Monday, November 14, 2011

RG2011... Gagal Memperbaiki Jalan Lama Dari Kuantan Ke Maran

 

----- Original Message -----

Kemalangan, Ramai Yang Kecewa, Kerajaan Gagal Memperbaiki Jalan Lama Dari Kuantan Ke Maran!

PDO
 
 
KUANTAN, 13 Nov - Orang ramai yang sering melalui Jalan Kuantan-Maran melalui jalan lama (Gambang) kecewa dengan kerajaan yang gagal, membaik pulih beberapa laluan berbahaya termasuk di Kilometer 47 yang menjadi lokasi kemalangan ngeri yang melibatkan dua mangsa rentung petang semalam. Difahamkan jalan di kawasan tersebut memang tidak stabil dan merbahaya kepada lalu lintas. Menurut laporan sudah beberapa kali pihak berkenaan menghantar laporan berkenaan kerosakkan jalan terbabit kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), namun sehingga kini ia masih tidak diperbaiki. Jalan terbabit dipercayai bermasalah kerana permukaannya yang tinggi rendah, ada depration dan keretakan serta "site table" yang teruk dari kawasan Semuji Resort ke Paya Bungor. Ramai yang menghantar komen kepada kami yang tidak terkejut dengan kejadian yang berlaku tempohari kerana memang mereka sudah menjangka sejak sekian lama. Malah, laluan terbabit langsung tidak diambil berat oleh pihak kerajaan.
 
"Kami bayar road tau tapi kerajaan buat tak tau jer... JKR pun sama.. Dato' Pengarah JKR tu letak jawatan jer lar... Bayar saman berjuta ... mana pergi duitnyer .. repairlah jalan tu .. jangan buat bayar gaji .. kecewa betul kami dengan kerajaan sekarang .. baik tukar kerajaan baru jer lah .. Jom kita semua terutamanya saudara mara mangsa yang terkorban semalam .. insaflah... tukar kerajaan baru, tengok perubahan pula", kata seorang komentar. Sementara itu, satu lagi komentar yang kami terima berbunyi "Ketua Pegawai Bomba ... Ada Baca Blog ini (PDO)?. Nak tanya jer ... masa bawa tangki bomba yang penuh air tu (ke lokasi kejadian) ... ada rasa bergoyang ke?.. nak terbalik ke?, masa lalu kat KM42 hingga KM44 tu ... dekat dengan tempat kemalangan tu dah ada tak masuk Lorong Bertentangan untuk mengelak jalan yang rosak, tak stabil dan retak di situ?. Jawab biar ikhlas kat sini ... kita sama-sama rasai, JKR sama rasai, YB sama rasai tapi mereka ikut highway (LPT) sebab claim free", kata kenyataan itu.

Mangsa Rentung Kemalangan Petang Semalam Di Percayai Ialah Seorang Kontraktor Dari Temerloh

PDO
 
 
TEMERLOH, 13 Nov - Mangsa kemalangan ngeri, yang melibatkan sebuah kenderaan Toyota Harrier yang rentung di KM47 Jalan Kuantan-Maran, dekat Kampung Gelugor petang semalam dipercayai ialah Mohd Saidi Md Sani, 45 yang merupakan seorang "kontraktor" terkenal di bandar ini. Menurut sumber, mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Maran ke Kuantan bersama seorang wanita. Wanita terbabit Yuzihaliza Ya'kob, 32 turut rentung selepas kenderaan yang mereka naiki melanggar sebatang pokok akibat kemalangan itu. Kami belum dapat mengesahkan apakah kontraktor terbabit itu mempunyai hubungan rapat dengan kepimpinan UMNO peringkat negeri dan bahagian ini. Difahamkan, sahabat-sahabat dan saudara mara mangsa kini sedang berpusu-pusu ke rumah beliau yang terletak berhampiran Taman Gau Indah dekat sini. Isteri mangsa yang masih "trauma" dipercayai merupakan seorang kerani di sebuah sekolah rendah yang berdekatan.

Warta Pahang: 'Dua Rentung' Dalam Kemalangan Di KM 47 Jalan Kuantan-Maran Petang Semalam !!

PDO
 
 
KUANTAN 13 Nov - Dua rentung apabila kenderaan dinaiki melanggar sebatang pokok sebelum terbakar di Kilometer 47 Jalan Kuantan-Maran dekat Kampung Gelugor di sini, semalam. Dalam kemalangan kira-kira 1 petang itu, kenderaan jenis Toyota Harrier yang dipandu oleh seorang wanita dan penumpang lelaki itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Kuantan. Pegawai Operasi Balai Bomba Taman Tas, Zurin Mamat berkata, pihaknya tiba di tempat kejadian pada pukul 2.14 petang selepas 30 minit menerima panggilan berhubung kemalangan itu. Beliau berkata, setibanya di tempat kejadian, kereta itu telah terbakar keseluruhannya. "Kami mengambil masa kira-kira tiga minit bagi memadam api dan terpaksa memotong beberapa bahagian kereta berkenaan bagi mengeluarkan mayat yang tersepit," katanya ketika dihubungi. Beliau berkata, kedua-dua mayat yang rentung itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat. Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan berkata, pihaknya belum mengenal pasti identiti kedua-dua mangsa dan siasatan masih dijalankan berhubung punca kemalangan tersebut.

[Pihak kami telah mendapat maklumat lebih awal tentang kemalangan ini. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Apapun, semoga semua pihak berhati-hati ketika memandu di jalanraya. Jangan memandu terlalu laju hingga boleh menyebabkan segala yang tidak diingini boleh berlaku. Ingatlah orang yang tersayang. Biarlah sampai lambat tetapi jangan tak sampai langsung. Kemalangan memang tidak dijangka, tetapi ia boleh berlaku jika ada pihak yang cuai tentang aspek keselamatan. Semoga semua pihak mengambil ikhtibar atas kejadian yang berlaku hendaknya].

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment