Sunday, November 6, 2011

RG2011... Fw: Pemimpin Duduk Istana, Rakyat Dapat Rumah Cincai..

 

----- Original Message -----

Pemimpin Umno BN Duduk Istana, Rakyat Hanya Dapat Rumah Cincai..

 
Merujuk perkara di atas, saya Richard Bin Simon, nombor kad pengenalan 781015-12-5143 merupakan salah seorang penerima bantuan rumah PPRT kawasan Kemabong, Tenom bagi Tahun 2011. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur dan berbanyak terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional, khususnya BN Kemabong, Tenom kerana telah meluluskan permohonan bantuan rumah PPRT saya.

Terasa sangat gembira kerana saya dan keluarga saya bakal mempunyai rumah sendiri. Namun tujuan saya menulis surat aduan ini adalah untuk menyatakan rasa tidak puas hati saya dan keluarga tentang keadaan rumah bantuan PPRT yang telah siap dibina, tetapi tidak mematuhi kualiti dan spesifikasi yang ditetapkan.

Rasa tidak puas hati juga dilemparkan terhadap kontraktor yang telah diluluskan kerana membuat kerja sambil lewa. Disebabkan tarikh siap yang ditetapkan telah tamat, pihak kontraktor telah mengarahkan pekerja-pekerjanya bekerja lebih masa hingga lewat malam sehingga rumah PPRT yang dibina sangat tidak teratur atau 'Cincai'. Kekukuhan rumah yang dibina juga sangat diragui dan kualitinya amat rendah.
Saya difahamkan pihak kontraktor mendapat kontrak tiga buah rumah PPRT untuk disiapkan iaitu dua buah rumah di Kampung Masanoi dan sebuah lagi saya sendiri (Kampung Mailo). Pada mulanya, barang-barang bagi menyiapkan rumah saya telah dihantar ke tempat saya tetapi pihak kontraktor mengambil balik barang-barang yang ada untuk dibawa ke tempat lain pula.

Apabila dikembalikan semula, barang-barang tersebut telah bertukar. Contohnya seperti mangkuk tandas yang mulanya mangkuk tandas duduk telah ditukarkan kepada mangkuk tandas mencangkung. Saya juga ada beberapa kali melaporkan kepada juruteknik daerah yang bertanggungjawab memeriksa spesifikasi dan kualiti rumah PPRT yang dibina. Mereka (Juruteknik) ada datang memantau rumah saya dan mengesahkan ukuran rumah yang sepatutnya untuk PPRT adalah tidak tepat.

Mereka (Juruteknik) telah membuat pemantauan sebanyak 5 kali. Pihak kontraktor telah dimaklumkan oleh juruteknik berkenaan spesifikasi yang tidak tepat tetapi pihak kontraktor 'Seperti mencurah air di daun keladi'. Tidak mendengar nasihat yang diberikan oleh pihak juruteknik. Bersama ini saya lampirkan gambar-gambar sebelum dan selepas rumah bantuan PPRT saya siap dibina.

Saya juga memohon agar pihak bertanggungjawab seperti Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, Pegawai Kemajuan Negeri Sabah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pegawai Daerah Tenom turun padang bagi melihat sendiri keadaan rumah bantuan PPRT saya yang dibina dan menyiasat lesen kontraktor serta kontraktor yang terlibat kerana saya khuatiri berlakunya penyelewengan untuk mengaut keuntungan yang banyak sehinggakan golongan malang seperti saya mendapat padahnya.

Bagi mengelakkan perkara sama berlaku kepada penerima bantuan rumah PPRT yang lain, saya mohon agar penyiasatan segera dilakukan dalam masa terdekat ini. Rumah bantuan PPRT yang saya terima bukanlah untuk tempat tinggal sementara tetapi untuk selama-lamanya bersama keluarga. Namun sekiranya kualiti dan kekukuhan rumah tidak terjamin, saya bimbang akan keselamatan ahli keluarga saya sekiranya berlaku bencana alam seperti angin kencang dan hujan lebat.

Pihak SPRM juga perlu terlibat sama dalam membanteras kontraktor yang hanya mahu mengaut keuntungan lebih berbanding membina rumah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Rasuah mungkin ada kaitannya dengan kontraktor yang terlibat. Harap disiasat oleh pihak SPRM. Segala kerjasama daripada semua pihak yang terlibat amatlah diharapkan./sabahkini
 
 
 
 

RUMAH PPRT 'CINCAI' BELUM SIAP

 


Saudara Pengarang,

Berikut adalah surat penjelasan saya terhadap paparan yang dikeluarkan pada 05 November 2011. Saya ingin memohon ehsan daripada saudara pengarang supaya dapat menyiarkan surat penjelasan saya ini. Untuk itu saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Pengarang dan tidak dilupakan saya mengucapkan 'Selamat Menyambut Aidil Adha' kepada Sidang Pengarang dan Seluruh Krew Sabahkini.net.

Saya ingin merujuk kepada paparan yang bertajuk 'Rumah PPRT Telalu Cincai' yang disiarkan oleh Sabah Kini pada 05 November 2011. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada penerima Program Bantuan Rumah (PBR) berkenaan iaitu Richard Bin Simon mengenai dengan mutu kerja pembinaan rumah berkenaan, yang saya akui terdapat kecacatan.

Namun saya ingin menjelaskan beberapa perkara agar perkara ini tidak disalah anggap oleh sesiapa pun. Biar saya perjelaskan fakta mengenai rumah tersebut satu persatu:-

a) Rumah berkenaan BELUM lagi siap, apatah lagi diserahkan kepada Richard.

b) Ini bermakna rumah tersebut masih lagi dalam pembinaan dan sebarang kecacatan masih dalam tanggungan kontraktor.

c) Belum ada tuntutan bayaran ke atas pembinaan rumah berkenaan dikemukakan oleh kontraktor. Kalau dikemukakan sekali pun ianya tidak akan diproses kerana kecacatan berkenaan HARUS diperbaiki.

d) Setiap tuntutan pembayaran oleh kontraktor PERLU disokong dengan borang pengesahan penyiapan yang di tandatangani oleh Richard sendiri.

Selaku juruteknik saya memantau semua projek-projek kecil di daerah Kemabong semampu saya kerana sebagai makluman hanya seorang sahaja juruteknik di daerah ini yang memantau kesemua projek-projek kecil; termasuklah Projek melalui peruntukan Khas ADUN dan MP; Projek PIA/PIAS, Projek Pembasmian Kemiskinan dan juga Projek PBR ini.

Untuk rumah ini, saya telah datang memantau lebih dari tujuh kali dan BUKAN lima kali seperti yang dikatakan oleh Richard dalam paparan tersebut. Surat amaran telah juga dikeluarkan kepada kontraktor berkenaan dan surat amaran yang terakhir bertarikh 1 November 2011.

Antara lain kandungan surat berkenaan ialah projek berkenaan 'Tidak Akan Dibayar' sekiranya kecatatan tidak diperbaiki dan juga lesen kontraktor berkenaan akan dicadangkan untuk disenarai hitamkan.

Manakala isu mangkuk tandas cangkung tidak seharusnya dibangkitkan kerana dinyatakan di spesifikasi kerja PBR.

Namun selaku juruteknik di Pejabat Daerah Kemabong, saya berasa amat terkilan dengan tindakan penerima PBR ini yang membuat laporan seolah-olah ada penyelewengan dipihak saya dalam projek berkenaan.

Saya telah memberi jaminan kepada beliau bahawa semua kecacatan yang dia adukan akan diperbaiki sehingga sempurna, cuma sahaja saya meminta agar dia boleh bersabar kerana projek berkenaan masih dalam pembinaan.

Untuk makluman, pegawai kami di Pejabat Daerah Kemabong amat menitik beratkan mutu kerja semua projek, terutama sekali projek PBR yang dilaksanakan di daerah Kemabong.

Sebagai contoh, sebuah rumah PBR juga di kampung lain, yang masih di peringkat pemasangan rangka kasau atap, telah diarahkan untuk dirobohkan kerana tidak mematuhi spesifikasi pembinaannya. Ini menunjukkan kami tidak berkompromi mengenai dengan mutu kerja. Selain itu pegawai kami juga sering turun padang untuk memantau sendiri pelaksanaan semua projek di daerah Kemabong.

Oleh itu, andaian Richard bahawa berlaku rasuah dalam kes ini, amat menyedihkan, kerana saya telah berusaha sedaya upaya untuk memastikan projek ini dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Namun saya terima tohmahan itu dengan hati yang terbuka kerana Tuhan yang maha kuasa tahu apa yang ada dalam hati sanubari saya kerana saya terima tugas serta tanggungajawab ini sebagai satu ibadah.

Sebelum saya mengakhiri penjelasan ini, saya memohon kepada semua pihak agar tidak menilai kerja kami dari sudut pandangan yang sempit, kerana dalam hal ini MUNGKIN ada faktor lain termasuk faktor politik yang sedang dimainkan.

Lantas saya berani mengatakan, kami memikul tanggungjawab untuk melaksanakan tugas ini dengan hati nurani yang bersih.

Sekali lagi, saya memberi jaminan kepada Richard, bahawa semua kecacatan pembinaan rumah tersebut akan di perbaiki dengan segera!

Sekian dan Salam Hormat.

RAYNER FRANCIS

Juruteknik Pejabat Daerah Kemabong.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment