Thursday, November 10, 2011

Re: RG2011... Re:Binkan anak luar nikah kepada bapanya

 

Saya ingin bertanya
macam mana pula jika anak itu seorg perempuan, wlpun ibu bapa yg berzina itu telah berkahwin, adakah hubungan anak perempuan yg hasil diluar nikah itu dgn bapa nya boleh dianggap muhrim...minta penjelasan...

From: insan manusia <insanmanusiakini@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, October 26, 2011 4:18 PM
Subject: Re: RG2011... Re:Binkan anak luar nikah kepada bapanya

 
manual dah buat tapi ada manusia masih nak pilih manual yg memuaskan hatinya sahaja dan susah mahu berubah, itu yg jadi masalah dari dulu hingga kini dan akan datang..mufti dan ulama muktabar sudah cukup bagi sila baca fatwa ini sebab saya yakin antara rujukan jpn adalah dari fatwa bekas mufti ini yg juga merujuk kepada ulama2 muktabar yg dahulu dan kini bukan sendirian..taubat jika terkeluar kembali lah ke jln yg lurus....


MENASABKAN ANAK KEPADA SUAMI IBU SEKALIPUN PERKAHWINAN KURANG DARIPADA ENAM BULAN
Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis yang dipengerusikan oleh Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin yang bermesyuarat pada September 2008 telah memutuskan mengenai nasab anak yang tempoh perkahwinan ibubapanya kurang daripada enam bulan seperti berikut;
"Anak yang lahir kurang daripada 6 bulan ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami"
Keputusan ini telah disahkan oleh Mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang dipengerusikan oleh DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibn DYMM Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail pada 4 November 2008.

Maksud Fatwa:
Seorang wanita yang berkahwin dan melahirkan anak sekalipun tempoh perkahwinannya kurang kurang daripada tempoh 6 bulan tetap boleh menasabkan (membinkan) anak yang dilahirkan kepada suaminya dengan syarat si suami tidak membantahnya.
Senario:
Di Malaysia, pihak pendaftaran enggan mendaftarkan anak orang Islam secara di 'bin' kan kepada bapanya jika tempoh perkahwinan mereka kurang daripada enam bulan. Dalam ertikata lain anak tersebut dianggap 'anak luar nikah'.
Hasil daripada peraturan ini maka ramai anak yang tidak dibinkan kepada bapa mereka. Lebih menyedihkan apabila anak tersebut mendapati hanya dia yang tidak berbinkan bapanya sedangkan adik-beradiknya yang lain berbinkan bapanya. Ini merupakan satu tekanan kepadanya yang tidak berdosa dalam perkara tersebut.
Pihak ibubapa pula, amat sukar untuk menerangkan masalah tersebut kepada anak berkenaan kerana itu akan membuka 'aib yang telah cuba ditutup. Di samping boleh menghilangkan rasa hormat anak kepada ibubapa yang telah insaf dan sedang membina dan mendidik keluarga. Atas keadaan tersebut maka, isu ini dibincangkan dalam Fatwa Negeri Perlis. Setelah meneliti dalil-dalil syarak dan alasan-alasan para sarjana yang berbagai, maka keputusan tersebut dibuat.
Antara Asas Alasan:
Dalil yang dijadikan asas perbincangan dalam kes ini adalah sabda Nabi s.a.w.: "Anak itu (nasabnya) kepada suami menyetubuhinya" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Hadis ini disebutkan oleh Nabi s.a.w apabila berlaku perebutan nasab anak pada zaman baginda antara antara Sa'd bin Abi Waqqas dengan 'Abd bin Zam'ah. Sa'd membuat tuntutan dengan mendakwa bahawa saudaranya 'Utbah bin Abi Waqqas memberitahu bahawa anak Zam'ah yang masih budak ketika itu sebenarnya adalah anaknya. Namun 'Abd bin Zam'ah membantah dengan menyatakan itu ialah anak ayahnya Zam'ah yang mengahwini ibu anak berkenaan. Sa'd mengukuhkan dakwaannya dengan menyatakan anak berkenaan begitu jelas menyerupai saudaranya 'Utbah. Apabila kes ingin diangkat kepada Nabi s.a.w, baginda mendapati ternyata anak berkenaan jelas menyerupai 'Utbah bin Abi Waqqas, saudara Sa'd. Namun baginda memutuskan anak itu ialah anak Zam'ah dengan bersabda: "Anak itu (nasabnya) kepada suami yang menyetubuhinya, sementara bagi perzinaan itu hanya kekecewaan (tiada hak yang dituntut) ".
Daripada hadis ini dapat disimpulkan bahawa Rasulullah s.a.w memberikan hak nasab kepada suami si isteri sekalipun anak itu ada kemungkinan anak zina. Juga hadis ini menunjukkan penyelesaian Nabi s.a.w yang tidak ingin membongkar keburukan yang lepas. Jika baginda memutuskan kes seperti itu mesti diselidiki maka sudah pasti berbagai keburukan peribadi akan terdedah dan menyebabkan keruntuhan kepada keluarga. Selagi mana si suami sendiri menerima anak itu adalah anaknya, maka tiada alasan untuk mereka yang tidak berkahwin secara sah dengan si ibu membuat tuntutan.
Bahkan di kalangan sarjana Islam ada yang berpegang bahawa anak zina boleh dinasabkan kepada bapa zinanya sekalipun jika wanita berkenaan tidak berkahwin dengan lelaki yang berzina dengannya. Namun syaratnya mestilah wanita tersebut juga tidak berkahwin dengan lelaki lain seperti dalam kes hadis di atas. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: "Lelaki dan wanita yang berzina jika bertaubat kepada Allah dan ingin keluar dari yang haram kepada yang halal, dari kehidupan yang dicemari kepada kehidupan yang bersih, berubah kehidupan mereka dari zina yang haram kepada persetubuhan yang halal, maka perkahwinan mereka sah dengan ijmak (sepakat tanpa kecuali seluruh para mujtahid)…beberapa tokoh fekah salaf; 'Urwah bin al-Zubair, al-Hasan al-Basri, Ishaq bin Rahuyah dan selain mereka berpendapat harus dinasabkan anak zina kepada bapa zinanya jika wanita berkenaan tidak pernah berkahwin (selepas itu). Pendapat ini disokong oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn al-Qayyim". (lihat: islamonline.net).
NAMUN: Keputusan Fatwa Perlis hanya membincangkan tentang keharusan menasabkan anak kepada suami sekalipun perkahwinan itu kurang daripada enam bulan, dengan itu maka mereka yang terlibat dalam perzinaan lalu bertaubat dan berkahwin, anak yang dikandung bolehlah dinasabkan kepada si suami sekalipun baru berkahwin dengan syarat tiada bantahan daripada suami.
Kebaikan Fatwa Ini:
  1. Menutup keaiban lepas yang berlaku kepada pasangan yang sudah berkahwin dan bertaubat.
  2. Menghilangkan perasaan malu dan terasing anak yang selama ini tidak dibinkan kepada bapanya disebabkan faktor kekurang tempoh perkahwinan.
  3. Membantu ibubapa yang terlanjur meneruskan kehidupan dan pembinaan keluarga.
Kesannya:
Pihak pendaftaran hendaklah memberikan hak berbinkan suami ibu (bapa) kepada anak yang lahir sama ada kurang atau lebih daripada enam bulan tempoh perkahwinan ibunya, dengan syarat si suami tidak membantah.
Yang benar,
Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin
(Mufti Kerajaan Negeri Perlis)




2011/10/25 <dinerahman@yahoo.com>
 
Dah ade manual knape x pakai. Nak juge pakai akal yg dangkal. X yah argue ikut je manual tuhan yg ditunjukkan pesuruhnye. free2 terkeluar dr jln yg lurus. mati nanti jumpe siapa gak nye. Masalah dah sesat menyesatkan pulak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
From: insan manusia <insanmanusiakini@gmail.com>
Date: Tue, 25 Oct 2011 14:43:32 +0800
Subject: RG2011... Re:Binkan anak luar nikah kepada bapanya

 

tak buat keputusan ini pun merangsang anak gadis melayu islam menjadi pembunuh paling sadis didunia dengan membuang anak sendiri yg baru lahir dari atas flat,buang ke jamban,ke longkang ,di sembelih dgn pisau buang ke sungai,di tanam hidup2 atau yg baik sikit tinggalkan kat bus stop atau masjid puncanya ketakutan ya amat sangat akan di malukan dan di pandang jijik oleh masyarakat sekeliling sepanjang hayat dia dan anaknya yang masyarakatnya terkenal mempunyai sifat berbudi bahasa bersopan santun jaga tatasusila dan lemah lembut yg khabarnya susah di jumpai dlm dunia yg fana ni...


2011/10/18 abe <abdullahkb@gmail.com>
 
keputusan ini akan menyebabkan penyundalan semakin menjadi-jadi di dalam masyarakat kita

2011/10/18 roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
 

Walaupun belum lagi dibincangkan dan diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, tetapi saya kira adalah satu perkembangan yang baik dan wajar disokong apabila Timbalan Pengarah Bahagian Kelahiran , Kematian dan Anak Angkat JPN, Noor Azliza Shaharuddin bersama Pegawai Undang-Undang JPN, Zarifah Zulghaffar menyatakan bahawa kini anak luar nikah boleh dibinkan atau dibintikan kepada bapanya, walaupun anak itu lahir kurang daripada 6 bulan selepas ibu bapanya berkahwin.

Alasannya ialah supaya anak luar nikah itu tidak mengalami tekanan emosi yang berpanjangan dan terhukum kerana kesalahan yang tidak dilakukan oleh mereka, sekiranya nama bapa mereka tidak dinyatakan dalam surat kelahiran mereka.

Saya kira alasan itu sangat munasabah dan tindakan membinkan atau membintikan anak itu dengan bapa mereka memang wajar dilakukan.

Dengan tidak menyatakan nama bapa mereka dalam surat kelahiran mereka dan menganggap mereka sebagai anak "tak sah taraf" bererti masyarakat menghukum mereka dan tidak menerima mereka, malah memalukan mereka dan ibu bapanya sepanjang hayat.

Saya kira adalah satu perbuatan yang zalim dan tidak menyelesaikan masalah, sekiranya kita masih berpegang pada fatwa lama bahawa anak luar nikah itu tidak boleh dibinkan atau dibintikan kepada bapa mereka.
Dicatat oleh Lia Suraya di 8:32 AM







__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment