Thursday, November 3, 2011

RG2011... Jasa YB Datuk Nalla sangat besar

 


Artikel

Oleh Mummy Rokiah

Nallakarupan dilantik menjadi Senator manakala ramai ghurka UMNO yang berjuang behttp://malaysianewsnetwork.net/portal/wp-content/uploads/2011/03/dn1-150x150.jpgrmati-matian dari dulu, kini dan selamanya dilupakan sahaja.

Kata bekas Setiausaha Politik seorang Menteri dengan perlantikan Nallakarupan sebagai Senator ia merupakan satu tamparan kepada mereka-mereka yang banyak berjasa pada UMNO tetapi dilupakan.



Mereka menjadi seperti hampas tebu selepas diperah hingga kering akhirnya dibuang menjadi makanan lembu.

Apakah perlantikannya hanya kerana beliau berani mendedahkan pekong taukenya dahulu Pak Sheh Anwar Ibrahim?

Dalam suasana politik sekarang tidak perlu lagi individu seperti Nalla untuk menjatuhkan Anwar kerana Anwar sekarang seperti nyawa ikan dengan pendedahan video berahinya oleh Datuk 'T'.

Jika masih gagal juga untuk menjatuhkan Anwar dengan video berahi itu maka lantiklah pula Datuk Eskay sebagai Senator kelak.

Selagi Anwar Ibrahim tak "khojol" maka lagi ramailah Senator yang tumbuh.

Pejuang-pejuang dalam UMNO akan sentiasa menggigit jari makan tulang.
 

Apa jasa Nalla kepada negara, kaum India?


Artikel
Oleh Barathidasan Saminathan
 
Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS) difahamkan bahawa Datuk KS Nallakaruppan dilantik sebagai senator dan dijadualkan mengangkat sumpah di Dewan Negara.nallakarupan interview 220307 smile

MIPAS ingin mempersoalkan adakah ia suatu majlis yang harus di bangga kan?  Nallakaruppan menubuhkan Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) setelah keluar daripada PKR, malangannya MIUP tidak menyertai pilihan raya umum ke-12, ia hanya menumpukan kepada kerja-kerja dalaman parti sahaja.


Selain daripada itu MIUP bukanlah sebuah parti majoriti yang mewakili masyarakat India.

MIPAS ingin bertanya apakah sumbangan  Nallakaruppan untuk masyarakat India dan negara? Pernahkah beliau membawa apa-apa perubahan dari segi ekonomi, sosial dan politik?
 
Juga apakah sumbangan beliau terhadap pembangunan negara dan isu-isu semasa seperti masalah setinggan, peluang perniagaan, pembelajaran, novel Interlok, perjuangan penduduk Ladang Bukit Jalil untuk mendapatkan tanah seluas empat ekar, kempen sejarah sebenar dan banyak lagi isu-isu semasa masyarakat India yang harus ditangani.
 
Bagi MIPAS, Nallakaruppan hanyalah merupakan bekas "rakan tenis" Datuk Seri Anwar Ibrahim, adakah untuk itu beliau dilantik sebagai senator?
 

Penulis adalah setiausaha agung, Persatuan Progresif India Malaysia

Para Serigala Sudah Mendapat Habuan


Penulis Tamu

Oleh Mohd Sayuti Omar

SEORANG demi seorang para pengampu dan oportunis politik sudah mendapat upah dan habuan masing-masing. Ternyata kesediahttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgRqdqhAZilnrQBx96m_RpmOqT-gVSQyuX06gLpeYY1qjoSYa6iQfpftej_4IVzo-Xgx6Zl-4m4FeIbQNKOslovULTONEc_k6RlIjM1TlikWDeyvr6DV1VbDVKRiwchYieQdwIlHY2yfcE/s320/serigala+berokoe.jpgan mereka menjadi serigala pemburu kononnya atas nama untuk menyelamatkan maruah agama, bangsa dan negara telah mendatangkan hasil buat mereka.

 Salakan dan pekikan meleking leking mereka bagaikan serigala tidak sia-sia, akhirnya berhasil walaupun ia bersifat sementara

 



Sama ada habuan itu diberi dengan penuh keikhlasan atau dengan terpaksa dan menyampakah, mereka peduli apa. Bagi mereka soal tembolok harus diutamakan. Soal apakah kaedah mereka itu halal atau tidak, tidak menjadi perhitungan. Politik matlamat menghalalkan cara ada budaya mereka.

 

Semuanya mendapat habuan mengikut sais perut dan juga sekuat mana mereka meminjam suara serigala untuk mendokong individu tertentu dan menyala individu tertentu lain untuk membolehkan mereka mendapat upah.

 

Serigala yang menjaga pintu pagar rumah diberikan roti kering, sekadar untuk membolehkan mereka mengeluarkan suara dan membuat kenyataan akhbar. Yang menjaga peribadi tokoh tertentu diberikan ayam dan daging supaya fizikal mereka kuat, sanggup melakukan aksi-aksi ganjil dan berani sehingga menggerunkan orang lain.

 

Serigala yang menjadi tukang merancang dan mengatur strategi diberikan pil-pil menguatkan minda berupa projek. Mereka inilah yang mengemukakan apa-apa strategi dan tektik bagi menjatuhkan pihak lawan dengan cara tidak bermoral.

 

Manakala serigala yang sedia sudah tidak ada moral sanggup menggunakan bahan lucah untuk memburuk lawan diberikan kedudukan di GLC ataupun jawatan berupa senator. Yang kecil pula diberikan jawatan untuk menjadi setiausaha kepada tokoh-tokoh tertentu. Paling kecil ialah jawatan peon di pejabat pengarah GLC.

 

Di satu pihak menganggap usaha mereka ini sebagai usaha pejuang dan pembela negara. Kononnya merekalah penyelamat negara dan bangsa dari dikhianti yang orang yang satu masa dulu merekalah yang mendolornya. (Dolor ertinya mengangkat punggung tokoh yang mereka jadikan idola itu, kandati dalam keadaan punggungya belengah kerana najis). Walhal tahi mereka ini pun ayam tidak sudi patut lagi.

 

Bagi saya mereka ini tidak ada guna dan sampah kepada negara. Dalam kata lain mereka juga boleh disifatkan musuh dan bandit kepada negara. Para oportunis politik inilah sebenarnya yang menimbulkan masalah dan sekaligus menjadikan kredibiliti dan moral politik hancur. Gelagat mereka menyebabkan orang akan hilang kepercayaan dan rasa hormat terhakis.

 

Cuba teliti dan tilik diri mereka ini satu persatu. Tenguk latar belakang mereka dan apakah asas perjuangan mereka. Mereka menyertai sesuatu parti politik bukan bertolak dari prinsip perjuangan. Mereka tidak ada prinsip dan matlamat yang jelas. Mereka masuk menyokong batang tubuh seseorang dan bukan berlandaskan nilai perjuangan.

 

Apa ertinya, mereka mengharap orang yang mereka sokong itu boleh memberi upah dan kedudukan kepada mereka dengan kuasa. Mereka menanti setelah orang itu berkuasa, jadi menteri dan perdana menteri ia diharap akan memenuhi mereka.

 

Jadi nilai mereka lebih kurang penarik kereta sakit saja. Mereka tarik kemudian minta duit upah untuk diberikan kepada anak isteri dan selebihnya untuk mabuk dan berpoya-poya mencari keseronokan.

 

Sebab itu mereka seperti ini tidak akan tahan berada dalam perjuangan mereka. Mereka akan mudah cemas dan mudah dipengaruhi. Mereka tidak ada teras akan hanyut dan tenggelam bila dilanda arus cabaran dan dugaan. Paling dahsyat mereka muda 'terpana' dengan wang ringgit dan pangkat. Mereka akan tidak peduli kepada maruah. Kepada pengikut dan penyokong sebegini yang penting tembolok bodoh mereka penuh.

 

Kewujudan kelompok ataupun serigala ini dominan sejak berlakunya krisis politik Melayu ekoran pemecatan Anwar Ibrahim dari Umno. Krisis pemimpin Melayu ini memberi ruang untuk mereka timbul dan mencari rezeki. Mulanya mereka berarak bagaikan awan biru di kala petang menyokong Anwar.

 

Selepas Anwar kelihatan kabur untuk menjadi pemimpin untuk mereka 'rukahi' maka mereka beralih kiblat menyokong orang yang mereka keji dan kecam sebelum ini. Kekosongan perut yang masuk angin sejak Anwar tidak berkuasa menyebabkan mereka mudah untuk berpaling arah.

 

Sebenarnya golongan serigala oportunis inilah yang merosakan politik negara ini. Merekalah yang membawa kucir kacir. Mereka juga menjadi penyebabkan moral politik kita musnah dan kepercayaan kepada orang politik terhakis. Merekalah yang merupakan virus kepada dunia politik kita.

 

Kenapa tidak gara-gara mereka yang boleh tukar sokongan dan sanggup mengkhianti penyokong, meninggalkan rakyat di kawasan menjadikan orang benci kepada politik dan sistem demokrasi.

 

Awasilah dengan golongan ini dan hendaknya tidak akan ada serigala baru selepas ini. Sucikan politik negara daripada dihidap wabak serigala oportunis ini
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment