Tuesday, November 8, 2011

RG2011... Fw: Kerabat Perak beri amaran kepada Raja Ahmad Nasir

 

 
----- Original Message -----

Kerabat Perak beri amaran kepada Raja Ahmad Nasir
 
selatanonline
 
IPOH: Sepuluh ahli kerabat Raja Perak memberi amaran kepada Raja Ahmad Nasir Raja Abdullah Azizi (gambar) supaya menghentikan tindakannya memfitnah dan mencemar nama Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Bergelar dalam usahanya menuntut satu daripada jawatan Raja Bergelar itu.

Raja Omar Ikram Raja Abdullah yang bertindak sebagai jurucakap kumpulan itu berkata, perbuatan Raja Ahmad Nasir itu di dalam blog dan terbaru menjelajah ke daerah termasuk menyampaikan "titah" atau "perutusan" umpama dirinya seorang raja kepada rakyat, bukan saja mencemar nama baik Sultan Perak malah memalukan kerabat.

Raja Omar Ikram berkata demikian pada sidang media di sini.

MB minta polis ambil langkah keselamatan selaras undang-undang

Pada September 2011, Polis diminta agar mengambil langkah keselamatan selaras dengan undang-undang terhadap cubaan rombongan diketuai
Raja Ahmad Nasir Raja Abdullah Azizi yang mendakwa dirinya sebagai ahli kerabat diraja Perak untuk memasuki Istana Iskandariah, di Kuala Kangsar.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika diminta mengulas perkara itu berkata, kerajaan negeri menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan mengikut undang-undang yang ada.

Katanya, sesiapa juga yang menimbulkan masalah akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang yang ditetapkan agar keselamatan negeri dan rakyat sentiasa terjamin.

"Saya serahkan kepada pihak keselamatan untuk mengendalikan perkara ini dan mengambil langkah yang perlu.

"Benda ini (isu dakwa waris Kesultanan Perak) bukan perkara baru kerana sudah beberapa kali pengumuman dan kenyataan dibuat oleh pihak terbabit yang mendakwa dirinya ahli kerabat Kesultanan Perak," katanya kepada pemberita di Ipoh.

Beliau mengulas penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dipetik satu rombongan yang diketuai oleh Raja Ahmad Nasir Raja Abdullah Azizi akan cuba memasuki Istana Iskandariah jam 9.30 pagi, pada 25 September 2011 yang lalu.

SMS yang dihantar kepada pengamal media juga menyatakan rombongan nekad akan bertolak dari kediaman Raja Ahmad Nasir di Taman Maju Rapat, dekat Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah pada sekitar jam 7.30 pagi.

Pengamal media dijemput hadir untuk menyaksikan sendiri apa yang akan terjadi terhadap rombongan, menurut SMS itu lagi.

Pada April tahun lalu, Raja Ahmad Nasir dalam akhbar Utusan Malaysia dilaporkan mengaku dirinya sebagai kerabat diraja Perak dan memohon ditabalkan ke salah satu dari dua kekosongan jawatan Raja-Raja Bergelar di negeri itu.

Beliau mendakwa memiliki hak untuk menduduki kekosongan itu kerana merupakan waris negeri atau waris dari Sultan Ke-18, Sultan Ahmadin Shah.

"Saya bukan mahu wang, saya hanya mahu kedudukan itu sahaja kerana datuk saya pernah berpesan kepada saya untuk mendapatkannya," katanya.

Menurut Raja Ahmad, beliau yakin memiliki hak yang sama rata dengan mana-mana waris negeri untuk mendapatkan gelaran tersebut.

Jelasnya, walaupun Istana Perak telah menjelaskan bahawa hanya ahli kanan waris negeri yang layak dilantik, beliau tetap mempertahankan haknya itu kerana yakin dirinya merupakan waris Raja Kulop Mohammad.

Kata beliau, keturunannya sebelum ini tidak pernah menuntut kedudukan Raja-Raja Bergelar kerana mereka telah dikenakan sumpahan yang antaranya menyebabkan terpaksa menggugurkan istilah Raja dalam nama mereka.

Jelas beliau, selepas melepasi sumpah tujuh keturunan itu, barulah beliau berhak untuk memenuhi tuntutan tersebut.

Jelasnya, beliau mempunyai bukti keturunannya yang kukuh dan membolehkan dirinya memohon untuk memenuhi gelaran itu.

Mengikut perundangan Perak, hanya ahli kanan waris negeri iaitu anak-anak kepada Raja Pemerintah, bakal-bakal Sultan dan Raja-Raja Bergelar sedia ada sahaja yang dipertimbangkan untuk mengisi kekosongan Raja-Raja Bergelar jika ada
. CG
 
Posted by CucUtAliB

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment