tempat berkenaan atau
>> tanda-tanda pada perogol yang menunjuk mangsanya telah melawan untuk
>> mempertahankan kehormatannya.
>>
>> Dengan tidak adanya saksi yang empat yang diterima sah oleh undang-undang
>> PAS dan penolakan 'circumstantial evidence' maka pengaduan dan tuduhan
>> oleh
>> mangsa rogol akan ditolak. Perogol akan terlepas daripada apa-apa hukuman.
>>
>> Dari pemahaman di atas, apabila Undang-undang ini dilaksanakan, ia akan
>> menindas golongan-golongan tertentu, seperti mangsa rogol. Ini kerana
>> undang-undang ini dengan jelas menetapkan syarat-syarat yang ketat dan
>> amat
>> sedikit untuk mengesahkan perbuatan zina. Tidak ada alternatif, contohnya
>> penerimaan 'circumstantial evidence' seperti yang disebutkan di atas.
>> Mangsa
>> rogol yang sudah tentunya tidak akan dapat membuktikan perbuatan rogol
>> tersebut (berdasarkan keperluan 4 saksi) akan boleh didakwa kerana
>> berzina.
>> Adilkah begitu?
>>
>>
>> KUPASAN SEKSYEN 46(2)
>>
>> Seksyen 46(2), mengenai keterangan qarinah, berbunyi seperti berikut:
>> "Dalam perkara zina, kehamilan atau kelahiran anak oleh seseorang
>> perempuan
>> yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi keterangan yang boleh
>> mendapatinya bersalah melakukan zina dan yang demikian hukuman hudud ke
>> atasnya hendaklah dikenakan melainkan jika dapat membuktikan sebaliknya."
>>
>> Sekali lagi isu mangsa rogol timbul. Jika mangsa tersebut belum berkahwin,
>> hamil ataupun telah melahirkan anak, jika beliau tidak dapat membuktikan
>> beliau telah dirogol, maka beliau akan dikenakan hukuman hudud, iaitu
>> dalam
>> kes ini, rejam sehingga mati / sebatan 100 kali rotan.
>>
>> Fikirkanlah, di manakah keadilan di dalam undang-undang Hudud ciptaan PAS
>> ini? Mangsa rogol (wanita) akan teraniaya. Sedangkan Ajaran Islam tidak
>> sekali-kalinya begitu. Allah s.w.t. berfirman, maksudnya " Allah yang
>> menurunkan Kitab suci dengan membawa kebenaran, dan menurunkan keterangan
>> yang menjadi neraca keadilan "(Asy-syura:17)
>>
>> Satu perkara yang patut ditekankan disini adalah Undang-undang Hudud di
>> atas adalah ciptaan PAS, yang telah diambil bulat-bulat dari sebuah kitab
>> kurun ke13 (maaf tidak dapat dinyatakan nama kitab itu disini) tanpa
>> mengambil kira arus perubahan zaman dan teknologi.
>>
>> Kerajaan Pusat, (UMNO) sama sekali tidak pernah menolak Hukum Hudud,
>> tetapi
>> hanya menolak Hukum Hudud ciptaan PAS
>>
>> SUMBER :Malaysiakini/blog
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment