Monday, November 14, 2011

RG2011... GAPS tuntut 10 bulan bonus

 


 

GAPS tuntut 10 bulan bonus
Oleh Wan Jailani Razak
2011/11/14

MB Selangor didakwa berat sebelah terhadap penjawat awam

SHAH ALAM: Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) semalam mendesak kerajaan negeri memberikan bonus 10 bulan kepada semua kakitangan awam Selangor seperti diberikan kepada kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tahun ini. 

Presidennya, Hamidzun Khairuddin, berkata keputusan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu menunjukkan beliau bersikap berat sebelah dalam pemberian bonus kepada kakitangan awam.

Katanya, kakitangan PKNS yang juga kakitangan awam diberi bonus sehingga 10 bulan, manakala bonus kakitangan awam lain di jabatan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) hanya setengah bulan gaji atau RM500 saja.

Selain itu, beliau mempersoalkan kewajaran gaji minimum hanya diwajibkan kepada empat anak syarikat milik kerajaan negeri, sedangkan ia sepatutnya dilaksanakan kepada semua kakitangan anak syarikat kerajaan negeri di Selangor. 

"Di mana keadilan diperjuangkan kerajaan pakatan pembangkang di Selangor untuk kakitangan awam. Adakah adil jika layanan bonus dan gaji kakitangan awam ini dibeza-bezakan berdasarkan jabatan, PBT dan badan separa kerajaan. 

"Justeru, pengumuman pentadbiran Abdul Khalid untuk melaksanakan kadar gaji minimum sebenarnya hanya janji kosong kepada majoriti besar pekerja awam dan swasta di Selangor," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam. 

Abdul Khalid pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini berkata, kerajaan negeri bercadang melaksanakan gaji minimum kepada anak syarikat milik kerajaan negeri tahun depan menerusi 'Geran Selangorku' berjumlah RM300 juta. 
Katanya, cadangan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 sebulan bukan secara automatik, sebaliknya berdasarkan produktiviti seseorang pekerja. 

--


until you make peace with who you are,
you will never be content with what you have




 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment