Friday, November 4, 2011

RG2011... Kenyataan Media:PEMILIHAN PEMBELI-PEMBELI RUMAH MAMPU MILIK NEGERI SELANGOR

 

Moga-moga bertambah kurang tekanan dalam membeli rumah yg semakin naik harganya ketika ini.
 
TK.
..............................................................................................................................
 
Kenyataan Media
03 Hb November 2011
 
PEMILIHAN PEMBELI-PEMBELI RUMAH MAMPU MILIK NEGERI SELANGOR
 
 
Banyak pihak telah membuat pertanyaan tentang cara Kerajaan Negeri Selangor membuat pilihan  untuk pembeli Rumah Mampu Milik Negeri Selangor. Buat masa ini 124 Rumah Mampu Milik sedang dibina oleh PKNS di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.
 
Dijangka 10,000 Rumah Mampu Milik akan dibina oleh PKNS sehingga tahun 2016 di Gombak, Shah Alam, Kota Puteri, Antara Gapi dan Selangor Science Park II. Pemaju-pemaju swasta juga akan membina Rumah Mampu Milik menerusi dasar perumahan Negeri Selangor yang baru.
 
Rumah Mampu Milik akan dikawal jualannya oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
 
Syarat-syarat kelayakan untuk membeli Rumah Mampu Milik adalah :
 
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM 5,000.00 sebulan
  4. Pemohon (suami/isteri) tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor
  5. Berdaftar di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)
  6. Pemohon yang telah memiliki Rumah Kos Rendah selama lima (5) tahun ke atas boleh memohon Rumah Mampu Milik sebagai rumah kedua tetapi tertakluk kepada syarat had kelayakan pendapatan pembelian Rumah Mampu Milik
  7. Pemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga boleh memohon Rumah Mampu Milik
  8. Pembelian Rumah Mampu Milik adalah untuk didiami dan bukan untuk disewakan
 
Pemilihan pembeli-pembeli Rumah Mampu Milik dilakukan berdasarkan markah-markah yang dijana sacara automatik melalui Sistem Pendaftaran Permohonan Rumah Mampu Milik.
 
  1. Markah-markah diberi berdasakan,
  2. Pendapatan Bulanan Isi Rumah
  3. Tanggungan
  4. Kediaman Sekarang
  5. Taraf Perkahwinan
  6. Umur
  7. Negeri Tempat Lahir
  8. Tempoh Bermastautin Di Selangor
  9. Orang Kelainan Upaya (OKU)
  10. Warga Emas
  11. Tempoh Pendaftaran
 
Pemohon-pemohon yang mendapat markah tertinggi akan disenarai pendek. Contohnya bagi pembangunan di Bandar Baru Bangi, seramai 596 telah mengemukakan permohonan. Walau bagaimanapun, hanya 124 pemohon yang mempunyai markah paling tinggi akan dipanggil untuk ditemuduga. Temuduga tersebut adalah untuk memastikan bahawa segala maklumat yang diberi melalui borang permohonan adalah benar.
 
Sistem pemilihan yang dilaksanakan ini adalah lebih telus dan bebas dari penyelewangan kerana pemilihan adalah berdasarkan kiraan markah oleh komputer.
 
Nama-nama pembeli yang berjaya akan dipaparkan di dalam laman web LPHS selama dua minggu.
 
 
 
Y.B. Tuan Iskandar Abdul Samad
EXCO / Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan
Kerajaan Negeri Selangor
 


--
Sekretariat Akhbar Kerajaan Negeri Selangor,
Tingkat 4, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Laman web: www.selangorkini.com.my, www.selangor.gov.my, www.tvselangor.com.
Tel: 03-5544 7457 / 7459, Fax: 03-5513 5068;


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment