Monday, November 21, 2011

RG2011... Fw: Anjing Kelaparan, Serang dan Makan Tuan Sendiri

 

----- Original Message -----

Anjing Kelaparan, Serang dan Makan Tuan Sendiri
 
selatanonline
Oleh Free Malays

TUJUH ekor anjing yang kebuluran makanan dan air selama dua minggu disyaki telah menyerang dan memakan pemiliknya seorang warganegara Indonesia selepas dia kembali ke kampung halamannya di Manado, Sulawesi dari bercuti.

Seorang pengawal kejiranan yang menjadi saksi kejadian berkata, beliau berasa ingin tahu apabila dia melihat barang-barang yang bersusun di depan rumah mangsa, Andre Lumboga beberapa hari selepas mangsa berusia 50 tahun itu kembali ke rumah.

Beliau menghampiri rumah, dan terbau sesuatu yang busuk dan segera memanggil polis, menurut laporan.

"Tengkorak ditemui di dapur, dan tubuhnya ditemui di hadapan rumahnya," Eriyana, Ketua Polis tempatan di Batam, sebuah pulau di luar Sumatera, memberitahu laman web VIVAnews. Lumboga tiba rumah Rabu lepas, tetapi mayat hanya ditemui pada hari Isnin.

"Kami mengesyaki bahawa anjing-anjing itu lapar, jadi mereka menyerang Andre, kerana ia telah tidak diberi makan selama 14 hari," katanya. Polis turut menemui tulang dua anjing lain, yang dipercayai juga telah dimakan oleh anjing jenis Canines yang lapar.

Inilah akibat apabila mengabaikan keperluan asas haiwan peliharaan, apatah lagi dari jenis karnivor dan garang. Tindakan agresif anjing-anjing itu adalah sesuatu yang tidak menghairankan, dan ternyata haiwan-haiwan kelaparan ini berada dalam trauma yang keterlaluan lalu bertindak agresif.

Lumboga berasal dari sebuah pulau di utara Sabah, sebuah kawasan yang majoriti penduduknya Kristian, di mana diet tempatan yang terkenal di kawasan itu adalah termasuk anjing, kelawar dan tikus hutan.
 
Posted by aya
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment