Thursday, November 3, 2011

RG2011... Fw: "You Help Me, I Help You".

 

----- Original Message -----

Panas: Perlantikan Datuk Nalakaruppan Sebagai Senator, Satu Lagi Penghinaan Kepada Pemimpin UMNO BN Yang 'Setia Pada Parti' Itu Sebenarnya !

PDO
 
Sungguh mengejutkan bila tersebar cerita sensasi bahawa "sahabat karib" dan rakan tenis Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Datuk S.Nalakaruppan (foto) tiba-tiba dilantik ke jawatan Senator. Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), itu adalah antara tiga individu yang mengangkat sumpah sebagai senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang, hari ini.
 
Nalakaruppan, 65, dilantik buat pertama kali bersama Bendahari MIC Datuk Jaspal Singh, 49, dan Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan, Chiew Lian Keng, 47. Ditemui pemberita kemudian, Nalakaruppan berkata, amanah yang diberikan itu akan digunakan sebaiknya bagi memastikan hak dan kebajikan rakyat di negara ini didahului. Persoalannya sekarang, atas kapasiti apa yang menyebabkan beliau dilantik ke jawatan setaraf "Menteri" itu?.
 
Dengan perlantikkan ini, maka lengkaplah seorang lagi "pengkhianat kerajaan BN" yang diberi penghormatan setinggi itu. Sebelum ini, org kuat Anwar yang juga Ketua AMK Keadilan iaitu Ezam Md Noor. Nampaknya, kini sudah menjadi budaya baru dan "trend" sesiapa sahaja yang menentang dan kemudian kembali "menjilat ludah" akan diberi "layanan istimewa" seperti itu?. Jika ini keadaannya, maka tidak lama lagi ramai pemimpin UMNO BN pasti akan keluar parti itu, kemudian menentang kerajaan dan akhirnya masuk semula.
 
Bagaimana perasaan pemimpin dan mereka yang sudah lama berjuang dan setia kepada parti?. Bayangkan, orang yang khianat dilayan sebegitu tetapi mereka sekian lama bersusah payah bersama parti dipinggirkan. Apakah budaya ini adil untuk mereka?. Malah, paling mengejutkan bila pemimpin khianat dan sanggup "bakar jambatan" seperti Rais Yatim, Shabery Chik yang khianat kepada UMNO dan bersama Semangat 46 dulu kini diangkat pula sebagai Menteri Kabinet Kerajaan Barisan Nasional. Bukankah ini satu penghinaan kepada mereka yang setia kepada parti sebenarnya. Apakah ia harus dibiarkan?.

[Jika inilah keadaannya, maka sepatutnya pemimpin UMNO BN perlu bangkit menyuarakan bantahan mereka. Maruah mereka dimalukan oleh pemimpin atasan dengan semudah itu. Bukankah mereka adalah pejuang sejati yang sepatutnya diberi penghormatan sedemikian rupa. Sebelum ini, ramai proksi kepada pemimpin itu sendiri telah diangkat ke kabinet dengan melantik mereka sebagai "Senator". Inilah yang berlaku kepada Raja Nong Chik, Jamil Khir Baharom, Mashitah Ibrahim dan ramai lagi. Bayangkan, mereka yang tidak dipilih oleh rakyat itu diangkat ke jawatan besar dalam kabinet Najib, sedangkan ramai lagi pemimpin berwibawa untuk dipilih. Jika amalan ini terus dibiarkan, maka akhirnya perjuangan yang dilakukan oleh mereka yang setia kepada parti terus akan diperlekehkan sedemikian rupa. Maka, kepada ahli dan pemimpin UMNO BN berfikirlan secara rasional apa yang berlaku ini. Apakah anda terus rela pemimpin anda dihina seperti ini agaknya. Lakukan perubahan sekarang jika tidak mahu maruah terus dipermainkan oleh pemimpin atasan. Maka fikir-fikirkanlah].
 
 

NGO India Pertikai Perlantikan Nalla Sebagai Senator

KUALA LUMPUR, 2 Nov - Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas), salah satu pertubuhan bukan kerajaan komuniti India, hari ini mempersoalkan pelantikan Datuk K S Nallakaruppan sebagai senator.

Nallakaruppan( gambar ), pengasas dan presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) akan mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara hari ini.

MIUP yang ditubuhkan selepas Nallakaruppan, bekas rakan sukan tenis Datuk Seri Anwar Ibrahim, keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR), menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 2008.

"Mipas ingin mempersoalkan adakah ia satu majlis (detik) yang harus di banggakan? Datuk Nalla menubuhkan Parti Bersatu India Malaysia setelah keluar PKR, malangannya MIUP tidak menyertai pilihan raya umum ke-12, ia hanya menumpukan kepada kerja-kerja dalaman parti sahaja," kata Setiausaha Agung Mipas S Barathidasan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, kata beliau, MIUP juga bukan sebuah parti majoriti yang mewakili masyarakat India.

"Mipas ingin bertanya apakah sumbangan Datuk Nalla untuk masyarakat India dan negara? Pernahkah beliau membawa apa-apa perubahan dari segi ekonomi, sosial dan politik?" katanya lagi.

"Bagi Mipas, Datuk Nallakaruppan hanyalah merupakan bekas 'rakan tenis' Datuk Seri Anwar Ibrahim, adakah untuk itu beliau di lantik sebagai senator?" kata beliau.

Nallakaruppan, 65, merupakan antara bekas pemimpin PKR dilantik dan ketua parti yang menyokong BN dari luar dilantik sebagai senator.

Sebelum ini, bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Mohd Nor dilantik sebagai anggota Dewan Negara.

Kedua-duanya pernah dilabel sebagai antara orang kuat Anwar.TMI

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment