Monday, November 21, 2011

RG2011... Hidup bak memicit tiub ubat gigi -oleh mazidul

 


21 November 2011, hari kedua terakhir sebelum tamat Sukan Sea edisi ke 26 Palembang-Jakarta, Indonesia. 

Saya dan semua kru Media Prima akan terbang kembali ke tanahair pada 24 November, masih cukup masa untuk bersiar-siar dan membeli-belah di kota Palembang.

Sewaktu bangun awal pagi tadi untuk menggosok gigi, terlintas di fikiran saya, analogi kehidupan di sini tidak ubah bak memicit ubat gigi hampir habis.


Pengalaman itu dilalui hampir semua pembaca, itu telahan saya. Sedaya upaya. lazimnya kita tetap cuba memicit sekaligus mengeluarkan sisa tinggal di dalam tiub samada bersaiz besar atau kecil biarpun kita tahu ubat gigi di tangan tidak begitu  mencukupi atau sekadar mampu untuk sekali pakai.


"Pak, selalu ke orang naik beca di sini?," soal saya kepada pemandu semalam sewaktu dalam perjalanan pulang ke hotel.

"Ada tetapi upah seharian sekadar cukup untuk menbeli sekilogram beras sahaja," jelasnya.

Kehidupan mereka bak kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.


"Berapa harga sekilogram beras di sini?," tanya saya lagi.

"Sekitar 7,000 rupiah (RM2.30)," balasnya.

Melalui pengamatan saya, terdapat ribuan beca beroperasi di Palembang, setiap pengayuh bersaing untuk mendapatkan penumpang dengan bayaran tidak seberapa. 

Sama seperti ubat gigi hampir habis, masih cuba untuk dipicit keluar. 

Dalam kes ini hanya untuk meraih rezeki biarpun sekadar mampu untuk menyuapkan nasi ke mulut anak-anak menunggu di rumah.

Petang semalam hujan turun lebat di Palembang.

"Orang tua itu menjual apa?," soal saya kepada pemandu sama.

"Es (ais) itu pak," katanya.


"Hari hujan justeru dia terpaksa pulang kerana es tidak laku," terangnya lagi.

Ubat gigi telah habis bagi peniaga itu, begitulah analoginya. Hari ini mungkin dia kembali semula ke jalanan menjual es.

Pagi ini siaran televisyen tempatan melaporkan ribuan warga di Jakarta merusuh kerana gagal memperoleh tiket untuk menonton perlawanan akhir bola sepak di antara Indonesia dan Malaysia di Stadium Astora Senayan.


Sebilangan kelihatan menendang pintu premis pembelian tiket dilaporkan berharga 250,000 rupiah (RM80). Dalam erti kata lain, mereka dapati ubat gigi di dalam tiub sudah kehabisan tetapi masih tegar memicitnya.

Jurulatih pasukan bola sepak Indonesia, Rahmad Darmawan di dalam temubual bersama wartawan tempatan, yakin pasukannya bakal menjuarai perlawanan jam 8.30 malam (waktu Malaysia) ini.


Rahmad juga sedang memicit ubat gigi tanpa mengetahui hasilnya. Mampukah dia menggosok gigi awal pagi esok setelah mengetahui keputusan perlawanan malam ini? Bersama kita nantikan.


Teliti karikatur dijadikan bahan muka hadapan satu daripada akhbar tempatan di Indonesia hari ini.


Pemain Malaysia di sebelah kanan digambarkan bertutup sebelah mata bak lanun. Saya khuatir jika tindakan tidak bijak media tempatan akan mencetuskan kebencian di antara dua negara berjiran sekaligus menepati persoalan dibangkitkan rakan blogger, Bujai dalam entri terkininya, klik Indonesia plans another konfrontasi.

Kali kedua terbabit mengulas acara sukan selepas Sukan Komenwel 1998 di Malaysia, di Indonesia saya mendapat gambaran sukan mampu menhuru-harakan hubungan rakyat kedua negara berjiran.

Sikap fanatik sekaligus tidak profesional sebilangan penyokong Indonesia terpaksa diserap atlet Malaysia bertanding di Sukan Sea anjuran negara dihuni lebih 240 juta penduduk ini.

"Tidak lengkap jika kita menjadi juara umum (keseluruhan) Sukan Sea andai kita tidak mampu meraih pingat emas dalam acara bola sepak," ujar Presiden Indonesia.

Baca pandangan kru 666, juga wartawan sukan The Malay Mail, VJ, di sini.

Hairan, dalam kelompok 10 negara Asia Tenggara lain, mengapa Malaysia dijadikan 'musuh' tradisi sukan Indonesia?

Sedangkan atlet pesaing terdekat Indonesia, Thailand merangkul 95 pingat emas ( merujuk keputusan pada 21 November, jam 8.35 pagi waktu Sumatera Selatan) tidak menerima nasib sama seperti pengalaman pahit ditempuh sebilangan pasukan mewakili Malaysia?

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment