Facebook & Twitter : Haram jika tidak ikut syariat
KUALA TERENGGANU Laman sosial seperti facebook dan twitter yang kini seolah-olah menjadi satu kemestian kepada setiap orang boleh menjadi haram jika ia digunakan secara membabi buta dan tidak mengikut syariat Islam.
Imam Besar Terengganu, Aizi Saidi Abdul Aziz berkata, ramai orang tidak sedar bahawa teknologi dari barat itu juga sebenarnya mampu memusnahkan diri sendiri apabila ia tidak diguna dengan baik iaitu dengan kehendak Islam.
Menurutnya, perlakuan paling mudah mendatangkan dosa dalam penggunaan facebook dan twitter adalah dengan mengemaskini status berunsur fitnah atau pembohongan dan tindakan itu kurang diambil perhatian.
"Kita lihat ramai pengguna laman sosial mengambil mudah hal ini tetapi mereka kena sedar fitnah atau pembohongan ini boleh memutuskan hubungan dan menjatuhkan orang lain sekali gus mendatangkan dosa.
"Apatah lagi dalam Islam, dosa memfitnah itu besar iaitu seolah-olah membunuh," katanya kepada Sinar Harian ketika mengulas trend penggunaan laman sosial yang menjadi fenomena sekarang khususnya golongan muda.
Selain itu Aizi Saidi berkata, dalam keghairahan memuat naik (upload) gambar untuk tatapan kenalan laman sosial masing-masing, orang Islam khususnya wanita juga seharusnya tidak keterlaluan menonjolkan diri sendiri.
Katanya, memuat naik gambar yang tidak menutup aurat dengan pelbagai jenis aksi memalukan sudah pasti mendatangkan dosa kerana ia jelas melanggar syariat Islam, lebih-lebih lagi gambar itu dilihat oleh satu dunia.
"Gambar tidak sopan juga akan merancakkan nafsu kaum lelaki yang melihat dan bermula dengan ini mereka mungkin melakukan perkara negatif lain termasuk mengeksploitasi gambar tersebut.
"Bagi wanita yang sudah bertunang atau berkahwin pula, tindakan sebegini merosakkan hubungan bersama pasangan masing-masing dan oleh itu mereka perlu menjaga maruah masing-masing dengan menutup aurat.
"Tapi seboleh-bolehnya, tidak perlulah memuat naik gambar yang banyak terutamanya wanita takut timbul fitnah pula, zaman teknologi sekarang macam-macam boleh berlaku," katanya.
Mengulas lanjut, Aizi Saidi memberitahu, facebook dan twitter tidak memberi keburukan seratus peratus sebaliknya ia mampu membawa perpaduan serta menyuburkan Islam jika individu itu menggunakannya dengan betul.
Beliau berkata, semuanya bergantung kepada iman masing-masing dan menjadikan Islam sebagai panduan. [Sinar Harian]
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment