Sunday, November 6, 2011

RG2011... AMARAN UNTUK AHLI POLITIK PEMERINTAH DAN PEMBANGKANG

 

Salam alaik,

Sempena Eidil Adha, saya ucapkan EID MUBARAK !

Semoga Allah merahmati sahabat sekelian dengan rezeki yang melimpah-ruah dan penuh barakah sehingga Eidil Adha yang akan datang.

Dan sempena Pilihanraya yang bakal menjelma, sila tatapi dan fahami hadith di bawah ini :

Ka'ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
" Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga). "
-- Riwayat Tirmidzi, Nasae'i dan Hakim.

Di atas ialah pegangan saya berdekad lamanya dan saya yakin ramai juga yang berpegang pada yang sama. Malahan banyak juga hadith lain yang mengukuhkan pegangan itu. 

Dengan itu, Ahli Politik beragama Islam harus ambil perhatian dan ingat di bawah ini :

.... Zaman kejahilan, kebodohan dan ugutan TELAH BERLALU kini,

.... Kami tidak takut kepada kamu walaupun sebesar zarah, WALLAHI,

.... Jika kamu mungkar dan mungkir, kejatuhan kamu sudah pasti,

.... Jika kamu takabbur dan zalim, maka bala dan laknat Allah menanti,

.... Jika kamu fitnah, bohong dan caci, semuanya akan menerpa kembali,

.... Jika kamu assabiyah & kroni, syurga di dunia tapi kamu di neraka bila mati,

.... Jika kamu berakhlak dan soleh, kami doa, sokong dan hormati,

.... Setelah itu, jika kamu lupa diri, bersedialah untuk malu dan diganti,

.... Jika kamu bersyukur, maka kemuliaan dunia dan akhirat hampir pasti,

.... Jika kamu adil, insyaallah Rasulullah akan mensyafaati.
 
-------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------{Untung Bahasa Arab}-----------------------------         
----- http://malaysiaku.com/recommends/Untung_Belajar_Bahasa_Arab/

--------------------{ Pencegahan Dadah Awal }--------------------------         
.------------------------- http://www.KENALI.net

------------------------{ Doa-doa Pendek }------------------------------          
..---------------    -....http://www.MalaysiaKu.com
-------------------------------------------------------------------------------------
                                                                 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment